TAHNIAH kepada Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan kebenaran berhimpun di Stadium Shah Alam yang dijadualkan berlangsung hari ini di dalam `Himpunan Sejuta Umat', walaupun PKR Negeri Selangor bahkan Kerajaan Negeri tidak mahu dilibatkan di dalam perhimpunan yang lebih dikenali sebagai `Himpunan Katak-Katak' itu. Gamaknya, jika di Negeri bawah Umno/Bn dapat atau tidak stadium tersebut?
Mengapa dikenali sebagai `Himpunan Katak-Katak'? Sebabnya, beberapa ekor katak telah berbunyi untuk mendendangkan suara merdu mereka nanti di Stadium Shah Alam. Di antaranya, Senatak Ezam sesumpah, Berahim Alkataki dan Zul Kulim@lembu. Mereka ini teramat kepingin untuk berucap nanti, maklumlah sudah lama tidak berucap di hadapan lebih dari 300 orang. Selalunya, di dalam mana-mana ceramah politik, katak-katak ini mujur jika dapat mengumpulkan 300 pendengar termasuk petugas parti dan pihak Polis.
Mungkin dirasakan perhimpunan hari ini bakal dihadiri oleh jutaan manusia, maka ini lah waktu yang sesuai untuk mereka `perasan' bahawa mereka mempunyai ramai peminat. Jadi, elok benar rasanya pihak Penganjur memberi peluang kepada katak-katak ini bersuara segarau yang mungkin agar mereka tidak kecewa.
Saya sedih kerana PKR dan PAS ambil keputusan tidak mahu hadir di dalam perhimpunan itu nanti. Bukan mudah untuk kita menyaksikan badut-badut upahan ini beraksi, terlebih lagi untuk mendengar ucapan Zul Kulim yang baru-baru ini disekolahkan semula oleh PAS di dalam bab Akil Baligh dan Mumayyiz serta Hukum Hudud. Tidak menjadi masalah sesekali kita mendengar orang bodoh berucap sekadar hiburan dan lawak jenaka buat kita.
Apa pun, syabas kepada pihak Penganjur yang berniat baik. Maaf, kami tetap akan menghantar wakil ke sana nanti untuk meramaikan orang agar katak-katak itu tidak kecil hati.

Bagi canlah dengan Abdullah Bin Ubai tu berucap,asyik bercakap dengan kerusi mana aci..
BalasPadam