RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 18 Oktober 2011

BERTUAH RAKYAT TERENGGANU JIKA BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK mustahil malahan harapan dilihat semakin cerah buat PAS bersama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk menawan Terengganu di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Momentum sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di Terengganu dilihat jauh lebih baik sebelum Pilihanraya Umum 2008.

PAS Terengganu telah menyediakan manifestonya yang terbaik buat rakyat Terengganu sejajar dengan moto yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang baru-baru ini. Moto "Terengganu Maju, Islam Berdaulat' akan menjanjikan lima perkara buat rakyat Terengganu sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih negeri yang kaya dengan minyak itu.

Lima perkara yang dijanjikan itu adalah;

- Cuti bergaji selama 30 hari bagi isteri yang bertugas di bawah Kerajaan Negeri yang baru kematian suami. Ketika ini mereka hanya diberi cuti ehsan selama tiga hari sahaja.

- Pengecualian cukai pintu kediaman kepada semua rakyat Terengganu.

- Menyelesaikan isu tanah yang dirampas oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

- 17, 000 peluang pekerjaan dibuka bagi tempoh tiga tahun.

- Menyediakan projek dan Skim Khas buat rakyat miskin.

Apakah ini janji-janji palsu? PAS pernah memerintah Terengganu selama satu penggal dan di dalam tempoh tersebut banyak janji-janji PAS mampu dilaksanakan walaupun di dalam keadaan Wang Royalti minyak di`rampas' serta merta. Malahan, di malam kemenangan PAS mengambil alih Terengganu waktu itu, kutipan Tol telah dihentikan serta merta. Ini memberi erti bahawa PAS tidak tahu menipu sepertimana Umno/Bn yang sering menipu rakyat di dalam janji-janji mereka.

Justeru itu, rakyat Terengganu tidak harus melepaskan peluang ini untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat pula bagi membela nasib mereka. Seandainya Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji-janji yang telah dinyatakan, adalah menjadi hak rakyat Terengganu untuk menukar Kerajaan Negeri di dalam Pilihanraya Umum selepas itu./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. laaa ingatkan nak buat kerajaaan Islam . buat hukum hudud .tu jer ker PAS terengganu boleh fikir ??

    Pengecualian cukai pintu kediaman kepada semua rakyat Terengganu.
    ---> berapa manafaat yang rakyat pinggir bandar dapat berbanding dengan rakyat yang duduk dibandar . bahagian besar rakyat terengganu yang tinggal dibandar adalah kaum cina .

    - Menyelesaikan isu tanah yang dirampas oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
    ---> bukan tanah yang dirampas tetapi tanah kerajaan yang diteroka pada tahun 1990-1994 semasa PAS perintah . contoh bukit kor : kebanyakan ahli PAS rusila yang pergi meneroka tanah di sana kemudian serbu pejabat tanah merang untuk mendapatkan geran .

    - 17, 000 peluang pekerjaan dibuka bagi tempoh tiga tahun.
    ----> 5,700 peluang pekerjaan setahun berbanding dengan pelajar terengganu yang lulus SPM sebanyak 12,182 pada tahun 2010 . Janji taik kucing lah kalau macam ni .

    - Menyediakan projek dan Skim Khas buat rakyat miskin.
    ----> apa skim tu ???? setakat sembang jer boleh lah ......

    BalasPadam