Haji Najib dan Hajah Rosmah kembali dari menunaikan Haji. Ada perubahankah?
TEPAT jam 3.25 petang semalam, sebuah pesawat khas telah mendarat di KLIA dengan membawa seorang pemimpin negara bergelar Haji Najib dan isterinya Hajjah Rosmah Mansor. Walaupun mereka berdua dikatakan bakal Haji paling lewat berlepas ke Mekah, tetapi mereka paling awal balik ke tanahair.
Saya pernah mendengar orang tua-tua dahulu berkata, apabila hati kita begitu ikhlas dan rindu ke Tanah Suci, kita akan merasa tidak sabar untuk sampai ke Tanah Suci dan ramai yang berebut-rebut untuk bertolak awal. Apabila selesai ibadah Haji pula, mereka akan merasa begitu berat untuk kembali ke Tanah Air kerana hati sudah terlekat di bumi Mekah malahan ada yang merasa alangkah bertuahnya jika dapat mati di sana dan dikebumikan di bumi yang terkandung di dalamnya kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W. Dikatakan, seandainya tiada lagi waris atau keluarga yang terpaksa dijaga di Tanah Air, mereka tidak mahu kembali ke negara mereka. Itulah hebatnya keikhlasan orang yang mengerjakan Haji.
Hajah Rosmah Mansor kembali dari Mekah
Tok-Tok Guru juga pernah memberitahu, untuk mengetahui seseorang itu mendapat Haji yang Mabrur atau tidak boleh dilihat selepas mereka kembali dari menunaikan Haji. Peribadi, kelakuan dan amalannya pasti lebih baik dari sebelum menunaikan Haji. Sekiranya yang dilihat adalah sebaliknya atau tiada perbezaan apa-apa, maka amat malang sekali. Orang yang diuji dengan kesusahan dan kesukaran di Tanah Suci Mekah, dan mereka dapat bersabar dengan segala ujian itu, InsyaAllah, amalan mereka diterima Allah dan mereka mempunyai harapan cerah untuk mendapat Haji yang Mabrur. Bagaimana pula dengan mereka yang hadir ke sana dengan `senang lenang' malahan mendapat jagaan `istimewa' di Tanah Suci Mekah? Wallahu Aklam.
Kita bertuah mempunyai PM dan isterinya yang kini berstatus `Haji'. Bertuah juga mereka kerana amal ibadat mereka dilihat oleh seluruh negara melalui `live' setiap hari. Tentunya rakyat di negara ini tiada yang tidak tahu bahawa mereka kini bergelar `Haji'. Sebagai orang yang bergelar `Haji', tentulah rakyat mahu lihat apa yang akan pemimpin ini lakukan selepas ini. Tentulah kita mendoakan agar kesemua yang mengerjakan Haji akan mendapat Haji yang Mabrur, termasuk Haji Najib dan Hajjah Rosmah.
Bukan kerja kita untuk menilai `Haji' seseorang, itu adalah kerja Allah S.W.T. Kita cuma mahu pemimpin kita ini lebih baik dari sebelum bergelar Haji. Amat malang sekiranya kembalinya dari Haji, kezaliman masih berleluasa, pemimpin rasuah masih dikekalkan di dalam kerajaan dan hak rakyat tidak dikembalikan semula. Jika dahulunya kuat menipu, selepas bergelar `Haji', jangan pula bertambah kuat menipu. Gelaran `Haji' bukanlah benteng untuk mengelak dari bertanggungjawab di dalam beberapa isu yang masih belum selesai seperti isu, "Mengapa Altantuya Dibunuh" dan "komisyen kapal selam" serta isu `Cincin Puaka RM 24 Juta' itu./wfauzdin.blogspot.com
xpayahlah nak amik tugas Allah. xpayahlah nak menilai beriya sangat orang tu dapat haji mabrur atau tidak, dapat pahala atau tidak, diterima Allah atau tidak. cuba tengok dulu samada Allah terima atau tidak ibadah kamu tu. Asyik mengata dan mengumpat dan menghina. itu sahaja yang kamu tahu. kamu ingat bila kamu sokong nuar dan nik aziz kamu terus dapat masuk syurga? kamu kena muhasabah diri selalu. semoga kita semua mendapat rahmat Allah. tapi bukan dengan mengata dan menghina sebegini bro!
BalasPadamaloo anak sufi !!!!
BalasPadamhang nie anak sufi apa mcm nih???........
tulisan tuh mcm budak pencacai saja......
memang manusia diciptakan untuk menilai, mengukur dan membuat penilaian terhadap sesuatu sesama muslim agar dapat memperbaiki tahap kekuatan mental dan fizikal dlm mencari keredaan Allah......
memang laa kita dianjur untuk mendekati orang mcm TGNA, DSAI dan yg seumpamanya...yg dilihat dapat membina citra manusia sesama Islam......
kita jugak dianjur menjauhi kumpulan perosak terutama yg melibatkan soal akidah dan pegangan serta anutan yg betul......dan dlm masa yg sama menyeru kebaikan kpd mereka....
kalu dah jenih pencacai.....jngn dok mengaku anak sufi......buat malu kompeni saja......
kah kah kah
kepada tok batin, alhamdulillah! biarlah Allah jadi penentu siapa kita! anak sufi halalkan ungkapan pencacai tu buat anak sufi. bagi anak sufi tidak ada salahnya anak sufi mengingatkan blogger ni tentang penilaian kita yang mungkin salah. tidak semestinya yang nampak jahat itu jahat dan yang kelihatan baik itu baik. cuma anak sufi nak ingatkan tok batin, kita boleh jadi muflis di akhirat kelak. wallahuallam.
BalasPadamMarilah kita bersama-sama ingat mengingati satu sama lain. Adakah salah kita mengingati apabila kemungkaran berlaku di depan mata. Apa hak kita untuk mengatakan tidak kepada hukum ALLAH. Kita dicipta olehNYA, kita diberi tumpang sementara dibumi ALLAH ini. Tetapi kita pulak mengatakan TIDAK pada hukum NYA. Fikir-fikirkan lah.
BalasPadamassalamualaikum.......sebelum menilai orang nilai lah diri sendiri dulu...engkau mengata mengumpat orang lain adakah baik disisi agama,engkau sendiri pun bergantung dari rezeki kerajaan..fikirkan lah betapa KEBODOHAN ENGKAU NYATA....jgn jadi seperti ketam nk ajar anak berjalan betul tapi engkau sendiri yg senget....
BalasPadamsedarlah engkau berkhidmat dgn kerajaan ..pencen PKR bg ke,klau engkau xpuas hati...kenapa xberhenti awal2 BODOH....anak sufi kepala hotak engkau mcm nie,suke2 engkau nk nilaikan org engkau sendiri tu yg bengong...dri rekrut engkau pencacai....sampai pencen engkau kerja kenapa sedarlah klau xde kerajaan cam nie dh lama engkau makan rumput wahai LEMBUUUUUU..........
BalasPadam