ANWAR cabar Najib berdebat lagi. Aku rasa ini cabaran yang ke entah kali berapa. Adakah kali ini Najib akan mempunyai `kejantanannya'? Jawapannya ada pada Rosmah anak Mansor.
Ramai yang berkata akan masuk Umno kalau Najib berani berdebat dengan Anwar. Tidak perlu Najib menang dalam perdebatan itu, Najib berani berdebat dengan Anwar saja sudah cukup membuatkan ribuan orang akan masuk Umno walaupun untuk tempoh satu hari. Jadi, inilah peluang untuk Najib menarik orang ramai sertai Umno iaitu hadir berdebat dengan Anwar walaupun terpaksa memakai `pampers' atau menyapu air liur yang meleleh seperti Shabery Cheek dulu.
Haji Najib... |
Tidak sukar untuk membuktikan bahawasanya Najib ini anak jantan keturunan pahlawan Tok Gajah. Beliau cuma kata bersetuju dengan cabaran Anwar, itu sudah cukup untuk kita kata bahawa anak Tun Razak itu memang jantan sejati. Tetapi, jika sebaliknya maka rakyat keliru di antara Najib dan Rosmah siapa lebih betina dari betina.
Najib tak perlu bimbang di dalam perdebatan itu nanti, Sudah tentu Anwar tidak akan pecahkan rahsia `trajedi hitam di hotel Port Dickson' atau kisah misteri Altantuya mahu pun kisah perampas bini orang. Anwar hanya berhujah soal ekonomi dan Anwar sanggup Najib import segala pakar ekonomi untuk membantu beliau berdebat, bahkan Anwar pernah kata, jika perlu Najib boleh bawa satu bas kabinet beliau untuk berdepan dengannya.
Jika Najib masih keberatan, maka tahulah kita siapa itu Najib dan mengapa Najib terlalu takut untuk berdepan dengan Anwar./wfauzdin.blogspot.com
Berani ke najib terima cabaran untuk berdebat dengan DSAI?Mustahil daa....daa.Sebelum bersedia menyahut cabaran , najib perlu lakukan perkara berikut: 1)mohon restu dan persetujuan dari BIG MAMA 2)Tiada penonton di pentas debat 3)hanya suara saja yg dapat di dengar . Ha....ha....ha...Najib tak rok chetong
BalasPadam4) tiada siaran langsung
Padam5) tiada rakaman
6) antara Najib dan Anwar ada partisyen
Hahahahaha... Baik tunggu kucing tumbuh tanduk la.
jika perlu Najib boleh bawa satu bas kabinet beliau untuk berdepan dengannya.
BalasPadamperh ayat membako yg sunguh kejam.