RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 5 Februari 2012

JANGAN GANGGU CERAMAH HASSAN PARASIT

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU terbaca satu artikel seorang penulis di Tranungkite yang menggunakan nama SuaraPakatan, yang mana beliau kelihatan agak resah dengan siri ceramah Hassan anak Ali.  Maka, timbullah idea songsang si Penulis berkenaan mahu agar PAS atau PR `mengacau' ceramah Hassan Parasit ini.

Adakah beliau mahu PR meniru cara Umno?  Paling penting, di mana munasabahnya PR mahu ganggu ceramah Hassan Parasit sedangkan PR tidak pernah menjadikan beliau sebagai musuh nombor satu?  Musuh nombor Wahid bagi PR adalah Umno/Bn, betapa hebatnya Umno/Bn dengan segala kekuatan jentera kerajaan dan wang ringgit yang ditaburkan, PR tidak pernah terfikir untuk bertindak bodoh menganggu program Umno/Bn.  Apatah lagi si Hassan Parasit.


Dahulu ramai yang beranggapan Ezam sesumpah adalah `pemusnah' kepada PKR kerana beliau seorang pemidato hebat dan pernah menjadi Pendekar kepada DS Anwar Ibrahim.  Awal kemasukan beliau ke dalam Umno, sambutan orang ramai begitu hebat sehinggakan ada yang merasakan PKR pasti musnah di tangan Senatak Ezam sesumpah.  Namun, PKR tidak pernah bersikap bodoh dan bacul menganggu ceramah Ezam sesumpah kerana kita yakin rakyat yang mendengar ceramah Ezam sesumpah tidak sebodoh dan sebangsat Ezam.  Akhirnya, Ezam sesumpah kehabisan modal dan kini beliau sendiri pun sudah letih untuk menyerang PKR.

Begitu juga dengan Zul Kulim.  Beliau bekas Peguam DS Anwar walaupun kerjanya hanya menjadi tukang bawa beg dan fail sahaja.  Tapi, apa kesannya kepada PKR?  Akhirnya Zul Kulim menyalak di dalam TV 3 suku sahaja.  PKR tidak terjejas sedikit pun. 

Justeru itu, persetankan ceramah Hassan Parasit.  Biarpun berpuluh ribu yang hadir ceramahnya tetapi yakinlah tidak kesemua yang hadir itu sebodoh Pakar Motivasi itu untuk membezakan perjuangan PAS dengan JATI yang dibawanya.  Jika ada pun yang terpedaya dengan pujukan dan tangisan Pakar Motivasi ini hanyalah puak-puak sekular di dalam Umno sahaja.  Apa perjuangan JATI?  Islam, Raja dan Melayu?  Sebiji sama dengan PERKASA.  Apa mahu dihairankan?  Jika rakyat telah lama menolak PERKASA, maka JATI pun akan ditolak.  Cuma, mereka hadir untuk mendengar bagaimana si Parasit ini memperjuangkan akidah dengan cara menghentam PAS.

Bagi Hassan Parasit, memperjuangkan akidah mestilah dengan cara menghentam PAS dan bersekongkol dengan Umno.  Akidah mesti diperjuangkan dengan cara melakukan fitnah dan memburukkan DS Anwar dan Khalid Samad, itu anggapan Hassan Parasit.  Akidah boleh dimantapkan dengan cara menggunakan TV3 suku yang pernah menyiarkan video lucah dan fitnah, itu fikiran Hassan Parasit. 

Jika benar Hassan Parasit ini serius untuk menjaga akidah umat Islam di negara ini, sudah tentu beliau selalu membawa isu ini ke dalam setiap mesyuarat Pusat dan Negeri sewaktu beliau menjadi pemimpin PAS di Selangor.  Beliau juga sudah pasti menjadi tokoh PAS yang paling kerap menjelajah ke seluruh negeri berceramah memperjuangkan isu akidah di waktu itu.  Malangnya, cuba tanya setiap negeri, di dalam setahun berapa kali Hassan Parasit hadir berceramah?  Cuba juga tanya pimpinan PAS di Pusat dan Negeri Selangor sendiri, setelah beliau tewas merebut jawatan di dalam PAS, berapa kali beliau hadir mesyuarat? 

Ertinya, bukan soal akidah atau perjuangan Islam yang menyebabkan Hassan Parasit ini tercampak dari PAS.  Hakikatnya, beliau ingin diangkat sebagai bos.  Mengapa setelah terpelanting dari PAS baru sedar PAS tidak berjuang untuk akidah?  Adakah anda fikir jika Hassan Parasit ini memenangi jawatan Naib Presiden PAS atau masih dikekalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau akan menyalak seperti sekarang?/wfauzdin.blogspot.com  


14 ulasan:

  1. Kenapa anda membuang ulasan saya? Semoga Allah mengampunkan dosa anda atau melaknat anda dengan hukuman yang seberat-beratnya kerana tidak berlaku adil. Amin.

    BalasPadam
  2. Saudara Wan telah tersilap mentafsir dan menterjemah maksud blog Trangnungkite tu... Bukannya suruh ganggu, tetapi serang balas supaya perkara yang kecil dan dipandang remeh akhirnya kalau dibiarkan akan menjadi besar dan membarah ke dalam parti. Saudara kena ingat bahawa setiap perkara atau berita kalau diulang-ulang tayang atau disebut, maka akhirnya orang akan mulai percaya juga seperti provokasi Tun Mahathir terhadap DSAI dahulu. Tetapi sekarang rasanya rakyat sudah semakin cerdik dengan penyaluran maklumat oleh blogger-blogger di media baru yang menjadi pesaing sengit kepada media-media pencacai UMNO/BN yang sentiasa menjadi talibarut dan pengkhianat terhadap keluarga, bangsa dan tanahair mereka sendiri.

    BalasPadam
  3. Awang Mad Husin, Bkt Kayu Hitam5 Februari 2012 pada 12:52 PTG

    Biarkan si luncai terjun dengan labu2nya... nasib baik timbul.. kalau tak mak ruyup le...

    BalasPadam
  4. ko ni betul2 salah sorg contoh PENCACAI yg terbaik la wtfcukdin..

    Ketua ko yg disanjung2 dah sah2 terkantoi ngan China doll, air kote dia dalam bontot saiful, sokong ISrael, tp ko tetap ngan pendirian ko mendewakan si Aljuburi tu...

    Ini salah satu jiwa pencacai yg tegar yg aljuburi sgt suka..aku sokong kalu ko jd calon wakil rakyat PKR, itupun kalu si aljuburi ada nafsu kat ko..

    tgk muka ko kat front page blog ko ni..mmg ade gaya wakil rakyat, cuma kau kena goda si aljuburi tu kuat sket..tunjuk spender levis ko kat aljuburi, tgk hilang arah tak si aljuburi tu..make sure kak jijah mase tu takde time tu..

    all the best bro!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko mmg dasyat.... lidah ko lebih tajam dari lidah iblis latnatullah....
      syabas beetaaaa... ptuih!!

      Padam
    2. dah nama pu UMNO. Kalau tak fitnah bkn UMNO.Kalau tak mencarut bukan UMNO. Kalau tak BODOH bukan UMNO

      Padam
  5. Kat Bkt Gantang, Perak itu hari si Hassan Parsit ni ada datang. Kami adala datang satu kereta cuma semata2 nak dengar dan tengok dgn mata sendiri macamana si Hassan Parasit nak kelentong rakyat.

    Kat belakang ramai yang ketawa dan tersengeh melihat kelaku si Hassan Parasit ni. Sesekali ada kedengaran yang bersuara "Booo" dan "wekkkk" (secara perlahan) bila si Hassan Parasit ni mula kelentong hadirin.

    Yang paling best yg buatkan hadirin kat belakang ketawa ialah "dia kata dia tak tahu apa salah dia di singkirkan dpd PAS"
    Punya mangkuk hanyun la dia ni...
    Untuk Hassan Parasit...kami datang sbb nak dengar hang kelentong ja... SORRY bukan mau sokong lu tau. Jangan PERASANNNNNNNN

    BalasPadam
  6. ini salah satu media perkakas yahudi...

    org yg memperjuangkan akidah islam ko hina...

    ambabiga dan biaDAP rasist ko jilat..

    muka pun mcm tgh STIM lepas cium lubang jubor anuar OMEGAY..

    hati perut busuk.. hark tuihhh...

    ko tak siarkan komen aku ...

    ko mmg PONDAN ALJUBURI....

    -KAKIKUKEKO-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ni banyak sangat jilat pant.. Roswah, itu pasal lah otak engau terlalu busuk. Hinggakan Bang Jib tertanya-tanya sebab tahi palat bininya selalu clear....ini rupanya kerja kau ya?

      Padam
  7. Sukahati la dia nak siar ke tak, dah blog dia..dah rasa bagus ko buat la blog sendiri..apa2 aku sokong wfauzdin, hahaha. Teruskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong wfauzdin.....dia ada blog sendiri....bukan mcm pencacai umno yg takda kerja lain asyik mengutuk DSAI....insyaallh umno akan kalah teruk dlm pru13..

      Padam
  8. Tak payah layan Hassan Ali. Buang masa. Stay focus for next election. Ingat pesanan Ust Tuan ibrahim.

    BalasPadam
  9. - dlam umno siapa yang bersih? kata shahrizat yang menyebankan semua pepimpin umno tergamam...jadi dr hasan ali bolehlah bergandingan dengan kat ijat dan UMNO nanti. Dr. Hasan bolehlah memantapkan akidah dalam UMNO yang selama ini sangat mantap dan pendokong al-quran dan sunnah...sebab itu sangat ramai 'tokoh agama' dalam umno . Tokoh-tokoh agama ini sangat istimewa kerana mereka kata hukum Islam tak sesuai zaman sekarang ni...hukum zalim dan tidak adil. mereka juga pembela ratu cantik dan juga cadang kelab malam dibuka 24 jam untuk pelancong..jadi boleh lah nanti Dr hasan ali jadi tukang serbu .
    - kepada yang suka mengeluar kata-kata buruk dan busuk tu eloklah tak disiarkan komen mereka tak kira siapa..anda boleh komen dengan kata-kata buruk dan busuk tu kat blog umno yang suka dengan video lucah, fitnah & ayat-ayat longkang lebih kurang ayat - ayat syaitan.

    BalasPadam
  10. FUH.. HASSAN DPT BERAPA JUTA YA. UMNO oh umno. aku xdapat info lg .kena tanya DSAI ni...

    BalasPadam