RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 28 Februari 2012

KES US BADRUL AMIN - BENAR TETAP BENAR, SALAH TETAP SALAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERKEJUT !!  Menipu kalau aku kata aku tidak terkejut apabila diberitahu Us Dr Badrul Amin ditahan oleh JAIP di sebuah hotel di Kuantan pada 25 Feb yang lalu.  Terkejut kerana ditahan untuk siasatan kes khalwat pada malam itu bersama seorang wanita berstatus isteri orang.  

Memang kita tahu, status seseorang bukan jaminan seseorang itu mempunyai moral yang baik atau tidak.  Begitu juga status Ustaz mahupun seseorang Mua'lim sekalipun kerana semakin kuat ilmu agamanya semakin kuat pula dugaan yang dihadapinya.  Maka sesiapa sahaja boleh diuji dengan berbagai ujian untuk menentukan tahap keimanannya termasuk Us Dr Badrul Amin.

Ramai kawan-kawan aku baik dari PR mahupun Umno mahu tahu apa pula yang aku mahu komen tentang isu yang melanda Us Dr Badrul Amin.  Aku lambat untuk mengulas isu ini, pertamanya pada waktu kejadian aku agak sibuk membantu parti di dalam program ceramah DS Anwar di Pejabat Keadilan Pahang dan selama dua hari aku boleh dikatakan berkampong di pejabat tersebut tanpa sempat membuka laptop untuk `update' blog mahupun facebook.  Maklumlah, notis untuk mengadakan program ceramah DS Anwar amat singkat dan kami terpaksa bekerja sepenuh masa sepanjang tempoh tersebut.

Cerita tentang Us Dr Badrul Amin ditahan oleh JAIP aku terima sewaktu aku berada di Ibu Pejabat Keadilan, lokasi DS Anwar berceramah pada 25 Feb iaitu hari Us Dr Badrul Amin ditahan.  Aku terperanjat besar kerana siapa sangka peristiwa ini menimpa ke atas beliau?  Hati kecil memang tidak percaya, tetapi akhirnya dengan pengakuan daripada beberapa pimpinan parti akhirnya aku percaya bahawa Us Dr Badrul Amin memang telah ditahan oleh JAIP atas kes khalwat.  Aku percaya beliau memang telah ditahan, betul atau tidak beliau melakukannya?  Wallahu Aklam.

Awal pagi 26 Feb, aku sempat SMS Us Dr Badrul Amin bertanyakan kisah tersebut.  Beliau membalas SMS aku.  Beliau berkata beliau ok dan bertanya pada aku samada sudahkah aku membaca kenyataan media yang telah beliau hantar kepada Harakahdaily?  Aku pun kata aku akan lihat kenyataan media yang beliau sebutkan itu.  Itu saja SMS aku dengan Us Dr Badrul Amin dan aku telah pun membaca kenyataan media beliau.

Bagi aku, itu kenyataan media beliau dan kenyataan media bukan sebagai bukti beliau tidak bersalah.  Tahanan oleh JAIP juga bukan bererti beliau memang bersalah.  Aku tetap mempunyai pendirian yang sama seperti pendirian aku terhadap kes DS Anwar, iaitu perbicaraan mestilah dibuat secara adil.  Us Dr Badrul Amin mesti diberi hak untuk membuktikan beliau tidak bersalah manakala JAIP pula mesti diberi kebebasan untuk melaksanakan tugasnya secara profesional.  Ini sejajar dengan kenyataan resmi Keadilan yang mahukan perbicaraan mesti adil dan profesional, iaitu adil kepada yang dituduh, adil kepada pihak JAIP.

Sehingga kini aku tidak anggap JAIP mempunyai konspirasi kerana setakat ini aku belum nampak kepincangan JAIP, tetapi selain dari JAIP aku tidak pasti samada memang wujud konspirasi atau tidak.  Urutan peristiwa kelihatannya banyak versi.  Ada yang sebut ditahan sewaktu Us Dr Badrul Amin bersendirian di dalam bilik, ada yang sebut ditahan ketika beliau hanya bertuala dan bersama wanita itu.  Itu yang diceritakan di dalam beberapa blog, bukan dari mulut Us Dr Badrul Amin dan bukan juga dari kenyataan JAIP.  Ertinya, mungkin benar mungkin tidak.

Apabila situasi ini berlaku dengan berbagai cerita, maka adalah adil dan wajar kita serahkan kepada JAIP yang bakal membuat laporan hasil dari siasatannya untuk ditimbangkan samada kes ini perlu dibicarakan atau tidak.  Sekiranya kes ini dibicarakan, srtiap babak di dalam perbicaraan itu nanti amat penting.  Pihak yang menuduh dan menahannya perlu tampil dengan segala saksi atau bukti yang ada manakala si dituduh akan tampil untuk mempertahankan dirinya sekiranya beliau merasakan beliau tidak bersalah.

Tindakan KEADILAN yang menggantung Us Dr Badrul Amin dari jawatannya di dalam parti amat tepat dan adil sehingga kes beliau selesai.  Tindakan KEADILAN yang menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan tindakan selanjutnya juga adalah bukti menunjukkan KEADILAN profesional di dalam menghadapi kes ini.  Aku turut bersetuju jangan sesiapa pun cuba `cover' kes ini atau cuba `mencipta cerita baru atau nasi tambah' untuk tujuan tertentu di dalam isu sebesar ini.  

Kebenaran mesti kita bela, kesalahan pula mesti kita tentang tidak kira sesiapa pun dan apa jua statusnya di dalam parti./wfauzdin.blogspot.com


13 ulasan:

  1. mangkok ayon ni yg dok layan pemberita la, buat kenyataan media la, buat apa. tunggu jaip dakwa nanti, dlm mahkamah dia boleh 'tibai' secukup2nya. jika terbukti ada konspirasi dari pihak tertentu, saman. yg tu pun tak boleh pikiaq ka? doktor bodoh piang!

    BalasPadam
  2. komen yg amat bernas,,,gua selot lu,,,,ari ini gua sokong lu,,,allah yg menentukan sengala nya mungkin ada hikmah mungkin sebalik nya,,,tapi walau bagaimana pun tiap2 musibah kita yg cari,,

    BalasPadam
  3. jgn menipu sudahla..pompuan tu datang dgn rela hati, jelas menolak teori konspirasi..

    so versi citer ustaz lebih hilang credible sbb naturally dia akan menceritakan something utk menyelamatkan dirinya, spt kes pembunuhan sosilawati, sampai skrg penjenayah tak mengaku BERSALAH!

    si badrul amin juga ade sejarah hitam rumahtangga, perkahwinan keduanye telah gagal, sampai isteri dia membuat polis report di dera dan dipukul, kejadian ni sblm ustad ni kawin lagi satu Jun lepas..

    skrg ustad badrol amin nak kasi kaunseling pada isteri yg senasib dgn bekas bininya, dimana menjadi pemangsa suami yg sejenis dia?

    gile! khalwat tetap berlaku, tak kira la terjadi atau tidak terjadinya perlakuan zina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang ada kat sana ka?jangan duk cabul sangat mulut...baik serahkan pada Allah Taala...kalau nak bercakap biar la kejadian tu betul2 depan mata hang sendiri..pikiaq dulu na..xbek menuduh org yg belum tentu bersalah...

      Padam
  4. kita saorg perjuang harus lah berhati2 dlm semua perkara yg boleh membawa fitnah,,,ustaz terlalu baik malah sanggut hantar kabilik,,,,buat baik berpada2,,,,ini terlalu baik,,,,alasan yg tak logik,,,,,,jangan lah kita aidkan org,,allah bayar kes bro,,,,,

    BalasPadam
  5. Sebelum membuat apa2 prasangka sila rujuk kepada kenyataan wanita berkenaan. Beliau menyatakan nyawanya terancam dan melarikan diri bersama anaknya, dan beliau pergi menemui Ust Badrolamin untuk nasihat, beliau tidak ditahan bersama Ust Badrolamin. Laporan polis yg dibuat oleh suami wanita itu menyatakan bahawa Badrolamin melarikan isterinya, dan ini dinafikan sendiri oleh ibu wanita itu dan oleh wanita itu sendiri. Khalwat mempunyai interpretasinya sendiri, berdua-duaan diatas niat yang meragukan. Bukan semua berdua-duan dikategorikan khalwat. Boss dgn Setiausaha setiap hari berdua-duaan didalam bilik boss, itu bukan khalwat. Kehadiran untuk menyelamatkan diri, dan untuk mendapatkan nasihat setelah dikasari di rumah tangga sendiri, itu bukan khalwat, dan ditangkap bersendirian tidak berdua-duaan, itu bukan khalwat, semasa Ust ditahan, beliau bersama 3 atau 4 orang lelaki lain, itu bukan khalwat. Ini bukan kes khalwat dan bukan kes melarikan isteri orang, tiada kes yang boleh dikenakan kepada Ust Badrolamin.

    BalasPadam
  6. pandai ler korang cakap...memang sah dia berdua-an kol 2pagi wat ape??..
    x boleh ke tunggu esok pagi ajak sekali bini ostak tu..
    lobi hotel ada kenapa dalam bilik.??

    BalasPadam
  7. klau citer lucah sex skandal memmang cepat bangsa kita buat komentar..belum apa2 dah buat hukuman..pelik bangsa yg tajk mahu berfikiran rasional..tunggu mahkamah...laaaa..

    BalasPadam
  8. en suhaimi bengap..

    kes khalwat adalah ketika seseorg berdua2an dgn bukan muhrim ditempat yg mendatangkan SYAK..itu KHALWAT, paham ke tak ko bodoh?

    tak payah la ko ni compare dgn boss ngan sekretari kat pejabat..unless diluar waktu pejabat yg juga wajar mendatangkan syak, contoh, boss dgn sekretari di pejabtnye ketika kul 3 pagi..

    boleh paham tak bodoh!!!!!!!

    maksud khalwat pun ko tak reti..bangangg betul puak2 PKR ni..BEBAL!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dia berkhalwat, kenapa dia x ditangkap atau ditahan lokap polis malam tu, bodoh? kau yang bodoh atau penguatkuasa tu yang bodoh? aku rasa dan amat yakin kau tu yang amat bodoh bangang. bodoh dang bangangnya kau ialah kerana terlalu cepat membuat justifikasi

      Padam
  9. ni lagi satu bangang, kesalahan khalwat dibawah bidang kuasa jabatan agama islam, bukan kesalahan jenayah atau sivil nak suh diorg masuk lokap, BODOH BABI!!!!

    tak pernah aku dgr org kena tangkap jabatan agama islam kena masuk lokap..

    BODOH BAHLOL LA PUAK2 PKR NI..tu la pasal kena kencing je ngan si juburi tu slalu!haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bang, jangan hukum sesama manusia ikut perasaan. Siapa kita nak hukum orang? sedangkan kita semua adalah insan yang hina lagi tiada dan upaya.

      Padam