RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 12 Mei 2012

BEKAS TIMB KETUA CABANG INDERA MAHKOTA YANG KELUAR PARTI INGIN RUJUK SEMULA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MERUJUK kepada berita yang aku baca dari PDO, khabarnya terdapat bekas pemimpin PKR Pahang yang telah keluar parti ingin merujuk semula kepada parti tersebut.  Aku cuba juga merisik, setakat ini melalui maklumat beberapa pimpinan PKR Pahang, berita ini tidak dapat disahkan.

Khabarnya, bekas Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota, Kuantan yang tidak beberapa lama dahulu meninggalkan PKR ingin memasuki parti ini semula.  Beberapa pimpinan yang telah aku dapatkan komen mereka menyebut bahawa PKR tiada masalah untuk menerima borang permohonan kemasukan semula sesiapa pun yang telah keluar dari parti ini, tetapi belum tentu borang permohonan tersebut diluluskan.

Melihatkan kepada peluang yang mungkin ada untuk menjadi calon di Parlimen Indera Mahkota iaitu di kawasan yang berpeluang cerah untuk dimenangi oleh PKR, maka sudah tentu terdapat ramai yang berminat untuk dicalonkan di dalam PRU akan datang.  Oleh yang demikian, bukan mudah rasanya PKR Pahang boleh menerima seseorang secara tiba-tiba memohon untuk menyertai parti ini semula.

Harus kita fikir, sewaktu mereka ini keluar dari PKR dahulu, alasannya adalah hilang kepercayaan terhadap DS Anwar terutamanya berkaitan dengan moral Ketua Umum PKR ini.  Tiba-tiba, apabila mereka mengambil keputusan untuk menyertai parti ini semula, alasan yang diberi adalah mereka merasa meluat dengan Umno yang sering bermain dengan politik lucah dan fitnah yang membabitkan DS Anwar.  Boleh diterimakah alasan seumpana ini?

Secara peribadi, aku tidak yakin keikhlasan mereka untuk menyertai PKR semula melainkan jika mereka sanggup bekerja kuat membantu parti ini tanpa apa-apa syarat atau jawatan yang ditawarkan.  PKR juga harus memikirkan kebarangkalian mereka ini `diutus' khas untuk menjadi perisik di dalam parti.  Tidak mustahil kerana perangai puak-puak sekutu APCO ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka boleh gagalkan cita-cita kita untuk menawan Pahang khususnya dan Putrajaya, amnya.

Jangan lupa, Ibu Pejabat PKR Pahang baru-baru ini telah diceroboh dan komputer yang mengandungi beberapa data berkaitan parti telah dicuri.  Dikhabarkan beberapa dokumen parti juga turut hilang.Peliknya, mengapa pencuri berminat untuk mencuri beberapa dokumen dan segala wayar letrik di dalam pejabat diputuskan?  Ianya seolah-olah ingin melumpuhkan Ibu Pejabat parti berkenaan.

PKR Pahang harus berhati-hati dengan tipu muslihat musuh menjelang PRU yang dikatakan tidak beberapa hari sahaja lagi./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. permohonan boleh dipertimbangkan tetapi untok hanya sebagai ahli biasa sahaja tidak lebih dari itu.seorang pejuang itu tidak akan gentar walaupun lautan api dibelakangnya dan musuh dihadapanya.rakyat tidak lagi mahu menerima pemimpin yang berprinsip lalang,kemana arah angin bertiup kesitulah arah condongnya[pejuang yang menilai diri mereka dengan habuan].

    BalasPadam
  2. yup skng 2...sekali katak da lompat x mustail dia akan lmpt lg..pkr hatus berhati2 dlm hal ni..jgn biarkan perkara berlaku 2 kali sebagaimna di perak..sebagai ahli biasa x pe...jgn bg apa2 jwtn dlm parti pon wlaupon dia 2 bekas keua ke apa..bg den x percaya ngan mnusia2 cma ni..x ttp pndirian..tlam dua muka n gunting dlm lipatan..arp pkr berhatila dlm mmlih calon ok

    BalasPadam
  3. tak payah dipertimbangkan dan kalau boleh buat tak tau saja kat mangkuk tu...sifat munafik jelas ada terlekat pada batang tubuhnya...ada ka patut dulu hang keluar parti dan hentam anwar dan parti habis2an last2 bila nampak PR akan menang besar dalam PRU13 nanti,mangkuk ni dengan muka taktau malu nak merujuk balik pada parti..Pada pimpinan PKR Pahang jangan dilayan orang sebegini.Banyak lagi penyokong kita yang lain yang setia perlu jugak dijaga hati dan perasaan mereka...

    BalasPadam