RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 23 Mei 2012

DEBAT PTPTN - RAFIZI HEBAT, KJ BERANI, NAJIB PENAKUT

Oleh:  WFAUZDIN NS

DEBAT di antara Sdr Rafizi, Pengarah Strategik KEADILAN Pusat dengan Sdr KJ, Ketua Pemuda Umno yang disiarkan secara langsung di Astro Awani malam tadi amat menghiburkan dan penuh ilmiah.  Tabik spring buat kedua-dua tokoh muda berkenaan kerana mendahului `tokoh tua' yang sampai sekarang sibuk mencari telornya yang hilang entah ke mana.


Sdr Rafizi bermula dengan amat baik manakala permulaan dari KJ pula lebih banyak berpandukan kepada nota yang dibawa beserta dengan angka-angka dari cara `pengiraan Umno' terhadap beberapa projek. Semua itu telah dijawab oleh Sdr Rafizi bahawa `angka kiraan cara Umno' tidak terpakai kerana projek-projek Umno tidak boleh lari dari `komisyen', itu fakta.  Jika tidak percaya, cuba tanya Ketua Audit Negara.  Jika sangsi, lihat sahaja kisah stadium yang runtuh di Terengganu itu.

Apa pun, KJ boleh diberi pujian kerana masih bermaruah untuk tampil berdebat.  Kalah menang tidak penting, tetapi maruah itu penting.  Malangnya di dalam Umno, orang seperti KJ tiada tempat kerana orang yang berani seperti KJ dikhuatiri akan `makan tuan'.  Sebab itu KJ sehingga sekarang masih tiada tempat di dalam kabinet.  Mungkin Najib sudah belajar dari pengalaman Mahathir Kutty apabila mamak ini membawa DS Anwar masuk kabinet beliau.  Kehebatan DS Anwar ketika itu tiada siapa boleh menyangkalnya, dan DS Anwar menaiki satu demi satu tangga di dalam kerajaan adalah kerana kekuatan dirinya sendiri.  Beliau menang jawatan di dalam Umno di atas kekuatan dirinya sendiri dan bukan kerana pengaruh Mahathir Kutty.  

Pengalaman ini lah yang dipelajari oleh Najib.  Walaupun KJ tidak sehebat DS Anwar, namun di dalam Umno ketika ini tiada lain yang lebih hebat dari beliau di atas keberaniannya.  Tidak pelik jika Najib amat bimbang untuk memberi tempat kepada KJ.  

Berbalik kepada debat malam tadi.  KJ mempersoalkan mengapa negeri-negeri di bawah PR tidak memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti atau Kolej di bawah Kerajaan Negeri?  Dijawab oleh Sdr Rafizi, tidak mustahil ianya boleh dilakukan sekiranya Kerajaan Pusat boleh berlaku adil kepada Kerajaan Negeri di dalam pengagihan peruntukan.  Sebenarnya, KJ tidak boleh membabitkan isu pendidikan di bawah Kerajaan Negeri kerana isu yang diperdebatkan sekarang adalah JANJI Pakatan Rakyat sekiranya memerintah Putrajaya.  Mengapa mahu dibandingkan memerintah sebuah negeri yang amat terhad kewangannya dengan memerintah Kerajaan Pusat?  

Walaupun telah dijawab oleh Sdr Rafizi, KJ di akhir penggulungannya masih bermain dengan persoalan yang sama.  Mungkin KJ malam tadi kehabisan idea untuk mematikan hujah Sdr Rafizi.  Sebab itu, di akhir penggulungannya beliau dengan lantang membacakan beberapa janji PR di Selangor yang masih belum dilaksanakan.  Nasib baik Sdr Rafizi tidak mempunyai ruang untuk membalas hujah KJ tentang hal ini kerana KJ diberi ruang sebagai pendebat terakhir menggulung hujah.  Seandainya Sdr Rafizi diberi ruang, saya yakin isu yang dibawa oleh KJ ini sudah pasti akan memalukan Umno semula.  Mana kan tidak, rakyat Selangor tahu perbezaan pemerintahan PR walaupun baru sepenggal jauh lebih baik dari zaman Umno berpuluh tahun dahulu yang berakhir dengan pemerintahan Khir Toyo yang kini mahu dipenjarakan akibat rasuah.

Kita akui belum 100 % janji-janji Kerajaan PR di Selangor ditunaikan, tetapi bukan bermakna ianya pasti tidak ditunaikan.  Tidak mencapai 100 % adalah betul, tetapi untuk mengatakan janji-janji tersebut tidak ditunaikan langsung apatah lagi di dalam tempoh sepenggal adalah hujah yang tidak cerdik. Sebagai contoh, kita berjanji dengan isteri kita ingin membeli sebuah rumah yang mahu dijual oleh kawan kita dan kita akan penuhi rumah itu nanti dengan berbagai-bagai perabut.  Sudah tentu isteri kita akan teruja dengan janji-janji kita.  Maka, apabila rumah itu telah kita beli dan duduki, kita dapati rumah itu mempunyai berbagai-bagai masalah dan kerosakan.  Sudah tentu kita akan memperbaiki terlebih dahulu beberapa kerosakan seperti atap yang bocor, paip yang pecah atau pendawaian elektrik yang tidak sempurna.  Di dalam tempoh baru sebulan kita menduduki rumah tersebut dan masih ada beberapa kerosakan yang lebih utama untuk kita perbaiki atau ganti, adakah wajar ketika itu isteri kita memberontak dan mendakwa kita tidak tunaikan janji untuk memenuhi ruang rumah dengan perabut-perabut?

Hakikatnya kesemua negeri di bawah PR ternyata jauh lebih baik dari zaman Umno/Bn.  Kelemahan sudah tentu ada kerana sebagai manusia ia tetap mempunyai kelemahan, tetapi kelemahan bukan bererti penyelewengan.  Kelemahan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, tetapi penyelewengan hanya perlu dibenteras dan diambil tindakan.  Di zaman Umno/Bn, bukan sahaja kelemahan tetapi penyelewengan juga turut berlaku.  Jika tidak percaya, cuba tanya Khir Toyo./wfauzdin.blogspot.com

26 ulasan:

  1. ahmad mazlan hanya ada "batu" tapi "batu" sambang, yang lain2nya cakap tak serupa bikin, bapak penipu dan pembohong malaysia lagilah teruk.

    BalasPadam
  2. anwar naik dengan kekuatan diri/pengaruhnya? kalau nak tahu dialah bapak rasuah. anwar ketika bertanding/merampas timbalan presiden menantang tun gafar baba telah merasuah semua ketua-ketua bahagian supaya mencalonkan dirinya untuk jawatan itu. kekuatan anwar sebenarnya banyak bergantung dengan rasuah. so apa yang kita bangga dengan manusia macam ni. malah amat di yakini kini bahawa kemanangan anwar dalamkes liwat yang memakan masa bertahun lamanya adalah kerana anwar telah merasuah pendakwaraya II yusof zainal abiden. heran orang-orang anwar yang bijak2 pandai tapi masih terus tertipu dek ditipu oleh pembohongan bapa rasuah dan raja penipu anwar tonggeng. hahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. anua selalu main tenis dgn Yusof Qardawii..keh keh keh

      Padam
    2. ni satu lg spesis lembu takde akal..ada otak tp takde akal...

      Padam
  3. rakyat sudah nmpak...pendakwaan anwar ada apa???

    ada bias.. amek ko

    pkr bgitu teruja pendakwa jd pembela..
    amek ko..

    BalasPadam
  4. Kalau Anwar BAPAK RASUAH, kenapakah pengadilan di mahkamah yang langsung tidak dikuasai oleh Anwar tidak dapat membuktikan rasuah-rasuah yang disebutkan oleh Tanpa Nama itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. la'... anuar kan dah menang kes ..rasuah latu... boleh beli pendakwaraya...(aku just ikut rule pakatan je..sori kalau xbetul)

      Padam
  5. sebagai mahasiswa, secara peribadi, kedua-dua pendebat ada pro and cons, tapi saya kesal kerana rafizi mengaitkan di luar topik / tajuk.

    hala tuju, hanya cubit sedikit sahja mengenai konnsep akademik,lepas tu, konar cerita politik lain. isu ptptn, balik2 salahkan kerajaan hingga saya rasa, kerajaan negeri di bawah PR adalah BACUL dan tidak ada TANGGUNGJAWAB!

    sudah 4/5 tahun PR memerintah, tapi, apa yang dalam manifesto, LANGSUNG TAK DITUNAIKAN !!!

    MANIFESTO TU UNTUK UNDI SAHAJA KER ? TIADA PELAKSANAAN ??? KALAU CAMTU, PRU AKAN DATANG, NO VOTE TO PR ! SORYYY.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoi apa ko merepek ni'.

      pembaangkang da janji... pangkah mereka lg baru dpt tunai janji tu..ketidak hak mereka utk tunai janji dinafikan oleh rakyat..


      pasal semalam'....
      jika berdebat kat sekolah kj akan dpt byk markah...

      kalau berceramah kat pentas ceramah politik..rafizi menang..tahniah rafizi..

      ambiga lagi dpt byk markah dr rafizi..sian..(kalau berdebat kat sekolah la..)..moderator pun condong rafizi nampak??

      Padam
    2. llu ni betul2 ke mahasiswa...?mahasiswa kat universiti mana..? Universiti Off Lembu ke..?

      bodoh...

      Padam
    3. Apa punya mahasiswa lah kau niiii.. bodoh tak mahu memikir.. nak dapatkan apa yang dijanjikan itu kena pangkah lah PR.. ini jenis mahasiswa zaman UMNO.. membodohkan student sepanjang 54 tahun!

      Padam
    4. undi pr/pas pendidikan utk rakyat..cuba tgk PASTI tadika PAS..TADIKA UTK rakyat

      mana pas ada kena kan apa2 yuran..umno ni bodoh otak lembu
      KAT SITU KITA DAH TAHU MATLAMAT PAS YG TULEN...

      Padam
  6. Hello bro apa yg kau melalut ni.Janganlah cuba nak mengaku mahasiswa kerana kalau anda seorg mahasiswa yang berwibawa tentu apa yang anda tulis lebih drp itu. Sudah bermacam program merakyatkan ekonomi rakyat negeri Selangor telah dilaksanakan oleh kerajaan PR Selangor dari air percuma,skim warga emas,tawas,bantuan ibu tunggal,skim mikro kredit dsnya yang telah menelan belanja ratusan juta ringgit.Berpadananlah dgn budget RM1.6 billion kerajaan negeri.Jgnlah jadi bodoh nak bandingkan dgn RM 220 billion budget kerajaan pusat.Kalau gitu aku nak tanya hang berberapa perkara:
    a)Pasai apa asyik nak tanya manifesto kerajaan PR saja awat kerajaan BN tak ada manifesto ke ataupun sebab dah lama rakyat tak payah tanya
    b)Sebagai rakyat yg berpengahtahuan kita sepatutnya menilai keberkesanan sesebuah kerajaan itu berdasarkan pengurusan yg cekap dan berhemah.Bukannya boros,rasuah dan tidak beramanah spt yg diamalkan oleh BN skrg
    c)Debat semlm clear menunjukkan kerajaan pusat buntu tentang kaedah untuk menyelesaikan isu PTPTN ni.Cara 'short term" yg diunjurkan oleh KJ iatu dgn memberi diskaun 1% amat cetek dan tidak bertanggungjawab,sama macam bila anak kita merajuk atau meradang kita bagi rm1 utk beli ais krim.Tapi hakikatnya itulah yg BN amalkan dgn BRIM,KRIM dan macam2 lagi skim mee segera yg tidak akan menyelesaikan beban rakyat secara jangka masa panjang.
    3)Setuju dhn jln penyelesaian yg di war2kan oleh Rafizi,iatu perbanyakkan IPTA dan kurang IPTS terutamanya yg tidak berdaya sain(modal RM1) yg tidak lebih drp BERNIAGA untuk mendapatkan dana PTPTN yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat malaysia.Kualiti mana,kerja mana,akhirnya pelajar dan mak bapak juga yg kecewa.Contohnya.kursus kejururawatan berlambak2 macam cendawan tumbuh.Masing2 sibok buat kolej disegenap ceruk rantau negara.Skrg ni berlambak2 pelajar lbhkrg 75000 org berbanding dgn pernawaran kerja sebnyk 6500 org setahun.kalau kita pi hospital juruwat bertugas lebih drp peasakit.Mana nak campak depa semua ni.Sepuluh tahu lagi tak abis nak clear semua ni.Seorg pelajar ambil PTPTN dari 45000-55000,macamana nak bayar dan siapa nak tanggung.Munasabah tak rakyat malaysia 27 juta org IPTS ada 500 biji,IPTA 22 buah.Kalau sebuah IPTA/IPTS ambik 2000 org setahun ini bermakna 1,040,000 org masuk U setahun langsung tak muansabah dik akal.Takkan u namk ambil 100 atau 200rg saja,sek biasa pon ambil lebih.Dah cukup la kita diperbodohkan dan digelak oleh org luar.Dah sampai masanya kita humban UMNO/BN demi masa depan anak cucu kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika ditakdirkan pkr pas dap yg tuntut merdeka dr british , chance utk negara jadi RUPUBLIC CUKUP TINGGI..LET SAY 70%..itu sudah amik kira LKY Dah berambus.

      nasib la perikatan bukan pakatan yg tuntut merdeka..ada byk u utk org melayu masuk.. yg tekan betui2 DEB...20 bijik ...ok tu ...

      agak2 dlm hati kalu anua jaga kem kewangan xda rasuah ka??.... cuba singkap kisah lama sket.. kalau anua xjaga kroni gila2.. buleh ka dia naik mcm roket dap tu..

      org kata anwa jugak main rasuah...mana puak pakatan percaya??? badigol

      tgk dap ja dah cukup.. siap umno bg ic biru...mana depa nak pangkah bn sejak pru1 sampai pru12...punya la taik kucing...

      pkr lg muka xmalu..kuasa umno yg carik.. senang2 nak juai kat dap..

      cuba buat mcmana umno buat...dpt
      kuasa PM TPM tak terlepas pd bangsa asing.... gua sungguh xrespect pakatan dlm hal ni

      Padam
  7. "Kelemahan sudah tentu ada kerana sebagai manusia ia tetap mempunyai kelemahan, tetapi kelemahan bukan bererti penyelewengan. Kelemahan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, tetapi penyelewengan hanya perlu dibenteras dan diambil tindakan." Hujah terbaik dari blogger wfauzdin!.. cukup cantik dan tersusun..

    BalasPadam
  8. Sebagai bapa dan ada 3 anak yg dapat pinjaman untuk ke IPT, saya dapat merasakan bebanan ini. Dengan pendapatan yang tidak mencukupi saya berhempas pulas untuk memberi pendidikan kepada mereka apatah lagi jika menuntut di IPTS. Nak masuk IPTA tak layak walaupun keputusan SPM tidaklah teruk sangat. Saya berharap anak-anak tidak kecewa untuk mendapatkan ilmu dan masa depan yang lebih cerah. Untuk dapatkan pinjaman PPTN dan Mara bukan mudah, banyak syarat dan perkara yg perlu dilakukan. Anak saya pertama berjaya tamat tetapi masih mencari kerja tetap untuk membayar pinjaman, saya terpaksa juga menampung perbelanjaan hidupnya selepas belajar. Kerja susah dan saya tak kenal sesiapa orang kenamaan untuk memudahkan anak saya diterima kerja, sudah 4 tahun tanpa kerja tetap dan terpaksa kerja kilang. Ingat dulu bila anak-anak dah lepas belajar universiti dapatlah mengurangkan beban keluarga dan menjadi harapan ibubapa tetapi inilah yang diterima. Saya berharap sgt jika pinjaman pendidikan itu dimansuhkan dan diganti biasiswa atau pinjaman mudah untuk keluarga kurang berkemampuan patut disokong. Sokonglah Pakatan untuk buat perubahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. org tua ni adik beradik dgn mahasiswa sewel tadila

      Padam
    2. pakcik lenkali suruh anak pakcik belajar score tinggi2 kat u -- jgn digalakkan diorg tu baring atas jalan, buat demo sbgnya..itu tak masuk dalam CGPA wahai pakcik..

      kite mahu anak2 kita berjaya di menara gadng spy mereka boleh menabur bakti dan menjaga kita dikemudian ari..kalu hutang blajar mereka pun pakcik kena settle kan juga, sy rasa pakcik patut dipersalahkan kerana mempunyai anak2 yg tak berguna...

      utk menjadikan pinjaman kpd biasiswa mmg boleh, dgn syarat suh anak2 pakcik tumpukan sepenuhnya kpd pelajaran..blajar pandai2..

      suh diorg balik dari berkhemah kat dataran tu buat ape pakcik? x dapat biasiswa pun pakcik...

      ikhlas nasihat dari saya..

      Padam
    3. ni apa punya hujah dah?mmgla kita dah suruh semua anak2 kita belajar pandai2 tetapi apa boleh semua keputusan hanya Allah yg menentukan.Kita sbgi ibubapa mmglah anak mendapat keputusan yg terbaik supaya keluar nanti mendapat pekerjaan yg baik.Ada jgk anak yg mendpt keputusan yg biasa or baik tapi tiada luck.Jawapan kamu ini hanya utk melepaskan tanggungjawab sebuah kerajaan utk mengurangkan beban rakyat sebaliknya meletakkan semua kesalahan kpd ibubapa.(Apa punya baghal daa?)
      Sama jugak seperti keselamatan anak2,meletakkan beban sepenuhnya kpd ibubapa utk mengawasi anak2 pagi/petang/siang/mlm.Kalau dkt rumah kita,bolehla kita mengawasi anak kita tapi kalau anak kta diluar mcm mana?Dgn begitu banyak tempat hiburan,pergaulan bebas dn sbgnya yg diberi ruang seluasnya oleh kerajaan yg memerintah slps itu mereka melpskan tanggungjwb itu dan letakkan beban sepenuhnya atas ibubapa.Baguske kerajaan mcm itu?

      Shamsul,Muar

      Padam
  9. PENDAPAT ORG LAIN2, SO XPAYAH LA NAK MAKI HAMUN ORG KT SINI. YG PENTING NILAI BTUL2, JGN NILAI DGN BERPIHAKKAN ORG YG KITA SUKA TAPI NILAI DGN HUJAH YANG DIBERI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betui tu Sakinah

      ..cuba tgk PASTI tadika PAS..TADIKA UTK rakyat

      mana pas ada kena kan apa2 yuran..umno ni bodoh otak lembu
      KAT SITU KITA DAH TAHU MATLAMAT PAS YG TULEN...

      Padam
    2. yer ker pasti tadika pas x kenakan bayaran....cuba chek betul betul....

      Padam
  10. CHINESE AND INDIANS WILL BE GIVEN BUMIPUTERA STATUS-KARPAL SINGH


    http://malaysianewsnet.com

    BalasPadam
  11. Karpal kata mahu 'restore the status of Bumiputera to every single citizen who was born during and after August 31, 1957, which is the date of the Independence day for this country.'

    Karpal bukan tidak tahu maksud perkataan 'restore' dalam Bahasa Inggeris. 'Restore' bermakna 'mengembalikan semula'. Persoalannya, bagaimana nak 'restore' taraf bumiputra kepada mereka yang dilahirkan TANPA status bumiputra.

    Karpal bukan tidak faham kandungan Perlembagaan Persekutuan, tetapi dia 'buat-buat bodoh'... Kalau Karpal minat sangat nakkan status 'bumiputra Benua India', dia pulang saja ke India...senang cerita.

    ....


    kalau setuju maka kome berilah undi pada pr tetapi kalau tak setuju maka kome tahulah apa nak buat cuma kome kena ingat bahawa keputusan yang kome bakal ambil mungkin tak nampak impaknya pada kome tetapi mungkin pada generasi z selepas kome

    KOME

    BalasPadam
  12. Apa pun, fakta dah ade depan mata, Ketua Audit negara beri pujian kpd negeri2 di bwh PR, itu baru sepenggal. Itu pun di dlm keadaan negeri2 tsb ditekan oleh Kjaan Pusat. Lihat saja di Penang, Kedah, Selangor kesemua negeri2 berkenaan jauh berbeza dari dulu di bwh Umno/Bn. Itu fakta. Negeri Kelantan tak perlu kita banding kerana mereka dh perintah lebih 20 tahun, masih steady. Nk cari kelemahan, mmg ada tetapi nk cari penyelewengan, zero!! Kalau masa bwh Umno/Bn, kedua2nya ada iaitu kelemahan dan penyelewengan. Bayangkan jika PR kuasai Pusat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes ...more 2 gain..&nothng to lsss what ?? pru1 until pru12 never vote BN...Thankyou so much..

      BTW dap's playing resit 2claim..ghost project..>>issue dead with a suddden death...smtime overseas jurnalst is crazy:: ''anua hv many things to explain...''

      Padam