RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 11 Jun 2012

RAKYAT UNTUNG BILA PR KUAT, KERAJAAN KARTUN `TRANSFORMER' MESTI DITUKAR

Oleh:  WFAUZDIN NS

HASILNYA Menteri Kesihatan pun pulangkan kembali plet kenderaan WWW 15 untuk dibida oleh sesiapa yang mampu atau gila kepada nombor plet.  Kemenangan buat rakyat hasil tekanan kita semua sama seperti Kerajaan terpaksa beri juga PTPTN kepada UNISEL dan KUIS di Selangor baru-baru ini.  

Ini lah untungnya apabila kita kuat, Pembangkang kuat.  Bayangkan kalau Pembangkang tidak kuat seperti tahun 2004, adakah teragak mereka untuk berbuat sedemikian?  BR1M pun tidak merasa.  Sekarang, BR1M pun mereka mahu kasi untuk pusingan kedua, ertinya BR1M itu bukan lagi `One Off'.  Dia sudah jadi `TKO' buat Umno/Bn.

Noh Omar senyap terus sekarang isu PTPTN.  Mulanya bukan main lagi ugut Kerajaan PR Selangor agar MB Selangor minta maaf, baru PTPTN mahu disalurkan.  Akhirnya, siapa yang melutut kepada Kerajaan Negeri Selangor?  Begitu juga isu plet kenderaan.  Awalnya bukan main lagi Menteri ini mahu pertahankan plet tersebut.  Akhirnya, serah semula.

Kalau rakyat yang bijak boleh berfikir, terang dan jelas bahawa Umno/Bn sekarang sanggup berbuat apa sahaja.  Kalau Pembangkang senyap, mereka juga yang kenyang.  Apabila melihat tindakan mereka itu tidak menguntungkan politik mereka, mereka sanggup tebal muka menarik balik apa yang mereka lakukan.  Najib juga begitu.  Awal Najib perkenalkan SBPA dulu, semua pencacai puji melangit kononnya Najib peka kepada kakitangan Kerajaan.  Tetapi apabila Pembangkang dedahkan taktik mereka, kelamkabut Najib tarik balik sistem SBPA.  Peliknya, penarikan balik SBPA itu tetap dipuji melangit oleh pencacai-pencacai atas alasan yang sama kononnya Najib prihatin kehendak kakitangan awam.

Inikah pemimpin yang kita boleh harapkan untuk memerintah negara ini lagi.  `Flip flop' tanpa punyai ketegasan dan keyakinan langsung.  Transformasi Najib kini benar-benar sudah menjadi kartun `Transformer' yang berubah-rubah bentuk.  Rakyat mesti tolak pemimpin kartun seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Statement terbaik, kalau papagomo dan parpukari baca mesti diaorang spin punya, aku banyak kali komen dalam diaorang punya tread tapi tak pernah publish, nampak sangat papagomo dan parpukari bloger upahan, memang munafik diaorang ni.

    BalasPadam
  2. ini bukan spin.. anwar mmg layak maju jd pmbngkang...

    tgk masa dlm kerajaan dia buat lawak dia jela..main jet ski.. main kuda..main tenis dgn yusuf qardawi..ulmak tkenal.. main forex..dn mcm2 main..


    bila kat luar dia hebat balik
    cam ni la.masa demo kita berantak
    masa ceramah kita tepuk2 kuat2..

    time undi. ingat...matlamat bg anuar nyalak kuat2 ..haaa undi itu rahsia..

    shhh... brim makin byk...oooo

    rakyat yg bijak




    p/s: ops aku xsetuju spba...last2 najib tau..spba telah disabotaj...kah kah kah..nasib najib cekap..anua telan ayak liur lg

    BalasPadam