RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 9 Julai 2012

SIAPA KAMAL ATATURK?



0
0
 
 
Mustafa Kemal Antatuk adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau.

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

 
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.


Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  •  Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
  1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  2. Sakit jantung.
  3. Penyakit darah tinggi.
  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh  Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na’udzubillahi min zaalik….

Wallahu’alam

Sumber: www.blogammar.com


14 ulasan:

  1. semasa zul masih memegang panji2 pkr..zul pegang kuat2 bendera pkr semasa menentang forum masuk islam.. oleh ambiga and the gang..

    beliau meninggal notis ringgkas pada anwar:.. no.1 agama no.2 politik


    .pengajaran buar anwar juga maybe

    BalasPadam
  2. SAPA YG TAK TAU APA LKY BUAT

    HARI2 hantam malaysia..

    Singapore Straits Times points fingers at BN’s harsh treatment of Ambiga.

    1. Carolyn Hong relishes giving the bad impression of BN. 2. She took down a disgruntled remark by a political analyst from USM Dr P.Sivamurugan. 3. She and political analyst Ong Kian Ming particularly attempt to cause racial disintegration between Indians and Malays by raising the sentiments of both sides.

    These two crooks are supporters of opposition. They aim to highlight to Singaporean readers that Ambiga is the victim of exploitation.

    Ong Kian Ming is a disgraceful political analyst. He plays as a mastermind who provokes Indians and MIC leader to accuse BN for mistreating Ambiga. He is a myopic race-chauvinist analyst.

    Ong Kian Ming displays his hatred against BN. H.S.

    ----------

    MASUK JE PAP ...PEMBANGKANG TERKANGKANG ...PALING TERKANGKANG NANTI....'PAS'

    mahathir: Policy LKY SAMPAI XDA PEMBANGKANG...AKHIRNYA LKY. SAMAPI TAHAP TERPAKSA CIPTA PEMBANGKANG SENDIRI...PUNYA LA LKY...AMBIK KO...

    BalasPadam
  3. madey banyak menghina agama islam...hina rasulullah...masih ada peluang untuk bertaubat...jangan sampai bumi tak terima....

    BalasPadam
  4. Lepas satu, satu kekotoran dan penyelewengan kau terdedah tapi kau masih tak mau insaf dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Tapi asyik menuding kepada orang lain dan mengaitkan mereka untuk menutup kejahatan yang kau lakukan. Pembohongan demi pembohongan, kerosakan demi kerosakan kau teruskan tanpa rasa bersalah dan berdosa. Ingatlah, Tuhan Maha Mengetahui lagi Maha Adil bertaubatlah kau sebelum terlambat.

    BalasPadam
  5. Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kewangan sanggup menyerahkan negara kepada IMF namun dengan ketegasan Tun Dr Mahathir, yang yakin dengan kemampuan dan idea sendiri untuk menghadapi situasi tersebut , maka negara terselamat daripada menjadi mangsa kepada kebuntuan dan kebodohan idea beliau.

    BalasPadam
  6. Apa raaaa.....isu IMF Anwar dah jwp masa debat ngan Shabery Chik...ko tak tengok ke? Hihihi...sampai berbuih mulut Shaber Chik masa tu...Bayangkan Anwar siap cabar debat ngan semua ahli kabinet dan bawa semua fail2 dia masa dia menteri kewangan dulu, sampai skrg Umno dok kata Debat bukan budaya kita....hahahaa...dh ade fail, tunggu apa lagi? dedahkan lah masa debat...Malangnya, Umno hnya hidup atas fitnah dan seks semata2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulut AlArqam jg berbuih..Arqam..tu betui ka tak betui.?

      Padam
    2. so mmg benarlah anwar nak bawak masuk imf tu..kan...

      Padam
  7. sapa2 pndai bhsa ingeris atau cuba nk improve english....xberapa susah.....

    LGE:''s..hame on you..'' ayat2 cam ni ..buleh paham... xsusah nyerr

    CSL MASIH LG RELEVEN .... XCAYA?? ikuti cara beliau berfikir...


    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/07/lge-kena-lagi-dengan-csl.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog tak laku ke?
      Shame on you.

      Padam
    2. aku bukan blogger ...just komentor...

      dap....shame on u jika ko dap

      jka ko pkr pas barua-shit on u

      Padam
    3. Dah le lari topik, iklan plak blog sampah tu.

      Padam
  8. blog dia blog penipu,dah la tak laku mengemis kt tempat orang.blog tahap lembu

    BalasPadam
  9. tak salah kan dia gak,dibayar gaji untuk menyara anak bini jadi pencacai

    BalasPadam