RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 7 Julai 2012

APA LOJIKNYA ANWAR MAHU BERSARA DARI POLITIK?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA DS Anwar menyebut bahawa beliau mungkin akan memikirkan untuk bersara di arena politik sekiranya PR gagal mengambil alih Putrajaya selepas PRU ke 13 akan datang, maka tokoh Pembangkang yang pertama mengulas isu ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.  Kemudiannya beberapa pimpinan dari PKR dan DAP serta tidak ketinggalan juga dari beberapa tokoh Umno.

Ulasan Tuan Guru Nik Aziz penuh pengertian iaitu DS Anwar seharusnya terus `mengajar' rakyat Malaysia berpolitik tidak kira samada PR menang atau tewas.  Pimpinan dari PKR sepertima kenyataan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah terus mempertahankan Ketua Umum iaitu ayahandanya sendiri bahawa PKR masih memerlukan bimbingan DS Anwar.  Pimpinan DAP pula tegas dari dulu iaitu DS Anwar mesti mengetuai PR dan DAP tetap yakin kali ini rejim Umno/Bn akan tumbang di Putrajaya.



Berbeza dengan ulasan pimpinan Umno.  Di antaranya kenyataan Fuad Zakarshi dan Idris Haron yang masih ragu-ragu akan kenyataan DS Anwar dan menganggap itu hanya satu kenyataan politik dan permainan psikologi bagi meraih simpati.  


Secara peribadi, saya bersetuju dengan kehendak DS Anwar itu.  Ada lojiknya kerana sudah terlalu lama DS Anwar menghambakan dirinya untuk rakyat dengan berbagai dugaan dan fitnah yang beliau tempuhi.  Kini, usia beliau mencecah 65 tahun di dalam keadaan tidak begitu cergas akibat penyakit tulang belakang yang dihidapinya.  Namun, tokoh reformasi ini terus melupakan semua itu dan pada setiap saat tiada waktu yang tidak melibatkan beliau dengan rakyat jelata.  Sabab hari, siang dan malam DS Anwar bersama rakyat, susah dan senang.  Tidak terfikir oleh kita, di dalam usia se tua itu, tokoh ini mampu bergerak di dalam dua atau tiga program serentak pada satu malam, kadangkala menjelajah di dua negeri dalam tarikh yang sama.  Terlalu kuat staminia yang `dipaksa' oleh DS Anwar.



Dari segi psikologi, amat mustahil tokoh yang sudah berusia ini mampu bergerak seaktif ini di dalam keadaan ditekan begitu hebat oleh musuh-musuh politik beliau melalui serangan tidak pernah putus melalui media.  Tuduhan seks, liwat, ejen asing, rasuah, fahaman ugama liberal, pro kaum Cina dan berbagai lagi tuduhan yang sehingga kini tiada satu pun yang dapat dibuktikan dan dipercayai rakyat yang bijak.  Malahan serangan berbentuk fizikal melibatkan diri dan keluarga beliau sendiri.  Bukan satu fitnah apabila kereta beliau disabotaj, anak beliau YB Nurul Izzah diugut melalui SMS, di baling batu ketika ceramah, kereta dikemekkan dan berbagai lagi sehingga beliau dapat menyaksikan bagaimana seorang tua penyokong kuatnya berdarah di hadapan beliau akibat dibaling batu oleh rejim sekutu Yahudi.



Beliau cuba hadapinya dengan kekuatan tenaga yang tidak sekuat orang muda.  Kekuatan rohani yang ada beliau memberanikan diri untuk mencabar ketua rejim Umno iaitu Najib Razak agar berdepan dengannya di pentas debat sebagai menebus penderitaan rakyat yang selama ini dizalimi oleh rejim sekutru Apco itu.  Malangnya, Najib yang lebih muda dari beliau, bukan lelaki sejati.  Najib hanya layak menjadi Menteri Wanita.  Najib sehingga kini terus mempamirkan sikap penakutnya untuk berdepan dengan DS Anwar.  Najib terpaksa gunakan media untuk melindungi telornya yang hilang di dalam seluar.

Di dalam usia mencecah 65 tahun sekarang ini, DS Anwar mungkin memikirkan apakah beliau boleh berdiri sekuat sekarang untuk 5 tahun lagi seandainya PR tidak mampu ke Putrajaya?  Jika PR tewas (Nau'zubillah) di dalam PRU ke 13 nanti, kita terpaksa menunggu untuk 5 tahun lagi.  Ketika itu, tokoh ini telah mencapai usia mencecah 70 tahun.  Mungkin beliau berfikir, apakah yang boleh beliau lakukan di dalam keadaan usia sedemikian?  

Saya juga boleh bersetuju jika kenyataan DS Anwar ini merupakan kenyataan psikologi yang baik.  Beliau mahu semua pemimpin dan penyokong di dalam PR, terutamanya di dalam PKR sendiri untuk bekerja keras dari sekarang seperti yang beliau telah lakukan.  Jika mahu beliau menerajui negara ini di dalam keadaan masih bertenaga seperti sekarang, tiada pilihan lain kecuali rampas Putrajaya di dalam PRU ke 13 ini.  Di samping itu, pimpinan semua parti di dalam PR mesti lah bersedia untuk menampilkan tokoh muda yang berkaliber bagi meneruskan perjuangan ini.  



Umumnya, kita menyokong PKR atau PR bukan kerana tubuh DS Anwar.  Samada beliau masih ada bersama kita, atau beliau di dalam penjara, mahupun beliau bersara atau pergi selama-lamanya dari dunia yang fana ini, kita yang masih hidup wajib terus berjuang tumbangkan rejim zalim Umno/Bn.  Cuma, pada waktu ini, ketika dan saat ini, kita perlukan nakhoda yang kuat, gagah dan licik seperti DS Anwar.  Tapi, untuk 5 tahun akan datang kita tidak tergamak lagi untuk `memaksa' tokoh ini terus menghadapi dugaan dan fitnah seperti yang sedang beliau hadapi sekarang. /wfauzdin.blogspot.com

16 ulasan:

  1. satu ulasan yg baik. terharu saya. Terkenang masa pertama kali bertemu DS Anwar ketika berceramah bersama TGNA di Kelantan (beliau masih bersama ABIM ketika itu), muda dan segak. Kali kedua semasa mengunjunginya di kediaman beliau sewaktu baru dipecat dari jawatan TPM, sudah kelihatan berusia tetapi masih segak. Kini dalam usia mencecah 65, saya sangat faham, kerana saya yg baru menjenguk 60 ini pun hanya mampu geleng kepala. Apa pun saya tetap tabah menunggu utk melihat beliau menakhodai negara kearah jalan yg benar, demi masa depan anak dan cucu kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEBAK rasanya membaca ulasan tuan..saya pun hampir mencecah 60, pun hanya mampu geleng kepala melihat akan perjuangan DSA..ujian yg beliau tanggung hebat, untuk mengesahkan bahawa orangnya memang HEBAT...ALLAH turun kan ujian begitu kepada beliau kerana ALLAH tahu beliau mampu...beliau mampu menjadi contoh atau idola yg sejati bagi golongan MUDA..bukannya idola yang hanya di war-warkan oleh media akan kehebatan seseorang itu yang palsu atau kemajuan yg sedikit tetapi diperbesar2kan..akhirnya rakyat akan tahu juga yg mana kaca dan yg mana berlian...

      Padam
  2. ANWAR PAHAM PERJUANGANNYA MAHASISWA PENYANJUNG PENGAJIAN MELAYU AKAN MENJERAT DIRI SNDIRI..MALAH .. BANGSANYA SENDIRI..

    SAMAD SAID TOKOH MELAYU TU JUGA AKAN KELIRU BERPANJANGAN SEPANJANG JANGGUTNYA


    GEORGE TOWN 7 Julai - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) tidak bersetuju dengan tuntutan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), yang mahu bahasa Mandarin menjadi bahasa pengantar utama di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh negara.

    Ketua Satu Gapena, Profesor Datuk Wira Abdul Latiff Abu Bakar berkata tuntutan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara ini "Bahasa lain tidak harus dijadikan modal untuk mencabar bahasa kebangsaan negara ini," katanya ketika berucap pada perjumpaan siri wacana Gapena di Dewan Sekolah Menengah (Perempuan) St. George hari ini.

    Beliau berkata, Gapena akan menghantar memorandum akhir Julai ini kepada kerajaan Persekutuan agar mengabaikan tuntutan jawatankuasa itu.

    "Kami menggesa semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong kami dan menyertai kami dalam memperjuang kedudukan bahasa Malaysia," katanya.

    Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut agar diadakan semula silibus lisan bagi memastikan semua rakyat fasih bertutur bahasa kebangsaan dalam kehidupan seharian mereka.

    Abdul Latiff juga mengingatkan masyarakat agar menghormati bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bukan menganggap ia sebagai bahasa yang menunjukkan perbezaan kaum. -

    BalasPadam
  3. Syabas...Anwar tak pernah sebut utk belakangkan bahasa Melayu sbg bahasa utama dan PR konsisten menyanjung bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan. Tuntutan mana2 pihak yg berlandaskan perkauman semata2 tidak pernah disokong oleh Anwar dan PR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. .22 ptg kelakarlah...

      nak buat denial state politik tu agak2 la..

      tp kalu en. penyokong dong xong kamik paham..dari dulu smpai bila2..kaum dap mmg ceredik..'ada sumpit dlm lipatan'

      Padam
  4. sinis tp dlm...

    KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    “Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung…dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di sini hari ini.

    Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

    Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

    Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri ‘terhormat’ selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

    “Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu ‘Honour Prime Minister’ selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara,” katanya.

    BalasPadam
  5. aku da baca byk..tmpat..

    jawapan2 terbaik anwar nak bekhatan politik tetap ada di blog gap

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com

    agak munasabah...pada perspektive pro BN/umno..pada perspektif pakatan/dap...xtau la..

    BalasPadam
  6. byk komm dlm prbincngan biz(forum)..'forex' da byk 'sapu'..ada kena 10ribu,30ribu..50ribu pun ada..hati2 kawan
    .
    aku pun kena m.l.m la..
    tp aku jumpa byk komen pasal forex. byk menyamar kat situ..pempaham la..yg kena kitajugak

    BalasPadam
  7. mahathir punya no.9 cukup mahal

    9. Di India, British menggalakan penubuhan dan perkembangan Qadiani kerana ia akan memecah-belah orang Islam dan melemah mereka. Kita syak yang pendaftaran dengan pantasnya Parti Islam Se Malaya oleh British juga mempunyai niat yang sama. Ia berlaku diwaktu orang Melayu buat kali pertama bersatu untuk menentang British. Bahawa PAS, dalam Pilihanraya 1955 menentang kemerdekaan Malaya memanglah menepati hasrat British. Tetapi perjuangan PAS untuk melambatkan kemerdekaan gagal.

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/07/artikel-terbaru-tun-mahathir-asabiyah.html

    .

    BalasPadam
  8. penyamun dan puak lanun harta rakyat macam mahathir dan geng2 lembu dia patut bersara dan dihukum atas setiap durjana yang dibuatnya...rakyat tuntut KEADILAN bagi semua!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahathir da bersara..nik aziz tak reti nak bersara..(malu2...pakai sarban sana sini soroh org brenti baru dia akan berenti jg..-janji politik nk azz)

      dinar matawang syariah..'syariah' jual beli ikut emas rantai gelang je...

      ptr...pas baru..da ikut pkr jugakk

      Pandai Tipu Rakyat

      Padam
    2. Sedap mulut je tuduh org macam2. Mahathir dah bersara, LKS, Karpal Singh, Nik Aziz, Hj Hadi dan Anwar tak reti2 nak pencen ke?

      Padam
  9. Madir punya bisnes anak beranak akan lingkup kalo pr memerintah nanti.

    Mengabihkan subsidi kerajaan jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biz balak ... akan lingkup..xkala kelantan dpt smula..

      plet2 mewah anak beranak akan dipulangkan pd jpj smula...(tq nizar ketidak aku pun xtahu)

      ingat kelantan pernah mnang 1 krusi je..

      Padam
  10. anwar sakit belakang tp kalu ceramah depan kaum india bukan maen lagi gelek??

    APAPASAL PUAK2 PEMBANGKANG NI BODOH SGT SENANG2 JE KENA KENCING?

    you are not deserve to be Malaysian!

    BalasPadam
  11. mereka suka dikencing janji berkuasa..(masing2 berlakon kuat)

    madey mamak yg berjasa
    anwar anak mamak yg menjahanamkan diri sendiri

    madey penyelamat palestin, bosnia, bg makan indon,bangla. maymar, filipin, & org2 melyu ammnya..penyelamat dari kapir2 pembunuh dan jahat seperti DAP dari cmpur tgn dlm urusan negara melayu

    anwar pulak malangnya bawak naik dap jadi ketua kita..dia bukan hormat pegangan pas pun...malah nk jd PM bukan melayu pertama... sungguh malang rkyat melayu hari ini..

    buleh bayang lah ketidakkawalan dap mnjajah tanah melayu ni...bg free2 je

    INGAT SAUDARAKU..DAP TU MUSUH BERSAMA! kita wajib tumbangkan dap bersama2!!!

    BalasPadam