RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 2 Julai 2012

TIBA-TIBA UMNO MAHU HUDUD DI JOHOR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, tiba-tiba ada ADUN Umno dari Johor berminat untuk berbicara soal Hudud setelah Umno berkuasa lebih 50 tahun.  Mengapa?  Adakah beliau ini baru memeluk Islam atau baru sehari dua ini telah menemui ayat tentang Hudud di dalam Al-Quran?  Baca di SINI.

Peliknya, beliau berkata Hudud yang beliau mahu Umno Johor laksanakan di Johor itu tidak sama seperti yang ingin dilaksanakan oleh PAS.  Ertikata lain, ini Hudud Umno agaknya.  PAS dari awal tidak sebut Hudud itu adalah Hudud PAS tetapi hukum tersebut adalah seperti yang diperintahkan oleh Al-Quran.  Sebab itulah sejak berzaman lagi Umno tidak pernah berani menyahut seruan dan cabaran PAS untuk berdebat mahupun untuk bermuzakarah tentang isu Hukum Hudud ini kerana mereka tahu PAS sememangnya berpandukan kepada Al-Quran, sedangkan Umno berpandukan akal dan lojik mereka semata-mata.  Mana mungkin akal yang sedikit yang dicipta oleh Allah untuk manusia itu boleh melawan Al-Quran Kalamullah?

Hujah Adun Umno yang jahil ini, Hudud yang beliau mahu Johor laksanakan itu akan merangkumi semua termasuk bukan Islam.  Justeru itu katanya, orang-orang bukan Islam harus diberi kefahaman terlebih dahulu tentang hukum ini.  Bagi PAS, memang benar, adalah penting untuk memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum Hudud dan ini lah yang sudah lama dilakukan oleh PAS.  Tetapi, memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum ini bukan bererti memaksa mereka menerima hukum Hudud.  Ini lah beza Umno dan PAS.  Umno berpendapat bukan Islam hendaklah diberi kefahaman kepada mereka tentang Hudud kerana Hudud akan dikenakan kepada bukan Islam juga.  Ini lah yang dikatakan hukum akal.

Sebagai contoh, kita memberi kefahaman kepada rakan kita tentang berpuasa agar mereka memahami apa itu berpuasa bagi umat Islam dan mereka boleh menghormati kita sewaktu kita berpuasa umpamanya mereka tidak akan makan minum di hadapan kita.  Adakah kita perlu paksa kawan kita bukan Islam ini untuk berpuasa?  

Apa pun, benarkah Umno ikhlas dengan hukum Allah ini?  Jika hukum menutup aurat pun pemimpin Umno gagal mahu perintahkan kepada isteri masing-masing, lojik kah pada akal pemimpin Umno mahu laksanakan Hudud?   Ini semua politik Umno yang mahu menjual agama semata-mata takut akan kebangkitan PAS di Johor, itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com


15 ulasan:

  1. heran tak pas dan pkr cukup risau kalau hudud naik balik...

    ini akan mengacau pakatan national paling palsu..

    maka kali ini pas dan pkr akan memberi 1001 alasan pula..

    org2 tua pulang paku buah keras...

    mereka akaan bersilat habis hudud tu xlg releven...

    sorry pkr...

    selah bertahun2 guna agama cari undi..
    kali ni Allah nak telanjangkan siapa itu pas sebenarnya...

    betui tak pkr??? pkr = umno la..apa lg..berak sama...kroni sama2 nepotesma sama..podah..kalu tgk LKY pun sama juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. gua sokong lu...LKY ...KALU ADA MAMAT BERNAMA ANWAR PANDIKUTI...DAH LAMA MSK LOKAP.. DAN DIMAMPUSKAN TERUS...

      Padam
  2. Hudud adalah undang-undang Allah untuk semua manusia...bukan orang Islam sahaja...itulah keadilan hudud.. PAS dari dulu perjuangkan hudud dan negara Islam...tapi yang terbaru tukar pulak negara kebajikan??? baca kenyataan Haji Hadi??? berpuluh2 tahun cakap pasal negara Islam dan hudud...mengkafirkan orang yang bekerjasama dengan orang bukan Islam??? baca amanat Haji Hadi??? tolong beri penjelasan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong lu...pasal amanat gila babi...mereka dah bunuh 3 org polis...ini lah demo bersih 0.0

      Padam
  3. Umngok/bn jahil pasal agama Islam..dan umngok tidak rasa malu sbb x reti pasal Islam..bahkan bangga bermusuh dgn alim ulama

    BalasPadam
    Balasan
    1. ulamak betul xsesat kita hormat la jugak

      harun din

      ada ko nampak org kerumun dia ambik gambar...

      Padam
  4. Buang tebiat nak mamposlah tu, tiba2 nak hudud plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hudud naik mampus la pakatan .. ko nak? ko xnak kan'
      samala ko xnak hudud'

      pusing2 kat situ jugak..

      kah kah kah

      Padam
  5. Cakap banyak tak guna, kau buat dulu hukum hudud, kitorang anak-anak muda nak tengok. bukan umno/pas punya. Tapi Allah yang punya. kau niat je dah dapat pahala, kalau kau buat tak dapat kita manusia ni gambarkan kasih dan rahmat Allah yang akan berikan... Hamba Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa org kg memali sanggup mati?

      mereka anggap amanat hadi sungguh2! bukan main2

      berapa puluh ribu kena 'tipu' (trpedaya..)

      nk lg kena tipu ke..

      Padam
  6. pkr takut dap marah

    apa boleh buat..


    PAS pulak...malu nak cakap.. aku pas la jugak..hehe

    from nothing get something...ok la jugak..kalau raja pilih pas jd mb ... itu kira bonos la....kah kah kah

    ayat tepat aku belum jumpa...tp lebih korang barua2 jenihh yg lempar buah dadu..

    >>untung sabut timbol..
    untung batu tenggelam ..


    kah kah kah

    BalasPadam
  7. Tak tanya pendapat Noh Gadut tu ke? Masa Bersih dulu kembang kempis hidung dia kata haram kat dalam tv3. Aku cukup meluat tgk perangai dia ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun xsuka sgt dia..
      tp lebih baik sket la dr nik aziz

      yg merbhayakan umat dlm hal aqidah (basic )

      benda basic rosak terjunlah ko masuk neraka..kalau Allah ketogorikan sesat..habis duduk neraka selamanya... nak???

      Padam
  8. ada pilot melayu..ada ketua jurus tentera org melayu....
    org melayu trutama askar mana ko sokong bn ke pr?

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/07/straits-times-singapura-persoal-pula.html


    memberi ruang sebesar2 pada dap ibarat membunuh diri sendiri..apakah cara untuk belasah dap jika satu ketika nanti kita perlu belasahnya habis2an!!

    BalasPadam
  9. Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.


    Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.


    Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".


    Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.


    Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?


    Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.


    Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.


    PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.


    Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.


    Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.


    Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.


    PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.

    gap

    BalasPadam