RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 13 November 2012

ISU NURUL IZZAH - TIBA-TIBA UMNO MAHU JADI JUARA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIH aku nak sentuh isu Nurul Izzah yang masih menjadi 'lauk' buat media lidah syaitan siang dan malam itu.  Media berlidah syaitan ini mendapat sokongan dari sang pengampu termasuk beberapa ekor yang bertaraf ' ustaz' dan yang tak bergelar 'ustaz' pun dah mula nak 'start' jadi 'ustaz' apabila mahu juga mengulas isu Nurul Izzah.

Aku bukan ustaz seperti Us Nasha.  Tapi aku bukanlah jahil sangat sampai tak tahu nak beza mana satu Melayu dan mana satu Islam.  Bagi aku semua manusia sama, baik bangsa apa pun samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli atau apa kaum sekalipun semuanya sama.  Apa yang membezakan mereka hanyalah iman atau kepercayaan beragama mereka.  Di sisi Allah tiada beza sedikitpun kecuali ketakwaan kepadanya.  Itu jelas.

Benarkah apabila kita sebut Melayu maka semestinya Melayu itu Islam?  Siapa boleh jamin setiap Melayu itu Islam?  Atau setiap yang berugama Islam itu mesti Melayu?  Jika tiada siapa pun boleh jamin, terima lah hakikat bahawa Melayu itu sama seperti Cina, India dan sebagainya kecuali jika Melayu itu berugama Islam maka Melayu Islam itu sama juga dengan Cina atau India yang berugama Islam di sisi Allah.

Ada yang berkata, maksud Perlembagaan yang menyatakan bahawa Melayu itu Islam adalah bererti untuk menjadi 'Melayu' mestilah berugama Islam.  Siapa yang tergila-gila sangat untuk menjadi Melayu ini?  Adakah kaum Cina atau India tergila-gila untuk menjadi Melayu sehingga mereka sanggup menukar agama mereka?  Dan, benarkah setelah mereka memeluk Islam maka bangsa atau keturunan mereka automatik menjadi bangsa Melayu?  Bertukarkah status bangsa atau kaum mereka di dalam dokumen seperti Kad Pengenalan setelah mereka memeluk Islam?  Us Ridhuan Tee semua kenal dia berbangsa Cina tetapi adakah di dalam dokumen beliau sekarang telah ditukar kepada bangsa Melayu?  

Berbalik kepada isu Nurul Izzah.  Nurul Izzah sebut, yang membawa maksud tiada bezanya Melayu dan mana-mana kaum pun di dalam negara ini apabila memilih hak beragama, KECUALI bagi umat-umat Islam mereka terpaksa mematuhi syariat atau hukum yang ditetapkan.  Ertinya, samada mereka Melayu, Cina atau India, sekiranya mereka ini berugama Islam sudah pasti mereka tiada hak untuk keluar dari Islam.  Tetapi, jika mereka ini hanya berstatus Melayu, apa jaminan mereka tidak boleh menukar agama?  Adakah Perlembagaan yang dicipta oleh barat itu berupaya menghalangnya?  

Sebab itu Nurul Izzah sebut dia lebih pentingkan pendidikan agama agar Melayu itu istiqomah dengan ugama Islam.  Sekiranya Melayu yang ada tidak yakin dengan Islam atau menentang hukum Islam ertinya Melayu ini bukan Islam.  Jika Melayu yang bukan Islam ini memilih untuk berugama Kristian, siapa yang perlu dipersalahkan sedangkan Perlembagaan membenarkannya untuk membuat pilihan berugama?  Maka, benarlah kata Nurul Izzah bahawa pendidikan agama itu penting.  Apabila Melayu itu Islam, sudah semestinya mereka tertakluk kepada Syariat dan hukum Islam iaitu tidak boleh menukar agama.  Bukan Melayu sahaja, bahkan jika Cina atau India yang telah berugama Islam sekalipun mereka tidak boleh menukar agama selain dari Islam.  Hukuman murtad di dalam Islam itu amat berat, masalahnya adakah ianya telah dilaksanakan mengikut yang ditetapkan oleh Allah?

Jika tiada peruntukan undang-undang murtad di dalam negara ini atau undang-undang itu berada di bawah tapak kaki Perlembagaan, maka tidak perlulah media-media pencacai mahu mengulas isu tersebut.   Kalau mahu ulas ayat Al-Quran, jangan ditafsirkan dengan Perlembagaan.  

Pendek kata, isu Nurul Izzah ini amat 'simple', tidak perlu Alim Ulamak yang mengulasnya kerana rata-rata masyarakat Islam tahu bahawa Melayu satu perkara lain, Islam satu perkara lain.  Jika seseorang Melayu itu tidak berugama Islam, apa masalahnya jika dia mahu menjadi Kristian?  Melayu yang tidak Islam ini termasuk di dalam ayat " Tiada paksaan di dalam agama".  Ini berbeza jika Melayu itu berugama Islam, ayat tersebut bukan untuk yang telah berugama Islam.  Di dalam Islam semua yang diperintahkan itu wajib dipatuhi termasuk larangan untuk keluar agama Islam, Itulah maksud Nurul Izzah./wfauzdin.blogspot.com















5 ulasan:

  1. MANGKUK-MANGKUK PARTI SEKUTU APCO BUAT LUPA SEJAK ZAMAN MAMAK KUTTI LAGI DAH KECOH KES MACAM INI TAPI MEREKA MUSAH LUPA ,KUTTI YANG KUTUK SUNAH & AL QURAN TARAK APA-APA PUN !ABU !

    BalasPadam
  2. ye ke..

    jarang2 anwar kata ''..telah dipolitikkan..''

    so anwar dngn anar puaka sudah kena kali ini..

    careful next time.. jgn suka2 sgt pergi gereja cari pahala k..

    BalasPadam
  3. kalau melayan amno yang gila, orang yang tak gila jadi gila.

    Apa kata Ustaz JKK?

    BalasPadam
  4. Tak perlulah berdolak dalik, konon pertikai `istilah bangsa' tetapi yg pasti Izzah tetap pertahankan murtad dalam kalangan Islam. Benarlah aktiviti murtad di Selangor dulupun PKR tak bangkit tentang dan halang malah salahkan JAKIM dan MUIS.

    Aku tak boleh bayangkan kalau jadi suaminya, pasti aku ceraikan sahaja sebab takut nanti anak-anak aku pilih agama hindu dan kristian.

    Izzah dan kau org lebih baik fahami AL-Quraan secara berguru. Izzah menganggap dia tahu semua, dah lah buat kenyataan kat gereja. Izzah mahu tentang agama Islam dan ALLAH

    Balasan ALLAH tetap dan pasti, hancurlah kepada MUSUH ALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodo habis ader umno pertahan kan murtad kena hukum aper bayar 20 henget atau rotan jubo dgn lidi setuju bro xpayah tunjuk komen pencaxai kerna mentality lebih bodo dr hogzilla

      Padam