RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 1 November 2012

MCA HINA ISLAM SERAHKAN PADA ULAMAK UMNO, DAP TIDAK SOKONG HUDUD AKU HENTAM PAS

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA keluar sahaja dari mulut pemimpin DAP yang bercakap soal Hudud, maka tanpa berlengah lagi si Hassan Jati pun mengambil kesempatan bukan untuk menghentam DAP tetapi sasarannya adalah PAS.  Bagi si Hassan Jati, di dalam dunia ini kewajipan mempertahankan hukum Hudud hanya terletak di tangan PAS samada PAS memiliki kuasa ataupun tidak.

Peliknya, apabila pemimpin MCA iaitu salah satu parti komponen Bn membuka mulut bukan sahaja menghina hukum Hudud, bahkan di dalam bab aurat umat Islam pun pemimpin MCA ini perlekehkan, apa komen si Hassan Jati?  Di dalam komen beliau mengulas isu Chua Soi Lek yang menghina hukum Hudud, seperti yang dipetik melalui Malaysiakini, si Hassan Jati hanya menyerahkan sahaja isu tersebut kepada Ulamak Umno.  

Ditanya adakah wajar Umno mengadakan perbincangan mengenai hubungan dengan MCA, Si Hasan Jati berkata, beliau tidak akan campurtangan mengenai perkara itu.  "Soal Umno nak kaji, tak kaji, apalah Hasan Ali boleh buat. Dalam Umno ada ulama dan mereka ini yang sepatutnya berbincang.  "Hasan Ali tidak akan campurtangan dalam perkara itu," katanya.

Jelas kepada kita untuk menunjukkan bahawa 'Sub Kontrak' Umno ini tugasnya adalah untuk menghentam PAS selain dari memburukkan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.  Kalau lah benar perjuangan beliau berlandaskan prinsip IMR (Islam, Melayu dan Raja), mengapa perlu diserahkan bulat-bulat kepada Ulamak Umno di dalam isu penghinaan terhadap Islam, sedangkan terhadap DAP beliau begitu bertegang urat dan kembang hidungnya mengkritik PAS?  Apakah beliau lupa bahawa PAS juga mempunyai Majlis Syura dan Dewan Ulamak mereka yang lebih berwibawa dan ramai ahlinya berbanding dari Ulamak Umno?

Sikap si Hassan Jati ini satu bukti menunjukkan beliau tidak pernah ada prinsip.  Beliau takut dan gentar untuk mengkritik Chua Soi Lek, jauh sekali untuk menghentam Umno.  Sebab itulah beliau memberi berbagai alasan untuk tidak mengkritik mana-mana pihak yang menjadi sekutu Umno.  Beliau lebih suka menyentuh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dengan desakannya agar MB Kelantan itu melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am PAS.  Beliau lupa beliau telah diterajang dari PAS.  

Tidak hairanlah sekarang ini program ceramah orang yang pernah tergila-gilakan jawatan MB Selangor itu sudah tidak mendapat sambutan lagi.  Rakyat semakin sedar si Hassan Jati ini amat kecewa dengan PAS kerana keberanian PAS menyepaknya keluar dari parti yang beliau pernah menjadi Pesuruhjaya. /wfauzdin.blogspot.com
 

2 ulasan:

  1. Dia ni berdendam kesumat sebab kena terajang dari PAS... Dia ingat orang tak berani buang dia... Dah kena tendang, baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah... Perasan diri tu hebat... Ini lah contoh manusia riak dan takbur kalau jadi pemimpin. Confirm melenting kalau kena tegur oleh org bawahan... Tak ada sifat tawadhuk, bagi aku dia memang tak layak jadi pemimpin.

    BalasPadam
  2. Beliau hanya layak jadi pemimpin umno yg sentiasa angguk tanpa geleng, yg telur sentiasa kecut didalam tanpa keluar. Dlm keadaan bebas x terikat dgn mana2 parti politik, pun masih x berani nk bersuara menegakan Islam dan aqidah umah, x berani menegur CSL dan umno yg sentiasa berusaha meruntuhkan dan menghancurkan Islam dan aqidah umat Islam di Malaysia

    BalasPadam