RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 24 Februari 2015

PRK PERMATANG PAUH - NAMA CHEGU BARD TERSENARAI ?

SIAPA calon PRK Parlimen Permatang Pauh?  Sebelum ini aku menulis tentang bagusnya jika Sdr Saifuddin Nasution (Pengarah PRaya PKR) mengisi kekosongan Kerusi tersebut lantaran terpenjaranya DS Anwar Ibrahim.  Namun, perdebatan masih rancak tentang siapa yang layak dan sesuai bertanding di situ.

Umno pastinya akan meletakkan calon, walaupun di Dun Chempaka Umno khabarnya amat prihatin akan risiko perpecahan rakyat seandainya ada pertandingan, maka di Dun tersebut Umno mungkin tidak akan bertanding.  Rakyat tidak bodoh untuk meneka mengapa Umno sebaik itu.  Mengapa di Permatang Pauh tidak penting perpaduan?  

Tidak mengapa, yang penting kita tahu helah Umno.  Di Permatang Pauh, aku telah buat satu Poll (undian) kepada pengunjung blog aku di sini http://wfauzdin.blogspot.com 

Namun, ada beberapa cadangan dari rakan-rakan untuk menambah senarai calon di dalam undian tersebut.  Di dalam Poll awal, jelas Sdr Saifuddin Nasution mendapat undian tertinggi jauh meninggalkan calon-calon lain iaitu DS Wan Azizah,  Nurul Nuha Anwar, Nurul Hana Anwar dan Calon Lain.  Aku telah pun batalkan undian asal tersebut dan membuat undian terbaru dengan penambahan beberapa calon popular yang dicadangkan oleh rakan-rakan.

Calon-calon yang mungkin anda pilih adalah DS Wan Azizah, Nurul Nuha Anwar (March To Freedom), Sdr Saifuddin Nasution, Sdr Yusmadi Yusof dan Sdr Chegu Bard SAMM (Badrul Hisham Shaharin).  Poll ini hanya untuk mengetahui pilihan anda sebagai pengunjung blog ini.  Keputusan muktamad tentunya dari parti dan mesti kita hormati.  

Kepada yang melatah bila melihat Chegu Bard telah mula mengorak langkah di Permatang Pauh, tolong simpan sifat dendam dan hasad anda itu.  Kita harus sokong sesiapa pun yang berani tampil ke hadapan untuk membela nasib DS Anwar Ibrahim dan menentang kezaliman yang berlaku.  Jangan pertikai nawaitu seseorang seolah-olah nawaitu kita saja yang ikhlas dan baik.  Lawan tetap lawan !!


31 ulasan:

  1. din...udah ler tu...Pas dh maleh nk simpati lg...lantak kome lar yer...

    BalasPadam
  2. "Kita harus sokong sesiapa pun yang berani tampil ke hadapan untuk membela nasib DS Anwar Ibrahim..."

    Nasib rakyat sape nak bela???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib rakyat MELAYU kasi DAPigs bela laa..nak sngt cium bontot depa tu.

      Padam
  3. Lawan tetap lawan...pidahhhhhhh

    BalasPadam
  4. nasib nuar berahim kerajaan bela lar...bagi makan free..air free...5 tawun makan free...

    BalasPadam
  5. Di sebalik ketegasan Rafizi Ramli yang enggan menjadikan PKR sebagai medium memohon pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk Anwar Ibrahim, selain tanpa sebarang bantuan atau sokongan daripada Azmin Ali, keluarga Wan Azizah yang kecewa akhirnya memilih saat-saat akhir untuk menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi tujuan memohon pengampunan untuk Anwar Ibrahim.

    Masuk hari ini, sudah 14 hari Anwar Ibrahim berada di lantai penjara. Dia telah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan jenayah liwat.

    Walaupun PKR dan ahli keluarganya cuba menegaskan bahawa Anwar Ibrahim dihumban ke dalam penjara kerana FITNAH dan KONSPIRASI POLITIK, hakikatnya sepanjang tempoh perbicaraan selama 7 tahun, tidak sekali pun Anwar Ibrahim mahupun pasukan peguambelanya yang seramai beberapa belas orang dan silih berganti tidak pernah dapat membuktikan konspirasi dan fitnah politik sebagaimana yang didakwa. Malahan mereka juga tidak dapat menampilkan walaupun seorang pun alibi untuk menolak dakwaan bahawa Anwar Ibrahim tidak meliwat Saiful Bukhari Azlan.

    Malah agak mengejutkan apabila dua orang Ketua Peguambelanya, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram mengatakan liwat berlaku atas dasar SUKA SAMA SUKA, bukannya pemaksaan yang kemudian cuba ditekankan bahawa Saiful Bukhari bersalah kerana membuat laporan polis setelah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

    Hari ini, keluarga Anwar Ibrahim terpaksa mendatangani Istana Negara. Hari ini juga, keluarga yang cuba menghapuskan Kesultanan Melayu dan memandang hina kewujudan Institusi Kesultanan Melayu selain melihat sultan-sultan sebagai berhala, sebagaimana yang seringkali disebut oleh para pengikut mereka, terpaksa juga datang menyembah dengan penuh adat semata-mata bagi mendapatkan pengampunan dan pembebasan Anwar Ibrahim.

    Sekaligus menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dibatalkan kerjanya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

    Mungkin sebelum ini, keluarga Anwar Ibrahim cukup yakin mereka akan berjaya mengumpulkan seramai mungkin penyokong, berarak dan menyerang istana, sekaligus menakutkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan membatalkan pemenjaraan Anwar Ibrahim.

    Namun dari sehari ke sehari bukan sahaja pengikut yang sudi berdemonstrasi semakin berkurangan, bahkan himpunan solidariti yang dibuat untuk Anwar Ibrahim juga turut diejek dan dihina. Tidak sahaja dari kalangan musuh Anwar, malah daripada kumpulan yang kuat menyokong Anwar sebelum ini pun, enggan muncul.

    Rafizi Ramli yang selama ini kuat menjilat Anwar, cuba mengambil kesempatan untuk mengambil hati Azmin dengan mengumumkan PKR tidak akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong. Dan kerana itulah juga, keluarga Wan Azizah terpaksa melakukannya pada saat-saat akhir setelah semua pihak yang bergantung dengan mereka selama ini, mula berpaling meninggalkan mereka secara berjemaah.

    Akhirnya institusi yang amat mereka benci dan ingin mereka hapuskan itu jugalah yang mereka terpaksa datangi dan minta tolong!

    BalasPadam
  6. Kenapa Keluarga Anwar beria ia sangat nak keluarkan Anwar dari penjara ? Sebab Wan Azizah tak mau Azmin naik menjadi ketua PKR . Skrip drama keluarga Anwar semua dalam poket aku .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya kerana kerusi parlimen , seluruh keturunan nuo akan diingati sehingga ke akhir zaman. Balasan Dari tuhan bukan hanya di dunia malah sehingga ke akhirat. DOA Saiful dimakbulkan, begitu juga DOA PAS . subhanallah

      Padam
  7. aku cukup benci org yg berani berapi2 mengutuk dan mengandaikan dgn bermcm fitnah tapi cuma guna nama anon,betul2 punya lahanat org2 mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikmatgelap ni nama betol ke. Kau pun sama lahabat bahlool munafik. Kalau berani sgt guna la nama betol wahai musibat. Bekokok tp lubang juboq lu gelumang taik..hahaha

      Padam
    2. NAMA BETUL LE TU....CIK MAT BINTI GELAP....HIHIH

      Padam
  8. Tahniah kpd Tganu darul iman kerana melaksanakan sesi kaunseling utk melayu islam yg memakai pakaian menjolok mata di Negeri tersebut.

    Satu lg tamparan kpd puak Dapig/PKR lgbt. Kita tnggu apa teriakan puak kafir dan munafik itu. Takbir!!

    BalasPadam
  9. anwar dan seluruh keluarganya akhirnya mengaku bahawasanya anwar adalah seorang peliwat.permohonan ampun daripada YDPA mengesahkan anwar akhirnya mengaku dia bersalah.bukan sekadar itu, cerita fitnah siang malam anwar yang menabur fitnah MENGATAKAN UMNO MELAKUKAN KONSPIRASI LIWAT juga bakal termaktub dalam sejarah bahawa ianya tidak benar.jadi kepada seluruh penyokong anwar...MASIH TETAPKAH LAGI PENDIRIAN ANDA MAHU MENGANGKAT PELIWAT SEBAGAI PEMIMPIN ?BUKANKAH LIWAT ITU NABI SAW TIDAK MENGAKU UMAT ?

    BalasPadam
  10. AKU SOKONG PELIWAT - JOLOK LUBANG JUBOR DIA DENGAN PENYAPU HAHAHAH

    AYOH NUAR JOLOKLA BANDUAN KALAU KO BERANI

    BalasPadam
  11. ehh Din...apa sudah jd...sejak bila kamu tukar kem Din...ni bloq Pkr ke bloq umnoBn...??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Din tgh pnjat pagar.lps tu dok atas pagr.xlama pastu jtuh dlm kws bn.hampeh

      Padam
  12. Alhamdulillah. ..kerjasama antara Melayu Islam Pas dan Umno semakin menyerlah. Kita sama2 doa agar kesatuan ini akan menguatkan institusi agama Islam dan maruah bangsa dan negara. Aminn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya rabbal a'lamin. InsyaAllah.

      Padam
  13. Blog2 pembangkang kebanyakannya sunyi dari komen2 bodoh macai Anwar, spt mana sunyinya himpunan solidariti sokong Anwar, kecuali bbrp berok hardcore yg menjerit2 bagai org kurang siuman.

    BalasPadam
  14. Di dalam kes liwat pertama antara Anwar Ibrahim dan Azizan Abu Bakar pada 1998, beliau didapati bersalah atas tuduhan rasuah (penyalahgunaan kuasa) dan dipenjarakan selama enam tahun.

    KESALAHAN MELIWAT wajar dihukum bunuh atau mandatori 20 tahun penjaraPada ketika itu tidak timbul isu beliau memohon petisyen pengampunan di raja walaupun beliau dilepaskan awal dari penjara kerana berkelakuan baik.

    Sungguh pelik sekiranya kita amati apakah  agenda sebenarnya petisyen pengampunan diraja dikemukakan memandangkan tempoh Anwar dipenjara lebih singkat berbanding hukuman pada 1998.

    Sepanjang perbicaraan kes liwat 2 ini, dunia antarabangsa telah seringkali dilibatkan secara langsung dan lebih agresif lagi berbanding kes liwat 1.Ia boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha berterusan bagi menghakis kepercayaan antarabangsa terhadap keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan negara.Impak kepada tindakan ini bakal mendorong campurtangan antarabangsa secara langsung/tidak langsung di bidang-bidang kerjasama strategik dan hubungan antarabangsa seperti kerjasama ekonomi, diplomatik dan sebagainya.

    Mengimbas kembali krisis Menteri Besar Selangor, isu pengampunan di raja ini seolah memiliki persamaan jalan cerita di mana sewaktu krisis MB Selangor, Anwar sebagai suami memainkan peranan utama antara istana-Wan Azizah. Sebaliknya bagi isu pengampunan ini, Wan Azizah pula yang memainkan peranan utama antara istana-Anwar.

    Suami bersalah isteri minta ampun?

    Ia sebenarnya mempunyai suatu agenda tersirat menimbulkan polemik istana-rakyat di mana institusi yang pernah dikecam dan dibenci oleh mereka suatu waktu dahulu akan diseret ke kancah konflik bersama rakyat  dengan matlamat akhir penghapusan Sistem Raja Berperlembagaan

    Seterusnya isu pengampunan diraja bagi kes liwat ini adalah bagi mengekalkan momentum keberadaan Pakatan Rakyat (Anwar sebagai de facto leader) pada masyarakat memandangkan setakat ini tiada isu nasional yang mampu menggugat kepercayaan rakyat pada kerajaan Malaysia.

    Semoga ke Bawah Duli Yang Maha Mulia SPB YDP Agong dinasihat dengan tepat & benar dalam menangani isu ini serta mengambil tindakan terbaik bagi kepentingan Negara.

    BalasPadam
  15. Rupanya bkn blog ni saja yg merundum sokongan pd dsai. Hampir semua blog pro PR menunjukkn perubahan sentimen....ini bukti sokongan pd PKR telah jatuh mendadak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pas dh mula terajang parti lilin...

      Padam
    2. aku tak terkejut jika Din ni pun tukar parti...

      Padam
  16. syabas....siapa pun calon. yg pasti Umno bakal melutut lagi di permatang Pauh. Letak Saif pun Umno melutut, letak Chegu Bard pun Umno terkangkang. Letak anak Anwar bahkan letak cucu dia pun Umno akan tergolek lagi di permatang pauh. Ertinya Umno mmg teruk sebab itulah Mahdey kata siapa yg bodo saja dokm dlm Umno....hahaha.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyeeeee kerrrrrrrr...hahaha. ....!!!!!




      Ale uto lu

      Padam
    2. Pkr dan fitnah berpisah tiada...booo

      Padam
  17. PKR parti manyak mohong...manyak tipu...suka main belakng...haiyaaaaa

    BalasPadam
  18. Kata Tian Chua, DYMM Yang Di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab MORAL untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara. Dia cuba mengingatkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong bahawa baginda tertakluk di bawah Artikel 42 yang menyatakan baginda adalah pelindung kepada integriti undang-undang sekaligus memerlukan baginda campurtangan apabila keputusan mahkamah tidak adil.

    Tian Chua berkata, keputusan memenjarakan Anwar Ibrahim adalah salah dan menyalahi undang-undang negara ini. Bukan itu sahaja, Tian Chua cuba menegakkan benang basah dengan menyatakan proses perundangan ke atas Anwar Ibrahim sebenarnya adalah konspirasi politik dan fitnah walaupun hakikatnya, Anwar Ibrahim tidak dapat membawa walau seorang pun saksi dan fakta yang dapat menyanggah pendakwaan ke atasnya.

    Hebat Tian Chua ini. Cukup berani untuk menentang semua sistem di dalam negara ini. Tiada sebarang penghormatan daripadanya untuk apa-apa sahaja yang menentang Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim baginya tidak ada salah langsung dan perlu dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja di dunia ini. Sampaikan DYMM Yang Di-Pertuan Agong pun diperintahkannya agar membebaskan Anwar Ibrahim!

    Hebat betul! Bontot Cina ni lah yg puak macai Anwar berebut berebut cium.

    BalasPadam
  19. ANWAR TERNYATA MASIH LEMBIK SEPERTI DULU

    Coretan Ringkas Lokman Adam

    Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli semalam dengan penuh angkuhnya mengatakan bahawa Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon Pengampunan DiRaja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.  Maka ketika itu semaraklah semangat anak-anak muda seperti Adam Adli, Fahmi Zainol dan lain-lain lagi kerana mempunyai seorang idola yang kononnya berpegang kepada prinsip serta tinggi daya juangnya.

    Srmalam pula, tiba-tiba Sivaji The Boss telah menghantar isteri dan anaknya Nuha untuk meminta Pengampunan DiRaja dan sekaligus mematikan api perjuangan anak-anak muda dan para demonstran yang jenuh terpekik terlolong setiap kali demonstrasi Kita Lawan diadakan.

    Kekecewaan yang dirasai oleh penyokong Anwar ini sangat saya fahami kerana saya turut merasainya ketika ditahan di bawah ISA sekitar tahun 2001-2003 dulu kerana mengepalai beberapa siri demonstrasi.  Perasaan kagum saya terhadap daya juang Anwar musnah pada suatu petang apabila kami menerima panggilan telefon Anwar dari Penjara Sungai Buluh.

    Panggilan Anwar sekitar awal tahun 2003 itu jelas berbeza berbanding panggilan-panggilan beliau yang selalu kami terima sekitar jam 5.30 petang setiap hari.  Jika selalunya ianya penuh dengan pengarahan dan kata-kata semangat, namun pada hari tersebut, saya dan Sdr Ezam Md Nor tergamam bila mendengar luahan perasaan Anwar yang cukup mengejutkan.  Saya takkan lupa ayat Anwar pada Ezam petang tersebut, "Zam, i dah tak boleh tahan hidup disini (Sg Buluh), carilah jalan dengan apa cara sekalipun supaya kita bebas, nak deal dengan UMNO pun deal lah Zam"

    Ayat-ayat Anwar itu menghilangkan rasa hormat saya pada Anwar yang berdegar-degar berucap di atas pentas ceramah.   Langsung tidak kami sangka bahawa manusia yang kerap mengunakan kata retorik seperti "Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan" dan pelbagai kata-kata  lain, akhirnya meluahkan perasaan putus asa dan menunjukkan betapa lemahnya daya juang beliau sebenarnya. 

    Padahal, ketika dipenjarakan di Sungai Buluh, beliau tinggal di Klinik Penjara yang jauh lebih selesa berbanding banduan lain.

    Hari ini sekali lagi Anwar telah membuktikan betapa lembiknya beliau dengan mengemukakan petisyen memohon Pengampunan DiRaja.  Pasti terlalu ramai yang kecewa bila Anwar akhirnya mengaku bersalah.  Tapi hari ini saya menarik lafas lega dan tumpang gembira.  Gembira kerana Anwar memohon pengampunan daripada  Institusi DiRaja yang hendak dihapusnya.  Dan kedua, saya juga gembira kerana tidak sabar hendak melihat bagaimana Anwar hendak memohon Pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang akan turut dianggotai oleh Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri.

    BalasPadam
  20. Din….calon cempaka ada kosong…cepat din….lepas ni pkr tak meraso dh….pupuih terus din...

    BalasPadam