RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 1 September 2016

FORMULA TAWAN PAHANG ?

 
 
Objektif menawan Pahang tidak akan tercapai selagi PH tidak mampu menembusi kawasan2 atau Parlimen2 yg mempunyai felda.

Boleh dikatakan semua Parlimen di Pahang ini mempunyai kawasan felda, kecuali dua Parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota. Justeru itu, untuk menawan Pahang kita wajib pecahkan kubu2 Umno/Bn di kawasan felda yg selama ini adalah aset bagi Umno/Bn.

Bagaimana caranya?

Pertama, kuatkan jentera kita di kawasan2 berkenaan.

Kedua, eratkan hubungan silaturrahim kita dengan semua peringkat masyarakat, dampingi mereka samada di majlis2 tertentu, di warung2 kopi dan kita juga mesti sentiasa menjadi ahli jemaah masjid yg berfungsi sebagai tempat penyatuan.

Ketiga, Perbanyakkan program2 kemasyarakatan dan kebajikan di kalangan penduduk. Cari permasalahan mereka dan kita mesti ke hadapan untuk membantu mereka.

Keempat, Mengedar risalah2 berkaitan kejayaan parti kita yg memerintah di Selangor dan P.Pinang.

Kelima, Giatkan pendaftaran pengundi baru terutamanya di kalangan anak2 muda felda. Dapatkan salinan IC mereka dan kita sendiri yg uruskan melalui parti.

Keenam, adakan ceramah kelompok atau perjumpaan kecil2an di kalangan masyarakat utk perkongsian maklumat.

Ketujuh, Jangan cari permusuhan dengan mereka yg tidak sealiran dgn kita. Dampingi mereka sebaik mungkin.

Kelapan, Setiap parti dalam PH, fokus kepada tektikal dan strategi praya, seperti kerja2 mencula di setiap pelusuk kawasan dan peti undi. Bancian dari semasa ke semasa untuk melihat perkembangan gerak kerja kita dan tahap sokongan kpd kita.

Dan, banyak lagi yg perlu kita boleh lakukan mulai sekarang. Ingat !! Jangan kita hebat sesama kita dalam grup wassap sahaja, tetapi kita gagal di akar umbi. Akar umbi penentu kemenangan!!
 
Sumber:  Page Pakatan Harapan FC

4 ulasan:

  1. Strategi kesembilan....... Buat fitnah banyak2 dan sebarkan.... laksana rencah utk menyedapkan gulai ikan patin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Strategi kesembilan ni strategi yang sentiasa diamalkan oleh PAS & UMNO !
      PH tak perlu strategi bongok ni ! Biarlah ulamak u turn & perompak no 1 negara je guna strategi kesembilan ni eh .

      Padam
    2. Generasi ke2 felda perlu ambil alih peranan menyedarkan masyarakat felda. Itupun kalau tak termakan dedaklah.

      Padam
    3. Strategi kesepuloh, Lebung Kuasa 10..

      Padam