RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 26 Ogos 2019

MAHU CUBA KERAJAAN UMNO-PAS ? SEJARAH TELAH BUKTIKAN KEGAGALANNYA


Ada yg bgtahu, kita mau cuba kerajaan baru Umno dan Pas pulak, tentu lebih baik, kata mereka. Aku nak ingatkan mereka, sejarah tahun 70-an, Umno dan Pas pernah dalam satu kerajaan. Apa yg Pas buat utk Islam waktu itu bersama Umno?

Perkembangan Islam bermula apabila DSAI masuk Umno. Islamisasi berjalan. Waktu itu kita lihat ada Bank Islam, Universiti Islam, Takaful, budak2 sekolah menengah berugama Islam lelaki pakai seluar panjang dan perempuan baju kurung dan bertudung. Ramai kakitangan kerajaan wanita yang memakai tudung hasil daripada Islamisasi yg diterapkan. Itu semua tak dibuat waktu Pas bersama Umno. Waktu itu mereka hanya mahu makan gaji sehinggalah lebai2 ini ditendang keluar oleh Umno.

Kini, kerajaan PH mahu mulakan banyak perkara. Umno yang hapuskan tulisan jawi, kerajaan PH berusaha untuk perkenalkan semula, cuma perbahasan yg ada hanyalah dari segi pendekatan sahaja. Boleh saja dibahaskan. Pas bawa usul RUU Akta 355 ke Parlimen, harapkan Umno terima, malangnya Pas sendiri minta tangguh untuk bahas di Parlimen kerana baru sedar Umno tidak akan sokong usul berkenaan. Kerajaan PH, tanpa buat himpunan di Padang Merbok, tanpa tempah baju unggu, kerajaan PH telah mula mengorak langkah memantapkan lagi mahkamah syariah. Di bawah kerajaan PH, bukan sahaja mahkamah syariah akan diperkasakan, tetapi taraf guru KAFA juga akan ditingkatkan kepada guru tetap.

Oleh kerana mereka tahu kerajaan PH lebih baik dari kerajaan kleptokrasi dulu, hujah pun tiada, maka sekarang ini terpaksa mereka main isu perkauman dan agama. Tidak cukup dengan lebai2 mereka jual isu2 ini, mereka seret Dr Zakir Naik untuk join mereka. Mereka akan perkudakan sesiapa saja asalkan cita2 mereka berjaya.

3 ulasan:

  1. PENYATUAN UMMAH KEMBALI KAN KERAJAAN KHALIFAH.

    AWAS TANGAN LIBERAL PLURALIST MURTAD SABOTAJ HIMPUNAN PERPADUAN UMAH

    IMAM Al-Ghazali pernah memberi amaran: agama dan kekuasaan itu ialah kembar yang tidak boleh dipisahkan. Agama ialah asas, kekuasaan pula ialah pelindung. Segala hal yang tidak mempunyai asas akan runtuh, manakala segala perkara yang tidak memiliki pelindung akan hilang dan lemah.

    Allah juga memberi ingatan keras dalam tiga surah berikut: ‘Surah As-Saff ayat 9: Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad ﷺ) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya’.

    Surah Al-Fath ayat 28: ‘Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad ﷺ) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (mengenai kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu)’.

    Surah At-Taubah ayat 33: ‘Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya’.

    Kontroversi serangan ke atas pendakwah perbandingan agama terkemuka iaitu Dr Zakir Naik membawa seribu satu hikmah di bumi Malaysia.

    Dalam keadaan rejim di seluruh dunia berusaha untuk menindas umat Islam – seperti rejim pelampau Hindu di Kashmir, rejim junta tentera dan pengganas Buddha Myanmar ke atas umat Islam Rohingya, rejim komunis China ke atas umat Islam Uighur di Xinjiang, dan rejim Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin – kontroversi Dr Zakir Naik sebaliknya membangkitkan arus kuasa Islam di Malaysia ke segenap pelosok warga.

    Bangkitnya umat Islam Malaysia mempertahankan dakwah Dr Zakir Naik bukan sahaja diterajui parti politik seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan UMNO, bahkan juga didukung kuat oleh para mufti dan pendakwah muda dan badan bukan kerajaan.

    Paling membanggakan kita tentulah keberanian para pendakwah muda seperti saudara Firdaus Wong Wai Hung (Multiracial Reverted Muslims), Dr Kamilin Jamilin (pakar kajian Hadis), dan juga saudara Yusuf Azmi (Pertubuhan Pengguna Semboyan 1Malaysia) yang tidak gentar dengan gerakan antidakwah Dr Zakir Naik – meskipun menyedari betapa sebahagian daripada pembenci itu memegang kuasa yang bukan sedikit dalam kerajaan.

    Hakikat ini cukup jelas kerana meskipun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau untuk tidak menghantar pulang penceramah dari India, Dr Zakir Naik pulang ke negara asalnya, namun suara-suara sumbang yang bencikan dakwah Islamiah Dr Zakir Naik tetap terus bergema.

    Tun Dr Mahathir sendiri bahkan menegaskan beliau enggan berbuat demikian kerana bimbang sekiranya pendakwah itu dibunuh di India nanti: “Masalahnya sekarang (untuk hantar Zakir pulang) kita bimbang beliau akan dibunuh”.

    Sebaliknya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendekatan Dr Zakir Naik dan mendakwa Dr Zakir Naik memberi masalah: “kita nak tolong dia tapi dia beri masalah pula”.

    Pendirian Anwar Ibrahim ini selari dengan desakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang mendesak agar Dr Zakir Naik dihalau keluar dari Malaysia dan dihantar balik ke India.

    Pendirian sebegini turut disokong oleh Menteri Agama, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Wanita Parti Amanah Negara, Dr Siti Mariah Mahmud.


    Menurut Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa: “Kalau tanya saya, saya kira cara pemyampaian dakwah Zakir adalah tidak sesuai di Malaysia. Kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama orang lain. Tetapi kita perlukan kaedah penyampaian dakwah yang lebih intelek dan tenang tanpa merendahkan maruah agama lain”.

    BalasPadam
  2. Kan zakir naik tu wahabi, mmg la x sesuai di malaysia. Pelik, kalau org islam malaysia yg berfahaman wahabi di ibaratkan sesat tapi berlainan dgn zakir naik, dia di pertahankan bermati-matian. Kalau Dr Maza di serang dari segenap sudut kerana di katakan wahabi maka. Berlainan dgn kea zakir naik. Motif?

    BalasPadam
  3. buktikan wahababi...bukti ade

    BalasPadam