RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 13 November 2019

JANGAN IZINKAN RAFIZI TERANIAYA KERANA MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN WANG RAKYAT - AYOH BERSAMA KE MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM JUMAAT INI


Pada awal Februari 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Pengasas INVOKE yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atas kesalahan mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat Jalil) di atas pendedahan yang dilakukan pada 2012.

Walau bagaimanapun, peguam Rafizi, Sdr Ahmad Nizam Hamid telah menfailkan rayuan. Keputusan kes rayuan beliau telah ditetapkan pada 15 November ini (Jumaat) jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Apakah hukuman 30 bulan penjara itu kekal atau beliau dibebaskan? Jumaat ini adalah keputusannya.

Rakyat yang tidak lupa tentang skandal NFC (lembu dalam kondo) sudah tentunya mengharapkan Sdr Rafizi Ramli akan dibebaskan sekiranya negara ini telah benar-benar merealisasikan sebahagian dari reformasi kehakiman. Rafizi bukan mendedahkan akaun seseorang untuk suka-suka atau untuk mengaibkan sesiapa. Beliau mengambil risiko besar kerana mendedahkan akaun yang memperlihatkan sesuatu yang luar biasa melibatkan wang rakyat. Baayangkan sekiranya Rafizi tdak mendedahkan perkara ini, adakah kita tahu bahawa ada orang yang hidup kaya raya dengan menyalahgunakan dana rakyat?

Justeru itu, apa yang Sdr Rafizi lakukan itu bukan untuk kepentingannya bahkan bakal mendatangkan kesusahan kepada diri dan keluarganya, tetapi beliau lakukan demi untuk negara tercinta. Beliau tidak dapat apa-apa dari hasil kerja mulianya itu. Beliau tidak bertanding di dalam pilihanraya, beliau bukan lagi seorang Wakil Rakyat, jauh sekali seorang Menteri di dalam kerajaan yang beliau sendiri angkat.

Mampukah kita melihat sosok tubuh anak muda ini disumbatkan ke penjara di dalam sebuah negara yang diterajui oleh Pakatan Harapan di mana insan ini terlalu banyak jasanya menyumbang kepada kejatuhan rejim kleptokrasi pada 09 Mei 2018 yang lalu? Kita tidak menuntut anak muda ini dilantik sebagai Senator atau Menteri, kita hanya mahu melihat beliau dan keluarganya boleh menjalani kehidupan aman sentosa dan sejahtera di bawah kerajaan PH.

Kita yakin anak muda ini akan tampil menerajui negara ini di suatu masa kelak. Hanya orang-orang yang suka kepada rasuah dan penyelewengan akan suka melihat tokoh hebat ini terpenjara. Cukuplah Anwar Ibrahim menjadi sejarah kebobrokan sistem keadilan di negara ini.

Bertemu kita di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Kepada yang tidak berkesempatan hadir, kami menuntut doa kalian.

8 ulasan:

  1. PH benar2 tak berhati perut jk rafizi teraniaya.

    BalasPadam
  2. keputusan dah di duga... bebas biasa la tokong tengah bicara bole batal...

    kanina...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman BN hakim pun ambil rasuah. Zaman PH hakim rasuah kena tangkap. Kau jangan nak tunjuk kau tu bodoh!!!

      Padam
  3. Mesti dok dalam punya . Ganti tempat anwar pula . Ingat lg kata dia ph menang bukan faktor madet . Lg pun dia dedah tu akaun bank org lain yg perlu dilindungi . Ada akta . Ingat suka2 ka dia kna 30 bulan . Faktor seleweng apa tu semua hal lain . Dia bukan pihak berkuasa yang ada autority nk ceks akaun bank sesapa . Selamat dudok dalam . Sabun jatoh jgn pungut , itu nk pesan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau tahu ke whistle-blower act? Rafizi bertindak di atas kepentingan awam sebagaimana semangat akta tersebut. Sebab tu kalau bodoh jangan cakap!!!

      Padam
  4. Insyaalah. Kalau bleh tinggal bengkel. Saya roger. Dari telok gong ke shah alam Bukan Jauh pun. Naik moto 30 minit sampai. Tapi kalau buat superman atas moto, 15 minit Sampai kot.

    BalasPadam
  5. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    BalasPadam