RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 23 September 2024

PM "BANDUAN" YANG HEBAT - MASUK PENJARA AKIBAT DIZALIMI LEBIH MULIA DARI MEMASUKKAN ORANG KE PENJARA SECARA ZALIM

 


"Banduan" bererti mereka yang pernah dipenjarakan samada secara adil atau tidak. Sebab itu, istilah "banduan" tidak sejijik istilah "perasuah atau penyakau" mahu pun "penunggang agama".

Apa dalilnya? Selain dari Nabi Allah Yusuf A.S yang pernah dipenjarakan angkara fitnah, ramai ulamak bahkan ulamak besar juga pernah merasai dikurung dalam penjara. Ada banyak kisah pejuang yang mati dalam penjara. Hinakah mereka? Itulah ujian buat mereka yang berjuang untuk kebenaran.

Imam Abu Hanifah R.A, pada zaman khalifah al-Mansur iaitu dalam pemerintahan kerajaan Dinasti Abbasiyah, Imam Abu Hanifah telah disebat dan dipenjara.

Imam Malik R.A, pernah dihukum penjara oleh Gabenor Kota Madinah pada tahun 764M kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kemahuan pemerintah.

Imam Syafie R.A, iaitu pendokong Mazhab Syafie pernah dituduh menyokong syiah oleh orang yang dengki dengannya. Beliau turut difitnah kononnya terlibat dalam rencana mengganggu-gugat kekuasaan Harun ar-Rasyid. Kemudian Imam Syafie ditangkap. Tangan dan kakinya diikat dengan rantai.

Imam Ahmad bin Hanbal R A, pernah disebat dan dipenjara selama 30 bulan oleh Khalifah al-Makmun kerana tidak mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk seperti yang diyakini oleh aliran Muktazilah.

Ibnu Taymiyah R.A, juga pernah dipenjarakan di Mesir kerana berbeza pendapat dengan ulama lain yang sezaman dengannya. Setelah itu beliau dibebaskan dan kemudian berhijrah ke Syam dan mengajar di Syria. Namun di sini beliau sekali lagi dipenjara selama 5 bulan kerana berbeza pendapat dalam hal persoalan sumpah dengan talak.

Begitulah kisah bagaimana para ulama besar dahulu telah dizalimi oleh pemerintah hanya kerana tidak sependapat dengan para penguasa. Walaupun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah, namun hanya kerana pandangan dan prinsip mereka yang tidak sealiran dan tidak disukai oleh pemerintah yang berkuasa dan mereka dilihat seakan menentang sistem yang ada maka mereka dihukum dengan begitu zalim dan kejam.

Oleh itu tidaklah orang yang dihumban ke dalam penjara dan dianggap salah oleh pemerintah dan sebahagian besar rakyatnya itu sebenarnya orang yang salah. Hakikatnya, ia bergantung pada tafsiran dan pandangan diri sendiri untuk menilai dan mensabitkan seseorang itu sama ada benar-benar bersalah atau tidak.

Di negara kita, rakyat menyaksikan kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim, seorang tokoh yang tidak kurang hebatnya dihujani fitnah serta dikurung dipenjara berkali-kali malah dipukul separuh mati. Hingga hari ini, tatkala kuasa di tangan beliau, Allah tetap uji beliau dengan fitnah dan berbagai tekanan dari dalam dan luar negara. Peliknya, fitnah dari musuh-musuh politiknya datang dari mereka yang dulu bersungguh-sungguh mempertahankan beliau dari fitnah yang sama.

Mengapa berlaku demikian? Ini semua kerana sifat dengki, rakus dan ketakutan di kalangan mereka. Paling tepat sekali, mereka amat bimbang mereka juga akan mendapat status "banduan' apabila melihat kepimpinan PMX yang semakin laju dan pantas seperti lajunya beliau berjalan memburu perasuah dan penyakau.

Tun Mahathir tidak pernah menjadi banduan, tetapi dia pernah mengurung orang ke dalam penjara tanpa bicara (Akta ISA) termasuk menjadi mangsa kezalimannya adalah PMX sekarang. Muliakah dia berbanding "banduan ISA" ?

InsyaAllah, PMX yang kamu gelar "banduan" itu tidak akan mengulangi kezaliman mahafiraun kutuk tersebut. Sesungguhnya, rakyat Malaysia berbagai kaum berbangga dengan PMX hari ini, begitu juga namanya harum di merata dunia. Kecuali, mereka yang tersakiti hati dan jiwanya.

Siapa "banduan" seterusnya?

1 ulasan:

  1. Bab tangkap dan siasat Jho Low sampai sekarang terpaling lembam lembab tetiba IGP jadi bodoh bangang slow lansung tak siasat dan tangkap... Reaksi Tun terhadap GISB oleh IGP..

    https://vt.tiktok.com/ZS24UEoCp/

    GISB peerghh IGP dan Raja raja terpaling lajak laju kebabomm... Puiii..!!

    https://vt.tiktok.com/ZS24d7kKU/

    Jho Low tepuk tangan dengan kaum Type C lihat betapa bodohnya barua nya Melayu IGP buat kerja...!!!

    https://vt.tiktok.com/ZS2m9VP6U/

    Jom Karnival GISB di Melaka... Hebat Melaka hebat negri Hang Tuah

    https://vt.tiktok.com/ZS2mSDH5M/

    Ini semua nak fitnah dan bagi gambaran pada rakyat buruk pada GISB. Apa motif dan agenda IGP..!? Tak kan tak tahu SOP tangkapan dan piagam PDRM..!?

    Link bawah "Lu nak cakap lu cakap la wa tarak kisah maa"

    https://vt.tiktok.com/ZS2mAFFmJ/

    Keuntungan dari agenda fitnah jijik ini untuk kaum mata sepet atau arahan tangan tersembunyi memfitnah GISB...!? Apa motif IGP belum siasat dan buat fitnah jijik GISB...!?

    https://vt.tiktok.com/ZS2aWaeDd/

    Peerh PDRM bab GISB kau lah terpaling pantas, terpaling lajak awal buat fitnah..

    BalasPadam