RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 7 Mei 2010

BN PUN GUNA MASJID BERPOLITIK - KHALID SAMAD

Khalid Samad dakwa BN salah guna masjid
Jimadie Shah Othman
Mei 6, 10


Ketika PAS berdepan dengan dakwaan menyalahgunakan masjid bagi tujuan politik, seorang pemimpin parti Islam itu 'memulangkan paku buah keras' kepada lawan politik mereka, BN.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Menurutnya, majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Sebagai bukti, Khalid menunjukkan gambar kain rentang (kanan) yang mengiklankan program tersebut - yang didakwa dirakam oleh seorang penulis blog propembangkang di kawasan parlimen tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan BN itu sebenarnya menyalahi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya institusi agama itu tidak dipolitikkan.

“Perkara seperti tidak boleh dibuat di masjid,” katanya.

Dalam pilihan raya Hulu Selangor sebelum ini, beberapa pemimpin utama PAS, termasuk murysidul amnya sendiri Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa mengingkari perintah Sultan Selangor dengan menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz.

Dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau akur dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sewewang-wenangnya.

Bagaimanapun, tambahnya, Nik Aziz memang menyuarakan persoalan politik menurut ajaran Islam, tetapi bukanlah politik partisan.

“Hendak bantai Umno dalam masjid tak bolehlah. Hendak bantai PAS dalam masjid tak bolehlah,” jelasnya.

Sebaliknya, menurut Khalid, Nik Aziz hanya memberikan tazkirah berhubung “prinsip am” dalam agama iaitu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Itu pun, tambahnya, setelah diminta oleh imam dan nazir masjid berkenaan./Malaysiakini

Khamis, 6 Mei 2010

Bukti DNA Air Mani, Diperlukan Bila Adanya Kes


Agak aneh dan menakjubkan, dakwan kes terhadap Anwar berdasarkan Seksyen 377B dibuat tanpa "bukti klinikal dan saintifik". Alasan pihak pendakwa terdapat bukti "4 calitan kapas air mani Anwar" yang dijumpai pada dubur Saiful. Soalnya sekarang, ketika mana calitan itu diambil dari dubur Saiful agaknya?. Apakah ketika beliau membuat laporan polis itu atau selepas itu. Dari manakah datangnya DNA air mani Anwar?.

Malah, bukti itu sebenarnya hanya boleh digunakan sekiranya "ada kes yang berlaku", iaitu mangsa dibuktikan telah diliwat oleh Anwar secara saintifik oleh pihak hospital. Jika tiba-tiba DNA digunakan untuk mensabitkan kesalahan seseorang dalam kes jenayah seperti ini, maka mudah benar undang-undang di Malaysia dilaksanakan. Sepatutnya, bukti klinikal dulu diperlukan dan kiranya Anwar masih tidak mengaku di mahkamah selepas bukti klinikal itu digunakan maka barulah DNA air mani beliau boleh digunakan bagi menyokong hujjah pendakwa. Bukankah ini mengelirukan rakyat bahkan pengamal undang-undang seantero dunia. Ini kerana bukti seperti itu boleh sahaja diada-adakan oleh pihak pendakwa melalui berbagai cara.

Amat malang bagi seseorang individu apabila DNA digunakan terlebih dahulu sebelum pertikaian berlakunya kes itu masih diragui. Jika tiada kes dan tidak berlaku tusukan, bagaimana DNA air mani boleh berada di dubur Saiful?. Inilah yang amat meragukan kita sebagai rakyat. Kenapa dalam kes yang melibatkan orang lain, DNA air mani tidak digunakan terlebih dahulu sebaliknya "laporan perubatan hospital" dirujuk sebagai bukti "adanya kes". Oleh itu, sudah tentu keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan juga kes Anwar diteruskan sebenarnya masih lagi "khilaf" dan membuktikan kepada kita wujudnya satu lagi "teori konspirasi terancang dalam kes liwat II" ini.

[Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan keadilan, marilah kita sama-sama berdoa agar individu terbabit terselamat dari segala dugaan yang akan dihadapinya. Tipu muslihat dan segala macam kebobrokan yang mereka lakukan ini pasti akan dibalas oleh Allah SWT jua akhirnya. Yakinlah, "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu yang paling utama". Penghinaan terhadap manusia terutamanya orang Islam dalam kes seperti ini amatlah mengharukan sama sekali. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang mengesahkan lagi kepada kita sebagai umat Islam, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kerana kuasa. Sebagai hambanya, kita harus bertawakal dan menyerahkan kepada Allah. Biarpun kita sendiri nampak banyak kekeliruan dalam kes ini, malah kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh jika kes ini diteruskan. Namun, ingatlah pilihanraya ke-13 tidak lama selepas itu, jika Anwar terpenjara maka ia menunjukkan petanda awal UMNO BN akan kehilangan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat pasti bangkit memberontak dengan memastikan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, dan ditakdirkan maka ketika itulah baru puak-puak UMNO BN akan merasa bersalah akibat kezaliman mereka ini].

Sumber: Pahang Daily

KELAKAR LAH, OBAMA YANG MAHU SANGAT JUMPA NAJIB RUPANYA!!

Abdul Aziz Mustapha

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kempen pilihan raya kecil Sibu bermula dengan pembohongan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya.

"Kenyataan Najib bertentangan dengan dengan jawapan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Nazri Aziz di Dewan Rakyat yang memuji perkhidmatan dan lobi firma Yahudi Zionis, APCO Worldwide yang menggasak wang rakyat negara ini hampir RM77 juta sehingga Najib mendapat peluang yang diidam-idamkannya untuk mengadap Obama.

"Walaupun Nazri berusaha memperbaiki kenyataannya yang memuji jasa APCO yang membolehkan Najib mencapai idamannya untuk bertemu Obama, tetapi di kalangan pemimpin Umno, kenyataan pertamalah yang biasanya benar.

"Kenyataan susulan untuk memperbaiki kenyataan pertama hanyalah untuk mengawal kerosakan (damage control) akibat kenyataan pertama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Bagi Mahfuz, jika benar dakwaan kononnya Obama yang mahu berjumpa Najib, "ia tidak ubah seperti guru besar memanggil pelajar bermasalah untuk berjumpanya".

"Kalau pelajar bermasalah dipanggil berjumpa guru besar, biasanya dia dipanggil untuk dirotan.

"Kalau pemimpin negara angkuh seperti Amerika Syarikat memanggil pemimpin negara kecil mengadapnya, biasanya pemimpin negara kecil itu dileteri dan diberi amaran mengenai pelbagai perkara antaranya mengenai perbuatan memperdagangkan manusia (human trafficking)," katanya.

Beliau juga kesal dengan dakwaan Najib yang dianggapnya cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia.

"Perdana Menteri juga cuba menggambarkan kononnya Obama mahu berjumpa dengannya supaya beliau memberi penjelasan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB).

"Najib jangan ingat rakyat negara ini bodoh sangat untuk mempercayai dakwaannya itu. Kalaupun Obama mahu bersikap diplomatik atau mengambil hati tetamu, adakah sehingga ke peringkat meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai MEB?

"Kerja mencari maklumat mengenai MEB hanya kerja pegawai Amerika yang berpangkat rendah sahaja," kata Mahfuz.

Ketika berkempen di di majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Sibu baru-baru ini, Najib mendakwa bukan beliau yang mahu berjumpa Obama tetapi Obamalah yang mahu berjumpa beliau.

"Hakikatnya, Presiden Obama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru negara," dakwa beliau./Malaysiakini

Rabu, 5 Mei 2010

BERSEDIAKAH SAIFUL UNTUK DISOAL BALAS ISNIN INI?

Liwat II: Air mani wujud pada calitan kapas
Hafiz Yatim
Mei 4, 10

Peguamcara II , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa empat calitan kapas yang diambil menunjukkan wujudnya air mani.

Sambil merujuk buku 'Forensic Medicine for Lawyers' dalam satu topik mengenai kesalahan homoseksual, Yusof berkata penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku.

Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA dua lelaki dijumpai pada tiga daripada empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa penetrasi memang berlaku.

"Ini yang apa pendakwaan cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof.

Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospiotal Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku penetrasi di dubur atau rektum.

Selain itu, kata Karpal, tiada tanda-tanda mempertahankan diri terdapat di tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan,.

"Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?” soal Karpal.

"Kehadiran sperma mencadangkan bahawa bukti berkenaan dirancang. Secara logik, doktor berkata tiada penetrasi.

"Jika ini benar, bagaimana sperma boleh wujud?” soal Karpal lagi.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar kekal dan menolak rayuan terakhirnya itu.

Panel yang dianggotai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar memutuskan perbicaraan penuh perlu diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.

Tiga panel hakim, tidak menerima pendapat pihak pembelaan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap Anwar perlu diketepikan berdasarkan laporan perubatan bahawa tiada sebarang tanda penetrasi atau tembusan ke dubur atau rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam keputusan sebulat suara, Arifin berkata laporan perubatan oleh tiga doktor mesti dibaca secara keseluruhan.

"Dengan berbuat demikian, ia tidak menyokong dakwaan perayu agar tuduhan itu dibatalkan pada peringkat ini," katanya.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas Mohd Saiful.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008./Malaysiakini

MAMAT EZAM PERASAN SEBAB APA DILANTIK SENATOR

Monday, May 3, 2010

Melutut depan Muhyiddin....


PERCAYAKAH anda perlantikan Ezam kotak sebagai Senator adalah kerana usahanya memerangi rasuah sewaktu memimpin GERAK? Percayakah anda kerajaan yang diterajui oleh Umno yang dikatakan ada hubungkait dengan APCO itu amat menyanjung sebarang usaha untuk memerangi rasuah? Sedangkan kita tahu untuk memenangi jawatan di dalam pemilihan Umno sahaja tidak sah kalau tiada unsur rasuah. Begitu juga di dalam sebarang pilihanraya yang diadakan di dalam negara ini, kecuali jika Umno tidak bertanding.

Kenyataan Ezam kotak itu hanya semata-mata untuk menghilangkan malu kepada dirinya sendiri yang beliau sendiri mungkin sedar mengapa beliau dilantik menjadi Senator. Bahkan, jika kita tanya mana-mana ahli-ahli Umno sekalipun mereka sendiri juga akan mengatakan perlantikan Ezam kotak bukan kerana komitednya beliau terhadap perjuangan menentang rasuah. Jika Ezam rasa dia betul, cuba senaraikan berapa kes rasuahkah yang berjaya dibongkar, disiasat dan yang telah diambil tindakan sepanjang beliau berada di dalam GERAK? Ezam kotak menyebut kerana perjuangannya, beliau masuk penjara. Kita mahu tanya dia masuk penjara waktu itu adakah semasa berada di dalam KeADILan atau GERAK? Dan, adakah dia seorang sahaja keluar masuk penjara? Jadi, Ezam jangan perasan seolah-olah dia hebat sedangkan kehebatannya adalah sewaktu di dalam KeADILan, tetapi bila keluar dari KeADILan beliau semakin lembik dan kecut. Oleh kerana beliau merasakan perjuangannya di dalam GERAK itu tidak berbaloi lah menyebabkan beliau keluar dan memasuki Umno.

Kita lihat kembali setelah beliau menyertai Umno, di dalam setiap ceramahnya atau programnya adakah ada kena mengena dengan perjuangan memerangi rasuah? Boleh dikatakan, sepanjang ceramah beliau di mana-mana sahaja yang diperkatakannya adalah keburukan DS Anwar dan sumpah-sumpah beliau sahaja. Lebih malang lagi, apa yang diperkatakan oleh Ezam kotak terhadap DS Anwar satu pun tidak berkesan bahkan tidak diambil peduli oleh sesiapa kerana beliau tidak dapat membuktikan apa-apa. Tetapi kerana semangat tidak putus asanya untuk terus mematikan kerjaya DS Anwar, maka wajarlah Ezam diberi Jawatan Senator. Bukankah itu satu penghinaan terhadapnya? Tetapi adakah Ezam ini terasa dihina?

Ezam kotak mungkin malu untuk mengakui bahawa perlantikannya ke jawatan Senator adalah kerana pandainya beliau mengampu dan melutut di depan pemimpin Umno. Kita akan saksikan selepas ini Ezam kotak berani atau tidak mendedahkan rasuah berkaitan pembelian kapal selam dan banyak lagi dakwaan rasuah ke atas kerajaan yang diterajui oleh Umno sekarang. Apa yang mungkin pasti, Ezam kotak akan menjadi Pak Turut kepada Najib dan Rosmah tentunya. /mandor.blogspot

Selasa, 4 Mei 2010

PERSOALAN BILA MAMAT EZAM JADI SENATOR

AWAS - satu formulasi PR terhadap Ezam
Written by Webmaster
Tuesday, 04 May 2010

Ezam – satu pendedahan di rancang oleh pembangkang AWAS

AWAS satu perancangan pembangkang akan mendedahkan mengenai Ezam Mohd Nor – bagi mereka UMNO terperangkap. Apa formulasi mereka dan adakah ini akan memberi kesan lebih negatif kepada PM

Mungkin ada yang mempersoalkan pelantikan Ezam Mohd Nor sebagai senator – ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Penerimaan Ezam Mohd Nor menjadi senator adalah di rujuk kepada peranan yang sedang dan akan di mainkan oleh Ezam Mohd Nor dalam menangani isu kebangkitan reformasi khususnya sewaktu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang akan datang. Ezam Mohd Nor setakat ini berjaya membawa beberapa gerombolan-gerombolan AMK untuk keluar dan menyertai UMNO. Peranan ini dikatakan telah juga dapat mengendurkan sedikit partisipasi anak muda dalam reformasi dan PKR. Langkah menangani kebangkitan reformasi gelombang fitnah 2 perlu dilakukan segera. Sekiranya tidak ia pasti akan memberi impak yang lebih hangat sewaktu kes perbicaraan Anwar Ibrahim yang bakal di adakan Mei ini.

Namun yang menjadi tanda tanya ialah kenapa, PKR dan Pakatan Rakyat masih berdiam dalam isu Ezam Mohd Nor. Sehingga hari ini, hanya nyamuk-nyamuk dalam PKR sahaja yang menjawab sedangkan kepimpinan PKR dan kepimpinan Pakatan Rakyat terus menerus diam dan membisu sahaja. Kita ambil contoh apabila terkeluar tajuk akhbar portal Internet – Ezam persoalkan keislaman Nik Aziz, berita ini tidak membesar dan tidak ada kepimpinan PAS yang serius bangkit menentang Ezam Mohd Nor. Setakat ini yang kelihatan adalah anak didik Ezam Mohd Nor – Bekas Pengerusi Gerak sahaja yang menyerang dan menghentam Ezam Mohd Nor. Adakah Nazree Yunus ini merupakan satu ikon – untuk menyerang Ezam Mohd Nor. Adakah beliau mampu?

Kenapa PKR dan Pakatan Rakyat diam? Tidak ada komen yang serius dari kepimpinan – khususnya mengenai pelantikan Ezam Mohd Nor sebagai senator. Namun, www.umno-reform2.com telah mendapat maklum bahawa kemasukan dan penerimaan UMNO khususnya oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memang telah dijangka dan di tunggu-tunggu oleh mereka. Dimaklumkan bahawa sebaik sahaja pelantikan Ezam di buat maka satu formulasi pendedahan mengenai Ezam Mohd Nor akan dilakukan dan formulasi ini akan terus menghentam kepimpinan Datuk Seri Najib. Formulasi ini sekiranya dimaklumkan secara terperinci oleh www.umno-reform2.com boleh menjadikan isu ini besar dan berdentum maka ke perincian formulasi itu akan di tangguhkan sementara oleh www.umno-reform2.com. Apa yang pasti ialah – dengan pelantikan Ezam Mohd Nor – formulasi ini dijangka akan menjadikan kekuatan PR lebih menyerlah lagi, penggunaan media alternatif oleh mereka akan nampak terus berkesan untuk mempengaruhi rakyat dan formulasi ini akan memberi impak khusus kepada YAB Najib Tun Abdul Razak. Apa formulasi itu – ini akan didedahkah oleh www.umno-reform2.com dalam masa yang bersesuaian.

AWAS - formulasi sedang dirangka dan UMNO serta BN perlu mengambil langkah segera itu segera menangani formulasi pembangkang khususnya dalam urusan gerak saraf. /umno-reform2

DIPUKUL, ACU PISTOL? BIAR BETUL...

SHAH ALAM 3 MEI: Azamuddin Omar, saksi utama tragedi Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu, membuat kejutan apabila mendakwa polis mengacukan pistol kepadanya ketika menyerah diri.

Dalam sidang media yang disertai ahli kelurga mangsa dan ramai pemberita, beliau ditanya seorang wartawan mengenai sama ada terdapat anggota polis yang mengacu pistol kepada beliau.

Wartawan: "Ada tak polis acu pistol kepada adik?"

Azamuddin: "Ada."

Azamuddin berkata demikian pada sidang media di rumah mangsa hari ini apabila diaju pelbagai soalan dari wartawan yang mahu mengetahui kisah sebenar tragedi berkenaan.

Beliau yang ditemani beberapa peguam, juga mencerita rentetan kejadian sebenar dengan panjang lebar dan jelas berbeza dengan versi polis.

"Saya jatuh dalam longkang tapi seorang polis datang terajang kepala saya. Lepas itu, polis yang lain ramai-ramai pukul, belasah saya. Saya lari sampai polis tak dapat kejar," katanya

Ditanya bilangan polis yang didakwanya memukul dan membelasah beliau, Azamuddin menjawab begini: "Lebih lima orang, saya rasa."/TVSelangor

TIDAK BOLEH LARI UNTUK LIBATKAN KEMBALI KES ALTANTUYA

Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan
Susan Loone
Mei 3, 10


Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.

"Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.

Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) - sebuah NGO hak asasi manusia - memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Paris berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene daripada firma pertahanan Perancis DCN.

Walaupun tujuan siasatan itu untuk mengenal-pasti sama ada berlaku perkara yang disangsikan berhubung penjualan kapal selam itu, namun ia juga secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikut adalah sedutan wawancara Malaysiakini dengan Joseph Breham:

Sila jelaskan kepada kami mengenai latar belakang anda dan bagaimana anda boleh terlibat dengan kegiatan hak asasi?

Joseph Breham: Saya peguam dari Perancis yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang jenayah antarabangsa dan hak asasi manusia. Saya juga merupakan pensyarah universiti dalam bidang undang-undang jenayah antarabangsa di Toulouse.

Saya mengajar tiga minggu setahun. Saya juga pakar dalam bidang kegiatan keganasan dan mengendalikan banyak kes yang berkaitan dengannya. Hakikatnya saya berkerja dengan kerajaan dalam bidang pencegahan penganas, melatih hakim dan pendakwa tentang terorisme termasuk menghormati hak asasi. Begitulah bagaimana saya boleh terlibat dengan kerja hak asasi manusia.

Saya amat tertarik dengan hak asasi manusia sejak saya dilahirkan pada 1978, dan sejak itu saya berusaha untuk memahaminya. Sebagai contoh (selepas) kejatuhan Tembuk Berlin, dunia menjadi semakin bercelaru dan timbul perkara baru yang tidak keruan, yang mana (ia adalah) keganasan dan keuntungan globalisasi.

Pekembangan baru ini menyebabkan banyak syarikat multi-nasional tidak menghormati apa sahaja bentuk peraturan. Mereka mempunyai kuasa bagi memaksa kerajaan mengikut telunjuk mereka. Mereka menjadi lebih korup dan kerajaan tidak boleh memaksa mereka (mematuhi) segala kewajipan. Itulah yang menyebabkan saya menceburi dalam kerja-kerja hak asasi.

Jelaskan kepada kami, pengalaman anda dalam mengedalikan kes berkaitan korupsi.

Joseph Breham: Kebanyakkan kes yang saya kendalikan lebih tertumpu kepada negara di benua Afrika. Setiap kes hak asasi yang berkait dengan syarikat multi-nasional juga dikaitkan dengan rasuah. Kami, di Sherpa (organisasi yang diwakilinya) pada mulanya tidak mengendalikan kes rasuah.

Tetapi sekiranya kami mahu lebih efisyen, kami perlu mendepani isu ini. 'Sherpa' bermaksud 'menolong rakyat di Selatan untuk menuntut keadilan'.

Saya mula bekerja di Sherpa pada 2006 dan baru-baru ini saya dilantik ahli lembaga pengarah. Ia ditubuhkan oleh William Bourdon, mantan setiausaha agung Pertubuhan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (Fidh) pada 2001. Sejak Fidh tidak menyaman syarikat, lalu kami menubuhkan Sherpa./Malaysiakini

Isnin, 3 Mei 2010

KISAH POLIS LAGI......

Polis serbu program belia S'gor, seorang pelajar cedera
Hazlan Zakaria
Mei 2, 10


Seorang pelajar kolej cedera malam tadi kerana didakwa ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.

Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.

Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.

Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.

Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.

Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.

Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut - seorang konstabel - dan nombor perkhidmatannya./Malaysiakini

Ahad, 2 Mei 2010

KALAU HENDAK SANGAT, DATANGLAH KE KELANTAN!!

Betul ke kamu hendak bunuh Tuan Guru Nik Aziz? Jika benar, datang lah ke Kelantan. Agak-agak berani ke? Jika sekadar bercakap je, lebih baik tak payah jadi anak jantan. Aku tak ambil tahu samada budak gila tu dari Pemuda Umno ke, PKR ke, PAS ke atau DAP. Aku juga tidak kisah sangat samada pihak Polis hendak siasat atau tangkap budak gila ni.

Sudah hebat dan kuat sangatkah tulang belulang budak gila ni? Gedebe sangat ke? Di dalam face book boleh lah cakap apa pun, tetapi datang lah ke Kelantan. Sebelum hendak berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz, sila berdepan dulu dengan anak murid Tuan Guru. Tak payah main bunuh-bunuh, kita main penumbuk je. Berani ke tali gantung kunun. Bercakap berdegar-degar serupa la macam pemimpin yang dia sokong sangat tu.

Apa dia ingat Tuan Guru Nik Aziz tu sebatang kara je ke kat dunia ni? Budak gila ni ingat undang-undang kat negara ni mak bapak dia yang buat dan jaga. Aku tengok muka dia pun, aku rasa sekali lempang je dah menangis budak ni. Kesian juga melihatkan perangai budak gila ni. Hendak dikata mak bapak dia tak ajar memang tak patut. Hendak kata bodoh berpelajaran juga. Senang cerita kita anggap je dia ni budak gila, abis cerita./mandor.blogspot

TERLEBIH DERHAKA ADALAH SI BERAHIM AL KATAKI

Saturday, May 1, 2010


IBRAHIM Ali atau raja katak nampaknya tidak habis-habis hendak mencari publisiti murahan. Setiap kali dia bercakap, ternampak pula kebodohannya. Patut pun dia jadi tok wakil di Pasir Mas adalah atas dasar sedekah orang. Sebelum ini dia merempat disepak terajang oleh Umno.

Beliau pernah mencadangkan agar sekatan dikenakan ke atas kaum Cina di Hulu Selangor kerana tidak sokong kerajaan Bn semasa Pilihanraya Kecil baru-baru ini. Kenyataan beliau itu menunjukkan betapa Berahim Ali ini patut tinggal dalam hutan atau terus berada di dalam tempurung. Semakin lama berpolitik bukan semakin cerdik tetapi semakin bodoh.

Terbaru pula, beliau mohon ampun pada Tuanku Sultan Selangor atas dasar beliau anak Kelantan. Kununnya Tuan Guru Nik Aziz menderhaka pada Tuanku Sultan Selangor atas isu politik di dalam masjid. Tuan Guru sendiri tidak mohon ampun kerana beliau tahu sekiranya beliau berkata politik dan agama itu berpisah, maka wajib baginya mohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. Hakikatnya Tuan Guru tidak menderhaka pada Sultan, beliau cuma menjelaskan hukum.

Siapa yang menderhaka pada Tuanku Sultan? Tidak lain adalah Berahim Ali. Beliau telah memperlekehkan Tuanku Sultan dengan perbuatannya mohon ampun pada Tuanku Sultan hanya melalui media sahaja. Wajarkah sebagai rakyat lebih-lebih lagi sebagai seorang MP walaupun MP tumpang, Berahim mengambil ringan hal ini? Beliau sepatutnya mengadap Tuanku Sultan jika beliau ikhlas untuk memohon ampun. Jika beliau mohon ampun pun, beliau tidak boleh mendakwa sebagai wakil semua rakyat Kelantan kerana kerusi Parlimen beliau itu pun tidak diredhai oleh rakyat Kelantan. Jika tidak percaya, sila kosongkan dan adakan pilihanraya, Berahim Ali boleh pilih calon yang disukainya sebagai `proksi' beliau.

Majoriti rakyat Kelantan menganggap Tuan Guru Nik Aziz benar kerana kebenaran itu hanya boleh diambil dari Al-Quran dan Hadis. Tidak hairan orang seperti Berahim Ali ini menolak Al-Quran dan Hadis kerana dia sebenarnya berjiwa UmAPCO./mandor.blogspot