RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 11 November 2010

CALON TIMB PRES PKR - HARAPAN ZAID DIKABULKAN, NAMA BELIAU DIGUGURKAN

PKR terima penarikan diri Zaid
Regina Lee
Nov 11, 10


Biro politik PKR telah menerima keputusan bekas pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim untuk menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden.

Ini bermakna nama beliau akan dikeluarkan dari kertas undian yang akan digunakan dalam proses pengundian hujung minggu ini dan minggu depan.

Perkara itu disahkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan pusat PKR, Dr
Molly Cheah.

"Saya percaya keputusan telah dibuat (oleh biro politik). Tapi bagaimanapun, jika seseorang menarik diri, kita terpaksa menerimanya.

"Oleh itu, kami tidak akan mencetak lagi kertas undian yang mengandungi namanya," katanya.
Isnin lalu, Zaid mengumumkan menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden melalui blognya.

Bagaimanapun, kesahihan pengumumannya itu menjadi tandatanya apabila setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata Zaid belum menyerahkan surat rasmi mengenainya kepada ibupejabat parti.

Zaid bagaimanapun berkata tidak perlu baginya menghantar surat rasmi mengenai perkara itu kerana niatnya sudah jelas.

Sementara itu, Molly menolak gesaan supaya pemilihan parti digantung ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan dan penipuan./Malaysiakini

MUSTAFA TIDAK MAHU ANWAR BERUNDUR, AKHBAR BAKAL DISAMAN

Sokongan penuh saya kepada Anwar - Mustaffa Kamil
Sokongan penuh saya kepada Anwar - Mustaffa Kamil
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub menegaskan sokongan penuh beliau kepada Datuk Seri Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak pernah berubah.

Sehubungan itu, beliau membantah dan menafikan laporan akhbar Berita Harian semalam yang menyiarkan caption tertulis “Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam”.

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Dato’ Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur," kata Mustaffa Kamil calon timbalan presiden PKR dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurutnya, memorandum itu adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula Pemilihan Kepimpinan KEADILAN 2010 dan kandungannya diketahui oleh Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah.

"Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid Ibrahim dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid Ibrahim tanpa kehadiran saya," katanya.

Bagi Mustaffa, sokongan penuh beliau kepada Anwar tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan sedia diakui oleh kebanyakan ahli-ahli parti berdasarkan rekod beliau yang sentiasa konsisten mempertahankan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun beliau terlibat dalam perjuangan reformasi.

"Saya percaya bahawa PKR, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara," katanya.

Menurutnya, memorandum yang dihantar dua hari yang lalu adalah berdasarkan rintihan suara akar umbi yang terbabit dengan proses pemilihan parti 2010 dan memfokuskan kepada masalah dan kepincangan di sekitar perjalanan Pemilihan Kepimpinan 2010 yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah telah menyambut baik dan akan mempertimbangkan kandungan memorandum tersebut berdasarkan jaminan yang saya terima dalam pertemuan saya dengan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari yang sama," katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran agar jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan fakta dan menabur fitnah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti Anwar, beliau sendiri dan pemimpin-pemimpin parti yang lain.

"Saya dengan ini menuntut supaya Berita Harian memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan atas laporan tersebut dalam tempoh 24 jam. Sekiranya pihak berkenaan gagal berbuat demikian, saya terpaksa mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan kebenaran," katanya.

GEMPAR - ZUL KULIM KOSONGKAN KERUSI DAN ZAID WAKILI DIRINYA BERTANDING DI SITU ?

LAGI sekali penyakit `gila babi' Zul Kulim menyerang. Kali ini dia meroyan cabar DS Anwar lawan Zaid bagi jawatan Presiden PKR. Sebelum kita ulas panjang, mahu tanya `firaun besar' Kulim ini berani ke dia kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan dia pilih seseorang atau letak Zaid bertanding bagi pihaknya, kita tengok apa keputusannya. Agak-agak berani ke Zul Kulim ini buat?

Jika Zul Kulim berani, itu bukan Zul Kulim namanya. Zul Kulim terkenal dengan sikap pengecutnya, beliau hanya berani terhegeh-hegeh depan TV dan media pencacai sahaja. Bila YB Khalid Samad, MP Shah Alam dari PAS cabar beliau berdebat tentang isu Kalimah Allah, `Ustaz' kaki temberang ini terus jadi bisu.

Tentang cabaran Zul Kulim kepada DS Anwar agar menentang Zaid Ibrahim sebagai Presiden PKR, itu hanya cabaran bodoh dari Zul Kulim. Jika adanya pertandingan sekali pun, sudah pasti akan timbul dakwaan dari Zaid bahawa pemilihan itu tidak adil sepertimana yang beliau dakwa sekarang apabila tertinggal jauh oleh Azmin. Itu baru Azmin, budak yang Zaid kata perlu belajar banyak lagi.

Jadi untuk lebih lojik, kita cabar Zul Kulim kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan letakkan Zaid sebagai `lambang' dirinya. PKR akan letakkan calon di situ dan kita lihat siapa yang menang. Berani ke Zul? Biar saya jawab dulu, mampus Zul tidak akan berani.../wfauzdin.blogspot.com

ORANG `GILA BABI' TUDUH PAS HALALKAN MAKAN BABI

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG sah MP Kulim Bandar Baru yang dikenali sebagai YB Zul @ Firaun Besar kini dijangkiti penyakit `gila babi'. Semalam di Parlimen, penyakit itu datang menyerangnya. Mangsa akibat serangan penyakit gila babi yang dibawa oleh Zul firaun adalah MP dari PAS. Gara-gara menegur sikap si penyakit gila babi yang membangkitkan isu 'sosej babi', Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor) dihalau keluar dewan.

Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching. Isu tersebut semalam dibangkitkan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching). Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kemudiannya membantah dengan mendakwa tidak wajar ruang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri diguna membangkitkan isu agama yang boleh mencetuskan ketegangan.

Lantaran itu, Zulkifli yang juga bekas ahli PKR, kemudian menanyakan pendirian PAS berhubung perkara itu lalu menuduh PAS berdiam diri dalam isu tersebut dan mendakwa parti itu menghalalkan orang Islam makan babi.

Lihatlah betapa penyakit gila babi Zul Kulim ini bertambah kronik semenjak ditendang keluar oleh PKR. Malang sungguh pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru mempunyai Wakil Rakyat yang berpenyakit seperti ini. Tetapi mahu buat macam mana, pengundi-pengundi tidak redha beliau jadi Wakil Rakyat pun firaun besar ini bukan tahu malu. Sayang mahu tinggalkan gaji dan elaun Wakil Rakyat, mahu jadi Peguam pun siapa mahu lantik peguam bodoh jadi peguam?

Penyakitnya tidak berhenti di dalam Parlimen sahaja. Di luar Parlimen, penyakitnya masih menyerang. Secara tiba-tiba beliau menyuruh DS Anwar pergi menunaikan Haji ke Mekah dan bertaubat. Firaun besar ini tidak tahu bahawa setiap orang Islam memang disuruh bertaubat setiap hari walau di mana sahaja. Lebih-lebih lagi orang yang kuat menipu seperti Zul Kulim ini. Beliau pun mengaku sepanjang berada di dalam PKR beliau selalu `kelentong' orang. Kita lihat beliau lebih kuat `kelentong' apabila berada di luar PKR.

Beliau sepatutnya sedar diri bahawa kerusi yang beliau duduki di dalam Parlimen itu tidak diredhai oleh pengundi-pengundinya. Kalau Imam sembahyang yang Makmum tidak redha, apa hukumnya? Melainkan Imam itu muka tebal atau jahil terlebih bodoh.

Hakikatnya, beliau merasa terpinggir semenjak diterajang keluar dari PKR. Harapkan PAS mahu pelihara firaun besar ini, lebih baik PAS jaga orang-orang Asli di Gua Musang. Sekarang menunggu kalau-kalau Umno mahu tawarkan dia apa-apa yang patut asalkan boleh kasi makan anak bini dia.

Zul Kulim ini hanya berani menyalak di dalam dewan sahaja. Apabila dicabar berdebat oleh YB Khalid Samad, MP Shah Alam dari PAS kecut perut langsung tidak berbunyi. Tetapi di dalam media atau TV3 pencacai, suara dia mengalahkan suara dajal. Kita lihat nanti rakyat di Kulim Bandar Baru akan kuburkan firaun besar ini tanpa nesan./wfauzdin.blogspot.com

PENANGGUHAN PEMILIHAN PKR - 24 CABANG SUARA AKAR UMBI TETAPI BUKAN WAKILI MAJORITI AKAR UMBI

Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN ada 24 Cabang PKR mahukan pemilihan PKR ditangguhkan berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga `ugutan' daripada `orang lama' PKR iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Tempoh 48 jam hampir sampai dan perkembangan setakat ini menunjukkan parti tidak mungkin `melutut' dengan `ugutan' seperti itu.

Menurut maklumat, Cabang-Cabang yang dikatakan mahu penangguhan dilaksanakan itu adalah Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

Dari semakan, kebanyakan Cabang-Cabang yang tersenarai di atas adalah daripada Cabang yang menyokong Zaid Ibrahim atau pun Sdr Mustafa Kamil. Jika tidak silap saya hanya Bentong yang menyokong Azmin di dalam senarai tersebut. PKR mempunyai lebih kurang 200 Cabang, dan kehendak 24 Cabang ini mungkin boleh dipertimbangkan jika mempunyai asas yang kukuh. 24 Cabang ini memang suara akar umbi, tetapi tidak melambangkan suara majoriti akar umbi. Justeru itu, setakat ini majoriti akar umbi tidak menunjukkan minat untuk menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung sekarang.

Asas untuk parti bagi menangguhkan atau membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung ini perlulah ada. Jika dapat dibuktikan adanya salah laku yang melanggar etika pemilihan atau kempen, maka wajar dibuat seperti yang mereka kehendaki. Tetapi jika sekadar hiruk pikuk di luar sana tanpa ada asas yang kukuh, maka tidak perlu parti membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk melayani perkara yang tidak berasas./wfauzdin.blogspot.com

`ASAL BUKAN AZMIN' JUAL NAMA PRESIDEN DAN ANAK PRESIDEN PKR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA kempen yang telah lama digunakan sepanjang pemilihan PKR kali ini menggunakan slogan ABA (Asal Bukan Azmin). Kempen ini kita lihat agresif melalui blog-blog dan dibantu sedikit sebanyak oleh media pencacai milik Umno. Biasalah, jika media Umno sudah `berminat' dengan sesuatu yang kita lakukan, hati-hatilah. Hakikatnya jelas, mereka (media Umno) amat bimbang dengan Azmin jika beliau ditakdirkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR.

Seperti kata seorang rakan Si Penarik Beca, beliau sememangnya penyokong PKR dan pernah mengundi YB Nurul Izzah atas dasar simpati ke atas keluarga DS Wan Azizah itu. Tetapi di dalam pemilihan PKR kali ini, beliau menggunapakai slogan ABA itu tadi. Ertinya, beliau tidak menyokong Azmin. Saya hormatilah apa yang rakan itu tulis di dalam blognya kerana itu hak beliau untuk menyokong sesiapa. Beliau juga punyai hak untuk berkempen di dalam blognya dan patut kita hormati bagi memeriahkan amalan demokrasi yang cuba dipraktikkan sebaik mungkin oleh parti.

Cuma saya terkeliru sedikit apabila di dalam blognya yang terang-terang tidak menyokong Azmin, beliau kaitkan dengan cerita kununnya DS Wan Azizah dan anaknya YB Nurul Izzah pun tidak menyokong, bahkan tidak suka Azmin. Mana beliau tahu? Katanya beliau dapat tahu dari rakannya seorang wartawan dan pemimpin PKR sendiri. Tambahnya lagi, DS Wan Azizah dan YB Nurul Izzah sekarang `makan hati' apabila melihat kemungkinan besar Azmin akan memenangi pertandingan kali ini. Pada saya cerita beliau tentang ini karut marut belaka. Jika benar sekali pun DS Wan Azizah atau YB Nurul Izzah di dalam hatinya menyokong mana-mana calon, tidak mungkin beliau menzahirkannya. Di dalam hati tiada siapa yang tahu, kita hanya boleh mengetahui yang dizahirkannya.

Apa yang dizahirkan oleh YB Nurul Izzah tentang dakwaan mengatakan beliau sokong si Polan atau si Polan? Kita ada fakta, bukan melalui cerita dari mulut kawan atau wartawan hatta melalui `wahyu' sekalipun. Anda boleh baca di sini apa pandangan YB Nurul Izzah tentang calon Timbalan Presiden PKR. Benarkah YB Nurul Izzah menyokong Zaid Ibrahim? Faktanya ada di sini. Cukup anda baca dua kenyataan itu sahaja dan bandingkan dengan cerita yang diambil dari mulut ke mulut yang dibawa oleh Si Penarik Beca.

Azmin sememangnya diakui menempuhi banyak dugaan semenjak awal penglibatannya di dalam KeADILan sehinggalah ke hari untuk beliau cuba menawarkan diri sebagai orang kedua di dalam parti masih juga menerima dugaan yang tidak kurang hebatnya. Malang bagi Azmin, mereka yang tidak menyenanginya sanggup `menjual' nama Presiden dan anak Presiden untuk menjatuhkan beliau. Alhamdulillah, masih ramai ahli-ahli PKR yang tidak buta hati dengan mainan mereka ini dan mereka masih dapat menilai siapa pejuang sebenar dan perosak parti.

Menyokong Azmin bukan sokongan membuta tuli. Menyokong Chegu Bard juga bukan sokongan membuta tuli. Begitu juga mereka yang menyokong selain dari Azmin dan Chegu Bard, mereka juga ada asas dan penilaian sendiri. Saya percaya mustahil DS Wan Azizah atau YB Nurul Izzah tidak menyokong sesiapa kerana di dalam politik sokongan dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan perlu ada, namun akhirnya keputusan parti mesti diterima.

Pada saya, saya sokong Azmin untuk pemilihan PKR kali ini. Saya sokong PKR pula bukan kerana Azmin atau Anwar. Jika bukan Azmin yang dipilih, saya masih menang kerana PKR masih wujud./wfauzdin.blogspot.com

SIRI jELAJAH UNTUK ROSAKKAN PKR BERMULA DARI DALAM

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAID Ibrahim akan turun padang temui penyokongnya untuk menerangkan salah laku pemilihan di dalam PKR sekarang. Lebih besar lagi hajat beliau, pastinya untuk menggerakkan sokongan agar DS Anwar dan Azmin berundur dari PKR. Baca sini.

Diberitakan lokasi utamanya di Kedah. Kemungkinan akan menjelajah seluruh bumi Malaysia bukan untuk memperkuatkan parti tetapi untuk menjahanamkan parti. Pada saya istilah menjahanamkan parti itu sesuai bukan kerana Zaid tidak puas hati dengan pemilihan, tetapi apabila Zaid menggesa Ketua Umum dan Azmin undur diri dari parti. Itulah fasa pertama Zaid untuk menjahanamkan parti.

Saya tidak tolak kemungkinan Zaid akan menggunakan taktik yang beliau gunakan semasa berada di dalam Umno. Di dalam Umno dahulu, Zaid letak jawatan dalam kabinet kemudiannya buat hura hara di dalam Umno, seterusnya keluar dari Umno. Kini, taktik yang sama boleh kita baca yang bakal dilakukan oleh Zaid.

Saya tidak tahu berapa ramai yang akan terpedaya dengan `musang berbulu ayam' ini. Kalau dahulu DS Anwar menjelajah seluruh tanahair untuk memperjuangkan reformasi dan keadilan untuk rakyat sehingga parti ini berkembang dengan baik dan mampu menguasai banyak kerusi Parlimen, Zaid hadir untuk menjahanamkan semua yang kita bina bersama.

Sememangnya Zaid akan melakukan sesuatu yang memaksa parti `menghalau'nya keluar sepertimana yang dilakukan oleh Zul Kulim. Apabila ini berlaku, lebih mudah buat Zaid untuk memburukkan parti terutamanya DS Anwar. Kita berharap PKR makbulkan impian Zaid ini dan jika beliau terbukti merosakkan parti, tindakan tegas mesti diambil. Parti lebih penting dari makhluk perosak ini./wfauzdin.blogspot.com

ZAID DAN MUSTAFA DISARANKAN SERTAI PAS

Oleh: Mandor

Di dalam tekanan menghadapi krisis pemilihan di dalam PKR hari ini, Dato Zaid Ibrahim mungkin tiada pilihan lain kecuali berundur dari PKR. Istilah berundur mungkin lebih manis buat Dato Zaid daripada istilah keluar parti. Apabila hilangnya kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap Ketua Umum, maka apa maknanya Zaid berada di dalam PKR.

Memang benar, Ketua Umum bukan jawatan yang rasmi di dalam PKR bahkan tiada pertandingan untuk jawatan itu. Jawatan tersebut hanya pengiktirafan parti kepada DS Anwar dan sehingga kini ianya masih diiktiraf. Sekiranya Dato Zaid masih yakin dengan parti tetapi tidak yakin dengan Ketua Umum sekarang, cara terbaik untuk Dato Zaid Ibrahim memimpin parti mengikut acuan yang dikehendakinya hanyalah dengan meletakkan dirinya sebagai calon Presiden PKR menentang DS Wan Azizah. Tetapi, Dato Zaid melepaskan peluang itu dan hanya berani walaupun separuh jalan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Oleh yang demikian, Dato Zaid dilihat tiada harapan lagi untuk melakukan apa yang ingin dilakukan kepada parti. Kini, beliau dilihat lebih kepada ingin menghancurkan parti. Justeru itu, tidak hairanlah seminggu ini media milik Umno/Bn mendapat `durian runtuh' yang dianugerahkan oleh Dato Zaid bagi menghentam parti. Terbaik bagi Dato Zaid sekarang adalah berundur dari parti dan menyertai parti lain asalkan bukan Umno. Hanya itu saja cara Dato Zaid ingin mengembalikan nama baiknya di dalam politik setelah `tercemar' angkara isu terbaru ini.

Saya ada terbaca di dalam satu blog yang cuba mempengaruhi PAS agar tidak menerima Dato Zaid Ibrahim seandainya beliau ingin menyertai PAS. Saya rasa pandangan itu tidak boleh diterima bahkan saya sendiri lebih suka Dato Zaid berada di dalam PAS untuk menerima tarbiyah bagaimana untuk berjuang dan bagaimana untuk memelihara adab berjamaah. Di dalam PAS, kemungkinan Dato Zaid melakukan `perangai' yang telah dilakukan kepada PKR sekarang mungkin dapat diatasi kerana PAS sebuah parti Islam yang jauh berlainan dengan parti lain. Sebab itulah PAS sentiasa terpelihara daripada `spesis' seperti Dato Zaid walaupun kadangkala di dalam Muktamar PAS agak panas juga. Akhirnya, semua ahli PAS bertaut dengan prinsip `Wala' kepada keputusan Jemaah yang tentunya berpaksikan kepada nasihat dari Majlis Syura Ulamak. Ini meletakkan hukum agama melebihi dari kuasa pemimpin di dalam PAS.

Begitu juga, saya lebih suka sekiranya Sdr Mustafa Kamil Ayub menyertai PAS seandainya beliau merasakan PKR tidak boleh memberikan apa yang diinginkannya. Cara `mengugut' parti seperti yang dilakukannya tidak boleh menyelesaikan sebarang masalah. Bayangkan jika semua ahli PKR yang merasa tidak berpuas hati terhadap parti turut `mengugut' parti. Sebagai seorang yang `senior' di dalam PKR, Sdr Mustafa Kamil tidak wajar melakukan perangai kebudak-budakan itu./mandor.blogspot.com

ZAID PERMAINKAN PENYOKONGNYA ?

Penyokong akar umbi kecewa Zaid tarik diri

Oleh Abdul Rahim Sabri

Beberapa cabang PKR yang memberi sokongan kepada calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakannya menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut kelmarin.

Bahkan maklum balas yang diterima dari ahli akar umbi menyatakan mereka berasa "seolah-olah dipermain-mainkan" oleh Zaid selepas bertungkus lumus menyokongnya dalam pemilihan yang berlangsung sejak dua minggu lalu.

"Beliau datang (berasal) dari Kota Bharu. Kita mengundi kerana sentimen, jadi ramai yang menyokong beliau.

"Tapi beliau buat macam ini, serang parti, cuba nak merosakkan parti, kita tidak berpuas hati... Kalau buat macam ni, lebih baik keluar dari PKR," kata ahli jawatankuasa PKR Kota Bharu Hasanudin Roslan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Dalam pengundian di cabang Kota Bharu pada 29 Oktober lalu, Zaid mendapat 174 undi manakala Azmin Ali mendapat 11 undi. seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 25 undi.Bagaimanapun, Hasanuddin berkata beliau ada mendengar kumpulan penyokong bekas menteri itu di Kelantan bercadang untuk mendesaknya kembali bertanding jawatan tersebut.

Menurutnya cabang berkenaaan adalah Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang yang akan mengundi Jumaat ini.

"Sejauhmana cara mereka (hendak mendesak Zaid) saya tidak pasti," katanya sambil menjangka keputusan mengundi Jumaat ini di Kelantan akan menurun disebabkan tindakan Zaid itu.

Bincang sebelum merebak

Menurutnya lagi, bukan sahaja, malah penurunan peratusan mengundi itu juga disebabkan ahli akar umbi merasakan "Azmin boleh menang" kerana persaingan hanya dua penjuru dengan ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub yang setakat ini mendapat undi terendah.

Selepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin semakin jauh di depan dengan majoriti 2,479 undi meninggalkan Zaid dan Mustaffa.

Mengikut keputusan rasmi ibu pejabat parti, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa meraih 1,215 undi.

Bagaimanapun, tidak puas dengan perjalanan pemilihan langsung PKR yang julung kalinya diadakan itu, Zaid semalam menarik diri dan melepaskan semua jawatannya dalam parti.

Sementara itu, timbalan ketua cabang Batu Kawan, Mansor Md Noor turut kecewa dengan tindakan Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan.

Malah, menurut Mansor, hasil perbualannya dengan beberapa rakannya dari beberapa cabang dan akar umbi PKR, mereka turut berkongsi perasaan yang sama.

"Kalau boleh, (Datuk Zaid) boleh bawa (perkara ini) dengan berbincang. Saya tengok semakin hari semakin celaru (dalam parti). Sebelum merebak (menjadi parah) lebih baik bincang di meja rundingan," katanya.

'Pembersihan' dalam parti

Katanya, beliau sendiri akan bermesyuarat dengan ahli jawatankuasanya malam ini untuk mendesak Zaid menarik balik keputusannya daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

"Pengundian masih belum selesai. Masih ada harapan (untuk menang)... Kalau beliau membuat keputusan untuk teruse bertanding, beliau kembali akan mendapat sokongan," katanya.

Mansor juga mencadangkan supaya pucuk pimpinan parti "membuat perjanjian" supaya calon yang tewas "diberi tempat" dalam kepimpinan parti. Dalam pengundian di cabang Batu Kawan pada 31 Oktober lalu, Zaid mendapat 94 undi, Azmin (59) dan Mustaffa (9).Di Sepanggar, Sabah, naib ketua cabang Sulaiman Aladdad berkata tindakan Zaid mengundur diri bertanding jawatan terbabit bukan sahaja "mempermain-mainkan akar umbi, malah beliau seorang pemimpin yang tidak tahan dengan cabaran".

"Ahli akar umbi menyatakan berbagai pandangan mereka. Ada yang rasa pelik, ada yang berasa kecewa dan ada yang menghormati hak beliau untuk mengundur diri.

"Rata-rata pengundi menganggap (pengunduran) sebagai satu pembersihan dalam parti... Kita perlukan pemimpin tahan lasak dan setia kepada parti," katanya sambil mendesak agar pemilihan perlu diteruskan walaupun Zaid menarik diri.

Di cabang Sepanggar, Zaid mendapat 114 undi, manakala Azmin memperolehi 49 undi, sementara Mustaffa meraih 10 undi. M/kini

PENANGGUHAN PEMILIHAN PKR - 24 CABANG SUARA AKAR UMBI TETAPI BUKAN WAKILI MAJORITI AKAR UMBI

Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN ada 24 Cabang PKR mahukan pemilihan PKR ditangguhkan berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga `ugutan' daripada `orang lama' PKR iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Tempoh 48 jam hampir sampai dan perkembangan setakat ini menunjukkan parti tidak mungkin `melutut' dengan `ugutan' seperti itu.

Menurut maklumat, Cabang-Cabang yang dikatakan mahu penangguhan dilaksanakan itu adalah Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

Dari semakan, kebanyakan Cabang-Cabang yang tersenarai di atas adalah daripada Cabang yang menyokong Zaid Ibrahim atau pun Sdr Mustafa Kamil. Jika tidak silap saya hanya Bentong yang menyokong Azmin di dalam senarai tersebut. PKR mempunyai lebih kurang 200 Cabang, dan kehendak 24 Cabang ini mungkin boleh dipertimbangkan jika mempunyai asas yang kukuh. 24 Cabang ini memang suara akar umbi, tetapi tidak melambangkan suara majoriti akar umbi. Justeru itu, setakat ini majoriti akar umbi tidak menunjukkan minat untuk menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung sekarang.

Asas untuk parti bagi menangguhkan atau membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung ini perlulah ada. Jika dapat dibuktikan adanya salah laku yang melanggar etika pemilihan atau kempen, maka wajar dibuat seperti yang mereka kehendaki. Tetapi jika sekadar hiruk pikuk di luar sana tanpa ada asas yang kukuh, maka tidak perlu parti membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk melayani perkara yang tidak berasas./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 10 November 2010

Desakan Zaid Supaya Beliau Undur Diri, Azmin Ali Jelaskan Kedudukannya Dalam Parti Di Tentukan Oleh Para Ahli Dan Bukannya Individu Tertentu !!

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali (foto) berkata kedudukan beliau dalam parti itu ditentukan oleh anggota parti dan bukannya individu yang menentukan saf kepimpinan parti. Dalam hubungan ini, katanya beliau tidak akan tunduk dengan desakan agar beliau mengundurkan diri daripada PKR kerana menerima sokongan baik untuk memberikan khidmat bagi membawa parti itu ke tahap yang lebih besar.

Azmin berkata demikian sebagai mengulas desakan Datuk Zaid Ibrahim agar beliau dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada parti itu kerana didakwa merekalah yang membawa masalah kepada PKR. "Saya bersedia untuk mengambil peranan yang lebih kecil jika itulah yang diputuskan. Namun Alhamdullillah setakat hari ini dukungan oleh anggota parti untuk saya memimpin itu cukup kuat dan besar termasuk negeri Sabah," kata Azmin kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. "Maka bukan soal individu mahupun Zaid menentukan saf kepimpinan parti ini bermakna beliau tak menghormati prinsip dan amalan demokrasi di dalam parti," kata Azmin yang akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR.

Mengenai permintaan Zaid supaya proses pemilihan yang sedang diadakan ditangguhkan kerana dakwaan berlakunya manipulasi, Azmin berkata jika ada tuduhan mana-mana pihak perlu mengemukakan bukti, malangnya sehingga sekarang tidak ada bukti secara khusus dihantar kepada sekretariat Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk diteliti aduan-aduan berkenaan. Oleh itu, beliau meminta pihak-pihak yang mengeluarkan dakwaan sedemikian supaya lebih bertanggungjawab dan tidak beremosi kerana semata-mata telah tewas dan tersungkur di beberapa negeri dalam pemilihan parti. "Mengapa perkara ini tidak dibangkitkan pada hari pertama pemilihan semasa beliau mendapat sokongan, mengapa hanya setelah dua minggu pemilihan berlaku dan setelah tewas teruk di negeri Sabah baru perkara ini dibangkitkan. Jadi banyak juga persoalan dibangkitkan anggota juga mengenai keikhlasan beliau dalam perkara yang dibangkitkan itu," katanya./PahangDaily