RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 6 April 2011

KONSPIRASI VIDEO LUCAH : “TRADISI MEMPERBODOHKAN RAKYAT” DITERUSKAN

Malaysia berada di ambang paling gelap dalam sejarah politik dan moral apabila politik lucah menjadi percaturan terbaru juak-juak terdesak. Cebisan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan seorang pelacur kononnya dari China, terbukti tidak berjaya meyakinkan rakyat yang menonton sebagaimana yang diharap-harapkan; khususnya dalam komplot terbaru mencalar imej dan menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sedutan video lucah yang dirakam di sebuah bilik dipercayai di Thailand itu, tersebar luas di Youtube sebelum disebarluas blogger anti-Anwar dan pro-Umno. Sedutan video lucah selama 1 minit 47 saat itu menunjukkan rakaman dua orang lelaki dewasa dan seorang wanita, sebelum seorang lelaki keluar dan membiarkan seorang lagi lelaki berdua-duaan dengan wanita terbabit.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat usaha terkutuk ini sebagai satu usaha pembodohan rakyat secara terang-terangan dan meletakkan maruah rakyat negara ini ke satu tahap paling hina dan menjijikkan. Terdapat beberapa keraguan yang ingin diperincikan di sini. Pertama, bagaimana setelah semua salinan asal video diserahkan oleh Datuk ‘T’ kepada PDRM, rakaman awal video tersebut boleh tersebar di Youtube dan kemudian di beberapa laman blog yang lain? Ini membawa kepada dua kemungkinan: samada Datuk T telah menipu pihak polis dengan menyimpan kemudian menyebarkannya melalui laman web, ataupun wujud kemungkinan pembocoran maklumat dalaman kepada blogger-blogger tertentu.

Keduanya, mengenai tempat video itu dirakamkan. Menurut maklumat awal, video itu dikatakan dirakam di sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur. Namun apa yang meragukan adalah kewujudan tulisan Thai yang diterjemahkan sebagai Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011’. Jika benar video ini dirakam di Bangkok, maka ini sekaligus menafikan keterlibatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu mempunyai temurapat bersama-sama staf beliau di kediaman beliau bersama isteri dan anak-anak.

Jika dilihat kronologi kes pendedahan video seks ini, terdapat satu strategi yang mudah di baca: menimbulkan keraguan. Mengapa konklusi ini diperoleh?

(i) 21 Mac 2011, sewaktu video ini ditayangkan kali pertama di Carcosa Seri Negara, hanya kalangan wartawan sahaja yang dibenarkan menonton.

(ii) 4 April 2011, tayangan hanya sempat dipapar di laman Youtube di antara 5 – 6 jam sahaja, itupun hanya cebisan 1 minit 47 saat daripada keseluruhan 22 minit.

(iii) 5 April 2011, akhbar-akhbar arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan Kosmo! (daripada penerbitan yang sama) turut menyiarkan petikan gambar yang didakwa sebagai Dato’ Seri Anwar ini, yang berimejkan samar-samar dan hanya cebisan 3 ke 4 saat daripada keseluruhan 1 minit 47 saat.

Jika dilihat kepada kronologi ini, matlamat yang boleh dibaca tidak lain tidak bukan ialah mewujudkan persepsi jahat dan jelek ke atas Dato’ Seri Anwar. Sekaligus juak-juak terdesak ini lupa akan alibi yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar terdahulu. AIC mempersoalkan dimanakah peranan pihak polis yang sewenangnya membenarkan trio Datuk T yang secara terang mengaku mereka menyebarkan video ini, boleh bergerak seolah-olah tidak melakukan sebarang jenayah?

Di mana pula pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang sewajarnya menyiasat unsur-unsur lucah melalui hebahan ruang siber melalui penyebaran cebisan video ini yang terang-terangan bercanggah dengan undang-undang. AIC ingin mengajak semua untuk menyoroti kembali usaha-usaha jahat ini dan menentang habis-habisan segala bentuk fitnah yang meruntuhkan negara dan moral rakyat ini. Baik dalam konteks perundangan sivil mahupun Islam, prinsip hukum seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah adalah terguna pakai dalam apa jua keadaan.

Ketegasan beberapa orang Mufti dan ulama’ dalam Negara mengenai hal ini jelas, betapa fitnah dan politik lucah ini harus dihentikan segera. Amatlah memalukan, di sebalik kebanggaan juak-juak terdesak kononnya Malaysia ini Negara islam contoh, tetapi sewenangnya membenarkan elemen fitnah dan politik lucah berlaku berleluasa dalam sistem politik negara hanya kerana kuasa.

Julailey Jemadi
Timbalan Presiden AIC

*Melalui email

BUKTI JELAS SATU PENIPUAN TERHADAP ANWAR

Lagi Bukti Video Seks DS Anwar Video Tipu !!!

Gambar 1 tiada janggut

Gambar 2 berjanggut

Sejak dari awal lagi, Datuk T (sebut Datuk Tipu) tidak berani menghebahkan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim bagi mengelakkan penipuannya dikesan oleh jutaan manusia di internet. Berbeza sekali dengan pendedahan cctv Chua Soi Lek, jika benar pelakon dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, sepatutnya Datuk T, tidak akan teragak-agak untuk menyebarkannya.

Baru lepas sehari pendedahan video tersebut, pelbagai penipuan telah terbongkar. Kali ini satu lagi penipuan berjaya dikesan berdasarkan video seks sepanjang 1.47 minit yang didedahkan oleh blog-blog pro gerombolan songkok tinggi sejak semalam. Sebelum ini blog MiLo SuaM juga telah mempersoalkan kewujudan 2 lelaki berbeza mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut, rujuk sini [Video Anwar]

Kalau dilihat, lelaki mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut pada sela masa 1:16, tidak memiliki janggut sebelum memeluk seorang perempuan yang didakwa pelacur cina pada 21 Febuari 2011 yang lalu. Lihat gambar 1 diatas.

Sekiranya benar lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, maka Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim ada menggunakan teknik ataupun ubat untuk melebatkan janggutnya. Ini kerana pada 22 Febuari 2011 Anwar muncul di mahkamah dengan janggut yang lebat. Lihat gambar 2 di atas yang dipetik daripada video rakaman TV Selangor.

Sumber : Blog Milosuam

HANYA KERANA FITNAH JAHAT, PERLUKAH ANWAR BERUNDUR?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah menulis artikel di sini berkaitan klip video seks yang tersebar di youtube sehari dua ini. Artikel tersebut telah mendapat ulasan dari beberapa pembaca dan kebanyakannya tidak mempercayai apa yang difitnah oleh sekutu Apco tersebut. Saya juga telah mengadakan Poll atau pungutan pendapat para pengunjung blog saya berkaitan isu hangat tersebut.

Di antara ulasan yang saya ingin beri jawapan, mereka hairan mengapa saya kununnya terlalu membela DS Anwar. Mengapa tidak pemimpin yang lain seperti Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi Awang? Apa salahnya jika Anwar berundur saja dan serahkan kepada pemimpin PAS ini menerajui PR? Itu di antara ulasan atau persoalan bodoh dari puak mereka. Berikut adalah jawapan ringkas dari saya untuk sekutu Apco berkenaan;

Saya mahu jawab soalan kenapa saya menyokong Anwar di dalam isu ini. Jawapannya mudah, Anwar telah difitnah sekian lama dan menjadi kewajipan bagi sesiapa untuk membela beliau dari terus difitnah dan dizalimi. Siapa kata saya tidak membela selain dari Anwar? Saya juga bela Tuan Guru Nik Aziz bila beliau difitnah tunai Haji dengan duit rasuah. MB Kelantan ini juga difitnah menerima rasuah kek. Ini kerja siapa jika bukan sekutu Apco? Dulu, saya juga membela Lim Guan Eng yang masuk penjara kerana membela anak gadis Melayu yang dirogol oleh anak Thamby tu.

Mengapa Anwar perlu berundur hanya kerana kerja fitnah ini? Seandainya Anwar berundur, fitnah tetap juga datang kepada beliau malahan lebih hebat lagi kerana mereka akan kata, "lihat, Anwar berundur dari politik kerana beliau sudah merasa bersalah". Mana boleh pisah fitnah dengan sekutu Apco?

Dan, jika Anwar tidak memimpin PR, katakanlah Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi yang memimpin PR, siapa boleh jamin kedua-dua tokoh Ulamak ini tidak akan menjadi mangsa fitnah? Bukankah fitnah dengan sekutu Apco ini tidak boleh dipisahkan?

Hakikatnya, mereka mahu Anwar berundur atau dipaksa undur agar senang mereka mahu ganyang PR tanpa Anwar. Tidakkah kita biasa dengar pemimpin mereka kata PAS itu parti ajaran sesat? Ini kerja fitnah mereka. Ertinya, tanpa Anwar pun sekutu Apco ini tetap akan bermain fitnah umpama budak bodoh main tahi./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO SEKS - LIHAT BETUL-BETUL, SEMENJAK BILA ANWAR TIDAK BERJANGGUT ?



Lihat....Semenjak bila DS Anwar tidak berjangut? Misai pula gak tebal. Wah...perut dan tetek DS Anwar....lucu..lucu...kantoiii...beb !!!

Sumber video: Ihsan Greenboc

Selasa, 5 April 2011

HANYA KERANA FITNAH JAHAT, PERLUKAH ANWAR BERUNDUR?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah menulis artikel di sini berkaitan klip video seks yang tersebar di youtube sehari dua ini. Artikel tersebut telah mendapat ulasan dari beberapa pembaca dan kebanyakannya tidak mempercayai apa yang difitnah oleh sekutu Apco tersebut. Saya juga telah mengadakan Poll atau pungutan pendapat para pengunjung blog saya berkaitan isu hangat tersebut.

Di antara ulasan yang saya ingin beri jawapan, mereka hairan mengapa saya kununnya terlalu membela DS Anwar. Mengapa tidak pemimpin yang lain seperti Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi Awang? Apa salahnya jika Anwar berundur saja dan serahkan kepada pemimpin PAS ini menerajui PR? Itu di antara ulasan atau persoalan bodoh dari puak mereka. Berikut adalah jawapan ringkas dari saya untuk sekutu Apco berkenaan;

Saya mahu jawab soalan kenapa saya menyokong Anwar di dalam isu ini. Jawapannya mudah, Anwar telah difitnah sekian lama dan menjadi kewajipan bagi sesiapa untuk membela beliau dari terus difitnah dan dizalimi. Siapa kata saya tidak membela selain dari Anwar? Saya juga bela Tuan Guru Nik Aziz bila beliau difitnah tunai Haji dengan duit rasuah. MB Kelantan ini juga difitnah menerima rasuah kek. Ini kerja siapa jika bukan sekutu Apco? Dulu, saya juga membela Lim Guan Eng yang masuk penjara kerana membela anak gadis Melayu yang dirogol oleh anak Thamby tu.

Mengapa Anwar perlu berundur hanya kerana kerja fitnah ini? Seandainya Anwar berundur, fitnah tetap juga datang kepada beliau malahan lebih hebat lagi kerana mereka akan kata, "lihat, Anwar berundur dari politik kerana beliau sudah merasa bersalah". Mana boleh pisah fitnah dengan sekutu Apco?

Dan, jika Anwar tidak memimpin PR, katakanlah Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi yang memimpin PR, siapa boleh jamin kedua-dua tokoh Ulamak ini tidak akan menjadi mangsa fitnah? Bukankah fitnah dengan sekutu Apco ini tidak boleh dipisahkan?

Hakikatnya, mereka mahu Anwar berundur atau dipaksa undur agar senang mereka mahu ganyang PR tanpa Anwar. Tidakkah kita biasa dengar pemimpin mereka kata PAS itu parti ajaran sesat? Ini kerja fitnah mereka. Ertinya, tanpa Anwar pun sekutu Apco ini tetap akan bermain fitnah umpama budak bodoh main tahi./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO SEKS - DI SOROK RAMAI TIDAK PERCAYA, BILA DIDEDAHKAN `CONFIRM' BUKAN ANWAR


Anwar Kah Ini?

Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, berkat Solat Hajat PR bagi menolak fitnah III (video seks) terhadap DS Anwar kini mula dapat dilihat. Hari ini, ramai di antara kita yang telah melihat video lucah yang didalangi oleh `Three Strooges' yang masih belum ditangkap itu walaupun dikatakan video tersebut kini berada di tangan pihak Polis untuk siasatan. Siapa yang telah memuat turunkan video berkenaan ke dalam Youtube? Bukankah Rahim Thamby Chik mengaku hanya ada satu video sahaja yang asal?

Secara kebetulan saya petang tadi menonton berita NTV 7 jam 7. TV berkenaan menyiarkan sebahagian daripada klip video tersebut yang diambil dari youtube. Saya lihat aksi wanita berkemban, seorang lelaki memakai tuala dan kelibat seorang lagi lelaki sedang membetulkan kamera rakaman yang memakai baju lengkap. Gambar di dalam hitam putih itu menunjukkan seorang lelaki wajahnya mirip Anwar sepintas lalu. Saya sempat menekan `freeze' (pause) pada alat kawalan jauh TV LCD saya untuk melihat wajah tersebut. Tidak perlu mengambil masa panjang, jelas itu bukan wajah Anwar terutamanya di bahagian misai dan pipi.

Paling ketara, walaupun sekejap ditunjukkan saya lihat bahagian perut lelaki berkenaan memang boroi dan dadanya (tetek) yang kelihatan berisi. Apabila ditunjukkan lelaki berkenaan bertuala membelakangi kamera, sekali lagi `confirm' pada saya itu bukan Anwar kerana melihat kepada punggung yang sedikit lebar dan berisi. Saya belum lagi melihat video tersebut melalui youtube, tetapi banyak rakan di dalam FB turut menyebut jelas bahawa lelaki berkenaan bukannya Anwar.

Difahamkan, di dalam youtube video tersebut memang video seks yang telah dipertontonkan di Seri Casrcosa baru-baru ini tetapi telah di`edit' sebaik mungkin untuk menghilangkan beberapa tanda jelas menunjukkan perbezaan ketara lelaki berkenaan dengan Anwar. Ini hanya boleh dipastikan oleh mereka yang telah menonton video asal berkenaan termasuk Chegu Bard.

Chegu Bard di dalam mengulas klip video yang terdapat di dalam youtube tersebut berkata, "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. “Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau. Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu. Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube (tranungkite)

Kita patut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya tembelang puak-puak Munafik ini terbongkar satu persatu. Pengendali tayangan video seks masih bebas, video seks yang dikatakan hanya ada satu pita asal yang berada di tangan pihak berkuasa boleh tersiar di dalam youtube dan diedit sebaik mungkin adalah satu rahmat buat kita untuk mengenali siapakah Munafik sebenar untuk menjatuhkan Anwar.

Apabila video ini tersebar di dalam youtube oleh mereka yang bacul dan dayus, ini bermakna Anwar kini menghadapi fitnah IV setelah fitnah III di Seri Carcosa tidak laku lagi. Tidak susah untuk memikirkan mengapa video berkenaan secara pantas dimasukkan ke dalam youtube kerana Anwar kini sedang mengetuai PR untuk menawan Sarawak.

Kini, kita tunggu apa pula reaksi KPN setelah sebelum ini mendakwa video seks itu adalah tulen. Adakah pihak yang memuatkan video berkenaan ke dalam youtube akan ditahan atau ditangkap? Jika Rahim Thamby Chik yang menayangkan video seks tersebut masih belum ditangkap, apakah ada tangkapan untuk kes terbaru ini? Kita tunggu episod seterusnya.../wfauzdin.blogspot.com

SEMOGA ALLAH PELIHARA DIRI DAN KELUARGA KITA DARI AZAB HASIL KERJA FITNAH MEREKA



Oleh: WFAUZDIN NS

Bila kita membicarakan soal video seks yang dikaitkan dengan DS Anwar, kita hendaklah memikir dengan menggunakan akal fikiran serta ilmu agama yang sedikit sebanyak ada pada kita.

Tahukah kita, apabila kita bersekongkol dengan puak mereka, samada menyokong cara mereka, mempercayai fitnah mereka atau redha dengan perbuatan mereka yang terus membiarkan fitnah ini berleluasa, maka kita sama seperti mereka? Alangkah ruginya kita jika jadi sebahagian dari puak mereka itu kerana kita sedar betapa besarnya dosa melakukan fitnah zina ke atas seseorang.

Cuba kita bayangkan, kita di pihak keluarga Anwar. Apakah yang kita akan rasai? Jika isteri atau suami, ibu atau ayah kita difitnah sedemikian rupa, apakah yang kita rasai? Harus kita ingat, jika kita terbabit dengan perbuatan sedemikian rupa atau bersubahat, suatu hari nanti kita bimbang Allah timpakan ke atas diri atau keluarga kita. Tatkala itu, baru kita ketahui betapa fitnah itu amat zalim dan jijik.

Bukan kita taksub terhadap sesiapa. Jika benar tetap benar, salah tetap salah. Tetapi gunakanlah undang-undang untuk mengadilinya seperti yang Allah ajarkan kepada kita melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW. Bukan seperti apa yang ada sekarang. Video dipamirkan dikhalayak ramai, kini di muat turun ke dalam youtube sedangkan si pengedar video bebas ke mana sahaja. Di mana hukum Qazaf dicampakkan?

Marilah kita bermohon kepada Allah agar jangan negara kita serta keluarga kita ditimpa bencana akibat perbuatan fitnah yang melampau ini. Berpolitik dan berbeza pendapat itu boleh diterima, tetapi bukan dengan cara jijik sedemikian kerana ini sudah melampaui batas politik.

Malang sekali, jika kita terbabit bersama mereka menanggung dosa yang lebih besar dari membunuh, sedangkan mereka tidak takut kepada dosa dan mereka mendapat imbuhan besar kerana berbuat demikian. Kita dapat apa? Dapat laknat dari Allah SWT, Nauzubillah.../wfauzdin.blogspot.com

BERTAMBAH YAKIN SEKARANG, ITU BUKAN ANWAR !!

Anwar kah Ini ?

Nik Nazmi Tambah Yakin Bukan Anwar Lepas Tonton Video

SHAH ALAM 4 APRIL : Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita.

Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.


NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Isnin, 4 April 2011

SELAMAT BERJUANG BLOGGERS PR DI SARAWAK


Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT bertuah kepada para Blogger dari PR yang mendapat peluang ke Sarawak sempena Pilihanraya Negeri Sarawak tidak beberapa minggu lagi. Terima kasih banyak kepada pihak yang sudi taja tiket penerbangan pergi dan balik buat Blogers kita berjuang di sana.

Terasa ingin juga bersama sahabat ke Bumi Kenyalang, maklumlah tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sana. Tetapi, kita semua faham mereka ke sana bukan untuk melancung atau berseronok tetapi untuk bekerja keras bagi membantu PR menumbangkan rejim Taib Mahmud dan Bn di Sarawak. Besar sekali harapan rakyat Sarawak kepada PR untuk memulihkan kembali kerosakan dan onar yang telah dilakukan oleh `penghisap darah' mereka selama berpuluh tahun kebelakangan ini.

Kepada Bloggers yang bertuah, saya sebagai rakan mengucapkan selamat berjuang dengan ikhlas. Kami Bloggers di Semenanjung sentiasa mendoakan agar kelian semua selamat pergi dan balik, dikurniakan kesihatan yang baik untuk bekerja keras di sana. Percayalah, kami di sini akan sedaya upaya membantu sebaik mungkin. Kepada pimpinan PR, hulurkan lah sedikit bantuan kepada mereka ini sekadar termampu kerana kita sedia faham bahawa kita belum menjadi kuasa pemerintah dan tentunya kita berada di dalam kesulitan.

Difahamkan ada juga Blogger yang telah mendapat tajaan tiket penerbangan pergi dan balik, tetapi keberatan untuk ke sana kerana tiada perbelanjaan poket yang mencukupi. Saya harap mereka ini tidak membazirkan pemberian tersebut, adalah lebih baik mereka bersama rakan-rakan yang lain yang telah pun berada di seberang sana. Rezeki Allah ada di mana-mana, InsyaAllah.

Kepada Blogger atau individu yang sanggup ke Sarawak dengan perbelanjaan sendiri, tahniah kita ucapkan semoga Allah memberkatinya dan melimpahkan rezeki berganda buat mereka. /wfauzdin.blogspot.com

PILIHANRAYA SARAWAK - MASYARAKAT IBAN MASIH YAKIN DENGAN SNAP LAGI KAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

BESAR kemungkinan tetap ada pertandingan 3 penjuru di dalam Pilihanraya Negeri di Sarawak nanti. Jelas, SNAP yang dikatakan masih ingin bersama PR di dalam objektif menumbangkan kerajaan Bn di Sarawak tidak menunjukkan minat yang tinggi untuk bekerjasama sebaik mungkin dan mereka telah pun menyenaraikan calon-calon mereka di beberapa kawasan yang kemungkinan PKR akan bertanding di situ.

Ada yang berpendapat PKR kelihatan begitu tamak menuntut kerusi di Sarawak seolah-olah parti tersebut ingin menjadi peneraju kerajaan negeri sekiranya PR berjaya menumbangkan Bn di Sarawak. Pada pendapat saya, memang wajar PKR diberi lebih kerusi di Sarawak berbanding SNAP walaupun parti ini lebih berusia dari PKR di bumi Kenyalang tersebut. Tetapi harus diingat, itu sejarah lama dan SNAP sebenarnya boleh dianggap lama `terkubur' dan kebanyakan pemimpin mereka dahulu bersekongkol dengan Bn menghakis segala kekayaan di Sarawak. Walaupun SNAP dikatakan parti yang mewakili Kaum Iban di Sarawak, namun setelah berpuluh tahun Sarawak di bawah Bn dan sewaktu SNAP bersama mereka, kaum Iban masih dilihat tercicir dari segala sudut dan bidang.

Kini, arus politik telah berbeza dan rakyat Sarawak mesti bersama-sama menyokong idea baru yang dibawa dari Semenanjung. Mereka tidak merasa rugi sekiranya memilih calon dari PKR, DAP mahu pun PAS yang calonnya juga adalah anak watan negeri dan kawasan masing-masing. Sejarah kemusnahan SNAP harus dijadikan pengajaran dan tidak keterlaluan jika dikatakan SNAP berkemungkinan besar akan menyeberang kembali kepada Bn jika mereka memenangi banyak kerusi. Saya tetap meragui keikhlasan SNAP di dalam PR setelah melihat kepada beberapa situasi sekarang.

Mengakhiri artikel ini, Saya ingin memetik komen seorang rakan FB yang telah memberikan ulasannya terhadap isu ini. Beliau menggunakan nama `Otak Tuan Sadiq' memberikan ulasan beliau seperti berikut;

" Kaum Iban sendiri boleh bertanya kepada diri mereka sendiri.... Apakah yang telah SNAP perjuangan selama bersama BN. Kini kehilangan tanah dan keberanian Taib Mahmud merampas tanah NCR kaum Iban adalah hasil persetujuan dan sokongan pemimpin SNAP juga. Perbalahan pemimpin SNAP dengan BN bukan kerana dasar perjuangan tetapi kerana kepentingan peribadi sendiri. Selagi kaum Iban percaya kepada SNAP selagi itu mereka akan diperbodohkan oleh parti yang selama ini bersekongkol dgn Taib. Nak lawan kepimpinan Taib.... hanya PR pilihan terbaik.. Kaum Iban mesti berani menumbangkan kuasa Taib bersama PKR, DAP dan PAS."
wfauzdin.blogspot.com

SAMBUTAN LUAR BIASA KE ATAS ANWAR, KALI INI TETAP DIHALANG POLIS

Polis ganggu lagi ceramah Anwar

Kuek Ser Kuang Keng
Apr 3, 11

Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

anwar ceramah disrupted by cops swakMajlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini./Malaysiakini