RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 5 April 2011

VIDEO SEKS - DI SOROK RAMAI TIDAK PERCAYA, BILA DIDEDAHKAN `CONFIRM' BUKAN ANWAR


Anwar Kah Ini?

Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, berkat Solat Hajat PR bagi menolak fitnah III (video seks) terhadap DS Anwar kini mula dapat dilihat. Hari ini, ramai di antara kita yang telah melihat video lucah yang didalangi oleh `Three Strooges' yang masih belum ditangkap itu walaupun dikatakan video tersebut kini berada di tangan pihak Polis untuk siasatan. Siapa yang telah memuat turunkan video berkenaan ke dalam Youtube? Bukankah Rahim Thamby Chik mengaku hanya ada satu video sahaja yang asal?

Secara kebetulan saya petang tadi menonton berita NTV 7 jam 7. TV berkenaan menyiarkan sebahagian daripada klip video tersebut yang diambil dari youtube. Saya lihat aksi wanita berkemban, seorang lelaki memakai tuala dan kelibat seorang lagi lelaki sedang membetulkan kamera rakaman yang memakai baju lengkap. Gambar di dalam hitam putih itu menunjukkan seorang lelaki wajahnya mirip Anwar sepintas lalu. Saya sempat menekan `freeze' (pause) pada alat kawalan jauh TV LCD saya untuk melihat wajah tersebut. Tidak perlu mengambil masa panjang, jelas itu bukan wajah Anwar terutamanya di bahagian misai dan pipi.

Paling ketara, walaupun sekejap ditunjukkan saya lihat bahagian perut lelaki berkenaan memang boroi dan dadanya (tetek) yang kelihatan berisi. Apabila ditunjukkan lelaki berkenaan bertuala membelakangi kamera, sekali lagi `confirm' pada saya itu bukan Anwar kerana melihat kepada punggung yang sedikit lebar dan berisi. Saya belum lagi melihat video tersebut melalui youtube, tetapi banyak rakan di dalam FB turut menyebut jelas bahawa lelaki berkenaan bukannya Anwar.

Difahamkan, di dalam youtube video tersebut memang video seks yang telah dipertontonkan di Seri Casrcosa baru-baru ini tetapi telah di`edit' sebaik mungkin untuk menghilangkan beberapa tanda jelas menunjukkan perbezaan ketara lelaki berkenaan dengan Anwar. Ini hanya boleh dipastikan oleh mereka yang telah menonton video asal berkenaan termasuk Chegu Bard.

Chegu Bard di dalam mengulas klip video yang terdapat di dalam youtube tersebut berkata, "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. “Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau. Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu. Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube (tranungkite)

Kita patut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya tembelang puak-puak Munafik ini terbongkar satu persatu. Pengendali tayangan video seks masih bebas, video seks yang dikatakan hanya ada satu pita asal yang berada di tangan pihak berkuasa boleh tersiar di dalam youtube dan diedit sebaik mungkin adalah satu rahmat buat kita untuk mengenali siapakah Munafik sebenar untuk menjatuhkan Anwar.

Apabila video ini tersebar di dalam youtube oleh mereka yang bacul dan dayus, ini bermakna Anwar kini menghadapi fitnah IV setelah fitnah III di Seri Carcosa tidak laku lagi. Tidak susah untuk memikirkan mengapa video berkenaan secara pantas dimasukkan ke dalam youtube kerana Anwar kini sedang mengetuai PR untuk menawan Sarawak.

Kini, kita tunggu apa pula reaksi KPN setelah sebelum ini mendakwa video seks itu adalah tulen. Adakah pihak yang memuatkan video berkenaan ke dalam youtube akan ditahan atau ditangkap? Jika Rahim Thamby Chik yang menayangkan video seks tersebut masih belum ditangkap, apakah ada tangkapan untuk kes terbaru ini? Kita tunggu episod seterusnya.../wfauzdin.blogspot.com

23 ulasan:

  1. x tgk viddeo ragu2, bila dh tgk beberapa keratan gambar..mmg x percayalahhh..dh la ada tulisan thailand...

    BalasPadam
  2. Salam...

    Saya merasa agak keliru. Kenapa ramai yang bermati-matian hendak mempertahankan Anuar?

    Saya juga merasa keliru kenapa Anuar sendiri seboleh-bolehnya hendak kekal sebagi pemimpin dan menjadi PM?

    Adakah kita ketandusan pemimpin pembangkang? Adakah Hj Hadi Tidak layak untuk mejadi Ketua pembangkang dan menjadi PM? Adakah Ustaz Nasruddin tidak layak untuk menjadi Ketua Pembangkang dan PM? Adakah tidak ada orang lain lagi yang tidak mempunyai masalah peribadi yang boleh memimpin negara kita?

    Bukankah ramai lagi pempimpin yang berwibawa dan layak untuk memimpin Malaysia.

    Kalau Anuar benar-benar ikhlas dan jujur dalam perjuangan, apa salahnya beliau menarik diri dan menyerahkan kepimpinan kepada pemimpin yang lain.

    Kalau saya jadi Anuar, saya akan berundur dengan segera demi perjuangan. Biarlah saya menyelesaikan masalah saya sendiri? Setelah berundur, kalau betul beliau tidak bersalah, apa nak takut, nak fitnah ke nak masuk penjara ke. Tak ada masalah.. Sebab kita tahu kita tidak bersalah... Jadi apa masalahnya..

    BalasPadam
  3. Setuju dengan ulasan di atas..

    Saya setuju dengan pandangan bahawa selagi yang memimpin itu manusia.. kita tidak lari dari melkukan kesilapan dan kesalahan.. Kita bukan malaikat atau robot.

    Sekiranya Anuar dan pimpinan rakyat memerintah, adakah rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisma dan nepotisma tidak akan berlaku?

    Mustahil.. kerana Anuar dan pimpinan rakyat juga bukan robot atau malaikat..

    Apa yang penting di sini adakah kita lebih mempercayai negara kita dipimpin oleh Karpal Singh daripada Zahid Hamidi, Tian Chua daripada Mustapha Muhammad, Lim Kit Siang daripada Shafiee Afdhal..???

    Satu Lagi PAS nak memerintah atau mempunyai kuasa lebih???? Nak ada suara dan kuasa macam mane Pilihanraya Sarawak PAS hanya bertanding 5 kerusi berbanding 52 kursi yang dipertandingkan...

    Mohon Fikirkan.........

    BalasPadam
  4. sepatutt rakyat sedar akan kerakusan Bn melakukan apa saja. Olih itu perlu tukar PIMPINAN PUSAT baru ada perubahan.

    BalasPadam
  5. ingat Allah = Beriman

    ingat UMNO = sex + fitnah + rasuah + arak + judi

    BalasPadam
  6. Saya bersetuju dengan anon di atas. mengapa lah puak2 PR dan wan sendiri masih membela anwar. Adakah anda tidak yakin kemampuan hj hadi, nik aziz, haron taib, haron din memerintah.. kalu kita lihat dengan mata kasar dalam video itu.. memang kelihatan seperti anwar terutama bahagian bentuk rambutnya yang kelihatan beruban pada bahagian side burn..
    mengapa perlu mempertahankan orang yang berzina.. adakah anda semua tidak yakin dengan kekuasaan Allah SWT.
    Jika Allah inginkan PR menang PRU 13 nnt,
    InsyaAllah.. PR boleh menang walaupun tanpa kelibat anwar...Yakinlah..
    Berkata benarlah wahai blogger-blogger PR walaupun ianya amat pahit..
    Cara paling berkesan untuk Anwar membersihkan dirinya adalah sumpah laknat, taubat nasuha dan seterusnya meninggalkan dunia politik.. sudah sampai masanya untuk dia memberi tumpuan kepada isteri, anak dan cucunya..
    Mohon respon daridapa wan..

    BalasPadam
  7. semua penyokong pr

    lagi gambar perbandingan gambar video dan anwar sebenar.

    buka mata luas-luas ya..



    gambar yang diberikan oleh wan takda ummp ahh..

    kliklink di bawah ya..

    http://novandri.blogspot.com/2011/04/panas-ada-yang-menyamar-jadi-anwar.html?utm_source=BP_recent

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/04/video-seks-pas-pening-gara-gara-hobi.html

    BalasPadam
  8. Hehehehe..

    dah nak kantoi kes video ni..
    pencacai2 anon kat atas sibuk nak laga2kan PAS dan PR pulak!!

    hahahaha..

    kesian jugak kadang2 dengan puak2 pencacai ni..
    cari makan... macam tu laaaa!

    BalasPadam
  9. Video tokey baja risda terbitan sikitol produktion ini ditaja oleh rejim bujang senang gestapo, lokasi hotel 3Trio di thailand

    Selalunya kerja2 ngintip nie kerja bahagian perisikan. Org biasa yg tak pro pun boleh buat ikut instruction pada items kalau nak pasang spy cam tu, tengok pada disortion filem dah tau nie jenis video cam night vision lens wide yg berlambak kat pasaran, aku suspek video camera tu krew baja sengaja letak belakang cermin (two way mirror) atau pun dlm bulb lampu dinding.

    Pada timing 7-8 saat muncul satu garis hitam di paras lengan pelakon porno upahan seperti mode rendering/split jelas terpapar bentuk badan saiz dan kepala ketara profail yg berbeza dgn dsai, dibaiki touchup biar nampak real dgn filter dlm adobe photoshop seperti buang red eye ...cara jalan terboroii kedepan beb haha ...jauh teramat jauhhhh sekali nak disamakan dgn style jalan dsai.

    Saat ke 23-25 melaun boroy tu tunjuk isyarat picit jari tanda remote cam so maknanya krew2 filem jembatan bengkok nie memang dah pakat nak buat video kononnya dsai yg dlm bilik tu tapi terlebih budohh sampai mengkantoi-kantoi diri rejim sendiri uploadd kat yutube plak..haha

    saat ke 28-32 toyol baja tu tekan remote menghala ke arah hidden cam sambil diperhatikan oleh pelacur siam dari dlm bilik air dan pelacur tu pun turut memeriksa cermin dan lampu dlm bilk air.

    Lepas jebon boncit tu keluor bilik air saat ke 1.15-1.18 lain lar pulakk muka nampak cengkung, badan sasa,janggut terbangg hilang...... terang benderang cam suluh lampu spotligth nie pelakun upahan si kitol,geng trio baja dan rejim &S14L**&^*&&$$$888b!llon%^&hfida_+#@$paku,to1rogllbudk%$B1*rare&^%setan nuklear...

    enjit2 semuttt..sapa sakit upload utube

    enjit2 semuttt..sapa boroi pasti kantoiiii..

    enjit2 semuttt..team si kitol dah makin nyanyukkkkk

    enjittt2 semuttt mari kita ramai2 belasah rejim penyamunnn!

    BAKAR LYNAS! BAKAR LOJI NUKLEAR! BAKAR REJIM BAJA!BAAKAAARRRR SYSTEM BALACI SI KITOL!!!

    BalasPadam
  10. ayuh kita tangkap sama 3 bedul ni sebab anjing umnoo takut nak tangkap

    BalasPadam
  11. Bukanlah soal besar samada Anwar wajar berundur atau tidak. Persoalannya beliau masih lagi mendapat mandat besar yang tidak boleh dipandang sinis serta mengikut hukum kata-kata sendiri sendiri sahaja. Yang tidak baik tetap jua dari kita manusia biasa,sudah pasti yang baik dari allah jua. Tidak terfikirkah dalam benak kita bagaimana Anwar serta keluarganya melalui sisa-sisa hidup dalam gejolak usianya yang dilingkari keaiban ini? Janganlah fikir cara mudah ikut pertimbangan sendiri tanpa menggunakan akhlak yang sewajarnya. Sebagai sejagat islamik seharusnya kita mendorong beliau dalam menegakkan syiar kebenaran dan keadilan dalam membasmi kemungkaran dan kebatilan atau tidak bermaknalah kita sekiranya beliau kita ketepikan dalam ranjau yang penuh dengan kesesatan ini.Bukan maruah beliau begitu penting buat kita tapi maruah bangsa dan agama yang sewajarnya kita pelihara melalui landasan qazaf yang sepatutnya bermula tindakan dari saf-saf kepimpinan yang ada. Kalaulah antara kesemua ini tidak ada yang mula maka azablah kelak buat kita semua.

    BalasPadam
  12. hehehe..best2 ulasan kat sini,mcm2 pendapat...tapi aku suka tgk rangka kepala DSAI...dari post yg wan bg memang lain..gambo rangka sisi DSAI pun byk leh dapat dlm internet..bg aku mmg lain..dan bkn DSAI bg aku la..dr post yg wan bg ni..tapi aku nak jg jwb bagi kwn2 yg persoalkan kenapa DSAI di bela...1. DSAI pengasas PKR, beliau yg menyatukan PAS dan DAP...korang agak2 kalau DSAI letak jwtn dan bg pas lead, boleh tahan ke DAP?korang agak2 kalau DAP lead boleh ke tahan pas dan pkr?kalau korang rasa AZMIN yg lead boleh ke beliau pertahankan PR? so kepimpinan ni kita nampak hanya ada pd DSAI..tapi dalam masa yg sama PAS dan DAP perlu cepat2 belajar nak tolerate sesama sendiri..Azmin sendiri dan org2 kuat PKR perlu cepat2 belajar sifat kepimpinan dari DSAI..kerana DSAI sendiri ada berkata dia sendiri tak tahu bila ajalnya sampaikan org lain beriya benar kata dia gila nak jadi PM... 2. DSAI byk pengalaman dan cepat bertindak dan berani memberi ulasan yg berisiko kepada kedudukan dia sendiri, tetapi kita nampak ketokohan beliau bukan dari segi mengambil hati org lain atau nak selamatkan parti tetapi dari apa yg dia nampak dan nak kan perubahan....

    so ini yg buat aku kuat dgn PR sbb aku nak merasa nikmat PETROL dr tanah air aku sendiri yg khas utk rakyatnya seperti brunei beri kepada rakyatnya...aku nak merasai pembangunan dari hasil jual balak dalam negara aku ini,aku nak merasai air yg murah dari bumi aku sendiri dan aku nak merasai terangnya rumah aku dgn lampu sbb jana kuasa byk dibina dalam negara aku...aku nak bebas kemana2 negeri aku dgn harga barang yg murah dan penuh dgn kemeriahan negaraku yg tiada org miskin dan pemalas serta tiada jenayah... tanah air aku terjaga dan rakyat semakin gembira tanpa sifat perkauman......ini yg aku inginkan dalam tanah air aku...hanya PR yg mampu membawa perubahan dan aku akan RUNTUHkan PR jika mereka gagal penuhi janji2 mereka dalam tempoh 5tahun akan datang!!!!!

    BalasPadam
  13. Saya nk jwp soalan kenapa aku sokong Anwar sgt. Jwpnnya mudah, anwar telah difitnah bahkan aku juga bela Tuan Guru Nik Aziz bila beliau difitnah tunai Haji dgn duit rasuah. Aku juga bela Lim Guan Eng dulu yg masuk penjara kerana bela anak gadis Melayu yg dirogol oleh anak Thamby tu.

    Seandainya Anwar berundur, fitnah tetap juga dtg kpd beliau malahan lebih hebat lagi kerana mereka akan kata, "lihat, Anwar berundur dr politik kerana beliau sudah merasa bersalah". Mana boleh pisah fitnah dgn Umno?

    Dan, jika Anwar tidak memimpin PR, katakanlah Nik Aziz atau Hj Hadi yg pimpin, siapa boleh jamin kedua2 tokoh Ulamak ini tidak akan menjadi mangsa fitnah? Bukankah fitnah dan Umno tidak boleh dipisahkan?

    Hakikatnya, mereka mahu Anwar berundur atau dipaksa undur agar senang mereka mahu ganyang PR tanpa Anwar. Tidakkah kita biasa dengar pemimpin mereka kata PAS itu parti ajaran sesat? Ini kerja fitnah mereka. Ertinya, tanpa Anwar pun sekutu Apco ini tetap akan bermain fitnah umpama budak bodoh main tahi.

    BalasPadam
  14. Wan, senang cakap muslihat sebenar di sebalik video ini adalah untuk projek pembunuhan karakter Anwar dan PR yg diambang PRN Sarawak dan satu lagi Puak2 Penyamun yg selama ini bermaharajalela menjarah harta rakyat amat takut dan gentar jika PM Malaysia akan datang namanya adalah Anwar Bin Ibrahim...itulah isu pokoknya, tak usahlah terbuai dgn pelbagai versi itu versi ini...

    BalasPadam
  15. Salam,
    Untuk kes video siam ni, sifirnya cukup mudah, jika semua pembaca blog ini yang mengaku islam, berfikirlah dan referlah pada hukum syariat. Jika anda jahil, tanyalah orang yang alim, jangan buat andaian bersandarkan ilmu anda yang ciput dan mengikut nafsu. Bagi aku kalaulah video siam itu kena pada najib atau sesiapa sekalipun, perlulah dinilai mengikut acuan Islam, bukannya guna akal yang semestinya tidak dapat mengatasi hukum Allah.Kalau jahil, hukumnya kena belajar, berfikir sejenak sebelum mengeluarkan pendapat adalah baik, daripada menulis dengan fitnah. Jika anda benci pada Anwar sekalipun ,janganlah terbabas dari landasan hukum ALLAH, kerana anda mengaku sebagai muslim,anda bersolat, anda berpuasa dan adakah anda sanggup berhadapan dengan munkar dan nakir kelak? Tak kiralah anada benci pada Anwar ke, atau anda benci Pada Najib ke, kerana setiap tulisan anda dlm blog ini akan dikira di padang Mahsyar nanti, janganlah kerana benci pada musuh kita hingga sanggup kata yakin 110% WALHAL KITA TIDAK MENONTON LAGI VIDEO SIAM ITU( contohnya).saya amat bersimpati pada Anwar, dan Allah memang hendak menguji beliau, kalau calang2 orang sudah pasti tewas.Kenapa Anwar mesti berundur?Perlukah beliau berundur? Anwar tidak perlu berundur, telah sepakat dalam PR, beliau akan dilantik sebagai leader. kenapa perlu laga2 kan dengan TGHH?Dengan Ustaz nasaruddin? Setelah banyak bukti yang mencurigakan tentang video Siam tu,nak lagakan pimpinan PR pulak!

    BalasPadam
  16. Patutnya dlm video tuh ada Laptop,baru lah ble kata Anuar main sambil layan Tweet..whakakaka!!!
    Anon2 Yg suruh org bertaubat neh lah yg kena bertaubat dulu..
    X pyh nk ckp smbil selindung niat nk jahanamkan Anuar..
    Gua pun bkn peminat Anuar tp isu2 yg cuba mengaibkan mcm ne lah yg buat rakyat makin memberi perhatian pd Anuar Ibrahim..
    Bila nk menaya org terlampau-lampau,itu yg jd Back fire..Catur UMNO dh terkena diri sendiri..
    Buat la apa pun skrg,caturan last neh pd gua yg akan menjatuhkan BN sejatuh-jatuhnya atas izin Allah..
    Igtlah bahawa selain dari nk mengaibkan Anuar,Bn nk test tahap kebodohan rakyat Malaysia dh smpai ke tahap mana dan posting2 dari Anon2 tuh jelas la ada lg manusia yg bodoh tp pandai taip keyboard..

    Sebenarnya siapakah yg patut berundur setelah 54 Tahun memerintah?
    Butakah mata2 para Anon bahawa sblm korang lahir lg BN neh dh menduduki kerajaan smpai skrg?
    Dh naik harga minyak pun masih nk sokong,duit negara dh lesap pun masih nk sokong,Ada org mati dlm bangunan K'jaan pun masih nk sokong,Phak berkuasa roboh surau dan halau penduduk kg pun masih nk sokong...
    Apa supreme sgt ker Bn smpai dia buat apa sj,rakyat masih nk jd bodoh lg?

    Sudah2 la kamu dibodohkan sblm neh,Nabi pun marah klu bodoh melampau-lampau smpai Nabi kata boleh bwk Kufur..
    Bn bukan Tuhan,tp dh ramai yg sembah BN..Nk rezeki kena pilih BN..
    Bodoh smpai x tahu yg BN tuh bila bubar Parlimen hanya bertaraf calon sama mcm PR..
    Tp kebodohan dari Mind controll media lah manusia2 bodoh neh masih menganggap mereka tuh kerajaan lg,smpai nk undi calon lain pun takut..
    Kt U.S x der pun sebut kerajaan atau pembangkang,dia sebut Republican atau Democrat..Klu nk sebut pembangkang atau kerajaan,Bn tu adalah pembangkang di Selangor,Kelantan,Kedah dan P.Pinang dimana dinegeri2 tuh PR yg uruskan pentadbiran kerajaan negeri..
    Boleh ker kita panggil negeri2 tuh negeri pembangkang sedangkan pembangkang disana adalah BN..
    Lg pun x der org mati x makan disana pun,cuma geng2 Bn x dpt projek jer la..

    BalasPadam
  17. cakap banyak pun tak guna..JAM MANA?? Korang boleh berbuih2 mulut pertahankan anwar tapi sorang pun tak boleh tunjuk jam anwar. Piiirahhh..

    BalasPadam
  18. salam..

    satu je nak penyokong DSAI ni..kenapa DSAI tak nak angkat sumpah laknat?? pelik kan bile orang yg dianggap memfitnah tu berani angkat sumpah laknat sdgkn org yg mendakwa dirinya di difitnah tu tak berani angkat sumpah laknat??kenapa pula penyokong DSAI tak pernah meminta DSAI angkat sumpah laknat??kalau pn tak nak dipertontonkan kepada umum, kenapa tak minta dibuat secara tertutup diantara pemimpin??TG Nik Aziz layak menjadi saksi..tolong jawab..

    BalasPadam
  19. bro... apa pentingnya sumpah laknat? Apa hairanya sorang pemfitnah bersumpah? Kalau dah sanggup fitnah orang, apalah sangat nak fikir kalau takat nak bersumpah!

    Bro, kalau gua rompak kereta lu, tentu kereta lu tak ada. Kalau gua lempang lu, mesti muka lu lebam. Itu dikata kan bukti perbuatan gua. Tapi kalau kereta lu ada dan muka lu okay je... macamana lu nak kata gua curi keta lu atau gua lempang lu. Itu fitnah namanya!

    Tapi kalau lu letup keta lu pakai C4 sebab tak mampu bayar installment atau lu hantuk muka lu kat dinding sebab nak claim insurance, kesannya juga sama. Kereta tak ada dan muka lu lebam. Untuk menutup 'kemungkaran' lu, lu tuduh itu semua gua punya pasal.... lu pun pi masjid biru bersumpah. Takkan gua tak pasal2 nak kena bersumpah jugak? Lu tuduh gua, lu tunjuklah bukti.

    Kalau gua mahu rompak kereta lu,atau gua mahu lempang lu, secara fitrahnya lu mesti melawan kan? Lagi2 lu lagi kuat dari gua... apa takut! lagi pun lu faham mempertahankan harta lu adalah dituntut, kalau lu mati boleh mati syahid lagi. APasal lu tak melawan? Tu serupa lu rela apa gua buat. Atau lu memang suka apa gua buat sebab lu boleh claim insurance... ha ha ha.

    Gua bukan sokong DSAI.. tapi gua meluat tengok orang2 yang tak guna akal terus je membenci dia. Sebab tu kadang2 timbul rasa simpati kat dia. Cuba fikir betul2 apa dosa/salah dia? Kalau takat dia bercita2 nak jadi PM, apakah itu salah?

    Serupa gak kalau gua bercita2 nak jadi imam masjid... apa salah gua sebab gua suka jadi imam. Salah satu sebab mungkin gua tenguk imam yg ada dah tua... bacaan pun tak berapa cantik. Macamana gua tahu semua tu? Sebabnya sebab gua memang masih muda (sihat) dan gua memang tahu baca quran dengan betul. Sebab tu gua layak bercita2 nak jadi imam memang layak! Iman tua pun maklum kebolehan gua sebab tu kalau dia takada dia bagi gua jadi imam. Takkan lu selaku imam tua pakat2 satu kariah suruh bunuh gua?

    BalasPadam
  20. Kalau betul pemimpin golongan yang baik, pembohongan disuntik virus HIV, diracun arsenik, sakit belakang dan lain-lain tentu tak timbul. Ini konspirasi BN juga ka? Kalau dah gemar bohong orang itu dan golongan itu tidak thiqah (dipercayai). Tak layak layak memimpin. Nanti kewangan dikuasai IMF semula dan rakyat merana. Kes yang dulu dunia menjadi saksi dan pakar perundangan dunia semua menyepi. Adakah dalam Malaysia ini yang lebih pakar dari mereka untuk mengatakan pengadilan itu tak betul. Fikirlah sejarah kronologinya. Jangan diperbodohkan banyak kali sangat.

    BalasPadam
  21. assalamualaikum wr wb.......terkedu membca kisah DSAI.....ain tak nak masuk campur. sekadar ingin luahkan aper yg ain rasa wajar dan betul, pada rakyat MALAYSIA yg ain hormati, kita doa.....kita muhun...agar negeri MALAYSIA di jauhi dari segala musiba, bencana dan apa sekalipon....takut dan ngeri....fitnah dan penganiayaan berleluasa, sesungguh nya ALLAH maha mengetahui..tidak tahu bencana apa yg nak di turunkan......nauzubillah..nauzubillah

    BalasPadam
  22. nilah jadi negara 1 Malasyia,selagi tidak dijalan hukum islam yang sebenar,pikirkanlah untuk perubahan PRU13 nanti.

    BalasPadam
  23. nak compare ngan perut..apa ke bangang...kalo nak cerita perut, dulu pun perut aku ada six pak..podahh!!!

    BalasPadam