RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 7 April 2011

KALAU `WANITA ITU' ISTERI NAZRI, MUSTAHIL NAZRI TIDAK KENAL

Oleh: WFAUZDIN NS

SIAPA orang pertama sepatutnya boleh ditunjukkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar selain dari pihak Polis? Sudah tentulah isteri beliau iaitu DS Wan Azizah kerana beliau juga mahu menyedapkan hatinya akibat fitnah yang diicipta melalui video berkenaan.

Memang benar, terlalu berat buat DS Wan Azizah serta keluarga untuk menonton video lucah berkenaan dan sememangnya dari awal beliau telah menolak untuk menontonnya atas alasan ianya jelas satu fitnah, keduanya kerana hukumnya haram disisi agama jika menonton video adegan seks samada tulin atau tidak video itu. Namun, Alhamdulillah, Allah memberi jalan kepadanya untuk mengesahkan siapa sebenar lelaki berperut boroi dan kadangkala tidak berjanggut itu. Maka, ada tangan yang gatal datang dari mana telah memuat turunkan klip video tersebut ke dalam youtube walaupun dibuat suntingan ke atas beberapa babak terutamanya babak yang memperlihatkan perbezaan susuk tubuh badan DS Anwar.

NONEApabila DS Wan Azizah dimaklumkan bahawa tiada adegan seks yang terdapat di dalam klip video pada youtube berkenaan, maka beliau bersetuju untuk menontonnya bersama anak-anak beliau. Akhirnya, kepastian diperolehi olehnya dan mengesahkan bahawa lelaki berperut boroi dan lenggang jalan seperti itu bukanlah suaminya.

Apabila ini terbongkar, maka amat menyulitkan pihak yang melakukan konspirasi jahat ini untuk meneruskan kerja fitnah mereka. Hajat dihati mahu melihat DS Wan Azizah melenting atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan di dalam politik bersama suami dan anaknya. Isteri mana mahu mempertahankan suaminya yang melanggan pelacur? Anak mana yang mahu membela ayahnya yang bermain kayu tiga dengan ibunya? Adakah DS Wan Azizah lebih pentingkan politik daripada moral keluarganya?

Sehubungan itu, apabila beliau dan anaknya telah memastikan bahawa itu bukan DS Anwar yang amat dikenalinya maka menjadi kewajipan pula baginya untuk mempertahankan suaminya. Apatah lagi beliau pun tahu sewaktu rakaman itu dibuat, beliau serta anak-anaknya berada bersama DS Anwar beserta beberapa pimpinan PKR di rumahnya. Bukti Twitter dan Facebook DS Anwar juga amat kukuh sebagai alibi di dalam kes ini walaupun Utusan Meloya agak bodoh di dalam pengiraan masa 2 jam kununnya DS Anwar hilang di dalam Twitter berkenaan.

Peliknya, seorang menteri bernama Nazri pula `susah hati' dengan kenyataan DS Wan Azizah yang menolak tuduhan ke atas DS Anwar. Mengapa beliau susah hati sangat? Adakah beliau berharap sangat lelaki boroi itu adalah Anwar? Nazri Aziz berkata," Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut (Malaysiakini).

Wahai Nazri, untuk mengenal suami sendiri tidak perlu cekap. Perlu kepada cekap adalah menangkap Rahim serta `three strooges' yang mengaku menayangkan video lucah yang tulin itu di Sri Carcosa. Perkataan `cekap' ini harus Nazri tujukan kepada KPN bukan DS Wan Azizah. Seandainya wanita yang melakukan adegan di dalam video tersebut mirip wajah isteri Nazri, mustahil Nazri tidak kenal, bukan?

Cukuplah semuanya ini. Sehingga kini semakin ramai yang tidak percaya apa yang mereka lakukan terhadap DS Anwar. Usah ditegak benang yang basah. Kita tunggu siasatan Polis untuk mengenalpasti siapa lelaki boroi itu, sementara itu juga kita tunggu sejauh mana geng `three strooges' ini mahu diselamatkan atas kesalahan menayangkan video lucah./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. KENYATAAN MUFTI SELANGOR AMAT JELAS MAKSUDNYA. KERAJAAN TELAH MENODAI HUKUM ISLAM! MUFTI PERAK PULA MENCABAR KERAJAAN SUPAYA BUANG SAHAJA HUKUM ISLAM YANG ADA.

    NAZRI SEBAGAI UMMAT ISLAM.....SEWAJARNYA BERCAKAP BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM. JANGAN DISEBABKAN KUASA YANG SEDIKIT KAMU MERELAKAN UMMAT ISLAM YANG LAIN MENERIMA MUSIBAHNYA.

    BalasPadam
  2. teman gerenti ni nazili samdol tak kenai bini dia, sebab berapa banyak china doll di sudah sapu, entah2 lubang bini dia pun dia tak tau kat mana duduknye...

    BalasPadam
  3. kalu pompuan tu bini dia mungkin dia kenal
    dasar fasik terlaknat...........

    BalasPadam
  4. Sesiapa yang menuduh orang lain berzina atau liwat BAWALAH 4 SAKSI YANG ADIL jika tidak SIPENUDUH HENDAKLAH DIKENAKAN QAZAF.
    Adalah lebih baik kita semua diam dan jangan sesekali menyokong golongan ini samada secara jelas atau di dalam hati.Azab Allah amat pedih.
    Jangan sekongkol dengan PEMIMPIN UMNO DAN PENCACAI UMNO INI kerana mereka sedang menempah ticket kelas pertama di lubang neraka jahanam

    BalasPadam
  5. menteri botak dan bodoh ni terlampau angkuh dan sombong sekarang, dia ingat dia baik...

    aku ahli umno dah muak dengan menteri botak ni.. tunggu saat kau jatuh nanti....bongkar semua pasal menteri botak ni......tak lame lagi.....

    BalasPadam