RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 7 April 2011

PESANAN BUAT KAKITANGAN KASTAM, UBAH SEBELUM PARAH

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lagi saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan semalam. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah SWT dan kita sebagai manusia suka atau tidak, terpaksa menerima ketentuanNya dengan penuh insaf dan redha.

Sudah tentu pemergian Allahyarham ditangisi oleh ahli keluarga dan waris beliau juga teman-teman rapat yang mengenali Allahyarham. Apatah lagi, ada teman rapat Allahyarham menyatakan bahawa beliau sewaktu hayatnya adalah seorang insan yang baik, periang dan pernah menjadi Imam di dalam solat bersama teman-teman setugasnya. Itulah perkhabaran baik yang sewajarnya kita patut ulang-ulangkan setelah beliau kembali menemui Rabbul Jalil.

Tragedi yang menimpa ke atas beliau hanya Allah yang tahu dan sebagai manusia biasa kita hanya mahukan agar siasatan telus dapat dilakukan segera. Apa pengajaran dari beberapa peristiwa yang `ganjil dan pelik' yang sering berlaku di negara ini? Tidak lain tidak bukan, kita harus kembali kepada ajaran Islam dan kita tidak lagi perlu mengharapkan golongan sekular atau pun mereka yang menjauhi agama untuk terus memerintah.

Bak kata pepatah Cina, "Ikan busuk selalunya bermula dari kepala". Tidak menjadi salah jika kita berani mencuba sesuatu yang lebih baik dari yang ada. Tidak mencuba, kita tidak akan tahu. Keberanian rakyat di selangor mencuba yang baru, maka lihatlah hasilnya. sehubungan itu, kita mesti berani mencuba di peringkat Pusat pula agar kita boleh lihat samada masih adakah lagi kejadian `pelik dan ganjil' ini berlaku di dalam pentadbiran kerajaan.

Khusus buat semua kakitangan Kastam, marilah kita bersama-sama rakyat yang lain bangun untuk mengubah negara ini. Jadikan lah negara ini sebuah negara yang aman, selamat dan makmur. "Kepala ikan yang busuk, kita buangkan untuk dijamah oleh kucing di jalanan"./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. AKU SUMPAH KETUA KEPALA IKAN BUSUK ITU DAN AHLI AHLINYA SENGSARA SEUMUR HIDUP...

    BalasPadam
  2. aduhai sahabat2 ku anggota KDRM,Imigresen,Jab Penjara,anggota tentera ubah segera pemikiran anda yg menyokong umporno...anda semua hanyelah kambing-kambing hitam yang bakal dijadikan mangsa oleh puak2 berkarat nii..

    BalasPadam