RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 7 April 2011

CADANGAN AGAR BANGUNAN PEJABAT SPRM TIDAK PERLU BERTINGKAT

Oleh: WFAUZDIN NS

APA lagi yang boleh diucapkan oleh SPRM kepada waris Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, pagi semalam selain dari ucapan takziah. Allahyarham ditemui mati ketika hadir untuk membantu siasatan di dalam kes melibatkan cukai tidak berbayar dan beliau sebelum ini telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Marilah kita bersama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang Soleh di sisi Allah SWT dan takziah juga kita ucapkan kepada ahli keluara beliau. Kes seperti ini mungkin tidak sehebat kes video lucah yang ditayangkan di Sri Carcosa dan juga di youtube, oleh sebab itu liputan terhadap berita menyayat hati ini terkebelakang dari arus media pencacai.

Walau bagaimanapun, suka saya cadangkan kepada SPRM atau kerajaan agar bangunan pejabat SPRM yang ada sekarang tidak lagi digunakan, sebaliknya tentukan bahawa setiap bangunan pejabat SPRM mestilah tidak bertingkat. Mungkin agak lucu cadangan ini, tetapi setelah melihat kepada dua kes sebelum ini ada lojiknya juga.

NONE

Sekali lagi kita berharap dan terus berharap agar pihak Polis untuk menyiasat kes berkenaan. Meskipun kes Teo Beng Hock masih belum selesai, kini timbul kes yang baru dan kita yakin pihak Polis akan telus menyiasat.

Polis di peringkat awal mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Namun, kita percaya siasatan yang bakal dijalankan nanti ada jawapannya walaupun mungkin mengambil masa yang agak panjang.


Bukan mudah untuk menyiasat kes seperti ini, sedangkan untuk menangkap atau menahan mereka yang menayangkan video lucah di Sri Carcosa pun tidak mudah walaupun ada yang mengaku bertanggungjawab.

Sehubungan itu, sebagai langkah berjaga-jaga adalah lojik sekiranya bangunan pejabat SPRM tidak perlu bertingkat. Kini kita tertanya-tanya samada di dalam kes terbaru ini adakah rakaman CCTV diperolehi di sekitar tempat kejadian. Harapan kita, mudah-mudahan CCTV di situ masih elok dan tidak rosak./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. aku tergelak sorang....tapi ada rasionalnya...

    BalasPadam
  2. CADANGAN UNTUK SPRM http://amuraria-alikram.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. hahaha, setuju gak..tak pun, bangunan takde tingkap yg berkunci or x boleh dibuka..

    org yg bersalah atau takut diugut kerana mendedahkan bukti tiada jalan lain utk membunuh diri di bangunan SPRM dgn kaedah terjun..

    video seks ni kasi selesai dulu, video dah ade, org yg bertanggungjawab mendedahkan video dah ade..jam pun dah ade..ape lagi?

    BalasPadam
  4. Ini bukan masalah banguna tinggi atau tidak. Dah memeng kerja mereka bunuh rakyat m'sia dan ikut cakap umgok laknat. Jadi mana2 warga m'sia yg nak bunuh diri tak yah terjun bangunan, tak yah tido kat rel ketapi, tak yah telan racun... gi sprm pasti akan mati... mereka menyediakan perkhidmatan utk mati... malaysia boleh (bodoh)

    BalasPadam
  5. abg 11.26am.

    ko ni kuat fitnah ekk..ape bukti ko tuduh org membunuh? org tunjuk video sbg bukti ko still cakap org fitnah ketua gay ko..

    BalasPadam
  6. kalau video tu tunjuk mak ko main ko percaya tak? ehehh...bodoh takde agama punya budak...Ada ugama tak nk ikut hukum agama...or Asli pun ikut adat resam dia...

    BalasPadam