RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 8 April 2011

KALI INI SIAPA YANG AKAN HALANG KES QAZAF ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lagi kes Qazaf telah dipohon untuk dibicarakan dan kes ini telah dibawa oleh AMK terhadap trio `three strooges' @ Datuk T. Kes tersebut telah dimohon melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) beberapa hari lalu.

Ini adalah berlanjutan daripada fitnah video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar bersama seorang pelacur. Kita akan lihat selepas ini adakah kes Qazaf boleh dilaksanakan atau sama juga seperti sebelum ini di mana kes tersebut telah dihalang untuk dibicarakan sewaktu DS Anwar memohon agar kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan. Semua tahu siapa yang memfailkan bantahan atau halangan agar kes Qazaf tidak dibicarakan walaupun menteri berkenaan berkokok ke hulu ke hilir kununnya bercakap atas dasar Islam.

Mungkinkah Qazaf tidak laku di negara ini sebaliknya cukup dengan menayangkan video pelakun berperut boroi? Benarkah puak mereka serius dengan Islam dan perundangannya? Tidak menghairankan jika beberapa kejadian pelik dan aneh berlaku di negara ini yang tidak masuk akal kerana kita sering menolak Islam di dalam beberapa perkara. Kita merasakan kita lebih adil dari undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, sedangkan hakikatnya kita zalim dan jahil. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Salam.

    Dah tak pakai spek tu nampak ke menaip? Lagi handsome plak tu....he he

    BalasPadam
  2. Di Malaysia ada berapa buah Mahkamah Syariah? Memandang isu ni melibatkan isu nasional dan global, kenapa tidak dibuat pemohonan qazaf ... contohnya di Pulau Pinang. Mungkin Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan tak boleh, tapi mungkin ada mahkamah yang sedia menerima pemohonan qazaf ini.

    BalasPadam
  3. Menteri tu menteri cap ayam, dulu pong pang pong pang kehulu kehilir cakap pasai islam (dulu aku minat, tapi lani meluat dan makin hari makin meluat, muka pun dah nampak takdak seri), la ni bila ada jawatan besar dlm kerajaan tak nak laksakan pulak dah, nampak mcm tak yakin dgn islam je, mcm-mcm alasan. cakap tak serupa bikin, org yg berperangai mcm ni ada Allah rakamkan dalam surah As-shaf ayat 3 "amat besar kebencian/kecelakaan disisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yg kamu tidak melaksanakannya". semoga kita semua diberi petunjuk dan kemenangan untuk melaksanakan islam. takbir

    BalasPadam
  4. Jamil Khir ni Menteri Islam UMNO, dia akan jadi jurucakap nak perbetul UMNO, bukan kebenaran, Aku respect sikit lah dekat bekas menteri pendidikan yang dulu, apa-nama Tan Sri Musa ka? JArang sangat dia komen politik nih, sebab dia dilantik atas kapasiti ahli akedemik. Sepatutnya JK ni pun menunjukkan kredibiliti sebagai orang beragama yang neutral, bukan jadi ayam sabung dalam isu agama.

    Nana hang

    BalasPadam