Nazri Abdullah |
Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan. Dr Dzulkefli yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berkata, biarpun maklumat itu hanya sekadar pandangan pemerhati politik, namun ianya sesuai dengan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat setakat ini. |
Khamis, 14 April 2011
HARAKAH RAMAL 17, MALAYSIAKINI RAMAL 19 , YANG PENTING TAPAK KUKUH PR DI SARAWAK
TERTEKAN, AKHIRNYA TAIB MAHMUD BUAT JANJI 2 TAHUN LAGI UNTUK UNDUR
Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang
Apr 13, 2011
Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud akhirnya berjanji untuk berundur dalam tempoh dua tahun, walaupun sebelum ini mendakwa bahawa dirinya tidak akan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan waktu berundur dan penggantinya.
"Secara terus-terang saya berkata kepada anda. Saya berkata dari hati saya, kerana saya akan meninggalkan anda dalam masa dua tahun. Sebagai kata perpisahan, saya sayang kamu semua. Tak apa kalau kamu tak dengar kata-kata saya. Tapi saya mesti beri amaran kepada anda. Negara ini tidak akan ke mana, tidak baik untuk orang Cina, melainkan orang Cina memilih pemimpin yang betul, untuk bekerjasama dengan bangsa lain," kata Taib Mahmud (gambar kiri) dalam satu jamuan anjuran pertubuhan Cina tempatan di Kuching, malam tadi.
BN semakin terdesak
Luahan Taib Mahmud malam tadi memberi petanda bahawa Barisan Nasional semakin terdesak dengan sentimen masyarakat Sarawak yang dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat. Pada 19 Mac 2011, Taib Mahmud mengumumkan bahawa dirinya akan memimpin BN dalam PRN Sarawak 2011, dan bakal memastikan peralihan kuasa yang lancar apabila beliau bersara.
Bagaimanapun, Taib Mahmud mendakwa bahawa dirinya akan berundur "beberapa tahun kemudian" pada 12 April, malah berkata dirinya enggan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan masa beliau bersara dan penggantinya. Sentimen ini terus dimainkan, malah pada 11 April, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution telah menunjukkan satu keratan akhbar Borneo Post bertarikh
7 November 1995 yang melaporkan bahawa Taib berjanji akan berundur dalam tempoh lima tahun.
Jelas, PRN Sarawak adalah pertarungan yang sengit buat BN, dan semestinya memberi impak terhadap lanskap politik Malaysia secara keseluruhannya.
Baca: Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
TAIB MAHMUD MAHU JADI TUAN PENASIHAT 20 PERSEN ?

Rata-rata rakyat Sarawak tidak mahu beliau berada di kerusi KM Sarawak lagi, bahkan rakyat Sarawak kini sedang menggembeling tenaga untuk terus menjatuhkan kerajaan pimpinan beliau di dalam pilihanraya negeri pada 16 Apr ini. Soalnya, siapa yang mencadangkan atau melantik beliau menjadi Penasihat selepas bersara? Beliau lantik diri sendirikah? Masih tidak puas-puas lagi kah beliau ingin merembat segala yang ada di bumi Sarawak ini?
Rakyat Sarawak kata, cukup...cukup buat kamu wahai Taib. Kamu jadi rakyat biasa cukuplah, usahlah lantik diri sendiri mahu jadi Penasihat pula. Selalunya yang jadi Penasihat itu tentulah segala kata-katanya adalah baik dan berfaedah. Beliau ditolak oleh rakyat kerana beliau memimpin negeri tidak bijak, tidak telus dan banyak menyusahkan rakyat.
Jika orang ini menjadi Penasihat nanti, apa akan jadi pada Sarawak? Taib kena cermin muka beliau dahulu sebelum menawarkan diri untuk menjadi Penasihat. Sarawak tidak perlu kepada `Penasihat 20 Persen' seperti di dalam cerita `Tiga Abdul'./wfauzdin.blogspot.com
UNDI POS DILANJUTKAN PASAL TAK RAMAI DATANG MENGUNDI?
KEADILAN bantah waktu undi pos dilanjutkan
KUCHING: KEADILAN membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan lanjutan tempoh pengundian bagi anggota polis sehingga esok.
Akibat bantahan itu, belaku sedikit kekecohan di Bangunan Kelab Polis IPK di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak yang turut menempatkan bilik mengundi bagi empat kawasan DUN, iaitu Demak Laut, Tupong, Semariang dan Satok.
Wakil calon, Azmizam Zaman Huri ketika menghubungi KeadilanDaily memaklumkan, pengurus pilihan raya bagi Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak DSP Wilfred Chin memberitahunya yang dia telah mendapat kebenaran dari Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah untuk melanjutkan tempoh pengundian.
Azmizam memaklumkan, hanya 700 anggota polis yang mengundi dari keseluruhan lebih 1500 pengundi pos di IPK Sarawak.
“Kami membantah tindakan ini. Permit yang dikeluarkan hanya membenarkan tempoh pengundian pada tarikh 13 April 2011, iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
“SPR dan pengurus pilihan raya disini berkata, mereka mahu melanjutkan tempoh pengundian dengan alasan ramai anggota yang tidak dapat mengundi,” kata Azmizam.
Beliau menambah, wujud kebarangkalian bahawa kes ini akan dijadikan ‘precedence’ untuk membenarkan lanjutan tempoh pengundian pada hari mengundi 16 April kelak.
“Tidak mustahil sekiranya mereka akan melakukan perkara yang sama pada hari mengundi dengan alasan ramai orang kampung yang tinggal di pedalaman atau pun hari hujan dan sebagainya,” ujar Azmizam./KeadilanDaily
Rabu, 13 April 2011
UNDI SELAIN DARI PR AKAN MENGUNTUNGKAN TAIB MAHMUD

Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.
Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'
Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu. Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.
Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi. Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.
Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.
- mengundi PBB beerti mengundi Taib
- mengundi SUPP beerti mengundi Taib
- mengundi SPDP beerti mengundi Taib
- mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib
kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang Bn.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.
dari blog http://chegubard.blogspot.com
VIDEOI - LAWATAN NAJIB DISAMBUT DENGAN LAUNGAN `REFORMASI'
Najib-Taib menampar muka satu sama lain?
Chen Shaua Fui
Apr 12, 2011
Mesejnya jelas, Taib mahu kekal. Pendirian Najib sama ada mahu Taib berundur masih kabur, tapi Najib mahu menang dalam pilihan raya. Namun, Taib mahu kekal, tidak mempedulikan apa keputusan pilihan raya."Naib Pengerusi DAP Pusat ini menyimpulkan, "Satu-satunya situasi yang memastikan Taib berundur adalah mengalahkan beliau."
Khalid: Najib mengakui Taib sebagai liabiliti
"Konflik yang besar di antara kedua-duanya. Sering kali mereka berkata Pakatan Rakyat bercakaran sesama sendiri. Konflik yang besar di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Sarawak, ia tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Setiap daripada mereka mempunyai agenda tersendiri. Sama ada anda mempercayai Najib, atau Taib Mahmud," kata AJK PAS Pusat ini.Namun, Khalid Samad menganggap Taib jelas menolak kerajaan persekutuan dan rakyat Sarawak, dan mengambil keputusan untuk kekal berkuasa, sehingga dirinya merasakan sudah tiba masa untuk berundur.
Taib membalas tamparan Najib semalam, apabila mendakwa dirinya akan berundur beberapa tahun selepas ini. Bagaimanapun, Chong Chieng Jen menganggap tamparan Najib lebih menyengitkan, berbanding Taib yang hanya membalas dengan cara yang lebih tersirat.
Baca: Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.
Selasa, 12 April 2011
RAIS YATIM `TANGGANG MODEN' ?

Sekarang ini, Rais ke hulu ke hilir di bumi sarawak menawarkan WIFI kepada beberapa kawasan sempena Pilihanraya Negeri pada 16 Apr ini. Di mana ada pilihanraya kecil sebelum ini, itulah modal yang ada pada Rais. Lihat sahaja sewaktu PRK Galas, Tenang, Merlimau dan juga di Kerdau sebelum ini. Sekarang modal yang sama dibawa ke Sarawak.
Saya tidak tahu samada kesemua kawasan yang Rais telah janjikan itu sudah berjalan atau belum WIFInya, tetapi setahu saya WIFI yang dijanjikan sewaktu PRK Bagan Pinang dahulu pun tidak berjalan lagi. Yang jelas, Adun Bagan Pinang Isa Samad nikah baru. Kali ini janji dibawa ke Sarawak pula, mana tahu jika rakyat Sarawak mudah tertipu lagi.
Mana lojiknya Rais mahu wujudkan WIFI di merata tempat kerana di Parlimennya sendiri, usahkan WIFI, bas awam pun tiada. Jika anda tidak percaya, anda naik bas dari Seremban ke Kuala Pilah. Dari K.Pilah, anda cuba cari bas menuju ke kawasan Jelebu. Anda tidak akan jumpa mana-mana bas yang akan masuk ke beberapa kawasan kampung di Jelebu termasuk ke kampung saya. Memang malu mahu ceritakan betapa dhaifnya kampung sendiri, tetapi terpaksa juga ceritakan kerana nampaknya Rais Yatim seperti `Si Tanggang Moden 'yang lupa asal usul kawasannya. Itu belum dilihat kepada beberapa jalanraya di kawasan Jelebu, amat teruk dan memalukan.
Jika anda pergi ke Pekan Kuala Klawang, iaitu suatu Pekan yang menjadi ibu daerah Jelebu anda akan lihat sekitar jam 6 petang pekan ini akan sunyi sepi. Berbeza dengan Pekan Bahau yang kini berada di bawah DAP, pekan ini meriah dan sibuk sehingga ke tengah malam. Jalan yang paling baik di Jelebu hanyalah sekitar jalan dari Seremban ke Pekan Kuala Klawang sahaja. Mungkin jalan itu hanyalah untuk memudahkan perjalanan Rais Yatim dari KL balik ke kawasannya di Kuala Klawang.