Laungan `Reformasi' menyambut ketibaan Najib untuk melakukan lawatan ke Kg.Spaoh sempena PRN Sarawak. Majlis PM Bersama Rakyat bagi Dun Saribas, layar dan Bkt. Saban, dewan di Spaoh kelihatan seperti tidak dialu-alukan oleh rakyat tempatan. Dari pemerhatian, hanya sekitar 20 % sahaja anak tempatan yang memenuhi dewan tersebut.
Rabu, 13 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PM silap pilih jalan kot...
BalasPadamMENGEJEK PEMIMPIN NEGARA YANG SAH NI HASIL TARBIAH PAS KOT?
BalasPadamLARANGAN MENGHINA DAN MENCACI MAKI
BalasPadamFirman Allah swt, maksudnya "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim".
Daripada ayat di atas terdapat tiga perkara utama yang ingin disampaikan.
Pertama : Kita seharusnya tidak menghina antara satu sama lain sesama meskipun lelaki atau perempuan. Larangan ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina.
Kedua : Kita seharusnya tidak mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk. Allah telah berfirman, maksudnya "Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan mengkeji". Oleh itu jauhilah sifat mencaci dan menghina antara sesama manusia.
Ketiga : Kita seharusnya tidak memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud "Dan janganlah kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama Islam, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya".
Kita seharusnya menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya kita tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahanam seperti mana maksud surah Al-Hujrat "Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri, iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahanam kerana dosa yang mereka telah lakukan."
Ehhh..sebut Reformasi tu menghinakah? Kalau hina pun apa masalahnya kerana penghinaan beliau pd Islam lebih hebat. Org hina mmg patut dihina....Dia mnghinakan dirinya kerana menolak Islam dan zalim....Org zalim mmg patut dihina...
BalasPadamLaungan Reformasi pun dah takut...hahaha
BalasPadamMenyanyang dan menghebahkan keaiban pehak lawan menerusi midia ,bukan ke di larang dalam islam.
BalasPadamMengapa disebelah pehak saja dihukum salah, walaupun cuma laungan refomasi.
Refomasi tak semestinya berlaku di pehak pembangkang tetapi dipehak kerajaan juga perlu ada refomasi.iaitu perubahan sikap perubahan minda.berubah dari pentingkan diri kepada kepentingan rakyat.perubahan dari melakukan benda2 yang rakyat tak suka kepada yang disukai rakyat,berubah dari tabiat suka membuka keaiban musuh kepada melakukan seribu satu kebaikan terhadap sistem pentakbiran.sentiasa mendekati rakyat dan mendengar keluhan rakyat ,bukan ke itu cara terbaik mencari pengaruh tanpa mencerca pehak musuh.bersaing secara sehat lebih bermakna.biar jadi pemimpin yang disegani dan dihormati .hari ini kita lihat tv .baca berita asyik2 cerita sex liwat pelacur,cuba ubah sistem penyinyaran kepada benda berunsur agama dan pendidikan.itu lebih bermenafaat kepada jenerasi akan datang.secara tak langsung rakyat nampak kebaikan sistem pentakbiran negara kita.maka pastinya rahmat dari allah datang.refomasi buat semua.