RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 10 April 2011

TULISAN ZUL KULIM - 110 PERATUS PEGUAM INI BENGONG

Oleh: WFAUZDIN NS

TERBACA saya tulisan dari MP Kulim Bandar Bharu, YB Zul satu artikel bertajuk "Keliru Yang Mengelirukan". Artikel tersebut ada disiarkan diruangan forum di Tranungkite di sini, dan apabila saya membacanya maka saya 110 % percaya yang keliru dan mengelirukan itu adalah MP yang dipecat dari PKR ini.

Saya tidak perlu belajar rajin-rajin untuk mendapatkan ijazah peguam bagi menjawab hujah YB Zul ini yang pada saya budak tidak lulus SRP pun boleh jawab, yob!! Beliau menyebut, mengapa perlu kecuh dengan isu Qazaf, fitnah zina dan sebagainya sedangkan kes video lucah tersebut masih belum selesai disiasat. Wahai Zul Kulim, kamu mahu rakyat jadi bisu seperti kamu apabila melihat seluruh media menunjukkan aksi dan berita lucah itu? Di mana sekelumit iman kamu wahai Zul, masakan hilang terus semenjak berada di bawah ketiak Bik Mama?

Zul Kulim berkata, ada 5 perkara yang perlu diselesaikan dan katanya pihak Polis baru melakukan satu perkara iaitu perkara 1 : mengesahkan video itu tulen. Kelima-lima yang digariskan oleh Zul Kulim seperti berikut:

1. adakah videoklip itu tulin, maksudnya bukan superimpose dan lain-lain? 2. jika tulin, siapa watak-watak yang ada didalam video itu? 3. setelah dikenal pasti, barulah kita siasat apa yang berlaku dalam videoklip itu? Adakah mereka main gasing atau pun main guli? 4. jika kandungan videoklip itu menunjukkan berlaku satu perlakuan jenayah, maka kesalahan itu hendaklah disiasat; dan jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. 5. dan jika pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan, maka jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan terhadap mereka yang berkaitan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.
Di dalam perkara 5, mengapa dibiarkan? Mengapa Zul Kulim sebut `JIKA pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan'? Mahu `backing' lagi ke `three strooges' itu? Masakan seorang peguam tidak tahu undang-undang berkaitan pemilikan dan tayangan video lucah? Dan, paling lucu Zul Kulim sebut JIKA CUKUP BUKTI, pendakwaan boleh dikenakan. Wahai Zul, kamu ketinggalan bas lagi ke? Kamu tidak tahukah bahawa `three strooges' atau Datuk T itu mengaku terlibat di dalam penayangan video lucah. Kamu tidak menonton TV 3 suku yang mendedahkan pengakuan `kumpulan kepala otak biru' itu? Bukankah kamu sebut 110 % percaya?

Apabila `three strooges' sudah membuat pengakuan dan satu dunia tahu mereka yang memiliki dan menayangkan video lucah tersebut di Seri Carcosa, mengapa perlu tunggu bukti lagi? Bukti apa lagi? Zul Kulim nampaknya begitu bersunguh-sungguh untuk menyelamatkan si penayang video lucah berkenaan. Beginilah jadinya jika ilmu begitu mudah untuk dilacurkan.

Saya kesihan melihat perangai Zul Kulim yang nampaknya semakin berserabut dengan isu video seks yang beliau dakwa 110 % percaya itu. Putar belitnya semakin ketara memperlihatkan kebodohan beliau sendiri. Di dalam tulisannya itu juga, Zul Kulim mempertahankan Najib mengalungkan bunga di makam Kamal An-Tarturk atas `nas atau dalil' bahawa Tayyeb Erdogan juga berbuat begitu. Semenjak bila Islam mengambil dalil atau nas hukum dari Erdogan, wahai Zul Kulim? Jika Erdogan kencing berdiri, maka Zul Kulim akan kata tiada masalah kita kencing berdiri, tak begitu Yob?/wfauzdin.blogspot.com

11 ulasan:

  1. tolongla...tolongla...tolongla..la..la..la..nama melayu zul kulim nie melayu hampeh takda sumbang apa2pun yg dia sumbang utk pok mernakan dier aje...adala...saya BUDAK SENTUL sarankan pada semua blog pakatan korang tak payah jaja nama dier hampeh dier ni sejenis dgn brahim katak kalau pakatan menang tolong sunatkan diorang nie buat kali ke2 aserius saya nie bkn main2 tau..MORAL OF THE STORY 2 FULLAWAK NIE KALAU TAKDA KAT MALAYSIA PUN TAKPA...HAMPES YG AKAN MENGHAMPESKAN LAGI POLITIK MALAYYYSIAAAAA.

    BalasPadam
  2. Bukan soal superimpose tulen tak tulen . Yang diaibkan tidak mengaku, lagi tidak ada 4 saksi yang baik. Mana ada kes.Kes mengaibkan orang kat Mseia ini tulah 292kk . Apa lama kes belum
    selesai.

    BalasPadam
  3. DI MALAYSIA SEMUA BOLEH ! LETUP ORANG TAK ADA SURUHANJAYA SIASAT DITUBUHKAN TAPI KAN KES PROFIL TINGGI ? TAPI MEMILIKI DAN MENAYANG BAHAN PORNO TAK SALAH KATA MANGKUK TANDAS SEKOR MENTERI CELUPAR ! UNDANG-UNDANG APA KERAJAAN UMNO@APCO-BN GUNAPAKAI ? PENDAKWAAAN PILIH-PILIH BOLEH KA ? INI KERJA NASIHAT APCO KAH ? MUSIBAT-MUSIBAT PEMILIK PORNO ADA KEKEBALAN KA DARI UNDANG-UNDANG ? MEMANG UNDANG-UNDANG MALAYSIA SEMUA BOLEH UNTUK LINDUNGI KERABAT DAN KRONI ! ASAL JANGAN DARI PEMBANGKANG, SILAP PIJAK SEMUT PUN KENA TANGKAP !

    BalasPadam
  4. Kan aku dah kata, budak Firaun besaq ni ada masalah mental. Aku pun heran camna boleh dapat pangkat Dato'. Aku setuju sangat dengan saranan anon no 1 tadi. Aman skit dunia nih.

    Mamuhang

    BalasPadam
  5. menyesal aku undi zul kulim dulu. ingat dia dalm PKR, buleh cerah lah masa depan kami.. sebaliknya.. dia menjelma jadi katak puru..

    BalasPadam
  6. aku setuju benar dengan anon 3:24
    1-sudah tak ada lagikah modal sahabat kita wfaudin ni.sudah banyak kali di sebut,tak perlu ceritakan apa yang zul tuliskan.orang umno pun tak teringin nak baca,blogger pr pula seolah jadi medan untuk promote hujah si zul ini.
    2-biarlah si zul ini gila dengan catatannya.dia akan gila dengan sendiri bila tak ada orang yang komen.
    bila dia tau ada orang ambil berat apa yang dia tulis,lagi seronoklah dia.

    BalasPadam
  7. Tolonglah jangan sebut lagi nama Zul Kulim gila babi tuh!... Kami orang Kulim dah menyampah!...

    BalasPadam
  8. dalam ramai2 ahi PKR yg kena pecat atau keluar yg paling bengap sekali ZUL KULIM ni la...aku pun heran jibaun songkok putih ni buat ramalan,andaian atau ape2 kenyataan politik mmg mcm gampang dan suruh org bodoh pecaya cerita2 bodoh dia...monyet2 umno pun sbnrnya byk kali fikir nk sokong dia ni...bebal2 MP umno pun aku rasa ko ni la paling bengap ZUL KULIM...

    BalasPadam
  9. YB PALING BODOOOOOOOOOH PERNAH AKU TENGOK DAN TAK DE PRINSIP.

    TAK PAYAH PAKAI KETAYAP LA..NAK COVER KEPALA BOTAK TU. BUAT MALU JE...


    DIA INGAT RAKYAT SOKONG KAT DIA KOT.....
    SABAR...... PRU 13 TAK SMPAI 2 TAHUN PUN...KT MANA DIA NANTI

    BalasPadam
  10. Hayat politik ZUL kulim dah hampir tamat. Kot-kot dilantik pengerusi mana-mana agensi lepas ni.

    BalasPadam
  11. saudara...kita xpatut xusah layan orang sepertinya...biarlah ia berkokok sendiri xtentu psl,biartlah dia syok sndiri dgn komem-komennya...kesian aku tgk zul nordin nie..murahnya maruah dia semata-mata kejar duit,harta,pangkat....huhu,kesian...wahai zul nordin...kamu tertipu dgn dunia ciptaan kamu sendiri..bertaubatlah sblm malaikatmaut dtng menjemput.

    BalasPadam