RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 6 September 2013

DEBAT - KJ MENYERAH, TAKKAN NAZRI AZIZ YANG "BIJAK" ITU PUN MENYERAH JUGA?


SEKALI lagi maruah Umporno dicabar.  Kali ini bukan datangnya dari DS Anwar Ibrahim yang sememangnya Umporno sudah 'fobia' dengan Ketua Pembangkang  yang telah membuat air liur Shabery Cheek meleleh sewaktu berdebat dalam isu minyak.  Kali ini, kita cuma sorongkan anak muda bernama Rafizi pula untuk menguji kejantanan Umno di dalam isu yang sama, iaitu minyak.

Rafizi, yang juga MP Pandan atas kapasitinya selaku Wakil Rakyat memang berhak mencabar mana-mana Wakil Rakyat dari Umporno untuk berdebat dengannya.  Baru-baru ini, beliau telah mencabar Ketua Pemuda Umporno, KJ untuk berdebat.  Sehingga kini KJ diam, ternyata Pemuda Umporno 'tidak pemuda' sebenarnya.  Kemudian, apabila Rafizi mengulas lagi tentang isu kenaikan minyak, gatal pula mulut si Nazri Aziz untuk menyampuk dan mendakwa Rafizi 'bodoh'.

YB Rafizi Ramli - MP Pandan/Pengarah Strategi PKR

Rafizi "cool' saja dengan telatah bodoh Nazri, sebaliknya Rafizi mahu ;belajar' dari Nazri jika Nazri Aziz fikir dia cerdik sangat.  Pentas debat dibuka kembali setelah KJ malu-malu untuk menunjukkan kejantanannya.  Kali ini Nazri Aziz pula dicabar oleh Rafizi untuk berdebat.  Adakah Nazri Aziz juga tidak 'jantan' tetapi berlagak macam 'jantan yang bijak'?  Kompom, Nazri tidak akan berani dan beliau akan menjawab pelawaan debat tersebut dengan berbagai alasan di hadapan Utusan Meloya sahaja.

Nazri, ehhhh...bukannn!!
Nazri Aziz - Menteri Pelancongan, Kebudayaan
Tahniah Rafizi kerana berjaya menunjukkan kepada rakyat Malaysia inilah rupanya wajah Wakil Rakyat Umporno yang mereka pilih.  Puak ini sudah biasa dengan cara mereka berhujah seorang diri di hadapan TV3 suku yang bangsat itu mahu melalui media Utusan Meloya lidah Syaitan itu.  Berdebat secara terbuka bukan warisan Umporno lagi semenjak Shabery Cheek 'berbuih mulut' berdebat dengan DS Anwar.  Ini semua mereka belajar dari Najib yang bukan sahaja takut untuk berdepan dengan DS Anwar, bahkan untuk berdepan dengan Bik Mama pun belum tentu ada 'jantan'nya.

Rakyat tentu boleh berfikir, mengapa pemimpin Umporno takut sangat berdebat setelah mereka sewenangnya menaikkan harga minyak selepas PRU 13 baru-baru ini.  Jika mereka ada asas dan hujah yang kukuh, ayuh, turun berdebat biar rakyat nilaikan.  Tetapi jika sememangnya mereka mahu memperbodohkan rakyat yang mengundi mereka, mereka tidak akan berani tampil berdebat.


Selasa, 3 September 2013

PENANGAN DACING BAGHDAD, RAKYAT TERKEDU DITIPU !!

SELEPAS sahaja Kerajaan 47% ini membentuk kerajaan, kita sudah melihat rupa hodohnya kerajaan yang tidak berkat ini.  Bermula dengan isu saman AES, kenaikan tambang bas ekspress, kenaikan harga ayam, kenaikan harga gas memasak kesemua disegerakan untuk menunjukkan kuasa mereka kepada rakyat yang memilih mereka.

Rakyat dipermainkan sedemikian rupa.  Pengusaha bas meminta tambang bas dinaikkan sehingga 30 %.  Rakyat membantah dan Pakatan Rakyat terus mengkritik kenaikan tersebut, akhirnya atas alasan kononnya prihatin dengan kehendak rakyat, tambang bas hanya dinaikkan sebanyak 10% sahaja.  Hakikatnya, tujuan untuk menaikkan tambang bas telah berjaya.  Rakyat tertipu begitu sahaja.

Apabila naik pula harga gula, rakyat diminta jangan terlalu banyak makan gula dibimbangi terkena penyakit kencing manis.  Naik pula harga ayam sehingga mencapai tahap RM9.50 sekilo menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini di beberapa tempat, seorang 'Menteri Cap Ayam" pun menasihati rakyat jangan suka makan ayam, bertukarlah kepada ikan.  Tidakkah Menteri itu sedar ikan sardin pun sudah naik harga?  Rakyat terpedaya begitu sahaja.  Begitu juga apabila harga sayur naik, Menteri ini meminta rakyat rajin berkebun.  Mana tanah kebun?  Bukankah kroni-kroni kamu sudah rembat?  Tanah Rezab Melayu pun kamu rembat, bahkan ada tanah kubur pun kamu mahu rampas.

Sebelum PRU 13 yang lalu kira diumumkan dengan kenaikan hara Ron 97.  Rakyat ramai yang membantah kenaikan tersebut.  Apa Menteri jawab?  Mereka kata Ron 97 banyak digunakan oleh orang-orang bandar yang kaya sahaja kerena mereka memiliki kenderaan besar dan mewah.  Ertinya, orang-orang kampong hanya menggunakan kereta buruk dan motosikal yang tentunya tidak layak mengunakan Ron 97.  Mereka hanya layak untuk Ron 95 sahaja.  

Malam tadi, Ron 95 dan Diesel pula dinaikkan.  Apa kata Bung Mokhtar, MP Kinabatangan?  Tokoh yang berbini dua dari Kinabatangan ini pula membuat kenyataan bodoh lagi biadab.  Beliau kata, orang-orang kampong tidak merasai kesan dari kenaikan harga minyak Ron 95 kerana yang menggunakan kereta ini hanyalah orang-orang bandar.  Baiklah, kita percaya saja kata-kata bodoh dari beliau ini, tetapi tidakkah orang-orang kampong yang dikatakan miskin itu tidak langsung memiliki motosikal?  Motosikal menggunakan minyak apa?  Minyak lintah?

Tidakkah orang kampong membeli barang-barang makanan seperti beras, susu, tepong, gula, garam dan sebagainya?  Tidakkah semua barang ini akan naik jika harga minyak petrol dan diesel dinaikkan kerana kos pengangkutan barang-barang itu memerlukan bahanapi tersebut?  Benda semudah itu pun Bung Mokhtar tidak boleh fikir?  Malang sungguh Najib memilih beliau menjadi calon Wakil Rakyat di Kinabatangan.  

Hakikatnya di kebanyakan kampong dan kawasan felda, keperluan kereta menjadi keperluan utama bukan lagi menjadi kayu pengukur kaya atau miskin.  Boleh dikatakan majoriti di setiap kampong, penduduknya memiliki kereta walaupun kereta buruk dan paling lekeh memiliki motosikal.  Orang-orang Asal pun mampu memiliki motosikal.  Mungkin Bung Mokhtar fikir perkampongan di Semenanjung sama seperti di kawasannya yang masih mundur dan ada penduduk yang hanya berkaki ayam berjalan atau menaiki bot dan feri untuk keluar dari kampong atau ke bandar.  

Apapun, tahniah kepada anda yang telah terhutang budi dengan BR1M atau bonus serta saham felda.  Kini masanya untuk mereka mengutip kembali.  Buat kakitangan kerajaan pula, baru mahu senyum dengan kenaikan gaji kini mula tersenyum tawar.  Menjelang PRU akan datang, kita akan lupakan semuanya ini dan kita pakat-pakat pangkah Dacing Baghdad itu lagi!!

Isnin, 2 September 2013

RADIO KOBAT FM DI MAJLIS RUMAH TERBUKA BERSAMA DS ANWAR DI KUANTAN

PADA 31 Ogos 2013 (Sabtu) baru-baru ini, aku telah ditugaskan untuk membawa Radio KOBAT FM mengadakan Lintas Langsung Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri bertempat di kediaman MP Indera Mahkota, Kuantan, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang di Indera Mahkota 5, Kuantan.

Konti luar KOBAT FM 'patriotik'

Persiapan konti luar bersama krew KOBAT FM

Pada majlis tersebut, tetamu jemputan utama adalah Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim dan majlis berlangsung mulai jam 04.00 petang, kemudiannya DS Anwar bertemu anak-anak muda dan Profesional di dalam program Hi-Tea di Seri Manja Boutique Hotel, Indera Mahkota lebih kurang jam 05.30 petang.

DJ Kak Em bersuara lunak menceriakan Radio KOBAT FM

Aku menebual Adun Semambu, YB Lee Chean Chung

YB Dato' Fauzi memberikan ucapan ringkas dan LIVE dari KOBAT FM
For "R4BIA"

Aku mengendalikan siaran Radio KOBAT FM hanya di majlis yang berlangsung di kediaman YB Dato' Fauzi sahaja sehingga jam 06.00 petang.  Turut bersama mengendalikan radio KOBAT FM adalah DJ Kak Em.  Meskipun majlis tersebut tidak dipromosikan secara besar-besaran, tetapi kehadiran orang ramai dari berbagai kaum telah melebihi sasaran seramai 1,000 orang di mana kehadiran dijangkakan sekitar 1.500 orang yang hadir secara berperingkat seawal jam 03.00 petang sehinggalah jam 06.00 petang.

Siaran pada ketika itu lebih banyak memainkan lagu Hari Raya serta lagu-lagu patriotik memandangkan tarikh tersebut adalah tarikh negara menyambut Ulangtahun Kemerdekaan.  DS Anwar di dalam ucapan ringkasnya menyebut, negara ini tidak sempurna merdekanya jika pemimpin masih melakukan rasuah, zalim dan suka melakukan fitnah untuk memecah-belahkan rakyat.  Rakyat perlu bangkit untuk memerdekakan negara mengikut ertikata kemerdekaan sebenar.  Jiwa setiap rakyat mesti dimerdekakan terlebih dahulu, ujarnya.

Bersama keluarga, sempat bergambar bersama DS Anwar dan Dato' Fauzi

Jumaat, 30 Ogos 2013

ESOK (31 OGOS 2013) ANWAR DI KUANTAN DALAM MAJLIS HARI RAYA DAN MINUM PETANG

ESOK 31 Ogos 2013 (Sabtu), DS Anwar Ibrahim akan berada di Pahang bagi meraikan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri serta Program Ambang Merdeka bertempat di kediaman Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di Indera Mahkota 5, Kuantan.

Program bermula jam 4.00 petang itu akan diadakan secara sederhana kemudiannya diikuti pula oleh Majlis Hi-Tea bersama golongan muda dan profesional bertempat di Sri Manja Boutique Hotel, Bandar Indera Mahkota, Kuantan bermula jam 5.00 petang.



Kepada semua penduduk sekitar Kuiantan khususnya dijemput untuk bersama meraikan kedua-dua program berkenaan.  Radio KOBAT FM akan bersiaran secara LIVE dari kediaman YB Dato' Fauzi Abdul Rahman bermula jam 3.00 petang lagi sehingga majlis selesai. 


Khamis, 29 Ogos 2013

TERIMA KASIH MSO

TERIMA kasih buat penulis dan penganalisa politik, Sdr Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai MSO kerana menjadi salah seorang pendengar Radio KOBAT FM.  

Mohd Sayuti Omar (MSO)
Beliau ternyata merasa puas hati terhadap penyiaran Radio KOBAT FM yang bersiaran 24 jam dan pada waktu-waktu tertentu akan ditemani oleh dua orang DJ secara bergilir-gilir iaitu saya sendiri Wfauzdin NS dan DJ Kak Em.  Setiap kali DJ bertugas, Kobat FM akan menghebahkannya melalui FaceBook dan juga Fanpages KOBAT FM.

MSO berjanji akan terus memantau siaran KOBAT FM di samping akan memberikan idea-idea dan pandangan beliau untuk meningkatkan lagi mutu penyiaran radio kami.  Terima kasih MSO.

Sabtu, 24 Ogos 2013

KINI 'KAMBING HITAM' SUDAH BEBAS, MISTERI KEMATIAN ALTANTUYA BERLANJUTAN

Mahkamah Rayuan semalam melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
 
Apa pun penghujahan Hakim untuk menghalalkan pembebasan tersebut, rakyat hanya ingin bertanya;
 
1.  Benarkah memang wujud kisah seorang wanita bernama Altantuya telah dibunuh?
 
2.  Jika benar, siapakah yang telah membunuh wanita ini sebenarnya?
 
3.  Jika Sirul dan Azilah dituduh awalnya sebagai terlibat membunuh Altantuya, mengapa kedua-dua anggota Polis ini membunuh wanita tersebut?  Apa motifnya?
 
4.   Adakah perbicaraan pada awalnya, kedua-dua anggota Polis ini pernah membuat pengakuan bersalah di dalam Mahkamah?  Jika pernah, relevenkah segala bukti atau keterangan lain untuk membuktikan lagi pengakuan beliau itu adalah benar?  Maksudnya, tidakkah cukup dengan hanya mengaku bersalah saja boleh dihukum tanpa perlu bukti atau keterangan lain?
 
5.  Adakah seorang Pegawai Polis bernama DSP Safri yang mempunyai peranan penting untuk memberikan keterangan di mahkamah pada awal perbicaraan 'sengaja' tidak dipanggil untuk beri keterangan agar alasan ini boleh digunapakai untuk membebaskan kedua-dua tertuduh di peringkat rayuan seperti yang berlaku semalam?

6.   Mengapa kes rayuan kedua-dua tertuduh dimulakan selepas PRU 13?  
 
7.   Adakah dengan bebasnya kedua-dua mereka ini maka kes Altantuya sudah selesai?  Ertinya, Altantuya mati tanpa dibunuh oleh sesiapa?
 
Kes ini amat memalukan negara kita.  Seorang warga asing dibunuh di negara kita tanpa kita nyatakan siapakah yang membunuhnya dan apakah motif Altantuya dibunuh.  Lebih parah lagi, satu dunia tahu akan cerita salah seorang tertuduh pernah menyebut beliau menjadi ' kambing hitam' di dalam kes ini.  Apakah maksud 'kambing hitam' itu?
 
 

Khamis, 22 Ogos 2013

DREBAR TEKSI DI MALAYSIA PALING BERTUAH !!


KITA masih tidak lupa sebelum PRU 13 yang lalu, bagaimana Persatuan Teksi telah mengangkat 'sumpah' di hadapan Najib untuk menyokong Bn di dalam PRU 13.  Angkat 'sumpah' itu dilakukan mungkin kerana termakan budi kerana sebelum itu para pemandu teksi dapat BT1M (Bantuan Tayar 1 Malaysia).  

Sebelum itu, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim beberapa kali menegaskan bahawa sekiranya PR mengambil alih Putrajaya, bukan sahaja harga minyak petrol akan diturunkan bahkan pemandu-pemandu teksi akan mendapat permit sendiri dan ini boleh menguntungkan setiap pemandu teksi.  Berapa kerat pemandu teksi yang percaya janji-janji Anwar?  Mereka kebanyakan begitu percaya dengan Najib dan sebab itulah tidak ada rasa apa-apa sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Bn.

Kini, PRU 13 telah berlalu dan Najib dengan dibantu oleh jin SPR telah membentuk kerajaan 47%.  Tentunya pemandu-pemandu teksi yang terlibat di dalam himpunan bersama Najib dahulu merasakan pasti mereka bertuah kerana Najib tidak akan lupa taat setia yang telah mereka berikan.

Memang Najib tidak pernah lupakan para pemandu teksi.  Sejurus membentuk kerajaan maka pemandu teksi tentu beruntung dengan kenaikan harga barang, termasuk kenaikan harga ayam menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.  Kemudian diberikan pula 'bonus' tambahan dengan kenaikan harga gas memasak.  Tidak cukup dengan itu, had laju di beberapa jalanraya dan lebuhraya dikurangkan dan AES sentiasa menanti para pemandu teksi. Jika ada pula anak-anak pemandu teksi yang belajar di Universiti dan ada meminjam PTPTPN tentunya tiada masalah untuk membayarnya.  Beruntungnya pemandu-pemandu teksi di Malaysia.

Berita di atas tentu lebih menarik perhatian pemandu-pemandu teksi.  Tidak bayar saman, lesen memandu akan ditarik.  Cukup melegakan mereka kerana berbaloi dengan 4 biji tayar percuma yang baru sekali diberi itu.  Tahniah Pak Drebar Teksi !!


Selasa, 20 Ogos 2013

MELAYU YANG KUAT BERHUTANG, KUAT JUGA BERSYUKUR

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak memangkah buruk padahnya.  Cuba renungkan apa yang hebat sangat Kerajaan Bn buat selepas PRU 13? 
 
Adakah hebat bila mengumumkan kenaikan harga gas memasak?  Hebat benarkah apabila tambang pengangkutan awam dinaikkan 10 %?  Harga ayam yang naik melambung menjelang sambutan Aidil Fitri baru-baru ini sudah cukup untuk memberitahu para pengundi Bn bahawa mereka telah buat keputusan yang tepat?  Kenaikan harga ayam kemudian diikuti pula dengan kenaikan harga gas memasak maka para peniaga kedai makan pun diberi amaran jangan naikkan harga makanan, itu menunjukkan kehebatan Kerajaan Bn yang memerintah dengan undian 47% itu?
 
Terbaru, pengumuman Menteri Pendidikan II Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sebagai satu lagi tanda prihatinnya Kerajaan Bn kepada para pelajar?  Kerajaan Bn juga bijak memerintah dan bijak mencari wang dengan mewujudkan AES yang memberi keuntungan kepada Syarikat bukannya keuntungan kepada kerajaan melalui JPJ itu boleh diterima?
 
Tidak adakah yang turun selain dari hujan di era Bn?  Ada.  Kerajaan Bn turunkan had kelajuan menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.  AES wujud, had kelajuan diturunkan.  Tersenyum lebar tokey syarikat yang mengendalikan AES.  Itu di antara hebatnya Kerajaan Bn yang majoriti kaum Melayu pilih untuk terus memerintah.  
 
Kaum Melayu masih ramai yang tidak mahu pendidikan percuma.  Mereka juga masih kepingin untuk membayar tol dan teruja untuk menanggung hutang PTPTN.  Maklumlah Melayu dengan hutang ini sudah sebati.  Tanpa hutang, matilah kaum Melayu.  Hidup Melayu !!  Hidup apa?  Hidup dengan hutang lah!!  Cuba selidik berapa orang para Peneroka Felda yang tidak berhutang?  
 
Melayu hebat berhutang dan Melayu juga kuat bersyukur!!  

Selasa, 13 Ogos 2013

TAHNIAH LIM GUANG ENG !!

TERBAIK dari KM  P.Pinang, YB Lim Guan Eng yang secara tegas baru-baru ini mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan Madrasah Umat Islam di mana-mana di P.Pinang untuk dijadikan tempat ibadat mana-mana agama selain untuk ibadat Umat Islam.


Tidak pula diketahui samada puak-puak lembu Perkosa, Pengkida atau Umporno di P.Pinang ingin berdemontrasi berlanjutan arahan terbaru dari KM P.Pinang itu.  Maklumlah, di negeri mereka perintah baru-baru ini kecuh sebuah madrasah telah digunakan untuk ibadat ugama Budha.  Samada cerita itu betul atau tidak, yang pentingnya langkah KM P.Pinang ini adalah baik sebagai langkah awal pencegahan dan ianya menampakkan ketegasan Lim Guan Eng untuk terus memelihara kesucian Ugama Islam di P.Pinang.

Kumpulan NGO 'Pro Najis" sedang usung "kek Najis" untuk dibawa ke Pej KM P.Pinang suatu ketika dulu, kemudian mereka pakat ramai-ramai makan...kesihan..

Meskipun Lim Guan Eng itu berugama Budha, namun beliau seorang insan yang taat kepada agamanya berbanding dengan dua tiga puak lembu yang mengaku berugama Islam tetapi bermain dengan 'kek tahi' di P.Pinang dulu. 

Sabtu, 10 Ogos 2013

MANA LEBIH TERUK SEBENARNYA? MAHDEY, PAK LAH DAN NAJIB?

Mamak Kutty Mahdey, ramai pencacai Umporno kagum dengan kehebatan bapak kepada orang kuat Kilang arak Sun Miguel ini.  Kononnya mamak kutty yang pernah hina Sunnah Nabi itu adalah pemimpin atau tokoh dunia ketiga dan ianya memang tidak pelik kerana Mahdey memang terkenal sebagai pemimpin yang tidak pernah suka kepada Islam.

Takutnya Mahdey kepada Islam sampai ke kemuncaknya bila sanggup menfitnah Timbalan beliau ketika itu yang satu dunia tahu adalah tokoh Islam yang hebat yang telah memimpin ABIM iaitu DS Anwar Ibrahim.  Tiada siapa boleh nafikan Anwar ketika berada di dalam kerajaan lah maka wujudnya Universiti Islam, Perbankan Islam, dasar-dasar penerapan nilai-nilai Islam di seluruh jabatan kerajaan sehinggakan murid-murid sekolah menengah yang sebelum itu ke sekolah 'bertelanjang' (tidak menutup aurat) dinasihatkan menutup aurat.  Pelajar lelaki Islam memakai seluar panjang dan yang perempuan pula berbaju kurung dan bertudung.  Mahdey amat takut semua ini kerana beliau sendiri tidak boleh memaksa isteri dan anak-anaknya menutup aurat.  

Maka Anwar pun difitnah seterusnya dipecat agar di dalam Umporno dan Kerajaan tidak akan berkembang ciri-ciri Islam ini.  Pencacai-pencacai dan pengampu terus menjilat Mahdey.  Bayangkan ada yang menangis dan berteriak macam orang gila sehingga tercabut tunit kasut bila Mamak Kutty ini mengacah untuk meletakkan jawatan.  Hebat sungguh puak-puak ini.

Sampai saat Mahdey sudah bersara pun, masih ramai lagi yang mengagung-agungkan tokoh yang menghina Sunnah Nabi ini.  Pak Lah naik selepas itu, Mahdey tetap mahu tunjuk dia masih hebat dan berkuasa.  Diganggunya pentadbiran Pak Lah kerana Mahdey tahu amat mudah untuk menggertak tokoh yang kuat tidor ini.  Kerja Mahdey ini berhasil, dan Pak Lah cabut juga dari Kerusi PM.  Maka, naik pula Najib tokoh Umporno yang isterinya juga 'bertelanjang' tanpa menutup aurat.  Kerja Mahdey untuk menjauhkan Umporno dari semangat Islam berhasil kerana selepas beliau tidak seorang pun PM yang isterinya menutup aurat.  Umat Melayu yang mengaku Islam di negara kita masih ramai yang berbangga memiliki PM yang isterinya 'bertelanjang'.  

Baru-baru ini, Pak Lah sudah terjaga dari tidor.  Sedar saja dari lena, Pak Lah terus serang Mahdey di dalam buku terbarunya.  Macam-macam Pak Lah perkatakan tentang Mahdey sehingga beliau sanggup kata jika beliau dulu mengikut telunjuk Mamak kutty ini pasti negara kita sudah pun bankrap sekarang.  Pak Lah sudah lewat untuk sedar, Pembangkang terutamanya Anwar sudah lama menyebut hal yang sama sewaktu Mahdey berkuasa lagi.  

Bila Pak Lah yang dikatakan kuat tidor itu boleh sebut Mahdey boleh bankrapkan negara, dan ramai yang kata Pak Lah itu lermah, bayangkan prestasi Najib sekarang.  Kerusi di Parlimen yang diwakili oleh Bn sewaktu zaman Pak Lah boleh lesap 7 Kerusi bila tiba zaman Najib.  Ertinya Najib lebih teruk dari Pak Lah yang mana Pak Lah pula sebut Mahdey lagi teruk.  Jika sudah ketiga-tiganya teruk, buat apa tunggu lagi di dalam parti Umnorno?

Jawapannya, sebab mereka itu sanggup menjadi pencacai dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Ahad, 4 Ogos 2013

BARANG NAIK, HAD LAJU DITURUNKAN DAN KINI NYAWA PULA DIKATAKAN MURAH?

AKU sendiri rasa malu bila ada akhbar luar negara tergamak melabel negara kita sebagai negara yang mempunyai 'nilai nyawa' yang amat murah.  Walaupun aku sedar memang begitu banyak yang 'mahal' di negara kita seperti minyak, ayam, tol, tambang bas, gas memasak dan lain-lain lagi, mengapa akhbar ini menumpukan kepada yang 'murah' iaitu nyawa?   Mungkin lebih murah berbanding dari negara mereka sebab itulah mereka berminat untuk menulis sedemikian.

Akhbar The New Paper dari Singapore pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).   Artikel ini tentunya mengejutkan beberapa pimpinan politik yang telah lama 'terlena' malahan merimaskan Ketua Polis Negara sehingga mengamuk sakan Pegawai Tertinggi Polis kita.

Negara kami bukan negara Koboi....Negara kami aman, tau tak?
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.  Sebaliknya Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.  "Ia adalah satu kenyataan jahat, eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini kelmarin. 
 
Tentu media Singapore itu ada 'nas dan dalil' untuk berkata sedemikian.  Jika ternyata tidak benar, kita harap pihak kerajaan kita melalui Kementerian Dalam Negeri berani untuk menyaman akhbar tersebut.  Penafian atau mengeluarkan kenyataan emosi hanya di TV3 suku atau di Utusan Meloya sahaja tidak cukup kerana media di Singapore sudah kenal dan faham sangat berita-berita dari lidah media kawalan kerajaan ini.  Mereka tahu, media seperti ini sanggup menipu atau menfitnah parti-parti Pembangkang di negara sendiri apa dihairankan jika media ini membelasah media luar yang mengkritik negara ini.
 
Jadi, sewajarnya lah kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas media berkenaan jika benarlah negara kita ini sebenarnya aman sentosa tanpa ada kejadian tembak mati berturut-turut di dalam tempoh sebulan.  Ada berani?  Aku rasa memang kerajaan minoroti 47% ini akan berani bertindak kerana mereka dakwa kerajaan mereka bermaruah.  Kita akan salute jika kerajaan kita berbuat demikian bagi menutup aibnya kita sebagai rakyat Malaysia yang selama ini yakin negara kita paling aman di dunia.