MAHATHIR lebih galak menyerang Najib sekarang ini. Orang tua ini yang sepatutnya waktu-waktu menjelang maghrib ini semakin insaf dan patut mendekatkan diri kepada Allah nampaknya tidak habis-habis mahu menunjukkan apa yang ada di dalam hatinya yang semakin membusuk ini.
Mahathir rasa negara ini bapak dia yang punya yang diwarisi dari Karala. Dia rasa tiada orang lain yang lebih layak menjadi PM Tanah Melayu ini. Sejarah menunjukkan Mahathir tidak pernah suka orang lain jadi PM negara ini semenjak zaman Tunku lagi. Beliau kerap mengganggu mana-mana PM semenjak lepas merdeka lagi. Bahkan, beliau pernah keluar Umno dua kali kerana tidak bersetuju dan merajuk kepada PM.
Pak Lah menjadi sasaran Mahathir. Kalau "Mr Clean" seperti Pak Lah pun Mahathir rasa tak layak menjadi PM, tentulah lebih teruk lagi dengan Najib. Antara Pak Lah dengan Najib, mahu bandingkan kedua-dua mereka ini cukuplah bandingkan bini kedua-dua nya. Lihat bini Pak Lah samada Hendon, Jean berbanding dengan Rosmah bik mama.
Mahathir sekarang hentam Najib dengan berbagai isu. Isu BRIM, GST, 1MDB dan kini semakin kuat merepek pasal Altantuya. Mahathir kata, beliau harus bela Sirul (pegawai UTK yang disabitkan dengan membunuh Altantuya yang kini lari ke Australia). Persoalan Mahathir kepada Najib, "Siapa arah Altantuya dibunuh dan kenapa bekas pegawai keselamatan Najib itu terlibat?". Sampai sekarang Najib tidak jawab selain dari hanya menjawab dia pernah bersumpah dia tidak kenal Altantuya. Lain ditanya, lain yang dijawab.
Betulkah Sirul teraniaya maka Mahathir pun sibuk membelanya? Betulkah Mahathir ini insan yang memperjuangkan keadilan dan melawan kezaliman? Jika bukan itu, apa agenda Mahathir sebenarnya? Rakyat tidak lupa peristiwa Memali di zaman Mahathir. Rakyat tidak lupa berbagai operasi menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang telah berlaku di zaman mamak kutty ini. Siapa pula yang menzalimi Anwar tahun 1998 sehingga berterusan kezaliman itu diwariskan kepada anak-anak didiknya sekarang?
Memang tepat gelaran 'Mahafiraun" atau "Mahazalim" diberi nama. Sayangnya, kini bukan zaman Mahathir untuk menunjukkan taringnya. Dia lupa giginya sudah reput. Najib bukan Pak Lah. Pak Lah mudah dijatuhkan oleh Mahathir kerana Pak Lah berseorangan. Najib ada bik mama. Mahathir akan sujud kepada bik mama dalam perlawanan ini.










