RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 20 Februari 2010

LIWAT PUNYA PASAL, PEMUDA UMNO BERMINAT IKUTI CERAMAH ANWAR

Beginilah jadinya jika hari-hari makan muntah Utusan Meloya dan TV 3 Suku.....

Oleh: WFAUZDIN NS


SEMENJAK kes liwat yang melibatkan DS Anwar dibawa ke mahkamah, nampaknya bukan mengurangkan kredibiliti DS Anwar jauh sekali dari membuatkan rakyat menjauhi Penasihat PKR itu, malahan imej DS Anwar terus memuncak di serata dunia. Mungkin, inilah gambaran awal yang Allah tunjukkan pada kita bahawa insan yang dizalimi dan difitnah tetap akan terpelihara maruahnya di mata masyarakat sebaliknya yang menzalimi dan busuk hati tetap tidak tenteram jiwanya dan terkurung malu untuk berdepan di khalayak ramai.

Saya sempat mengikuti ceramah DS Anwar baru-baru ini di Bt Caves, Selangor dan saya bagaikan berada di era reformasi yang pertama dahulu. Ternyata mereka yang menganggap DS Anwar kini sudah mengalami kekurangan sokongan adalah silap. Sokongan tidak boleh diukur dengan kehadiran penyokong di mahkamah. Kes fitnah yang pertama dahulu, rakyat ramai turun ke mahkamah kerana mereka tidak menjangkakan begitu sekali kezaliman terhadap DS Anwar sehingga rakyat melihat mata DS Anwar lebam. Kali ini, rakyat tidak lagi terkejut dengan fitnah yang sama dan DS Anwar pula tidak lagi dipukul seperti dahulu. Namun, rakyat masih terus menyokong beliau dengan kehadiran yang mencecah ribuan orang di setiap ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar. Jika tidak kerana takut pada sokongan orang ramai, masakan setiap kali ceramah yang melibatkan DS Anwar pasti ada halangan. Sekatan jalan raya begitu banyak dan seperti yang berlaku di Bt Caves, sebaik sahaja DS Anwar ingin berucap, pihak berkuasa mengarahkan pembesar suara di luar dewan dimatikan.

Boleh kah kita bayangkan jika tiada amaran awal-awal lagi oleh pihak berkuasa agar tiada perhimpunan di mahkamah? Namun, meskipun sibuk dengan waktu bertugas masih ada yang beranikan diri hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada DS Anwar. Mereka berhimpun bukan untuk menuntut diadakan perarakan Maulidur Rasul, tetapi mereka hadir untuk menunjukkan sokongan kepada mangsa kezaliman. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, mereka terus memberikan sokongan dari jauh untuk DS Anwar. Blog-blog pro Umno menyebut bahawa sokongan terhadap DS Anwar berkurangan semata-mata melihat kepada kehadiran orang ramai di mahkamah. Itu adalah perkiraan yang dangkal dan bodoh. Mengapa mereka tidak menilai sendiri kehadiran orang ramai di mana sahaja program DS Anwar?

Terbaru ini pula, kehadiran orang ramai di dalam setiap siri ceramah DS Anwar akan lebih bertambah apabila Ketua Pemuda Umno, KJ sendiri akan memastikan Pemuda Umno akan hadir pada setiap ceramah DS Anwar. Alhamdulillah, tanpa kita jemput dan bersusah payah, mereka akan hadir dan mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati Pemuda-Pemuda Umno ini untuk bersama kita setelah mendengar sendiri apa yang DS Anwar akan perkatakan. Selama ini mungkin mereka terlalu banyak memakan muntah yang dikeluarkan oleh Utusan Meloya dan TV 3 Suku yang menjadikan mereka bertambah bebal. Selepas ini, seperti kata KJ sendiri, Pemuda Umno akan berada di bawah pentas ceramah DS Anwar. Tidak kiralah di mana Pemuda Umno ini akan berada samada di celah-celah pokok, atas pokok mahu pun berada di tengah-tengah orang ramai, yang pentingnya mereka boleh mendengar sendiri dari mulut DS Anwar tentang Umno khususnya Najib pemimpin yang mereka puja itu.

Saya percaya, selagi media-media pencacai mereka masih memainkan isu liwat ini untuk memburukkan imej DS Anwar, selagi itulah DS Anwar akan tetap mempertahankan imejnya. Kini, di merata dunia imej negara kita tercemar dan kelam kabut juak-juak Najib untuk ke sana ke mari kununnya bagi memperjelaskan isu liwat ini kepada dunia luar. Mereka sangka pemimpin di luar sana sebodoh mereka untuk di gula-gulakan? Siapa Jamaludin Jarjis yang ingin menegur AS? Bila sebut nama JJ ini, teringat kita kisah wanita yang dicabul, kemudiannya tarik balik laporan. Siapa pencabul itu yer?/wfauzdin.blogspot.com

JOM UMNO, PERKASA KITA BERDEMO DI NEGERI INI PULA !!

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis
Salhan K Ahmad
Feb 18, 10


Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya./Malaysiakini

`FIRAUN BESAR' DIBERI PELUANG LAGI

Peluang kedua untuk Zulklifi
Hazlan Zakaria
Feb 19, 10


Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin (bawah) diberikan peluang kedua oleh lembaga disiplin partinya itu.

NONEDia sepatutnya 'menghadap' lembaga disipin PKR malam semalam tetapi menurut timbalan presiden parti itu, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan akhbar semalam, telah 'melarikan diri' ke Korea Selatan.

Zulklifi kini dilaporkan di Seoul bersama 12 ahli parlimen yang lain sejak Rabu lalu dan dijadualkan akan hanya pulang ke tanah air pada 25 Feb ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dihubungi hari ini berkata “Zul kini diberi peluang bagi mempertahankan dirinya.”

Menurut Saifuddin (bawah), lembaga disiplin PKR bermesyuarat seketika malam semalam dan mengambil keputusan untuk memberikan Zulklifi peluang bagi mempertahankan dirinya berhubung beberapa dakwaan.

selambau pkr pc 040409 saifuddin nasution telephone database“Jawatankuasa disiplin mengambil keputusan untuk bermesyuarat sekali lagi pada 1 Mac depan,” kata ahli parlimen dari Lunas itu.

“Meskipun Zul bertubi-tubi menyerang partinya, pemimpin utama, Anwar Ibrahim, pemimpin kanan yang lain termasuk juga jawatankuasa disiplin, namun PKR tetap meletakkan proses keadilan mengatasi segala-galanya. Kesnya akan didengar dan semua fakta akan diambil kira.”

Malaysiakini juga menghubungi pengerusi jawatankuasa disipilin PKR, Syed Kamaruzzaman Syed Kabeer tetapi beliau enggan mengulas, tetapi sebaliknya merujuk kami kepada Saifuddin.

Zulkifli sebelum ini mempertikaikan pemilihan tarikh berkenaan kerana mendakwa PKR seganja memilih hari ketika dia berada di luar negara.

Ahli parlimen dari Kulim Bandar Baharu itu juga didakwa gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti itu kepadanya pada 8 Feb lalu dan memaklumkan kepada mereka mengenai kesesuaian tarikh yang dipilih itu./Malaysiakini

Jumaat, 19 Februari 2010

GAGAL ISU PERARAKAN MAULIDUR RASUL, KINI ISU PEJABAT PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH mereka gagal memainkan isu perarakan Maulidur Rasul di P.Pinang disebabkan media alternatif pro PR mendedahkan bahawa perarakan P.Pinang tidak pernah mengadakan perarakan tersebut 3 tahun berturut-turut mulai tahun 2003. Ketika itu Gerakan yang memerintah dan Umno juga masih bernyawa di P.Pinang. Apa yang mereka lakukan sewaktu itu? Kini, mereka beralih arah pula terhadap isu berkenaan arahan pejabat KM P.Pinang yang menjadikan pejabat KM sebagai kawasan larangan.

Apa yang penting, semua urusan pentadbiran kerajaan negeri telus dan bersih. Rakyat tetap menjadi keutamaan dan rahsia kerajaan negeri juga tidak mudah dapat di`jual' oleh mereka-mereka yang menjadi `musuh di dalam selimut'. Tentunya ini menjadi masalah kepada `barua-barua' Umno yang berhajat untuk membuka segala maklumat kerajaan negeri. Kebijaksanaan Lim Guan Eng patut dipuji. Meskipun pejabat KM adalah kawasan yang tidak lagi bebas, tetapi sebagai sebuah kerajaan di bawah PR, tentunya SPRM bebas memasuki pejabat KM sekiranya mereka merasakan perlu membuat siasatan di pejabat tersebut.

Tiada masalah langsung kepada rakyat atas isu ini, melainkan Umno yang bermasalah. Umno memang sentiasa akan bermasalah selagi kerajaan di bawah PR berupaya melaksanakan amanah rakyat. Mereka akan terus mencari isu walaupun setiap isu yang mereka jaja di media-media pencacai mereka akhirnya memalukan mereka, contohnya di dalam isu perarakan Maulidur Rasul. /wfauzdin.blogspot



KARPAL SUDAH BERSEDIA SOAL SAIFUL, PENDAKWA PULA MINTA TANGGUH

Permohonan DS Anwar untuk menggugurkan hakim yang didakwanya tidak berlaku adil terhadapnya ditolak oleh hakim berkenaan. Hakim tersebut yang didakwa oleh DS Anwar tidak berlaku adil terhadapnya enggan mengambil tindakan ke atas laporan akhbar yang menyiarkan berita karut di dalam kes liwat yang dipertuduhkan kepada beliau. Oleh kerana permohonan beliau ditolak, Peguam Karpal Singh bersiap sedia meneruskan prosiding dengan soal balas terhadap Saksi Utama Saiful yang mendakwa dirinya diliwat.

Namun demikian, pelik sedikit secara tiba-tiba Pendakwa pula bertanya samada Pembela ingin merayu atau tidak. Adakah untuk menunjukkan kununnya DS Anwar diberi `keadilan' di dalam kes ini ? Bukan Karpal Singh sahaja yang tidak sabar untuk menyoal balas Saiful, tetapi kita juga ingin melihat bagaimana Saiful akan menunjukkan kemahirannya di dalam mahkamah bukan lagi di depan media./wfauzdin.blogspot.com Ulasan dari agendadaily.com pula seperti berikut:


Karpal bertikam lidah dengan pendakwa isu 'rayuan dan melambat-lambatkan perbicaraan...

Sebahagian besar wartawan yang membuat liputan media perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim macam tidak percaya apabila peguam Karpal Singh boleh bertikam lidah dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden gara-gara isu 'melambat-lambatkan' perbicaraan.

Barangkali sudah banyak makan cili dan terasa pedas kerana selama ini peguam Ketua Pembangkang itu sudah buat macam-macam permohonan termasuk mahu mengugurkan pertuduhan, Karpal tiba-tiba meninggikan suara di mahkamah, pada prosiding hari Khamis.

Ia ekoran pertanyaan Mohamad Yusof sama ada peguam Anwar mahu mengemukakan rayuan setelah permohonan meminta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabiden Mohd Diah menarik diri daripada mengendalikan perbicaraan itu ditolak.

Selepas hakim berkenaan memberikan hujah menolak permohonan itu, prosiding sepatutnya bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan akan memeriksa balas oleh pihak penguam bela Anwar.

Bagaimanapun, Mohamadd Yusof terlebih dahulu mengambil kesempatan bertanya berkenaan rayuan tersebut dan memohon penjelasan sama ada pihak pembelaan berhasrat untuk merayu berhubung keputusan hari ini.

Mohamed Yusof berkata, jika pihak pembelaan berjaya dalam rayuannya, keseluruhan prosiding setakat ini perlu dibuang.

Karpal Singh memberi respons segera dengan berkata bahawa ia terpulang kepada budi bicara pihak pembelaan sama ada untuk memfailkan rayuan dan beliau bersedia untuk memeriksa balas Mohd Saiful hari ini.

"Ia bukan persoalan sama ada kami akan membuat rayuan tetapi kami tidak mahu dituduh mengamalkan taktik melambat-lambatkan.

Menurut peguam itu, mereka bersedia meneruskan perbicaraan ini kerana terlalu banyak elemen terlibat yang menyaksikan satu bantahan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia semalam yang diketuai Pemuda UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Jawapan yang agak pelik itu menyebabkan wartawan media bertanya satu sama lain, siapa sebenarnya yang melewat-lewatkan perbicaraan sebelum ini.

Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaan tidak pernah menuduh pihak pembelaan dengan taktik melambat-lambatkan perbicaraan tetapi Karpal Singh sendiri yang membangkitkan perkara itu.

"Kami semua bertanggung jawab dengan rakyat Malaysia dan mereka ingin tahu kebenaran," katanya.

Anwar yang duduk di kandang tertuduh kedengaran mencelah.

"Ya, untuk kebenaran, tapi bukan penipuan yang terang-terangan" katanya

Mohamad Zabidin kemudian meminta Karpal Singh memberikan jaminan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan rayuan esok.

Sebelum beliau memutuskan kes itu ditangguhkan pada 25 Mac, Hakim Mohamad Zabidin berkata pihak pembelaan mempertikaikan kelayakannya untuk mendengar kes tersebut.

Oleh itu katanya, adalah penting supaya perkara yang dibuatnya meneruskan tugas mengadili perbicaraan itu diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi kerana ia membabitkan isu keadilan.

"Jika dibiarkan perkara ini (keputusan itu), bila Mahkamah Rayuan mendapati keputusan saya yang tidak menarik diri adalah silap, maka semua keterangan yang sedia ada akan dibuang," katanya.

Penetapan tarikh itu diputuskan beliau selepas berbincang dengan pembelaan dan pendakwaan.

Mohamad Zabidin membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan.-18/2/2010/Agendadaily.com

`FIRAUN BESAR' INI BERBOHONG RUPANYA....

18 Februari, 2010

PKR Tidak Tahu Zulkifli Ke Korea, Kata Dr Syed Husin

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali pada hari Khamis berkata pemergian anggota Parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Nordin ke Korea selatan adalah atas urusan sendiri dan bukan dihantar oleh parti.

Malah katanya, parti juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Ini nampaknya menjadi cara biasa Zulkifli. Dalam kes lalu beliau memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur juga untuk mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan Lembaga Disiplin ketika itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Syed Husin turut menafikan dakwaan Zulkifli bahawa PKR sengaja memilih tarikh beliau berada di luar negara untuk mengadakan perbicaraan berhubung kes beliau membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari parti PAS.

Katanya Lembaga Disiplin PKR telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Zulkifli pada 8 Feb lepas meminta anggota Parlimen itu memberi jawapan selewat-lewatnya 15 Feb mengenai tarikh sesuai untuk pendengaran iaitu sama ada pada 18 Feb atau 23 Feb.

"Lembaga Disiplin tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Zulkifli apabila tarikh itu luput. Pada 16 Feb 2010 Zulkifli memberitahu melalui media beliau tidak dapat hadir kerana ke Korea," katanya.

Kenyataan Zulkifli itu katanya kemudian disampaikan kepada Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution.

Syed Husin juga menafikan Zulkifli pernah mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran kesnya itu kepada Lembaga Disiplin.

"Zulkifli memilih untuk lebih mementingkan urusan peribadinya ke Korea daripada hadir di hadapan Lembaga Disiplin untuk penyiasatan dan membela diri. Beliau tidak harus menyalahkan mana-mana pihak," katanya.

Beliau seterusnya meminta Lembaga Disiplin parti agar mengambil kira segala kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen itu selepas diberi surat tunjuk sebab sebelum memutuskan tindakan sewajarnya ke atas Zulkifli.


-- BERNAMA

PUAK UMNO YANG GIAN NAK BERARAK TU JOM BACA SINI

Perlis, Johor dan Pahang - tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN hari ini mengumumkan negeri-negeri tersebut juga tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Perarakan Maulidur Rasul telah menjadi satu isu besar apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dikatakan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini hingga menimbulkan banyak komen pedas dari beberapa orang kuat Umno termasuk Tun Pak Lah, Muhyidin Yasin dan Khairy Jamaludin (KJ).

Semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Saya sendiri pernah berkhidmat di Perlis selama beberapa tahun dan seingat saya tidak pernah perarakan Maulidur Rasul diadakan di negeri itu. Perarakan tidak diadakan di Perlis kerana ia dikatakan amalan bidaah dan ia digantikan dengan majlis wacana ilmu yang lazimnya diadakan di Dewan Wawasan, Kangar.

Nah, apa lagi yang jaguh-jaguh Umno nak perkatakan lepas ni apabila negeri-negeri di bawah BN juga tidak mengadakan perarakan? Saya rindukan komen KJ, saya rindukan komen bapa mertua KJ yang bernama Tun Pak Lah dan saya juga sangat-sangat rindukan komen Muhyidin Yasin mengenai isu Perlis, Johor dan Pahang tidak adakan perarakan Maulidur Rasul ini!!

~ pendikar gunung kriang
Sumber: Kedahlanie.blogspot

Khamis, 18 Februari 2010

BONGKAR !! 3 TAHUN KERAJAAN P.PINANG TIDAK ANJUR PERARAKAN MAULIDUR RASUL?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERKEJUT beruk juga bila saya membaca tulisan dari sahabat saya di dalam blognya Perisik Rakyat hari ini. Beliau menulis tentang Kerajaan P.Pinang tidak pernah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul selama 3 tahun iaitu mulai tahun 2003, 2004 dan 2005. Kerajaan P.Pinang sekadar mengadakan sambutan Maulidur Rasul sahaja pada tahun tersebut. Bila difikirkan, mustahil juga kerana sewaktu itu Bn yang memerintah P.Pinang dan Umno adalah tunjang kerajaan. Bukankah Umno ini tidak terasa `Islam'nya jika tiada perarakan Maulidur Rasul?

Terfikir pula di benak saya, mungkinkah ketika itu Umno belum lahir di P.Pinang? Atau ketika itu belum keluar fatwa bahawa Perarakan Maulidur Rasul itu adalah WAJIB diadakan. Jika tidak, masakan Umno boleh berdiam diri ketika KM P.Pinang sewaktu itu dari pemimpin Gerakan tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sebagaimana yang Umno lakukan sekarang. Untuk memastikannya, cuba lihat rekod di JAIPP betul atau tidak kerajaan P.Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun-tahun yang disebutkan tadi.

Jika ada, atau selepas tahun tersebut jika ada pun, cuba semak pernah tak KM P.Pinang turut sama meraikan perarakan tersebut seperti KM P.Pinang dari PR yang turut bersama meraikannya pada tahun lepas. Oleh yang demikian, mari kita berfikir secara jujur samada Umno ini ikhlas atau tidak terhadap Islam. Atau, kerana politik mereka sanggup berlakon apa sahaja demi untuk menipu Islam dan rakyat.

Sekiranya anda tidak mahu bersubahat dengan penipu seperti ini, tekadkan hati anda dan keluarlah dari Umno. Buat apa bersama mereka yang berjuang untuk menipu agama sendiri dan menipu rakyat. Masakan anda ingin ditipu selama-lamanya. Terbukti mereka sanggup mengkhianati rakyat semata-mata gagal dapat projek RM 2 juta. Jika mereka dapat projek itu, anda dapat apa? Cukuplah menjadi hina dan cubalah menjadi manusia yang bermaruah serta berakal./Kembali ke laman asal di sini.

LEBIH 3 RIBU BERSAMA ANWAR DI P.PINANG, PROPAGANDA UMNO GAGAL

Serangan BN Bukti Pakatan Rakyat Semakin Kuat

Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 3,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.

“Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.
Justify Full
“Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini,” katanya.

Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.

Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.

“Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi,” katanya.

Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.

Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang./TVSelangor

Rabu, 17 Februari 2010

75 PERATUS MAHU `FIRAUN BESAR' DIPECAT ATAU KELUAR DARI PKR

Oleh: WFAUZDIN NS

BLOG ini telah mengadakan pungutan suara (poll) berkaitan tindakan YB Zul yang telah membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. YB Zul sejak kebelakangan ini sering mencetuskan kontroversi dengan gelagat serta tingkah laku beliau yang ternyata membuatkan ramai penyokong dari PR mulai merasakan betapa beliau wajar keluar dari PKR.

Blog ini telah mengadakan pungutan pendapat seperti berikut:

"YB Zul telah membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. Wajarkah YB Zul dipecat dari PR ?"
Dari 345 pengunjung blog ini, keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut:

WAJAR (75 %) TIDAK WAJAR (11 %) AMARAN SAHAJA (13 %)

YB Zul telah menggelar mereka-mereka yang tidak sependapat dengan beliau sebagai `Firaun-Firaun Kecil'. Oleh kerana itu, wajar juga kita menggelar beliau sebagai `Firaun Besar' kerana kita tidak sependapat dengannya. Semua orang telah tahu bahawa sekarang YB Zul sedang mencari alasan dan helah untuk `menghalalkan' keputusannya nanti untuk keluar dari PKR. Memang itu yang kita nanti-nantikan kerana YB Zul tidak memberi keuntungan satu sen pun kepada rakyat. Beliau menjual ilmu agamanya yang ada sejemput itu untuk menunjukkan beliaulah kununnya pejuang agama terhebat. Beliau seolah-olah mengangkat dirinya lebih Melayu dari Umno dan lebih Islam dari Pas, sedangkan kita tahu beliau tidak lebih dari `Firaun Besar Berlidah Biawak'.

Seandainya YB Zul merasakan beliau seorang pejuang yang berani kerana benar, keluarlah segera dari PKR dan sila kosongkan kerusi MP Bandar Kulim Baru dengan segera. Rakyat tersangat inginkan pengganti yang baru yang bukan dari kalangan `Firaun Besar' menjadi wakil mereka./Kembali ke laman asal di sini.

Selasa, 16 Februari 2010

EZAM DAN ZAHRAIN, SIAPA PALING KUAT UNTUK HANCURKAN ANWAR?

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM Mohd Noor dahulunya boleh dianggap tokoh reformasi kedua selepas DS Anwar. Tidak dapat dinafikan Ezam begitu lantang menentang Umno dan begitu menyanjung tinggi ketokohan DS Anwar sewaktu beliau berada di dalam kumpulan reformasi dan juga ketika berada di dalam Parti KeADILan Nasional. Gara-gara Ezam akan meninggalkan parti mula dapat dikesan sewaktu beliau ingin meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda KeADILan.

Apabila Azmin mula ditonjolkan sebagai penggerak utama membantu DS Anwar sejurus DS Anwar dibebaskan, Ezam mula kelihatan kurang bersemangat. Tembelang Ezam semakin terserlah apabila beliau mengumumkan keluar dari PKR dan menubuhkan GERAK kununnya untuk memperjuangkan isu rasuah tanpa terpengaruh dengan kepartian. Ketika itu, Ezam masih diyakini beberapa pihak yang sering menjemputnya memberikan ceramah berkaitan rasuah dan penyelewengan. Di dalam salah satunya ceramahnya (terdapat video klip di dalam blog ini) Ezam menyatakan beliau tidak akan memasuki mana-mana parti termasuk Umno. Kita masih ingat sewaktu Ezam bersama Parti KeADILan, beliau pernah berceramah dan menyebut, "Sila tunjukkan pada saya mana-mana pemimpin yang memasuki Umno itu ikhlas?". Itu di antara kata-kata keramat Ezam.

Orang pernah berkata, `terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Nah, kini Ezam berada di dalam Umno. Lebih dahsyat lagi Ezam berada di dalam Umno di zaman Pak Lah dan juga di zaman Najib. Kedua-dua pemimpin ini gagal mengangkat negara ini ke tahap yang boleh meyakinkan, bahkan negara ini semakin meningkat ranking rasuahnya. Oleh kerana Ezam tetap untuk bersama parti yang pernah dikutuk separuh mati itu, Ezam terpaksa menutup kedua-dua mata dan hatinya atas apa jua salah laku rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno. Perjuangannya kini bersama Umno adalah untuk menyerang bekas bosnya DS Anwar. Beliau masih tidak puas hati terhadap DS Anwar meski pun DS Anwar telah begitu lama teraniaya dan dizalimi dan DS Anwar pula tidak pernah `menjentik'nya sedikitpun.

Ezam menyerang DS Anwar termasuk secara peribadi, bahkan DS Wan Azizah juga turut menjadi sasarannya. Alhamdulillah, DS Anwar dan keluarga mampu menerima apa jua yang terkeluar dari mulut Ezam. Mereka kenal Ezam dan mereka tahu apa yang Ezam mahukan setelah beliau memasuki Umno. Baru-baru ini Ezam berceramah di Melaka tempat di mana KM nya adalah pemimpin yang pernah disabitkan oleh JK Disiplin Umno dengan rasuah politik wang. Ezam kelu untuk bercerita tentang itu sedangkan terbukti Umno sendiri mengakui hakikat bahawa KM Melaka itu bersalah di dalam rasuah politik wang. Ezam tidak berdaya untuk menyebut hal itu di bumi Melaka.

Apa yang disebut oleh Ezam? Beliau menyatakan PKR akan berkubur akibat kununnya orang kuat DS Anwar iaitu Zahrain telah pun keluar dari PKR. Benarkah Zahrain orang kuat PKR atau orang harapan DS Anwar? Di mana Zahrain sewaktu era reformasi? Sebelum ini dikatakan Chandra Muzafar juga orang kuat DS Anwar. Entah berapa ramai yang dikatakan orang kuat DS Anwar seperti Lokman Adam, Zahid Md Arip, Roslan Kassim dan paling dikatakan terkuat di antaranya adalah Ezam sendiri. Tetapi, kita lihat semenjak puak-puak itu melutut pada Umno dan menerajang DS Anwar, kita lihat DS Anwar bertambah kukuh dan kuat pengaruhnya. Jadi, di mana kehebatan mereka? Di mana lojiknya Ezam menyatakan Zahrain akan menggugat pengaruh DS Anwar? Maknanya Zahrain terlalu jauh hebat dari Ezam dan tokoh-tokoh berkenaan? Jangan buat lucu wahai mamat Ezam.

Pada saya. lagi banyak Ezam bercakap lagi banyak kita lihat kebebalan Ezam. Tidakkah Ezam sedar beliau hanya laku bercakap didepan media pencacai seperti Utusan Meloya dan TV 3 Suku sahaja kerana hanya pencacai yang kenal pencacai. Alhamdulillah, semakin ramai yang keluar dari PKR semakin menjadikan PKR bertambah kuat dan sihat. Ini adalah kerana mereka yang keluar itu tidak seorang pun dapat membuktikan kepincangan PKR, melainkan ayat yang biasa kita dengar adalah hilangnya kepercayaan terhadap DS Anwar dan PKR. Bukti ? Tiada. Yang ada adalah bukti ingin minta projek juta-juta, tapi tak dapat.

PKR kini di dalam proses rawatan intensif bagi mengeluarkan beberapa ekor ulat yang membusukkan tubuh badan PKR. Apabila ubat dan racun telah kita suntik di dalam PKR, maka sekarang kita lihat ulat-ulat ini seekor demi seekor melantun keluar. Ternyata ubat yang kita gunakan di dalam PKR iaitu `ketelusan serta amanah' adalah amat mujarab untuk mengeluarkan ulat-ulat ini yang tidak tahan lagi dengan ketelusan dan amanah yang kita perjuangkan itu. Mereka kini terhumban keluar untuk mencari tempat mereka mencari makan dari sisa-sisa nanah. Di manakah terdapatnya sisa-sisa nanah itu? Mungkinkah Umno? Kita lihat nanti./Kembali ke laman asal di sini.