RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 12 April 2010

Tindakan hina mahkamah ke atas Nazri


Christine Chan
Apr 12, 10


Keluarga Teoh Beng Hock mungkin memfailkan usul menghina mahkamah ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'pembohong'.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (kiri), yang juga peguam untuk keluarga Teoh berkata di lobi Parlimen hari ini bahawa tindakan itu mungkin diambil pada 20 April ini apabila inkues berkenaan bersambung.

Nazri melabelkan Dr Pornthip sebagai pembohong selepas pakar patologi itu mendakwa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia berhubung pembabitannya dengan inkues itu.

"Adakah Nazri mempunyai bukti bagi menyokong dakwaannya itu? Jika tidak, bukankah kenyataannya itu bersifat menghina mahkamah?" soal Lip Eng.

Ahli parlimen DAP itu juga telah memfailkan notis mengikut Peraturan 18(2) bagi mendebatkan dakwaan Pornthip di Dewan Rakyat sebagai sesuatu yang mempunyai kepentingan umum.

“Rakyat berhak mengetahui jika ada kebenaran dalam dakwaan itu. Mengapa dia dihalang daripada memasuki Kelantan awal tahun ini? Ancaman yang macam mana negara ini akan terdedah jika dia dibenarkan masuk? Adakah dia seorang pengganas atau perisik asing?” soalnya.

Seorang lagi peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo (kanan) berkata Nazri seharusnya menjelaskan mengapa dia menudup Pornthip sebagai pembohong.

"Saya cabarnya supaya tampil jika dia mempunyai bukti bahawa Pornthip telah menipu dalam pengakuannya ketika inkues,” katanya sambil menuntut Nazri mengemukakan bukti di mahkamah nanti.

“Jika Nazri gagal membuktikan tuduhan itu, kita akan bertindak. Satu cara ialah mengenakan usul menghina mahkamah ke atas Nazri. Kita akan putuskan tidak lama lagi menjelang 20 April ini.”

Adik Teoh, Lee Lan (kiri), melahirkan harapan agar Pornthip akan hadir memberi keterangannya.

“Sudah tentu kami mahu dia datang kerana dia adalah saksi penting dan semua orang seharusnya mempunyai peluang untuk memberi keterangan dalam inkues itu,” katanya ketika dihubungi.

Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong menggesa peguam negara (AG) untuk campur tangan kerana pejabatnya juga terbabit dalam inkues itu.

"Bila seorang ahli profesional dari negara luar mendakwa dia diugut olreh kerajaan, AG sepatutnya campur tangan,” katanya.

Tambahnya, kenyataan Nazri adalah tidak adil kerana dia membuat kesimpulan sebelum siasatan dijalankan.

“Jika Nazri tidak mempunyai bukti, dia sepatutnya memohon maaf terhadap Pornthip,” katanya.

Pemimpin veteran DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang (kanan) bersetuju dengan Gobind.

Menurut Lim Nazri sepatutnya menarik balik kenytaannnya itu dan memohon maaf kepada pakar patologi Thailand itu.

Lim juga menggesa jemaah menteri supaya mengadakan mesyuarat khas untuk memberi jaminan kepada Pornthip bahawa dia boleh memberi keterangan tanapa sebarang tekanan dan keselamatannya semasa berada di negara ini adalah terjamin./Malaysiakini

BLOGGER JAHIL INI CUBA MENJAWAB PERSOALAN HUKUM UMNO KAFIR

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA kita ingin bertanya sesuatu hukum atau isu-isu berkaitan agama bertanyalah pada yang arif di bidang itu. Jangan jadi seperti kisah yang diceritakan oleh sebuah blog pro UmApco di sini. Saya kesihat melihat begitu cetek agama yang ada pada beliau sehingga hendak menjawab soalan umpama `kacang' itu pun beliau tidak boleh jawab.

Sebagai menjawab soalan `Bolehkah orang Umno dikategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa yang disuruh oleh Islam", si bangang ini bukan menjawab soalan itu tetapi dia bertanya pula mengapa Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud walaupun Kerajaan Pusat tidak membenarkannya? (mengaku juga dia memang Kerajaan Pusat tidak benarkan hukum hudud dijalankan). Adakah beliau tahu bahawa Kerajaan PAS Kelantan adalah salah sebuah negeri yang berada di bawah Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang sekular itu?

Bayangkan, jika Kerajaan PAS Kelantan jalankan juga hukum hudud tersebut tanpa kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan, seandainya si Pesalah itu membawa kes tersebut ke mahkamah yang lebih tinggi maka hukuman tersebut tidak sah kerana hukum hudud tiada termaktub dalam perundangan negara sekular kita ini. Kelantan bukan sebuah negara persendirian yang boleh mengubah perundangan sesuka hati. Terdapat beberapa undang-undang yang boleh dipinda oleh kerajaan negeri dan ada undang-undang yang memerlukan kebenaran kerajaan pusat sekiranya ingin dipinda atau diwujudkan kerana ianya melibatkan sistem kehakiman, pihak Polis atau Penjara yang semuanya di bawah kawalan kerajaan pusat.

Apakah kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS mesti melaksanakan undang-undang Islam semata-mata untuk menunjukkan kerajaan PAS lebih takut kepada Allah dari kerajaan pusat? Tentu kita boleh bayangkan apa akan jadi kepada negara kita ini sekiranya PAS mengambil pendekatan `revolusi' sedemikian. PAS tetap ingin menegakkan Islam tetapi PAS tidak memilih `Revolusi' atau keganasan untuk mencapai cita-cita tersebut sebaliknya PAS masih berharap kepada sistem demokrasi di negara ini. Kita ingin juga bertanya, mengapa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno itu tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Islam sedangkan mereka berkuasa di peringkat pusat?

Tuduhan penulis bangang ini bahawa Tuan Guru Nik Aziz juga mengamalkan rasuah tiada beza dengan kerajaan di bawah Umno/Bn (sekali lagi mengaku pun negeri di bawah Umno itu rasuah). Tiada fakta dan hujah langsung apabila beliau turut membuat tuduhan Tuan Guru Nik Aziz pergi menunaikan ibadah Haji tidak pernah guna duit poket sendiri. Jelas dan berfakta bahawa SPRM sejak berpuluh tahun dahulu sehingga saat ini tidak henti-henti menyiasat perbuatan rasuah kerajaan Negeri Kelantan termasuk Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Apa hasilnya setakat ini? Cuba sebutkan satu saja kes rasuah yang melibatkan Adun atau Exco kerajaan Negeri Kelantan yang didakwa dan didapati bersalah sepanjang PAS memerintah. Kalau ikut cerita dari Syaitan-Syaitan memang banyak, tetapi terbuktikah?

Si bangang ini menyebut di Kelantan ada pusat hiburan kununnya sama seperti di negeri bawah Umno. Agaknya kali terakhir si bangang ini pergi ke Kelantan adalah semasa Umno memerintah dahulu, sebab itu beliau berjumpa pusat hiburan merata-rata, kedai ekor dan pusat judi di Kelantan. Banyak lagi persoalan atau jawapan bodoh dari si penulis bodoh itu yang kita boleh baca di dalam blognya itu.

Sebelum saya menutup tulisan ini, ingin saya mengajar sedikit si penulis bodoh itu tentang jawapan terhadap soalan asal " `Bolehkah orang Umno di kategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa yang disuruh oleh Islam". Soalan itu samalah dengan jawapan kepada soalan "Bolehkah orang Umno di kategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak bersembahyang?". Jawapannya, dia tetap Islam tetapi berdosa besar kecuali sekiranya dia menganggap sembahyang itu tidak wajib atau tidak sesuai dilakukan di zaman ini maka hukumnya KAFIR. (Saya mohon sesiapa yang lebih arif tentang persoalan ini betulkan saya jika tersilap).

Jelas di sini, kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno hanya menjadikan Islam sama seperti `gincu di bibir' untuk hiasan semata-mata. Sampai bilakah gincu ini boleh bertahan? Kena kuah sup semangkuk habislah ia./wfauzdin.blogspot.com

EZAM DULU HANG TUAH, EZAM KINI SESUMPAH

PostPosted: Sat Apr 10, 2010 10:09 am Post subject: Ezam ada bukti Anwar Peliwat

Dalam satu ceramah Saudara Ezam Md Noor satu masa dulu beliau ada menceritakan tentang pengalamannya semasa dalam tahanan ISA. Pegawai polis dari cawangan SB cuba bemacam-macam cara untuk menukar pendirian Ezam dan meninggalkan perjuagan REFORMASI bersama mentornya Dato Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau betul Anwar melakukan sodomi tunjukkan kepada saya buktinya.... sekarang juga saya akan meninggalkan perjuangan saya bersama Anwar!" demikian tegasnya pendirian nya ketika itu "Tidak ada satu bukti pun yang dapat dikeluarkan bagi meyakinkan saya tentang tuduhan mereka!" katanya dengan penuh bersemangat kini beliau telah membuat keputusan unutk tinggalkan perjuangan bersama Anwar.

Adakah kerana telah menemui bukti tabiat buruk bekas bossnya?

Masa baru join UMNO dulu hingga kini masih belum dapat menampilakn bukti...

Yang nyatanya tuduhan sodomi 2 datang dari beliau..

Yang nyatanya tuduhan sodomi 2 telah menaikkan lagi imej Anwar dan memadamkan samasekali tuduhan sodomi 1 (1998) Rakyat Malaysia bertambah yakin yang Anwar memang kena fitnah.

Adakah ini memang pemainan politik inteligen yang dimainkan oleh 2 individu pintar ini?

Yang nyatanya Ezam tidak pernah mencaci bekas bossnya secara keterlaluan dan Anwar juga begitu sentiasa cuba mengelak bila ditanyakan mengenai Ezam.

Jadi mari kita lihat siapa yang kenaaa?

hahahahaha....
http://utusanjamanedan.blogspot.com/2009/10/ezam-ada-bukti-anwar-peliwat.html

Sumber: Forum Detik Daily

JANJI 4 BUAH SEKOLAH DI HULU SGOR? SEBUAH SEKOLAH DI BAGAN PINANG PUN SENYAP BEGITU SAJA

Janji Umno-BN Bina Sekolah Di DUN Bagan Pinang Belum Ditunai

BAGAN PINANG 11 APR: Kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga kini belum menunaikan janji-janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kononnya mahu membina sekolah di Taman Intan Teluk Teluk Kemang.

Biarpun sudah lima bulan pilihan raya kecil itu berlalu, namun sampai sekarang tiada tanda-tanda projek pembinaan sekolah berkenaan menjadi realiti sebagaimana harapan rakyat.

Setiap kali pilihan raya berlangsung, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nor Azizi Abdullah berkata Umno-BN pasti sibuk menabur gula-gula politik sehingga akhirnya memakan diri sendiri.

Beliau mendapati BN seolah-olah tidak peduli keada kemarahan rakyat Bagan Pinang yang ditipu pada pilihanraya kecil lalu dan belum reda hingga kini, sebaliknya terus menggunakan umpan yang sama di Hulu Selangor.

“Apabila ada pilihanraya kecil, Barisan Nasional (BN) pasti menjanjikan pembangunan termasuk di Bagan Pinang. Janji pembangunan adalah janji yang menyebabkan rakyat bertukar pendirian dan menyokong BN.

"Bagaimanapun, janji-janji itu langsung tidak ditunaikan," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Ketua Penerangan AMK Negeri Sembilan, Mohd Saufi Mi'ad pula berasa hairan kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi umpan sama di Hulu Selangor, kali ini bukan satu tetapi empat sekolah.

“Kita rasa pelik apabila PRK Hulu Selangor belum berlaku lagi, Muhyiddin berjanji membina empat sekolah di Hulu Selangor sedangkan di Bagan Pinang masih belum bergerak apa-apa lagi.

Beliau memberi amaran bahawa banyak lagi pendedahan akan dibuat AMK Negeri Sembilan jika Umno-BN terus-terusan cuba menipu pengundi Hulu Selangor.

“Kita simpan data mengenai janji-janji yang dibuat Umno-BN. Banyak yang kita simpan tapi kita ambil pendekatan untuk mendedahkan sebahagian dahulu untuk peringatan.

Namun, beliau menegaskan, AMK Negeri Sembilan tidak teragak-agak membuat pendedahan pada pilihan raya Hulu Selangor dengan membentang data-data betapa BN bukanlah parti yang baik untuk menjadi kerajaan./TVSelangor

Ahad, 11 April 2010

LAGI KOMEN TERHADAP AWANG SELAMAT YANG DUNGU ITU

AWANG Selamat dalam Utusan Meloya banyak mengajar MCA dan MIC dalam memilih pemimpin. Ikuti apa yang diperkatakan oleh balaci Umno itu di sini. Beliau mempertikaikan mengapa MCA memilih Chua Soi Lek sebagai pemimpin, kununnya akan menyusahkan Umno nanti. Awang Selamat juga mempertikaikan bila lagi Presiden MIC Samy Vellu hendak meletakkan jawatan.

Saya telah menyiarkan semula kesemua apa yang disiarkan oleh Malaysikini tentang pandangan bodoh Awang Selamat itu di sini. Kemudiannya, terdapat beberapa komen dari pembaca blog saya terhadap apa yang dinyatakan oleh balaci Umno tersebut. Ikuti beberapa komen yang saya anggap memadai untuk memberi kesedaran kepada Awang Selamat agar beliau selepas ini akan menjadi lebih cerdik lagi;

2 comments:

azman kamarul said...

Sekarang adalah musim umno menggunakan sayap-sayap dan tongkat-tongkat mereka untuk "menghentam" MCA MIC dan GERAKAN.

Kini utusan meloya dengan kapisiti apa hingga begitu biadap menghentam pemilihan MCA baru-baru ini, hingga begitu kurang ajar tidak menghormati pemilihan yang dibuat oleh perwakilan MCA.

Begitu juga dia menghentam Samy Vellu denga MIC nya.

Wahai utusan meloya!..adakah umno begitu suci dari noda?hingga MIC dan MCA dicela begitu rupa?

Adakah umno begitu bersih sehingga seorang perasuah dicalonkan dalam pilihan raya Bagan Pinang dan kini bergelar YB (perasuah), juga bersihkan perwakilan pemuda umno yang memilih perasuah sebagai ketuanya?

Wahai Awang Selamat...jangan jadi macam anjing yang menyalak bayang tetapi ekormu terpalit taik.Mengampu biar ada sempadannya...tetapi jika mengampu seperti kamu ini nampak sangat "bodohnya"

Anonymous said...

si awang ni aku rase die buta
kalau x buta, bodoh la kot

"Jika pemimpin BN mempersoalkan moral pemimpin utama pembangkang, mengapa pula MCA boleh berkompromi dalam hal tersebut," tambahnya.
- kenape x persoal moral org UMNO?? mcm la
sume kat dalam tu Malaikat.

"Awang angkat topi kepada Mei Fun. Beliau berpegang kepada prinsip," tulis Awang lagi.
Bila lagi Samy mahu berundur?
- bila Shahrizat nak undur??

"Awang bukan berniat mencampuri urusan MCA tetapi isu moral tidak boleh diambil ringan.
- dah kalau xnak campur, yg becakap jgk knape??
otak xde ke? moral ape? mentekedarah arak bagus ke awang selampit?

BALACI UTUSAN MAHU MENGAJAR MCA DAN MIC PILIH PEMIMPIN

Awang Selamat: Perwakilan MCA laku kesilapan pilih Chua
Apr 11, 10


Kolumnis kontroversi Mingguan Malaysia, Awang Selamat secara terbuka menegaskan bahawa perwakilan MCA telah melakukan kesilapan dengan memilihkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden parti itu.

"Apa yang berlaku seolah-olah MCA ketandusan pemimpin dan tidak berani menyandar harapan kepada pemimpin pelapis," tulis Awang dalam kolum mingguannya.

Awang mendakwa perwakilan parti itu - yang merupakan komponen BN - gagal membawa aspirasi masyarakat Malaysia dalam memilih pemimpin yang terbaik dalam semua aspek terutama akhlak.

"Soi Lek sepatutnya besar dan tidak semestinya bertanding hanya kerana ada sokongan daripada ahli MCA.

"Skandal tersebut adalah sesuatu yang serius. Pemimpin harus bersih atau setidak-tidaknya kelihatan bersih," tambahnya.

Dalam pemilihan MCA baru-baru ini, Chua terpilih sebagai presiden baru MCA dengan menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Ong Tee Keat dan seorang lagi pencabar, Tan Sri Ong Ka Ting.

Awang menyifatkan tindakan Chua untuk bertanding jawatan lebih tinggi sampai ke puncak, hanya menampakkan beliau pentingkan diri.

"Awang bukan berniat mencampuri urusan MCA tetapi isu moral tidak boleh diambil ringan.

"Jika pemimpin BN mempersoalkan moral pemimpin utama pembangkang, mengapa pula MCA boleh berkompromi dalam hal tersebut," tambahnya.

Namun begitu, kata Awang, beliau secara peribadi tetap menghargai keberanian Chua kerana membuat pengakuan terlibat dalam skandal seks.

Sehubungan itu, beliau memuji langkah Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang melepaskan jawatannya dalam parti dan kerajaan atas prinsip tidak dapat menerima Chua sebagai peneraju parti itu berikutan skandal DVD seks.

"Awang angkat topi kepada Mei Fun. Beliau berpegang kepada prinsip," tulis Awang lagi.

Bila lagi Samy mahu berundur?

Dalam tulisannya minggu ini, Awang turut mengulas tentang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

"Awang masih yakin BN boleh menang asalkan mengambil strategi yang betul terutama soal calon.

"Pilihlah calon terbaik. Seboleh-bolehnya pemimpin setempat, muka baru dan mempunyai imej yang baik," tulis awang sambil menambah penentuan calon amat penting apatah lagi MIC berdepan dengan banyak isu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa MIC kekal bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut, tetapi tidak menamakan calonnya.

MIC telah mengemukakan nama timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk sekali lagi bertanding di situ. Dalam pilihan raya umum 2008, Palanivel tewas kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin yang meninggal dunia baru-baru ini kerana barah otak.

Umno bahagian yang sebelum ini mendesak supaya calonnya dipilih bertanding di situ, kemudiannya akur dengan keputusan Najib tetapi menegaskan mereka tidak mahu Palanivel dicalonkan semula.

Awang menulis bahawa pemulihan sokongan masyarakat India belum meyakinkan, yang menurutnya, ada kaitan juga dengan faktor presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

"Bila lagi beliau mahu berundur? Walaupun Samy Vellu pernah membayangkan sudah mempunyai pelan peralihan tetapi semuanya masih kabur, seolah-olah beliau mahu terus memimpin MIC sehingga pilihan raya umum depan.

"Pada Awang, isu Samy Vellu lebih menarik daripada pilih raya kecil. Jika beliau mahu membantu kejayaan BN pada pilihan raya itu nanti, maka lebih elok jika beliau mengumumkan pelan peralihan dalam masa terdekat.

"Jika Samy Vellu sayangkan MIC dan BN, beliau perlu berundur. Usahlah berdolak-dalik lagi dengan pelbagai alasan," tulis Awang./Malaysiakini

AMERIKA MINTA NASIHAT PM KITA - SIAPA KATA? PEMIMPIN YANG RABA PUNGGUNG KATA LAH!!

Angkasanuri

Muka depan Utusan Malaysia Online melaporkan Duta Besar Amerika, Dato Jamaludin Jarjis yang merupakan sekutu rapat PM 1Malaysia mendedahkan bahawa Amerika akan mendapatkan nasihat Malaysia dalam kunjungan PM 1Malaysia bertemu presiden Amerika sempena Sidang Kemuncak Nuklear.

Presiden Amerika itu dikatakan akan mendapatkan pandangan Malaysia berhubungan hubungan di antara Amerika dan negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Mungkin dalam perbincangan dan sesi mendapatkan khidmat nasihat tu, PM 1Malaysia boleh memberi cadangan agar Amerika menggunakan khidmat APCO konsultan Yahudi yang berpengkalan di Israel seperti yang dilakukan oleh Malaysia untuk mempopularkan jenama 1Malaysia.

Mungkin juga PM 1Malaysia boleh menasihatkan presiden Amerika mengambil tindakan serupa seperti yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia dengan merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.

Jadi Presiden Amerika tak perlu korbankan nyawa tenteranya dan bazirkan peluru dan bom untuk menawan Afghnistan, Iraq dan negara umat Islam lain.

Sebagai nasihat tambahan PM 1Malaysia juga boleh mencadangkan kepada Presiden Amerika untuk menggunakan agensi kerajaan seperti polis, mahkamah, SPR, SPRM dan sewaktu dengannya untuk mengekalkan kuasa.

Moga-moga Presiden Amerika akan mendengar nasihat PM 1Malaysia./Harakahdaily

TIMBALAN MENTERI INI CERDIK MACAM PAK PANDIR

Pak Pandir menoreh di Manek Urai....

APABILA membaca kenyataan seorang Timbalan Menteri yang pernah menoreh getah sewaktu PRK Manek Urai dulu di sini, aku merasa hairan bagaimana beliau boleh dilantik menjadi Timbalan Menteri. Kalau kita cop dia ni bangang, sahih puak-puak Umno ni akan melenting marah pasal mungkin dalam Umno bukan dia seorang saja yang bangang. Aku malas lah nak kata dia ni bangang kerana nak jaga hati puak-puak Umno. Biarlah aku kata Timbalan Menteri tersebut memang cerdik seperti cerdiknya Pak Pandir.

Timbalan Menteri tu kata, semenjak PR memerintah beberapa buah negeri tiada apa perubahan langsung. Kesemua pembangunan yang ada di semua negeri PR memerintah sekarang adalah warisan dari kerajaan Bn. Begitulah tahap pemikiran seorang Timbalan Menteri yang paling cerdik dijumpai oleh Umno. Masakan beliau tidak tahu yang diwarisi oleh Kerajaan PR sekarang dari Umno/Bn hanyalah hutang piutang? Tidak percaya lihat saja lah laporan Audit Negara yang baru-baru ini dikeluarkan. Hutang terpaksa dibayar, maka Kerajaan PR terpaksalah cuci `najis' yang Umno/Bn tinggalkan di merata-rata tempat sewaktu mereka memerintah.

Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri, beliau mestilah membawa fakta dan hujah yang bernas untuk meyakinkan rakyat. Bukan dengan cara bercakap seperti budak-budak tidak bersekolah. Kununnya tiada sekolah didirikan semasa pemerintahan PR. Kalaulah Muhyiddin dengar kenyataannya, tentu Muhyiddin bertambah lembam mukanya kerana memalukan kementerian di bawahnya. Inikah pemimpin yang ingin diangkat oleh orang-orang Melayu untuk membela nasib mereka? Bercakap pun guna kepala lutut, bagaimana hendak memikirkan nasib orang-orang Melayu? Memang patut pun orang seperti ini duduk dalam Umno kerana orang yang cerdik tidak akan terliur berada di dalam Umno./wfauzdin.blogspot.com

Presiden PAS akan berkampung di Hulu Selangor

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun berkampung di Hulu Selangor beberapa hari bagi membantu kempen calon Paktan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil itu nanti.

Beliau dijangka mula berkampung di sana 19 April ini selama beberapa hari sebelum hari pengundian 25 April nanti.

Sebelum itu beliau juga akan hadir dan menyampaikan ucapan pada hari pengumuman calon Pakatan Rakyat 13 April ini yang akan diadakan di Pusat Komuniti Serendah.

Manakala jadual ceramahnya dalam tempoh kempen pula akan bermula 19 April jam 9 malam di Dewan Orang Ramai Kalumpang.

Akan turut serta pada ceramah itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pada 20 April pula, Tuan Guru Abdul Hadi dijangka berceramah di kampung Soeharto bersama Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim.

Selain mereka, akan turut serata berceramah pada malam itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Pada 21 April pula, Tuan Guru Abdul Hadi akan berceramah di Padang Majlis Daerah Hulu Selangor.

Beliau akan bersama Anwar dan juga Bekas menteri kesihatan yang menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng.

Program ceramah pimpinan utama dari ketiga-tiga kompenen parti akan terus diadakan setiap malam sehingga hari Sabtu, 24 April iaitu malam sebelum pengundian.

Bagaimanapun jadual mereka masih tertakluk kepada perubahan.

Mereka dijangka akan menyentuh pelbagai isu politik tanah air termasuk yang terbaru berhubung penglibatan firma perunding Apco Worlwide yang ada kaitan dengan Israel dalam menjayakan misi 1Malaysia yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak./Harakahdaily

SPY UMNO YANG BERSEPAI DI HULU SELANGOR

MAKA Spy Leman kununnya spy pro Umno membawa berita hasil `risikan'kannya di Hulu Selangor. Dia pun mendapat berita yang dikutip dari tong-tong sampah, biasalah puak-puak mereka ini memang suka jadi pengutip sampah. Macam media mereka juga yang mengambil berita di tepi-tepi longkang seperti anjing mencari makanan.

Kununnya Spy Leman mendapat berita bahawa berlaku pergaduhan di Hulu Selangor baru-baru ini melibatkan AMK yang dikatakan berebut untuk menjadi calon. Sedangkan kita semua tahu berita pergaduhan itu telah diketahui umum di mana berlaku sewaktu lawatan Presiden MIC ke satu kawasan di Hulu Selangor. Bukankah MIC telah dipilih oleh Najib untuk mewakili Bn di dalam pilihanraya itu nanti. Justeru itu, tidak hairanlah mereka bergaduh sesama sendiri untuk menonjolkan calon pilihan masing-masing. Sammy Vellu dan pimpinan MIC mahukan tokoh kedua penting MIC sebagai calon, tetapi MIC tempatan mahukan yang lain. Umno pula katanya mahukan calon `proksi' Umno dalam MIC sebagai calon. Kecoh sungguh Bn bila hendak berebut kerusi.

Kita tidak tahu bagaimana Spy Leman melaksanakan tugas `spy' nya yang jelas bersepai. Jika itulah standard Spy Umno, buang karan saja. Lain yang berlaku, lain yang dilaporkan. Lebih baik bawa `Mat Bond' dalam cerita lakonan Mat Sentul tu untuk dijadikan Spy Umno. Sudah tentu bodoh. /wfauzdin.blogspot.com

TERIMA KASIH ANWAR KERANA INGATKAN KAMI TENTANG APCO

Laporan polis terhadap Apco di Kedah pula
Apr 10, 10


Tidak cukup dengan dua laporan polis yang dibuat sebelum ini, seorang lagi ahli parlimen pembangkang Nasir Zakaria membuat aduan yang sama terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia.

Ahli parlimen Padang Terap itu memberitahu Malaysiakini, beliau membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang tadi.

padang terap mp nasir zakarian police report apco 100410Dalam aduannya, Nasir berkata, beliau yakin, syarikat tersebut "mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Israel", berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.

"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

"Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," laporan polis tersebut dipetik.

Sebelum ini, dua laporan polis berhubung isu yang sama telah dibuat di Kuala Lumpur oleh ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali dan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin di Kuala Lumpur.

Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS membuat laporan tersebut semalam di Balai Polis Jalan Dang Wangi. Manakala Shamsul Iskandar pula tampil mengadu pada Selasa di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

padang terap mp nasir zakaria distribute apco flyers 100410Dalam laporannya hari ini, Nasir yang juga ketua penerangan PAS Kedah menggunakan teks aduan yang sama digunakan oleh Dr Lo' Lo'.

Beliau ditemani beberapa pemimpim parti itu di peringkat PAS kawasan dan PKR cabang di kawasan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas membuat laporan tersebut, Nasir juga memberitahu, mereka telah mengedarkan risalah menjelaskan isu Apco di pekan sehari Kuala Nerang sebelum ini./Malaysiakini