RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 10 November 2010

PKR AKAN JADI LEBIH KUAT - AZMIN

Azmin: Gesa Zaid Kemuka Bukti, PKR Tidak Goyah
09/11/2010


KUALA LUMPUR 9 NOV: Datuk Zaid Ibrahim perlu mengemukakan bukti sahih untuk menyokong dakwaan kononnya kepimpinan tertinggi PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan pucuk pimpinan PKR yang sedang berlangsung.

"Beliau perlu menggemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya," kata Azmin Ali yang juga naib presiden PKR.

Azmin juga menyarankan Zaid yang juga Calon Timbalan Presiden PKR yang menarik diri daripada pencalonan semalam digesa mengadakan perbincangan bersama kepimpinan parti sebelum membuat keputusan menggunakan media perdana pro Umno-Barisan Nasional menyerang pucuk pimpinan parti itu.

Ahli Parlimen Gombak itu yang ditemui di lobi parlimen berkata, tindakan Zaid mengumumkan penarikan diri dan perletakan jawatan parti adalah tidak wajar selain menimbulkan persoalan berkenaan pendirian Zaid dalam memperjuangkan reformasi.

"Jika dilihat beliau telah menggunakan Utusan Malaysia untuk menyerang kepimpinan parti. Saya tidak faham jika beliau percaya kepada reformasi, mengapa tidak mengutarakannya kepada ahli. Bukan melalui blog, laman web atau Utusan dan TV3," ujar beliau di lobi parlimen/TVNews

ZAID DISOKONG BLOGGER KERANA ZAID TIADA PUBLISITI? BETUL KE?

Terbaca aku kat blog rakan orang kuat PR mungkin khususnya orang kuat PKR. Setiap postingnya sejak kebelakangan ini sememangnya seperti pro Zaid Ibrahim. Itu tidak menghairankan kerana blog aku ini pun pro Azmin dan Chegu Bard. Biarpun ada yang berkata Chegu Bard bukan `team' Azmin, namun aku yakin dengan kata-kata Chegu Bard bahawa beliau tiada `kem' dan menganggap pertandingan ini adalah pertandingan adik beradik.

Lagi pun blog ini blog aku, maka tentulah aku akan lahirkan siapa yang aku sokong. Kebetulan pula aku adalah penyokong PR samada PKR mahu pun PAS. Aku kurang menulis pasal DAP, tetapi aku gembira bila DAP pun sokong PAS. Mulanya aku berpendirian bahawa aku menyokong Azmin tidak bererti aku tidak suka Zaid jauh sekali Sdr Mustafa Kamil. Andainya Zaid menang juga, aku nekad akan menerima keputusan itu walaupun harapan aku jika Azmin tewas, Sdr Mustafa Kamil akan menang. Itu dulu.

Sekarang aku berubah pendirian kerana Zaid telah tunjukkan siapa dia sebenarnya di dalam PKR. Bukan kerana Zaid kritik parti atau pemimpin, tetapi aku tidak boleh bersekongkol dengan beliau yang tunjuk hebat meminta Anwar dan Azmin keluar dari politik. Lebih aku tidak boleh terima sehingga nak termuntah apabila Zaid mengaku beliau boleh menggantikan tempat Anwar. Itu lah sebabnya Zaid kini aku iktiraf sebagai `musuh' walaupun dia masih menebalkan muka berada di dalam PKR. Aku berdoa agar Zaid tinggalkan PKR dan tubuhkan partinya sendiri untuk menilai sejauh mana beliau boleh bertahan.

Buat Sdr Mustafa, aku rasa terlalu lama masa 48 jam itu untuk beliau `ugut' parti. Patutnya memadai 1 jam atau separuh hari sudah cukup untuk beliau melihat samada parti ini bersedia atau tidak `melutut' dengan kemahuan tokoh lama yang tewas di Cabangnya sendiri itu.

Ada teman menulis di dalam blognya mengatakan beliau `terpaksa' mempertahankan Zaid kerana Zaid tidak diberi ruang di dalam media kepunyaan parti seperti Suara KeADILan. Berapa kerat yang baca akhbar parti ini yang sudah berbulan aku sendiri tidak jumpa di pasaran akibat digantung permit? Melucukan bagi aku alasan beliau itu. Sebenarnya Zaid lah calon yang paling hebat mendapat publisiti dari media perdana seperti Utusan, TV3 dan RTM sejak kebelakangan ini. Semua kata-kata Zaid mendapat `high light' dari media pencacai itu. Berita untuk Azmin? Jangan harap melainkan yang buruk-buruk sahaja. Zaid pada pandangan media pencacai ini sudah sama seperti `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru kalaupun tidak seperti Ezam sesumpah yang amat laku suara mereka. Kalau tak percaya tonton berita hari ini atau baca akhbar pencacai hari ini, mesti ada cerita yang mereka kutip dari mulut Zaid.

Azmin amat ketinggalan dari segi publisiti. Media alternatif tidak banyak membantunya, jauh sekali media pencacai kerana media pencacai ini hanya layak buat si pencacai sahaja. Jadi, hujah teman aku tu hujah yang dangkal semata-mata untuk melindungi dirinya dari diketahui sebagai penyokong tegar Zaid dan anti azmin, Itu saja./wfauzdin.blogspot.com

KALI INI AKU SOKONG ZUL KULIM

KALI ni aku sokong pandangan YB Zul Kulim. Beliau nasihatkan Zaid Ibrahim supaya sertai PAS. Semoga Allah limpahkan pahala kepada Zul Kulim kerana menyeru seseorang menyertai parti Islam seperti PAS.

Walaupun Zul Kulim di `black list' oleh PAS dan beliau tidak mungkin diterima lagi oleh PAS, namun pandangannya itu menunjukkan Zul Kulim masih percaya kepada perjuangan PAS. Mungkin pandangannya itu secara `automatik' menolak dakwaannnya di Parlimen pagi tadi yang menyebut `PAS mengajar anak-anak Muslim makan Babi' (Rujuk Malaysiakini hari ini). Ertinya, kata-kata Zul Kulim di Parlimen sebentar tadi hanya `gurauan dan usikan' dari seorang yang tidak berparti umpama `roh tidak bertuan'.

Harapan saya juga, lebih baik dan afdhal untuk Zaid masuk PAS. Cuma harapan kita jangan pula setelah berada di dalam PAS, perangai tiru macam Zul Kulim pula./wfauzdin.blogspot.com

SEDIH BILA MUSTAFA BANTU ZAID UNTUK `ROBOHKAN RUMAH' HASIL AIR MATA RAKYAT

48 jam tempoh diberi oleh Sdr Mustafa Kamil Ayub, seorang calon Timbalan Presiden PKR yang ditolak oleh ahli-ahli Cabangnya sendiri kepada PKR untuk membatalkan pemilihan PKR yang sedang berjalan. Dakwaannya sama seperti Zaid, iaitu pemilihan yang berjalan sekarang tidak berlaku adil. Aku rasa terlalu lama masa 48 jam itu, bukankah lebih baik kasi masa 1 jam sahaja?

Bukan susah sangat nak batalkan, hanya SU Agung PKR umumkan saja tak sampai pun 3 minit rasanya. Aku pun tak tahu mengapa Sdr Mustafa Kamil mendapat `penyakit' yang sama seperti Zaid. Jika Zaid yang berkelakuan begitu aku tak pelik pasal Zaid ni dari awal lagi berputar-putar cakapnya. Cuba semak balik semua kenyataan Zaid bermula dari beliau diterima masuk dalam PKR sampai sekarang. Sdr Mustafa Kamil ni tokoh harapan aku kalau Azmin tidak dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR, tapi bila tengok perangai beliau sekarang fahamlah aku mengapa beliau tidak dipilih di Cabangnya sendiri.

Sejak semalam dan hari ini, `kenyang perut' media-media pencacai termasuk media yang bawa cerita Zaid minum arak, kaki judi dan sebagainya sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor itu dengan cerita yang keluar dari mulut Zaid dan Sdr Mustafa. Aku kesal Sdr Mustafa boleh hanyut sebegitu jauh angkara nafsu dan kuasa. Aku tidak ralat jika Zaid bersikap demikian kerana latarbelakang Zaid yang kita semua tahu.

Sdr Mustafa Kamil beri tempoh 48 jam kepada parti, jika tidak tindakan tegas akan diambil. Terasa nak ketawa pun ada tetapi lebih kepada simpati aku kat Sdr Mustafa. Cara percakapannya tidak langsung melambangkan beliau orang lama di dalam PKR. Bagaikan seorang `Presiden' lagak cakapnya sampai memberi `ugutan' akan mengambil tindakan tegas. Hebat Sdr Mustafa sekarang ini.

Maka, berkumpullah Sdr Mustafa di rumah Zaid menandakan `persahabatan' terjalin untuk sama-sama musnahkan `rumah' yang dibina dari air mata rakyat.

Tidak hairan jika Zaid yang ingin musnahkan `rumah' yang kita bina dengan berbagai dugaan dan rintangan sekian lama kerana Zaid baru saja `basuh kaki' masuk ke `rumah' kita itu. Peduli apa dia mahu runtuh atau terbakar `rumah' itu. Tapi, tergamak Sdr Mustafa ikut sekali? Bukankah beliau juga sama-sama bersusah payah bersama Azmin dan ramai lagi untuk membina `rumah' ini? /wfauzdin.blogspot.com

ZAID, JENTERA KAMU LEMAH JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN

JPP Tidak Memihak: Zaid Menang Di 38 Cabang Berbanding Azmin 37
09/11/2010


PETALING JAYA 9 NOV: Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menempelak tuduhan Datuk Zaid Ibrahim, kononnya ibupejabat parti memihak kepada Azmin Ali dalam pemilihan itu dan tidak melayan sebarang cadangan beliau bersabit pemilihan itu.

Menurut Saifuddin hakikat adalah Zaid menang di 38 cabang PKR manakala Azmin di 37. Azmin bagaimana mendahului dari segi majoriti undi kerana keahlian yang lebih besar di cabang-cabang yang dimenangi oleh beliau. Saifuddin turut menegaskan bahawa rungutan beliau kononnya cadangannya untuk memperkasakan proses pemilihan ditolak adalah tidak berasas. "Surat dari calon Zaid pada JPP dan sekretariat bertarikh 5 OKT ada tujuh cadangan.

Pertama calon dibenarkan lantik 'polling agen' di setiap cabang. Cadangan dia kita terima pakai. Kedua kertas undi patut letak no siri. Cadangan ini diterima. "Peti undi mesti lutsinar. Kita tak buat sebab tak cukup duit. Senarai ahli berdaftar sahaja diguna pakai, yang ini kita buat. Ruang buang undi mesti diasing, kita buat. Masa perlu tetap dan ketujuh ahli yang bayar yuran parti mesti diberi peluang mengundi. "Diakhir surat ini, Zaid kata harap cadangan dia diluluskan cepat supaya dia boleh buat keputusan samada mahu menerima pencalonan atau tidak.

Hakikatnya, pada masa itu Zaid telah menerima pencalonan," terang Saifuddin. Saifuddin kesal atas tindakan Zaid melontarkan tuduhan yang bertujuan mencemari kredibiliti ibupejabat PKR dan jawatankuasa pemilihan pusat. Keputusan ahli PKR pada pemilihan adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak dan tidak dimanipulasi sebagaimana yang didakwa oleh Zaid. "Zaid menang 38 cabang, azmin 37 cabang. Ini fakta. Bila Azmin mendahului alasannya mudah kerana mobilisasi Azmin yang baik. Itu diluar kuasa JPP dan sekretariat. "Kalau kamu jaga baik mobilisasi kamu, maka baiklah politik kamu. 38 cabang 'solid' sokong Zaid.

Kalaulah benar berlaku aktiviti memenangkan, mustahil Zaid mendahului 38 cabang," katanya. Saifuddin berkata jentera calon-calon yang tidak dapat menjalankan tugas masing-masing tidak harus menunding jari kepada ibu pejabat parti. "Atas pemintaan Zaid sendiri ada 'poling agen' dan 'counting agen' dibenar bertugas. Kegagalan calon lantik 'poling agen' untuk pantau pemilihan, jangan tuding JPP dan sekretariat, salahkan jentera kamu sendiri," katanya./TVNews


ZAID DICABAR TUBUH PARTI BARU, JANGAN HURU HARAKAN PKR

Zaid Kembali Ke Zaman Mabuk!
Oleh Mohd Sayuti Omar'

SAYA sangat berdoa dan berharap semoga Zaid Ibrahim tidak mabuk apabila beliau membuat kenyataan dalam sidang media khas di rumahnya hari ini yang menyalahkan Anwar Dan Azmin yang menyebabkan PKR menjadi punca masalah dalam parti berkenaan. Saya berkata begitu kerana beliau sudah ke Makkah dan sudah bertaubat untuk tidak melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.

Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan.

Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang. Sikap marahkan nayamuk membakar kelambu adalah bodoh.

Pada saya Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun.

Sesudah rumah siap baru dia mendekati PKR. Itupun selepas dipecat dari Umno. Beliau menggunakan alasan Umno korup, tidak demokratik maka beliau 'keluar' dari Umno. Betulkah? Hati yang tenang dan jiwa yang mulia dapat mengukur sejauh mana dakwaan itu. Saya percaya kalau beliau keluar dengan cara dipecat itu, kerana beliau tidak ada peluang berada dalam Umno. Jalannya dalam Umno untuk menuju ke Putrajaya sudah tertutup. Saya yakin kalau beliau PM beliau akan kekal dalam Umno dan sedia hanyut bersama noda dan dosanya asalnya dia berkuasa.

Zaid telah menyerlahkan nafsunya untuk jadi perdana menteri. Itu tidak menjadi masalah, setiap orang menyertai politik inginkan jawatan itu. Tetapi jangan cuba naik dengan memperalatkan orang lain dan bila gagal menyalahkan orang lain pula. Sebesar ulat dalam tahi pun Zaid tidak menyatakan kesalahan dan kecacatan yang ada kepadanya.

Celaru atau tidak PKR, Anwar, Azmin dan rakan mereka yang lain ternyata bejaya meletakkan PKR ke puncak yang dirundui oleh Zaid. PKR berjaya menawan empat buah negeri bersama Pas dan DAP. Bukankah atas kejayaan itu maka Zaid terkindir-kindir dan terkenyeh-kenyeh untuk memasukinya?

Kerana percaya PKR lebih baik dari Umno itulah maka Zaid hadir untuk menumpang kemudian mengakarkan diri kemudian menguasai diri dalam PKR. Kenapa selepas beliau merasakan hendak kalah dalam pertandingan yang penuh tektikal itu baru nampak yang PKR buruk dan huduh. Tidakkan sepanjang pertandingan itu Zaid juga turut sama melakukan kegiatan yang huduh dan buruk? Cara hanya nampak salah orang dan melindungi salah kita, tidak betul dong.

Hari ini dia buat kenyatan akhbar bersama penyokongnya. Apakah natijah kepada tindakan Zaid itu. Ia sesuatu yang menyedihkan. Baik-baik penyokong itu dulu bersetia dengan PKR, kini sudah berpecah. Penyokong itu akan ikut jejak langkah Zaid. Bukankan Zaid ini sebagai agen pemecah belah?

Saya rasa PKR rela hancur dari melacurkan diri untuk orang seprti Zaid ini. Iya sekali lagi dikatakan kalau Zaid merasakan dia kuat, mulia dan bersih umpama baru jelma dari syurga cubalah tubuh parti sendiri dan ajak sekalian penyokongnya itu. Ingatlah Zaid dan sesiapa pun bahawa kekayaan dan ego tidak akan dapat membeli seorang hamba yang berprinsip dan ikhlas dalam perjuangan. Duit hanya sesuai untuk dihemburkan dalam pesta syaitan saja.

http://msomelayu.blogspot.com/

SEDIH BILA MUSTAFA BANTU ZAID UNTUK `ROBOHKAN RUMAH' HASIL AIR MATA RAKYAT

48 jam tempoh diberi oleh Sdr Mustafa Kamil Ayub, seorang calon Timbalan Presiden PKR yang ditolak oleh ahli-ahli Cabangnya sendiri kepada PKR untuk membatalkan pemilihan PKR yang sedang berjalan. Dakwaannya sama seperti Zaid, iaitu pemilihan yang berjalan sekarang tidak berlaku adil. Aku rasa terlalu lama masa 48 jam itu, bukankah lebih baik kasi masa 1 jam sahaja?

Bukan susah sangat nak batalkan, hanya SU Agung PKR umumkan saja tak sampai pun 3 minit rasanya. Aku pun tak tahu mengapa Sdr Mustafa Kamil mendapat `penyakit' yang sama seperti Zaid. Jika Zaid yang berkelakuan begitu aku tak pelik pasal Zaid ni dari awal lagi berputar-putar cakapnya. Cuba semak balik semua kenyataan Zaid bermula dari beliau diterima masuk dalam PKR sampai sekarang. Sdr Mustafa Kamil ni tokoh harapan aku kalau Azmin tidak dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR, tapi bila tengok perangai beliau sekarang fahamlah aku mengapa beliau tidak dipilih di Cabangnya sendiri.

Sejak semalam dan hari ini, `kenyang perut' media-media pencacai termasuk media yang bawa cerita Zaid minum arak, kaki judi dan sebagainya sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor itu dengan cerita yang keluar dari mulut Zaid dan Sdr Mustafa. Aku kesal Sdr Mustafa boleh hanyut sebegitu jauh angkara nafsu dan kuasa. Aku tidak ralat jika Zaid bersikap demikian kerana latarbelakang Zaid yang kita semua tahu.

Sdr Mustafa Kamil beri tempoh 48 jam kepada parti, jika tidak tindakan tegas akan diambil. Terasa nak ketawa pun ada tetapi lebih kepada simpati aku kat Sdr Mustafa. Cara percakapannya tidak langsung melambangkan beliau orang lama di dalam PKR. Bagaikan seorang `Presiden' lagak cakapnya sampai memberi `ugutan' akan mengambil tindakan tegas. Hebat Sdr Mustafa sekarang ini.

Maka, berkumpullah Sdr Mustafa di rumah Zaid menandakan `persahabatan' terjalin untuk sama-sama musnahkan `rumah' yang dibina dari air mata rakyat.
Tidak hairan jika Zaid yang ingin musnahkan `rumah' yang kita bina dengan berbagai dugaan dan rintangan sekian lama kerana Zaid baru saja `basuh kaki' masuk ke `rumah' kita itu. Peduli apa dia mahu runtuh atau terbakar `rumah' itu. Tapi, tergamak Sdr Mustafa ikut sekali? Bukankah beliau juga sama-sama bersusah payah bersama Azmin dan ramai lagi untuk membina `rumah' ini? /wfauzdin.blogspot.com

SIAPALAH DATO ZAID NI KAN... - PROF DR AZIZ

Aziz Bari: Politik Apa Yang Zaid Mainkan?

Dari TVSelangor

Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh Remove Formatting from selectionsewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah.

“Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal,” ujar Aziz.

Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.

Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah.

“Sebagai seorang yang kononnya komited dengan perjuangan mendemokrasikan Malaysia baru, dia tidak sepatutnya mengambil jalan ini kerana ini akan menjadi bahan kepada musuh-musuh atau mereka yang tidak mahu berubah ini.

“Jadi saya rasa Zaid telah tersilap besar dan dia dengan tidak semena-mena menyediakan peluru untuk mereka yang tidak suka demokrasi, yang tidak suka pembaharuan Malaysia,” tambah Aziz lagi.

Selepas membuat keputusan mengejut semalam dengan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri dari pemilihan PKR, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini, turut mengecam supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berundur dari parti.

Ia turut mengundang reaksi dari Aziz.

“Siapa dia untuk menyuruh orang lain keluar. Dia boleh kata begitu sebagai seorang ahli parti tetapi saya fikir satu perkara yang lucu lah apa yang dia minta itu. Orang akan kata, siapa Zaid untuk menyuruh Datuk Seri Anwar keluar dari parti.

“Datuk Zaid kena tahu siapa dia. Jangan semberono, main hentam sahaja. Apa yang berlaku ini pun tidak begitu ceria untuk masa depan dia dalam politik,” kata Aziz lagi.

Tambah Aziz, walaupun beliau tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti itu, namun beliau percaya, bahawa setiap ahli parti mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak goyah ketika berhadapan dengan masalah.

Dalam nada sinis, Aziz seolah-olah memberi peringatan kepada Zaid agar kembali merenung matlamat asal pemimpin itu.

“Saya rasa kita sepatutnya tidak lupa dengan gambar besar untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah, daripada penipuan,daripada tekanan, daripada ISA dan sebagainya. Dan saya rasa, apa yang Zaid lakukan hari ini, ialah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang disebut sewaktu meninggalkan Umno.

“Sepatutnya sebagai seorang yang komited dengan parti dan perjuangan, dia semestinya tidak buat begitu,” jelasnya kepada Tv Selangor.

Bahkan menurut Aziz, tindakan seumpana itu menjadikan Zaid tidak ada bedanya dengan mereka yang keluar dari PKR kerana tidak mempunyai semangat juang dan matlamat yang jelas dalam parti.

Malah ujarnya, tindakan kurang bijaksana Zaid itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada parti melainkan kepada diri beliau sendiri.

” Dalam jangka masa panjang saya rasa tidak ada apa-apa. Sedangkan orang seperti Datuk Onn Jaafar dan orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah sekalipun, tidak jadi apa setelah meninggalkan parti mereka, jadi siapalah Datuk Zaid ini kan…. Saya tidak fikir apa yang dilakukan beliau mendatangkan masalah pada parti. Saya rasa yang menerima risiko negatif itu dia sendiri,” katanya./TVSelangor

Selasa, 9 November 2010

TAHNIAH CHEGU BARD, TAKZIAH BUAT ZAID

Chegubard dan Shamsul serta Azmin sepentas di Sepang Selangor.

Semalam Chegubard dijemput oleh Ketua Cabang Sepang Hj Borhan dalam satu program memperkenalkan calon.

Semasa sharphooter bersama Chegubard dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sampai di Sepang, YB Zuraidah sedang memberi ucapan diikuti dengan YB Xavier.

Selepas itu Shamsul Iskandar memberi ucapan dan menceritakan mengapa beliau memilih untuk bertanding mempertahankan jawatan Ketua AMK sedangkan pada awalnya beliau telah menyatakan hasratnya untuk bertanding Naib Presiden.

Soal U-Turn tidak timbul katanya tetapi saya berada di T-Junction. Ke kiri Naib Presiden ke kanan Ketua AMK dan akhirnya saya memilih ke kanan. Beliau cuma merayu agar diberi peluang sepenggal lagi untuk memimpin AMK kerana mahu memperbetulkan AMK yang agak lesu.

Kemudian Chegbard pula memberi ucapan selepas Shamsul Iskandar. Chegubard menerangkan misi dan visi "Penerus Perjuangan Reformasi"

Ternyata agenda misi dan visi yang dibawa oleh Chegubard mendapat sambutan dan tepukan gemuruh terutamanya tentang Ketua AMK Negeri yang akan dipilih melalui Kongres Peringkat Negeri bukan lagi seperti sekarang yang dipilih oleh Ketua AMK Pusat.

"Biar anak muda Selangor yang memilih siapa Ketua AMK Selangor, biar anak muda Sabah yang memilih siapa Ketua AMK Sabah, kita mahu suburkan demokrasi seluas mungkin" kata Chegubard dengan penuh semangat disambut tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir.

Ini adalah satu budaya dan cara kempen yang sihat di mana semua calon boleh berada di satu pentas. Inilah jiwa besar anak muda bernama Chegubard yang sudi hadir bila dijemput oleh Ketua Cabang Sepang walaupun semalam sebenarnya adalah team Azmin Ali yang berkempen.

Chegubard difitnah kononnya menerima RM400 ribu dari Zaid Ibrahim. Sharpshooter amat sedih bila tuduhan liar serta fitnah dilemparkan kepada Chegubard. Fitnah juga dilemparkan kepada Chegubard kononnya memberi RM30 kepada setiap AMK yang mengundi. Tak masuk akal fitnah tersebut. Kereta Chegubard pun sudah tiga bulan tak bayar. Itulah fitnah paling kotor yang dilemparkan kepada Chegubard.

Chegubard masih menanti surat jawapan Shamsul Iskandar tentang debat AMK. Chegubard juga semalam seharian telah menenangkan seluruh AMK termasuk dari Sabah melalui telefon. Inilah insan bernama Chegubard yang jiwanya amat sayangkan Parti Keadilan Rakyat dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang mahu hancurkan parti yang telah dibina bersama sejak 12 tahun yang lalu.

Chegubard juga akan mengadakan himpunan anak muda "SELAMATKAN KEADILAN" di Dewan Perniagaan Cina Selangor esok 11 November 2010 jam 9.00 malam. Nurul Izzah turut akan hadir bersama termasuk AMK dari Sabah. Ayuh anak muda kita hadir beramai-ramai./SharpShooter (lihat klip video kempen Chegu Bard)

ZAID SERLAHKAN KELEMAHANNYA, MEMANG WAJAR BELIAU DITOLAK

Apabila aku membaca satu artikel sahabat berkaitan penarikan diri Zaid di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR di sini, aku tertarik dengan ulasan oleh pengunjung blog tersebut.

Di sini aku siarkan kembali ulasan dan pendapat mereka;

Ulasan Pengunjung:
otaklunyai, November 8, 2010 9:25 AM


Itu sebabnya tidak keterlaluan jika kita mengatakan dalam 26 juta rakyat malaysia hanya ada segelintir sahaja manusia yang berjiwa pejuang seperti Anuar Ibrahim... Zaid kena faham bahawa sumbangan orang2 berilmu sepertinya amat diperlukan dalam perjuangan Pakatan yang baru berusia setahun jagung. Memang banyak masalah yang perlu diperbetulkan dalam Pakatan Remove Formatting from selectionkerana Zaid kena faham bahawa orang2 yang didalam Pakatan itu sendiri adalah orang2 yang telah dididik secara songsang dalam berpolitik oleh umgok termasuk beliau sendiri. Jadi kalau zaid mengharapkan sesuatu yang drastik dari Pakatan dengan segala macam pengkhianatan dan sabotaj dari umgok laknatullah beliau silap. Beliau bukanlah seorang yang berperinsip atau fahan dengan apa yang diperjuangkan.. beliau sebenarnya masih lagi tidak ikhlas 100% dalam perjuangan dan mungkin dalam hati kecil zaid, beliau masih lagi berharap sesuatu yang peribadi dalam perjuangannya biarpun dalam bentuk sanjungan atau pujian dari ahli parti.

Zaid sepatutnya berfikir dengan ilmu yang ada padanya bagaimana untuk mengatasi masalah dalam Pakatan yang mana beliau sendiri sedar dan tahu masalah yang melanda itu seperti yang beliau sebutkan.

Susahlah kalau semua pemimpin nak merajuk... senang sangat nak berasa hati dan kecil hati bila sesuatu perkara berlaku tidak mengikut apa yang diharapkan. Beliau sepatutnya memandu dan merancang hasil untuk beliau dan Pakatan perolehi dalam konteks rakyat.
Ini sikit2 merajuk, sikit2 merajuk dan cari publisiti, buat kenyataan keluar parti, tetapi dalam masa yang sama buat kenyataan akan terus berjuang demi perinsip. Ini semua kata2 kekecewaan dari seorang pejuang yang telah putus asa yang akan merosakkan orang lain. Zaid telah membuka peluang kepada musuh Pakatan untuk bertindak dan dalam masa yang sama zaid dapat memuaskan hati dan melepaskan sakit hatinya melalui cara itu... tanyalah hati kecil sendiri zaid.. betulkan... kamu lemah zaid.

Zaid pun nampaknya mempunyai mentaliti yang setaraf dengan rakyat biasa... mungkin sedikit atas tetapi tidak cukup untuk membawa aspirasi perjuangan untuk menentang kezaliman yang telah bertapak dalam negara ini selama 53 tahun.

berfikirlah guna otak yang Allah beri bukannya guna kepala lutut wahai Zaid Ibni Ibrahim..

Hanya perjuangan kerana Allah S.W.T dan AgamaNya sahaja mampu bertahan kerana perjuang itu diasaskan oleh Keimanan kepada Allah S.W.T. bukan kerana manusia dan nafsu sendiri.. ALLAH HUAKBAR!!!

Anonymous, November 8, 2010 9:57 AM

kesetiaan paling utama....tengok zaid baru setahun jadi ahli nak bertanding ..post timbalan pulak tu...jadi penyelaras dah la....cara zaid berpolitik takdak satu parti pun yg sejiwa dgnnya...parti kena ikut dia...bukan dia yg kena ikut parti ..payah la...LANGSUNG X MUSTAHIL KALAU DIA MENANG NO.2 NI...DIA BILA2 BOLEH UMUM KELUAR PKR..ahli2 pkr tau perangai zaid...bila2 dia ni boleh merajuk..faktor ini yg takde langsung pada azmin....mcmna pun dah terbukti kestiaan azmin pada dsai n pkr..takda org boleh pertikai....tak azmin ,mustafa kamil ayub pun lebih setia berbatu2 jauhnya dari zaid...

RUPANYA ADA 6 KES SAHAJA, KECOH SAMPAI MERAJUK DAN UGUT PARTI

Terperanjat aku bila membaca kenyataan dari SU Agung PKR di dalam sidang medianya petang tadi. Di dalam kecoh-kecoh pasal pemilihan pimpinan PKR, kununnya terlalu banyak aduan salah laku, ketidak adilan di dalam PKR, rupa-rupanya hanya ada 6 kes yang diadu secara rasmi.

Mati-mati aku ingat beribu atau setidak-tidaknya berpuluh aduan telah dibuat sehinggakan sampai Zaid Ibrahim berundur dari gelanggang dan Sdr Mustafa Kamil sampai mengugut parti. Berbaloikah dengan 6 kes ini untuk menyebut PKR gagal berlaku adil. 6 kes itu pun belum tentu betul atau tidak. Mana dia kes-kes yang lain? Atau sememang tiada kes, sekadar cerita dari si `tukang karut' yang dipercayai oleh Zaid dan Mustafa?

Nampaknya Zaid tertipu dengan `tukang karut'nya. Mungkin Zaid merasa semua salah laku itu telah dibawa ke pengetahuan parti dan parti tidak mengambil tindakan. Rupa-rupanya ada 6 kes sahaja. Lepas ini, Zaid yang tidak pernah merasa orang lain betul ini akan mendakwa bahawa SU Agung PKR telah sorokkan lain-lain laporan yang telah dimajukan ke pihak parti. Aku rasa Zaid atau Mustafa akan cakap begitu. Habis macam mana?

Lojikkah dengan 6 kes yang belum tentu benar atau tidak ini maka parti mesti membuat pemilihan semula? Buat pemilihan biar sampai seribu kali sehinggalah Zaid atau Mustafa boleh kalahkan Azmin? Berpijaklah di bumi nyata. Terimalah hakikat, jangan mudah dengar cakap orang lain. Mungkin ada kawan yang mahu kita lingkup.

PKR wajib siasat 6 kes tersebut dengan adil. Itu penting. Jika telah berlaku adil, masih ada yang tidak puas hati, biarlah dia meroyan sendiri. Buang masa layan orang gila kuasa seperti itu./wfauzdin.blogspot.com