RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 21 Mac 2011

TUAH DI P.PINANG, MALANG DI JELEBU

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan KM P.Pinang, Lim Guan Eng yang menyebut bahawa seluruh Negeri P.Pinang akan dibekalkan dengan WIFI percuma termasuk di beberapa kawasan yang diwakili oleh Wakil Rakyat dari Bn, sekaligus menafikan berita karut yang disiarkan oleh media pencacai yang menyebut kununnya hanya kawasan diwakili oleh PR sahaja yang memperolehi perkhidmatan tersebut.

Berita gembira yang seringkali dibawa oleh Lim Guan Eng kepada seluruh rakyat P.Pinang nampaknya sekali lagi membuat saya anak jati Jelebu menggigit jari. Masakan tidak, kawasan Jelebu diwakili oleh seorang Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi dan Penerangan serta budaya, tetapi selaku MP Jelebu anak Yatim ini seperti tidak terasa betapa Jelebu amat jauh ketinggalan dari segi komunikasi. Mungkin beliau lebih berminat menjaga `budaya' terutamanya `budaya menipu dan putar belit'. Sudahlah di Jelebu perkhidmatan bas boleh dikatakan tiada, perkhidmatan 3G di kawasan saya pun tiada, jangan disebut pasal WIFI percuma. Jika Lim Guan Eng boleh memberikan WIFI percuma kepada seluruh negeri P.Pinang, sukar buat anak Yatim ini untuk memberikan WIFI percuma untuk kawasan Jelebu sahaja.

Anak Yatim ini hanya berjanji untuk memberikan WIFI percuma jika ada pilihanraya kecil sahaja. Itu pun belum tentu dapat, sebagai contoh di Bagan Pinang seperti yang pernah dijanjikan sewaktu pilihanraya kecil di situ. Di Dun Galas, Gua Musang pun begitu termasuk juga baru-baru ini di Kerdau. Ini lah mentaliti yang ada pada anak Yatim yang penduduk Jelebu semakin bosan dengannya. Beliau sedikit pun tidak malu dengan Lim Guan Eng yang terus mengutamakan rakyat walaupun tiada pilihanraya kecil di negeri tersebut.

Rakyat seharusnya berfikir dengan lebih bijak lagi, parti manakah yang benar-benar jujur membela nasib rakyat. Kenyataan Lim Guan Eng yang menyebut, "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," adalah satu pendirian yang pemimpin-pemimpin Umno boleh belajar. Jangan jadikan rakyat hamba abdi dan pak turut atau pun dipelihara seperti `ayam daging' yang diberi makan dengan kenyang, bila gemuk ianya disembelih./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 20 Mac 2011

Faekah: UMNO tersepit lidah pula bercabang

| Mar 19, 2011

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan dan adu domba yang mereka lakukan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran. Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan. Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi tercengang-cengang. Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Apakah sebenarnya pendirian UMNO? Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

Jawapan saya mudah. UMNO terdesak. Dalam keadaan terdesak manusia golongan ini akan tega menggadaikan apa sahaja walau maruah dan jati diri. Inikan pula satu pandangan dangkal yang hanya bermatlamatkan politik seperti penggunaan kalimah Allah secara eksklusif.Justeru, kita tidak hairan apabila melihat sikap flip-flop pemimpin UMNO ini. Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi pilihan raya dan bukannya atas dasar dan kepercayaan tulus.

Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO yang sebelum ini begitu lancang membantah penggunaan kalimah ALLAH? Mengapa mereka tidak pula bangkit menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan kitab itu diedarkan di negara ini?

GAPS dan PERKASA turut tersentap umpama tertelan biji salak.Hari ini rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam sekali lagi dapat menilai wajah sebenar pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan diri dan politik; bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhannya. Sebaliknya, pemimpin PAS dan KEADILAN telah menyatakan pendirian yang hampir sama dengan isu penggunaan kalimah ALLAH.*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor./MerdekaReview

KES FITNAH LIWAT DS ANWAR - BENARKAH PENDEDAHAN PAHANG DAILY INI ?

Misteri Panas, Si Saiful Bukhari Ada Wahyu Najib Dan Sanggup 'Terima Takdir' Dirinya Jadi Mangsa Liwat Setelah Tiga Bulan Dapat Tekanan Di HKL !!

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sudah memasuki fasa-fasa terakhir sekarang ini. Banyak pihak yang mula membuat berbagai telahan berkenaan keputusan yang akan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berhubung kes itu nanti.

Rata-rata menjangkakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pasti akan berhadapan dengan laluan sukar untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan yang maha dasyat ini. Apatah lagi kini beliau cuba diperangkap dengan isu DNA untuk membuktikan kononnya dia adalah "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan itu.

Namun, apakah kesudahan kisah ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Malah, ada yang berangapan amatlah tidak wajar pihak mahkamah menggunakan kuasanya untuk memaksa Anwar memberikan DNA beliau, memandangkan DNA yang diambil ketika dalam kes liwat I dulu masih boleh digunakan jika mereka mahukannya. Soalnya, kenapa DNA "lama" tidak mahu dirujuk bagi membuktikan misteri ini?.

Sewajarnya mahkamah merujuk kepada pihak yang berkaitan jika mahukan satu keadilan. Namun ini tidak berlaku, mereka seboleh-bolehnya mahukan juga DNA terbaru Anwar. Apakah ada muslihat disebalik desakan ini, kerana sebagai tertuduh Anwar ada hak untuk mempertahankan dirinya. Apa akan berlaku jika DNA tersebut dimanipulasi oleh pihak berkenaan untuk disamakan dengan DNA "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan?. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sekarang. Memang mudah bagi para penyokong UMNO BN untuk mengadakan demonstrasi untuk desak Anwar serahkan DNAnya.

Takut Manipulasi Punca Anwar Enggan Beri DNA

Kononnya mantan TPM itu tidak berani memberikan DNA tersebut kerana tahu beliau memang bersalah. Namun mereka tidak pula terfikir bahawa keenganan itu dek kerana Anwar takut pihak berkenaan memerangkap beliau dalam kes ini.

Malah, Anwar sendiri pernah berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis. “DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini,” dakwa Anwar.

Sepatutnya perkara seperti ini diserahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskannya. Bukan dengan mengadakan demonstrasi bagi meraih sokongan sebilangan kecil rakyat agar mempercayai kes ini. Namun, seolah-olah ada percubaan oleh pihak berkenaan untuk memaksa rakyat supaya percaya bahawa Saiful Bukhari Azlan sememangnya menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Justeru itulah, sokongan rakyat diperlukan tanpa berpandukan fakta sepatutnya.

Misteri Bermula Ketika Si Saiful Mengadu Ke HKL

Ini pula info terbaru dan panas yang tidak pernah didedahkan dalam mana-mana laman blog atau pun saksi-saksi kes liwat II di mahkamah. Ia berkaitan dengan perjalanan sebelum kes ini digemparkan oleh Saiful Bukhari dulu.

Mungkin versi ceritanya agak berbeza, namun ramai kakitangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lebih mengetahui kebenarannya. Cuma mereka agak takut untuk bersuara lantaran tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak yang berkenaan. Namun, atas dasar tidak mahu ada manusia dizalimi secara berterusan oleh pihak terbabit maka kami terpaksa membongkarkan apa yang berlaku biar pun cuba dinafikan.

Semasa memberitahu mahkamah pada 3 Feb 2010 dulu, Saiful ada mengatakan selepas penat kerana telah pergi ke dua buah hospital sebelum itu, dia telah ke Hospital Kuala Lumpur dan membuat pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang doktor lelaki. Pengakuan tersebut menyebabkan doktor berketurunan India bernama Dr. Daniel yang berada disitu terkejut. Ekoran pengakuan itu, doktor yang berada di wad pesakit luar hospital berkenaan telah menulis satu nota dan mengarahkan bekas pembantu peribadi Anwar itu untuk ke wad kecemasan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) HKL.

Dia yang tiba di unit pesakit luar hospital berkenaan kira-kira pukul 3 petang terpaksa menunggu sehingga pukul 9 malam sebelum diperiksa di OSCC. Sebelum diperiksa, seorang doktor yang datang menemui Saiful di wad berkenaan telah menasihatinya untuk membuat laporan polis kerana tanpa laporan tersebut, pemeriksaan rapi akibat diliwat tidak boleh dijalankan. Anehnya dia sudah buat laporan ketika polis dan mengaku sudah ada saksi kesnya.

HKL Kecoh Gara-Gara Si Saiful Ada Wahyu TPM

Apa yang menggemparkan berlaku ketika Saiful tiba di kaunter wad pesakit luar HKL ketika itu?. Semua ini tidak didedahkan oleh saksi-saksi kes berkenaan sebenarnya. Namun, difahamkan ketika tiba di kaunter pertanyaan terbabit terdapat beberapa orang kakitangan HKL yang berada disitu. Mereka terkejut apabila Saiful mengaku diliwat dan menyatakan beliau diarahkan oleh Najib Razak (ketika itu TPM) supaya membuat laporan perubatan disitu.

Ketika ditanya apakah dia sudah membuat laporan polis berkenaan perkara itu, Saiful khabarnya mengaku laporan polis dan saksi-saksi semuanya sudah lengkap. Malah beliau dengan "berlagak" seolah-olah tidak "seperti mangsa liwat" berkali-kali mengatakan beliau datang ke situ atas arahan Najib. Akibat terkejut dengan pengakuan itu, kakitangan HKL yang berada disitu termasuk beberapa orang jururawat terpinga-pinga untuk mempercayai atau tidak. Kekecohan berlaku di HKL hingga menyebabkan Pengarah HKL sendiri, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (foto) terpaksa turun untuk meredakan keadaan pada malam tersebut. Masing-masing kecoh kerana terpaksa membuat pemeriksaan yang rapi terhadap "Saiful Bukhari" gara-gara beliau mendapat "wahyu" daripada TPM Najib Razak ketika itu.


HKL kecoh gara-gara Saiful kata ada wahyu Najib ketika buat laporan

Senario yang berlaku di HKL pada malam itu adalah sesuatu yang amat mendukacitakan ramai kakitangannya. Malah mereka mula tertanya-tanya siapakah Saiful hingga boleh mendapat "wahyu Najib" gara-gara mengaku dirinya diliwat. Mereka juga terkejut apabila Saiful melangkaui prosiding laporan perubatan apabila mengaku beliau sudah lengkap segalanya termasuk laporan polis dan juga saksi-saksi kes berkenaan.

Maknanya disini, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dan memang ada satu perancangan jahat untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat II ini sebenarnya. Rata-rata kakitangan HKL yang tahu akan hal ini hairan kerana Saiful tidak sedikit pun menggambarkan dirinya "mangsa liwat" ketika membuat laporan. Apa yang jelas mereka yakin dan pasti ini adalah satu konspirasi sebenarnya, makanya rakyat perlu bertahan untuk terima kenyataan memang ada benda yang tidak kena dalam kes liwat II ini./Pahang Daily

Sabtu, 19 Mac 2011

FITNAH LIWAT - BENARKAH MEREKA AKAN YAKIN JIKA ANWAR BERSUMPAH ?


Tuntutan Sumpah Laknat : Anwar perlu tau mengapa?

Oleh: anak_muar

"Dari tahun 1998 apabila dakwaan salah laku seks liwat terhadap Dato seri Anwar Ibrahim mula timbul hingga membawa kepada pemecatan beliau dari UMNO dan kerajaan,desakan dan cabaran supaya beliau bersumpah dengan nama Allah SWT menafikan tuduhan tersebut telah pun kedengaran dari pihak UMNO ketika itu.

Seingat 13 tahun dahulu Dato Ibrahim Ali yang ketika itu berjawatan MT UMNO meminta supaya Anwar Ibrahim bersumpah dan beliau akan membela Anwar sekiranya Anwar bersumpah namun apabila Anwar melafazkan sumpah di satu ceramah di Batu Pahat tiada pula seorangpun pemimpin UMNO membelanya ketika itu.

Walaupun sudah bersumpah ketika itu Anwar tetap dihadapkan ke makamah dan didakwa seterusnya menerima hukuman atas kesalahan meliwat dengan masuk penjara selama 6 tahun.Namun 2004 di era zaman PM Pak Lah Anwar telah dibebaskan oleh makamah terhadap rayuan beliau.Ini bermakna jelas Anwar tidak bersalah sama sekali atas dakwaan meliwat.Namun di pihak yang memusuhinya khusus UMNO tetap mendakwa bahawa Anwar memang seorang peliwat.

Ketika itu sejumlah besar pemikiran orang Melayu kebanyakkan mula berubah serta yakin bahawa Anwar tidak bersalah dan memang beliau dianiaya dan difitnah oleh pihak tertentu.Bermulalah kemunculan Anwar kembali ke arena politik negara yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Pemimpin Melayu yang dilihat berani dan berkarisma ini akan menggegarkan semula lanskap politik negara.

Malangnya tuduhan liwat ini muncul semula pada tahun Jun 2008 dan dalam tahun yang sama juga UMNO-BN mengalami prestasi terburuk dalam PRU-12 apabila mengalami kekalahan teruk iaitu gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi parlimen dan kehilangan 5 buah negeri yang jatuh ke tangan gabungan PAS.DAP dan PKR yang kite dijenamakan sebagai Pakatan Rakyat PR.

Anwar dituduh meliwat pekerjanya sendiri iaitu Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di ibu negara.Sekali lagi negara dan juga dunia digemparkan dengan isu dakwaan liwat 2 ini.Ia menjadikan satu berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysua khususnya orang Melayu/Islam.Bagi pihak Anwar, beliau mendakwa bahawa dakwaan ini direkacipta bagi menghalangnya bertanding PRK apabila tempoh larangan bertanding tamat.

Lagi mengejutkan apabila sehari sebelum hari pengundian PRK Permatang Pauh diadakan Saiful Bukhari Azlan telah melakukan sumpah laknat dengan menggunakan nama Allah serta memegang Al-Quran di dalam masjid di ibu negara bagi meyakinkan bahawa kejadian liwat terhadap dirinya memang benar berlaku.Orang Melayu/Islam menjadi kebingunggan dengan sumpah laknat yang dilakukan oleh si penuduh ini.Para ahli ulama juga menjadi mangsa keadaan dalam memberikan pandangan samada sumpah tersebut sah atau tidak dan adakan ia mengikut tuntutan Islam.Alim ulama juga bertentangan pendapat dalam isu sumpah laknat ini.

Namun di pihak UMNO mereka sudah tentunya percaya dan yakin sumpah Saiful itu benar dan menepati tuntutan Islam dan wajib percaya Anwar memang meliwat Saiful.Maka cabar mencabar pon berlakulah sehingga ke hari ini mendesak supaya Anwar bersumpah laknat bagi menafikan bahawa beliau tidak bersalah.Namun Anwar dilihat tidak melayannya desakan-desakan tersebut dan menggunakan fatwa pengerusi ulama sedunia yang juga sahabat karib beliau iaitu Dr Yusuf Al Qardawi bahawa tiada keperluan untuk Anwar bersumpah.

Walaupun Anwar menolak desakan bersumpah namun beliau telah membawa kes ini di ke makamah syariah dan mendakwaSaiful pula di bawah undang-undang kazaf.Yangmenjadi pelik ia telah ditolak pula oleh pihak kerajaan walaupun ia jelas boleh dibicarakan dan kebetulan kedua-kedua mereka adalah Islam.Tetapi ia bulat-bulat di tolak oleh UMNO dan hanya tertumpu pada sumpah yang dilakuakn Saiful dan masih mahukan Anwar juga bersumpah.Dikalangan pemimpin UMNO sehingga kini mahukan beliau bersumpah bagi membersihkan nama beliau.

Di sini Anwar selaku yang dituduh serta pemimpin Melayu Islam dalam PR perlu mengetahui akan sikap sejumlah pemikiran orang Melayu yang menganggap sumpah ini satu perkara yang berat tidak tidak boleh dipermainkan.Pada mereka jika seseorang itu bersumpah dalam menyatakan kebenaran di pihaknya maka dia perlu dipercayai walaupun tiada kesahihan bahawa orang yang bersumpah itu benar-benar jujur.

Dalam masyarakat Melayu sumpah ini memang menjadi tradisi dan pegangan sehinggakan ia salah satu penyebab pemikiran sejumlah Melayu itu masih sempit dan mundur dalam menilai sesuatu perkara yang benar atau salah.Orang Melayu memang gemar bersumpah dalam menyelesaikan sesuatu krisis samada dalam masyarakat mahun hal dalam keluarga.Jadi bagi orang Melayu orang yang sumpah laknat ini wajib dipercayai dan tidak perlu lagi diselidik samada dia benar atau salah dan itulah sumpah itu dijadikan mainan serta kesempatan dalam mengelakkan menghadapi hukuman atas kelsalahan yang dilakukan.

Oleh itu isu sumpah ini menjadi satu cabaran besar bagi Anwar dan pemimpin Islam PR dalam menjelaskan bahawa bagaimana sumpah itu dilakukan dan pada keadaan mana ia boleh digunakan mengikut kehendak dan tuntutan Islam.Kerana jelas pemikiran sejumlah umat Melayu telah dimanipulasi dengan cerita sumpah laknat ini tanpa mencari bukti-bukti serta nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam mencari satu jalan penyelesaian apabila berhadapan dalam masalah tuduh-menuduh dalam maksiat ataupun jenayat. Yang jelas sumpah laknat bukanlah menjadi keutamaan.Salah atau betul bukan persoalannya tetapi jelas nama Allah itu sedang dipermainkan.

Persoalannya adakah jika Anwar melakukan sumpah laknat akan menjadikan kes liwat yang sedang dibicarakan sekarang akan dibatalkan dan adakah para pemimpin UMNO yang mendesakan beliau bersumpah akan membela Anwar sekiranya Anwar bersumpah?Rumusannya desakan tersebut dilihat satu sikap kebodohan dan bermotifkan politik yang hilang pertimbangan oleh si pencabar ini.

Jika kita mengamati dari sudut ilimiah berkenaan isu sumpah ini ia akan lebih memburukkan keadaan dan seperti nama Allah SWT mudah dipermainkan dalam menafikan sesuatu dakwaan maksiat atau jenayah.Yang jelas orang bukan Islam dilihat menjadi keliru akan isu sumpah ini dengan menganggap dalam Islam amat mudah untuk menafikan kesalahan dengan hanya menyebut nama Allah maka seseorang itu akan tidak bersalah.Secara tidak langsung persepsi orang bukan Islam terhadap Islam akan menjadi negatif dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.Adakah mereka yang mendesak Anwar bersumpah memikirkan akal hal ini?

Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mungkin tahu atau mempunyai ilmu pengtahuan yang lebih tentang perkara sumpah laknat serta kandungan hukum-hukumnya haruslah menjelaskan kepada mereka yang agak kurang tau atau memang tiada pengetahuan akan perkara ini.Sumpah bukan perkara mainanan kerana ia bakal mencemarkan nama Islam dengan sendirinya. Apabila umat Islam sendiri kurang arif dalam ilmu pengtahuan berkenaan dengan Islam maka mereka mudah dikelirukan pemikiran mereka apabila berhadapan dengan sesuatu krisis atau konflik.

Pihak-pihak yang berkepentingan memang mencari peluang dalam isu sumpah ini dalam memanipulasi keadaan terhadap pemikiran umat Melayu bawahan terhadap isu sumpah ini.Jadikan isu ini sebagai titik tolak bagi kita untuk berusaha mendalami ilmu pengetahuan tentang Islam.WallAllahuaalam./Tranungkite

Ulasan Blogger:

Jika Anwar bersumpah pun, mereka tuntut DNA pula....Akhir sekali mereka tak perlu buktikan apa-apa sebaliknya Anwar saja yang kena sediakan bukti untuk kerja fitnah mereka. Alibi Anwar hilang ke mana....dan DNA berlainan yang berterabur kat punggung budak tu pun hilang ke mana.... Jenis puak tu takkan puas hati selagi Anwar hidup....



GERTAKAN GOBALA TIDAK MENJADI

Oleh: WFAUZDIN NS

MP Bagan Serai, Gobalakrishnan telah mengemukakan tuntutan mohon maaf terhadap MP Machang, YB Saifuddin Nasution di dalam tempoh 7 hari berkaitan dakwaan Saifuddin kemungkinan Gobala mendapat habuan setelah keluar dari PKR. Sekiranya Saifuddin gagal untuk memohon maaf, beliau akan berhadapan dengan saman berjumlah RM 12 juta.

Gertakan Gobala terhadap Saifuddin nampaknya langsung tidak diendahkan oleh Setiausaha Agung PKR tersebut malahan beliau bersedia untuk berjumpa dengan Gobala di mahkamah. Jawapan rengkas Saifuddin seperti berikut, " “Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti," Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

Sebelum meminta Saifuddin memohon maaf, sewajarnya Gobala terangkan di mana beliau memperolehi wang sebanyak itu. Tetapi Gobala memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah. Mungkin ada harapan buat Gobala menjadi jutawan segera jika memenangi kes ini, atau Gobala akan dibuktikan sebagai pengkhianat rakyat Di Bagan Serai. Apa pun keputusan di mahkamah nanti, yang jelas pengundi-pengundi di Bagan Serai sudah pasti akan menolak beliau di dalam PRU nanti. Sebelum Gobala istiharkan diri keluar dari PKR, saya telah pun menulis bahawa orang ini sedang mencipta alasan untuk keluar parti dan jangkaan saya memang tepat.

Syabas buat Saifuddin yang tegas dengan pendiriannya di dalam isu ini. Pembongkaran hendaklah terus dilakukan terhadap beberapa orang lagi Adun/MP dari PKR yang telah berubah menjadi `spesis katak' ini. Inilah tempoh terakhir mereka berada di kerusi masing-masing sebelum mereka dicampakkan oleh rakyat ke tong sampah./wfauzdin.blogspot.com

USTAZ ISMAIL KAMUS SEMAKIN PULIH

Semoga Allah sembuhkan Ustaz Ismail Kamus..Ini semua Ujian Allah

Di Khabarkan Datuk Ismail Kamus sedang diuji Allah dengan penyakit. Beliau sedang menderita kerana penyakit buah pinggang.

Assalammualaikum! Sahabat , malam Khamis (3/3/2011) saya berpeluang menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz menceritakan tentang rawatan laser yang dia buat ke atas matanya. Dia kelihatan ceria namum agak kurus. Keadaan buah pinggangnya juga beransur baik.



Syukur alhamdulillah, ustaz beransur pulih. Akan tetapi ustaz belum boleh berkuliah ataupun ceramah. Saya fikir untuk sebulan dua ini, tidak ada sebarang program bersama ustaz. Kita doakan supaya ustaz sembuh seperti sediakala. Bersama ini saya sertakan gambar terbaru ustaz untuk tatapan semua.

Malam Rabu (17/3/2011) saya sempat menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz kelihatan ceria dan melayan kami seperti biasa. Namum begitu beliau masih lagi dalam proses rawatan. Alhamdulillah rawatan mata dan buah pinggangnya juga sudah menampakkan kesan positif. Rawatannya memerlukan ustaz berpantang makan. Senarai makanan yang perlu ustaz elakkan sangatlah banyak. Kita doakan ustaz kembali sihat./muslimmall.blogspot

WAWANCARA - APA TERJADI JIKA NIK AZIZ TIADA LAGI DI SITU ?

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 13 Februari 2011 di ibu pejabat PAS, Mujahid Yusof menekankan kepentingan wujudnya institusi Majlis Syura, malah jawatan Mursyidul Am dalam struktur organisai PAS. Bagaimanapun, penulis buku "Menuju PAS Baru- Krisis, Peluang dan Dinamisme" ini enggan/gagal memberi jawapan kepada soalan "andaian" - apakah yang bakal terjadi seandainya Nik Aziz yang berusia 80 tahun ini tidak lagi berada di situ?

Lanjutan senario "Erdogan vs pro-UG"?

MR: Bagaimana YB melihat pemilihan yang bakal berlangsung pada Jun 2011 ini...

Mujahid (celah): Sangat menarik.

MR: Apakah senarionya lanjutan daripada pemilihan pada tahun 2009?

Mujahid: Ya, selalunya dalam mana-mana pemilihan parti, pihak yang kalah tidak akan diam. Dia akan meneruskan usaha-usaha untuk memastikan bahawa dia dapat bertapak. Jadi bagi saya, apa yang berlaku pada tahun 2009 akan terus berlaku pada tahun 2011.

MR: Tapi adakah senarionya akan berubah selepas dua tahun?

Mujahid: Senario tidak akan berubah. Malah perkembangan yang berlaku di sekeliling ini memberikan lagi satu keperluan kepada PAS untuk melakukan satu perubahan yang lebih mendasar, satu perubahan yangg lebih meyakinkan orang ramai.

Orang nombor dua

MR: Jadi bagaimana dalaman PAS menilai prestasi Timbalan Presiden? Dalam buku tulisan YB, Timbalan Presiden kini dikatakan tidak begitu berkesan untuk membantu Presiden.

Mujahid: Itulah persepsi awam dalam PAS. Saya tidak tahu sejauh manakah dominannya pandangan ini, tetapi terdapat kata-kata sedemikian mengenai orang nombor dua ini. Lagipun saya tidak berhak untuk berkata lebih daripada itu. Anda kena bertanya kepada dia sendiri.

MR: Apakah batasan-batasan, yang mungkin dihadapi beliau (Nasharuddin Mat Isa, gambar kanan) dalam hal ini? Sudah lama beliau menyandang jawatan Timbalan Presiden (sejak tahun 2005). Kami melihat beliau melakukan sedikit sebanyak usaha dalam memperbaiki persepsi umum terhadap PAS, rebranding, sebelum tsunami politik.

Mujahid: Tidak, saya rasa apa yang saya katakan hanyalah fikiran (a pure thought of mind). Saya rasa untuk berlaku adil, setiap orang mempunyai sumbangannya. Dan saya rasa beliau telah melakukan sesuatu yang baik, untuk menunjukkan bahawa PAS mempunyai orang yang bijak, muda untuk memimpin. Saya rasa itu tidak dinafikan.

Tetapi selalunya saya rasa orang PAS ni bijak memilih. Dia tengok performance macam mana. Jadi saya rasa orang PAS ini akan membuat penilaian, penilaian secara terbuka, tanpa ragu-ragu. Malah mereka mungkin menyuarakan dengan lantang apa yang terpendam dalam hati, melalui undi mereka.

Nik Aziz vs Hadi Awang?

MR: Bagaimana kalau saya katakan bahawa ini adalah pertembungan antara Nik Aziz dengan Hadi Awang, di mana seorangnya (Nik Aziz) diwakili Husam Musa, dan seorang lagi (Hadi Awang) diwakili Nasharuddin Mat Isa?

Mujahid: Bergantung kepada bagaimana kamu menafsirkannya-lah! Kerana dalam PAS sebenarnya tidak ada apa yang orang kata... Nik Aziz tidak pernah campur tangan, (dalam hal) siapa dalam senarai, siapa tidak berada dalam senarai. Hadi pun tidak pernah campur tangan.

MR: Tidak pernah?

Mujahid: Sebagaimana yang saya tahu. Saya tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Tapi yang kita tahu, asalnya memang begitu. Kita tak pernah letakkan kamu begitu... ini senarai aku, itu senarai aku. Kalau ada pun itu under current yang saya tak tahu siapa yang mewakilinya.

Tapi mungkin kalau kamu meneliti dari pemikirannya, Nik Aziz macam ini punya pemikirannya, Hadi macam ini punya pemikiran, kemudian kamu mungkin mentafsir - ini senarai Hadi, ini senarai Nik Aziz. Jadi, ini bukan berkaitan dengan Nik Aziz dengan Hadi, tetapi lebih kepada pemikiran (thinking), yang reform dengan yang konservatif.

MR: Kalau saya katakan bahawa generasi pemimpin PAS lapisan kedua ini, misalnya Husam Musa, beliau lebih bergantung kepada ketokohan ataupun kewibawaan Nik Aziz. Begitu juga dengan Nasharuddin yang bergantung kepada Hadi Awang. Seandainya apa-apa berlaku kepada kedua-dua orang pemimpin ini... Kalaulah, seandainya Tok Guru Nik Aziz sudah tidak berada di situ, mungkin tak puak ini, atau sekta ini tidak lagi mendapat sokongan dalam parti?

Mujahid: Inilah saya kata, saya sendiri tidak berani nak mengiakan keadaan itu. Tapi selama yang saya ketahui, kalaupun Nik Aziz membuat apa-apa kenyataan, baikpun Hadi, mereka membuat kenyataan itu di atas kapasiti mereka sebagai jawatan yang ada, bukan sebagai pelobi kepada sesiapa. Kalau adapun orang ramai mahu menganggap demikian, kita tidak boleh menghalang.

Kerana manusia lebih mudah, dia letakkan kategori supaya dia senang faham. Itulah undercurrent yang berlaku sebenarnya. Adapun nak mengiakan adakah ini sesuatu yang berlaku secara rasmi (officially), saya nak kata ia bukan official, tapi dalam mana-mana parti politi, itu perkara lumrah saya rasa. Saya rasa tidak ada pelik dalam hal ini.

MR: Tapi ia mungkin meletakkan PAS dalam satu keadaan yang bahaya. Maksud saya, puak "Erdogan" terlalu bergantung kepada kewibawaan Nik Aziz. Seandainya apa-apa berlaku pada Tok Guru, mengambil kira usianya yang lanjut, bagaimana keadaannya? Puak "kerajaan perpaduan" mungkin akan mendominasi...

Mujahid: Saya melihat di sebalik fenomena yang saya sebut dalam buku itu, ia tidak semestinya... orang kata satu benda yang absolute truth (kebenaran yang mutlak). Ia hanya satu kajian dan pandangan. Dan bagi saya, di dalam PAS apa yang ada dilabelkan dengan nama erdogan, profesional dan ulamak... itu hanya label-label yang diberi, tapi hakikatnya kalau anda baca dalam buku, saya ada sebut sebenarnya ia adalah pertembungan antara reformis dan konservatif. Ada orang yang mahu conserve, dan ada pula orang yang mahu reform.

Saya ingat dalam mana-mana parti politik, konservatif dan reformis selalunya bertembung. Secara kebetulannya ada pemimpin-pemimpin yang menyokong reform, dan ada yang menyokong konservatif. Maka dijadikan mereka sebagai kononnya tempat bergantung. Tapi bagi saya kita tidak perlu bergantung kepada sesiapa, tetapi bergantung kepada kejelasan kita, apa yang kita nak bawa dalam parti kita.

Seandainya Nik Aziz tidak berada di situ...

MR: Kita lihat dalam isu Kerajaan Perpaduan. Kalau bukan Mursyidul Am Nik Aziz yang berada di situ untuk membantah keras canangan idea tersebut, mungkin sesuatu akan berlaku...

Mujahid: Itulah perlunya ada Mursyidul Am! Biar saya jelaskan kepada kamu. Majlis Syura ini, dia bagi halatuju, dia tengok tak betul, (dia akan ingatkan) come, anda sudah lari (dari landasan). Sebab tu nak jadi Mursyidul Am ini bukan calang-calang orang. Ayah saya ialah Mursyidul Am. Pada masa itu dia ada pandangannya sendiri, beliau menasihat pada benda yang beliau rasa tidak betul.

Apa yang dilakukan Nik Aziz sekarang sekadar melaksanakan tugasnya. Dan sesiapa yang menjadi Mursyidul Am kemudian, tanpa Nik Aziz, dia akan memikirkan ke mana kita (PAS) menuju. Bagi saya, kebetulan Mursyidul Am di situ, Nik Aziz di situ, jadi beliau datang dan menasihat.

MR: Kami bukan bermaksud menafikan itu (peranan yang dimainkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am). Apa yang kami ajukan adalah, seandainya Niz Aziz tidak berada di situ, maka golongan reformis sukar untuk menyekat kemaraan golongan (konservatif)...

Mujahid: Yalah, sebab itu saya ulang balik. Satu-satu tempat itu bila kita meletakkan orang, adalah tempatnya. Orang itu ada kewibawaannya. Kebetulan kali ini ialah Nik Aziz. Jadi kalau kita nak cakap "kalau", susahlah. Kalau tak ada, jadi ini...

MR: Tetapi ia mencerminkan satu masalah dalam PAS, iaitu bergantung kepada ketokohan seseorang pemimpin, secara individu. Ia tidak mempunyai satu mekanisme dari strukturnya untuk menyelesaikan masalah ini. Perkara ini (kerjasama dengan UMNO) telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung. Seandainya wujud mekanisme ini, maka walaupun Tok Guru Nik Aziz berdiam diri, perkara ini mungkin tidak akan berbangkit...

Mujahid: Macam ni. Orang awam salah faham. Bila Tok Guru Nik Aziz panggil untuk... Beliau mencadangkan Muktamar Khas, ia belumpun menjadi...Akhirnya dia jadi satu seminar khas, kan? Walau bagaimanapun itu hak dia untuk melontarkan (cadangan). Tapi apa yang dibuat Nik Aziz adalah kebimbangan beliau, perbincangan di bawah ini seolah-olah macam di luar kawalan. Antara UG dengan Pakatan. Di luar kawalan.

Sebab itu dia mari. Dia kata, henti, buat ini. Kita mesti pegang kepada keputusan Muktamar 2009 bahawa kita bersama dengan... (Pakatan). Apa yang dilakukan adalah menegaskan semula keputusan yang telah dibuat. Apa yang cuba dikatakan adalah, kalau kamu rasa kamu ada idea yang berbeza, bawalah idea itu (ke mesyuarat). Biar ahli yang menentukan. Bukan tiga, empat orang dalam jawatankuasa yang memutuskan. Jadi, inilah semangat di sebalik mesyuarat ini.

Adapun mengatakan bahawa tanpa Nik Aziz, benda tu tidak berlaku dan sebagainya. Saya tidak mahu keterlaluanlah menyatakan itu. Tetapi apa yang kita buat dalam mesyuarat ialah kita berpegang kepada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Dan kita memutuskan. Kalaupun ada idea yang lain, kamu tidak boleh hanya berbincang di sini. Anda kena bincang di peringkat yang lebih terbuka. Kita memerlukan mandat. Itulah maksudnya.

Kalau tanpa Nik Aziz pun, dari segi struktur yang kamu bincangkan, ada! Terdapat struktur untuk menyelesaikan masalah ini, melalui Jawatankuasa PAS Pusat, Muktamar Khas dan sebagainya.

MR: YB, sudah beberapa kali Kerajaan Perpaduan ini dibangkitkan, kemudian diputuskan dalam Muktamar agar tidak diungkitkan lagi. Namun, selepas isu ini tutup, dia dibuka balik, termasuk oleh Hadi Awang sendiri. Sehinggalah Mursyidul Am Nik Aziz tampil untuk....

Mujahid: Ya, sebab itu saya kata, peranan Mursyidul Am, apabila kekeliruan berlaku, sebab itu perlu ada orang yang lebih... Kalau dulu, zaman sebelum ada kepimpinan ulama, sebelum ada Mursyidul Am, Presiden yang membuat keputusan. Itu berlaku pada Asri (bekas Presiden PAS). Suka hati dia-lah, hari ini dia sebut begini, esok dia sebut begini. Sebab tu saya kata, sistem yang ada dalam PAS ini tidak mungkin... Kalaupun Nik Aziz tidak ada, siapa-siapa Mursyidul Am ketika itu tetap akan turun untuk menyatakan kamu kena ikut keputusan yang...

MR: Kalaulah Harun Taib menjadi Mursyidul Am, mungkin nasihat yang diberi berlainan...

Mujahid: Kita bukan Tuhan untuk mengetahui apa yang akan disebut di masa hadapan. Kita boleh andaikan dan kita boleh speculate, bagi saya saya tidak mahu layan yang itu. Saya lebih melihat realiti yang ada. Dan parti ini adalah parti yang sentiasa diberi panduan oleh Tuhan, selagi parti ini ikhlas dengan perjuangannya./MerdekaReview

Jumaat, 18 Mac 2011

KISAH NI BETUL-BETUL BUAT AKU NAK PECAH PERUT....

Kisah lawak wartawan dengan para demo desak DSAI serah DNA.

Oleh: ubikayu

" Situasi : Tempat Demontrasi Serah DNA.

Selepas penat berdemotrasi dan unjuk rasa oleh kaum wanita agar DSAI menyerah sample darah untuk membuat padanan DNA, maka mereka pun berehat-rehat. Peluh berjujuran dan mereka kelihatan agak semput. Lalu datang seorang wartawan mendekati mereka untuk menemu bual;

WARTAWAN : Boleh mak cik beritahu apa itu DNA ?

MAK CIK A : Tuala good morning. (penuh yakin)

MAK CIK B : Berus gigi. (Bersemangat)

MAK CIK C : Botol air mineral . (Sambil mengangkat lengan)

WARTAWAN : Pak cik pulak ( Kebetulan ada seorang lelaki agak berumur di sisi mereka)

PAK CIK : Mak cik kau ni yang ajak. Katanya dapat duit RM20 ringgit, lepas tu dapat makan nasi bungkus free.

WARTAWAN : Habis tu pak cik tak tau lah, apa itu DNA?

PAK CIK : Mak cik kau yang ajak...dia tak beritahu pun kedai DNA tu...Kat mana kedai tu..

Wartawan pening kepala, rasa kesian bercampur lucu mengenang peserta demontrasi itu.

Sumber: Tranungkite

DEMO SOKONG ANWAR BERTEMBUNG DEMO PENGIDAM `DNA' ISNIN INI

Fitnah II: Gapet anjur demo sokong Anwar, lawan Gaps
KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet) akan mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada Anwar dalam menghadapi kes Fitnah II.

Perhimpunan aman tersebut dijangka berlangsung di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada hari Isnin 21 Mac, 2011.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan menolak bukti yang diperoleh secara muslihat dan tipu helah dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa, sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily.com berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai isyarat jelas dari rakyat bahawa Anwar mendapat sokongan padu segenap rakyat dalam menghadapi fitnah tersebut.

“Kita dengan tegas mahu mereka tahu bahawa Anwar bukan sahaja tidak perlu memberikan sampel DNA-nya kepada mahkamah tetapi kes itu juga perlu digugurkan dengan segera,” kata Fariz.

Menurutnya lagi, berdasarkan risikan yang diterima Gapet, NGO perkauman Melayu iaitu Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pekida dijangka turun berdemo untuk menimbulkan huru-hara pada masa dan tempat yang sama.
Oleh itu, Fariz berharap ahli KEADILAN dapat hadir seramai yang mungkin bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar pada hari Isnin depan/KeadilanDaily

Khamis, 17 Mac 2011

DNA ZUL KULIM DI DUBUR BABI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SINAR hari ini menyiarkan kenyatan YB Zul Kulim yang mencabar DS Anwar untuk menyerahkan DNA nya sepertimana desakan beberapa kumpulan yang jahil berhimpun baru-baru ini. Jelas motif YB Zul Kulim hanyalah untuk mengampu Najib dan sekutu Apco walaupun beliau sedar apa sebenarnya yang berlaku.

YB Zul yang sinonim digelar `firaun besar' ini dahulunya adalah salah seorang dari Tim Peguambela DS Anwar di dalam kes fitnah liwat I walaupun banyak dilihat hanya membawa beg dan fail sahaja. Begitu juga di dalam setiap ceramahnya, Zul Kulim ini menjajaja ke hulu ke hilir menyebut kezaliman Kerajan Umno/Bn kerana menfitnah DS Anwar sehinggakan beliau berucap seperti mahu menangis kerana terlalu sedih mengenangkan nasib DS Anwar dan keluarganya. Di dalam kes fitnah liwat terbaru ini, beliau juga awalnya terbabit di dalam peguam DS Anwar di dalam kes qazaf yang mahu difailkan di dalam mahkamah Syariah yang akhirnya ditolak atas bantahan yang dikemukakan oleh Jamil Khir, seorang menteri yang kununnya tokoh Islam di dalam Umno. Soalnya, mengapa sekarang YB Zul begitu lapar kepada DNA DS Anwar?

Semuanya berubah setelah tidak lagi berjuang dengan kebenaran. Beliau dipecat dari PKR, dan semenjak itu mulutnya terkunci dari menceritakan kebenaran. Jika dahulu beliau dilihat seperti menyanjung tinggi perundangan Islam, kini beliau `beriman' dengan DNA. Al-Quran tidak lagi dijadikan hujah untuk mengadili kes-kes seperti ini sebaliknya DNA dijadikan dalil atau nas terkuat. Saya tidak dapat bayangkan jika ada pihak yang meletakkan DNA Zul Kulim pada dubur babi, dan Zul Kulim dikatakan ada melakukan perbuatan liwat dengan babi tersebut. Apakah Zul Kulim redha dengan tuduhan sedemikian? Jika ada yang percaya bahawa DNA adalah bukti kukuh melebihi dari keadilan Islam itu, sudah tentu mereka akan percaya bahawa Zul Kulim telah meliwat seekor babi.

Di mana ilmu yang Allah kurniakan kepada Zul Kulim selama ini? Ilmunya terus hancur lebur dan tiada keberkatannya lagi setelah bersekongkol dengan puak yang zalim serta sekutu Apco. Mengapa YB Zul tidak menyoal Saiful siapakah pemilik DNA yang lain yang dikatakan berterabur pada punggung pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya selama beberapa hari itu? Mengapa sasarannya DS Anwar sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa rendahnya moral Zul Kulim yang mudah dibeli.

Saya sarankan kepada Zul Kulim, jika kamu lapar sangat kepada DNA DS Anwar, sila kutip DNA tersebut pada tilam yang pernah diusung oleh Musa Hassan sewaktu kes fitnah Liwat I dahulu. Kamu boleh simpan dan buat perhiasan atau tangkal di rumah kamu. /wfauzdin.blogspot.com

Penahanan Peserta Demo AMK Bukti Polis Pilih Kasih

Dari KeadilanDaily

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali, menyifatkan penahanannya bersama Ketua Cabang Nibong Tebal dikenali sebagai Haji Wan selama empat jam, semalam, sebagai perbuatan pilih kasih.

Beliau berkata demikian kepada KeadilanDaily selepas dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas keterangan mereka diambil.

Amir kesal kerana demonstrasi yang dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) yang ada hubungan dengan Umno tidak diganggu polis, sekalipun melibatkan isu yang tidak wajar.

“Ini tindakan dwistandard polis kerana demo Umno BN tidak pula diganggu polis. Malah mereka semakin rancak berdemo dan diberi liputan media dengan meluas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sikap polis yang sebegini, kata Amir, akan menjadikan golongan belia mengambil sikap lebih kritikal dengan kerajaan. Amir ditahan kira-kira jam 6.30 petang sewaktu mengetuai demontrasi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar

Ibrahim yang kini berhadapan kes Fitnah II untuk tidak menyerahkan DNA beliau.

Demontrasi berkenaan disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.

Untuk rekod, undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.

Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti.