RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 27 Julai 2013

PERKASA - SELEPAS PUAS MAIN ISU PERKAUMAN KINI MELUTUT KEPADA CINA DAN INDIA


PERKOSA kini bergelut untuk menyelamatkan nyawa NGO yang rasist ini selepas keputusan PRU 13 yang lalu membuktikan isu perkauman tiada lagi tempat di negara ini.  Bila isu perkauman telah dicampakkan rakyat yang bertamaddun ke dalam tong najis, maka itu bermakna riwayat PERKOSA bakal berakhir.  

Mengenepikan soal maruah dan prinsip, maka tanpa rasa segan PERKOSA pun buat keputusan mahu mengikut rentak masyarakat yang bertamaddun.  Diberitakan PERKOSA akan mula menjalinkan kerjasama dan berpadu dengan NGO dari kaum Cina dan India walaupun semua tahu apa yang tidak pernah disebut oleh PERKOSA terhadap dua kaum ini.  Tetapi demi hayat PERKOSA, mereka sanggup melutut kembali kepada NGO dari kaum Cina dan India ini.

Merancang untuk menubuhkan "MIRAC" setelah digabungkan nanti dengan NGO berkenaan, membawa erti PERKOSA bukan lagi seperti dulu.  Kononnya PERKOSA kini telah berhijrah dari Rasist.  Tentunya kita tahu NGO yang dikatakan dari kaum Cina dan India itu lebih kurang seperti PERKASA berbaik semula dengan MCA dan MIC jugalah.  NGO yang pro Pakatan Rakyat tentunya tidak sebodoh itu untuk membantu memanjangkan hayat PERKOSA.

Percayalah, apa pun usaha PERKOSA selepas ini yang pastinya NGO ini semakin hampir ke liang lahad.  Ibrahim Alkataki akan menjadi Pemandu Teksi di Pasir Mas selepas ini, Ruslan Kassim pula mungkin akan menjadi Tok Siak menyusun sejadah dan Zul Kulum akan terus menjadi 'anjing upahan' untuk menyalak sesekali di TV3 suku.

Jumaat, 26 Julai 2013

SPR MENIPU, KITA MESTI SERTAI JUGA PILIHANRAYA?

PAS tewas di Kuala Besut.  Benarlah kata calon PAS yang tewas, Che Long kata beliau berdepan dengan Kerajaan Malaysia termasuk juga dengan SPR.  Aku tidak bermaksud untuk mengatakan SPR menipu lagi di Kuala Besut yang menyebabkan PAS tewas.  Bagi aku, jika SPR tidak menipu pun kali ini, PAS akan tewas juga kerana mentaliti orang-orang di Kuala Besut sendiri.

Mahu kata SPR menipu?  Semenjak bila SPR ini jujur?  Ada yang berkata, jika sudah tahu SPR itu bapak penipu, mengapa kita masuk bertanding juga?  Aku mahu tanya, semenjak bila SPR tidak menipu?  Adakah kita menang dan dapat tawan beberapa negeri oleh kerana SPR itu jujur?  Tidak, SPR tetap sama cumanya rakyat di negeri-negeri tersebut begitu kuat sokongannya kepada kita.  Kekuatan rakyat itulah yang menyebabkan penipuan SPR gagal untuk menewaskan kita.  

Aku yakin, di Kuala Besut baru-baru ini jika kekuatan rakyat begitu hebat untuk melakukan perubahan kita boleh menang.  Tetapi, rakyat di Kuala Besut majoritinya masih mahu kepada dunia dan tidak hairan dengan PAS dan perjuangannya.  PAS mahu bawa kebahagiaan dunia dan akhirat, rakyat tidak mahu.  Mereka nampak jutaan ringgit yang dilonggokkan depan mata mereka.  Jika SPR tidak menipu pun, kita pasti tewas juga jika rakyat mentalitinya sedemikian.

Justeru itu, harapan kita kini hanya kepada kebangkitan rakyat.  Perlu bekerja kuat lagi untuk menambat hati rakyat.  Pada aku PAS di Kuala Besut telah berusaha sebaiknya untuk merampas kerusi Dun Kuala Besut, tetapi apakan daya rakyat lebih tertarik kepada wang ringgit.  Jutaan ringgit ditaburkan di sana, tentunya kita tidak boleh lawan dari segi material.  





Khamis, 25 Julai 2013

SAMAN PRESIDEN PAS, KERJA BANGSAT SABOTAJ PR

MENGAPA perlu saman?  Jenis pemimpin atau orang politik bangsat mana yang mahu selesaikan masalah dengan menyaman pemimpin rakan partinya sendiri?  Paling menjadi tanda tanya adalah mengapa isu saman Presiden PAS ini muncul dua hari sebelum hari mengundi di PRK Dun K.Besut?

Pemimpin PKR ini seolah-olah ingin membalas dendam dengan sengaja menanti saat-saat hari mengundi untuk menjejaskan imej Presiden PAS, sekaligus menjejaskan nama baik PAS sebagai wakil PR di dalam merebut Kerusi Dun K.Besut.  Apakah bijak kaedah yang beliau lakukan itu?  Itukah pemimpin yang kita mahu harapkan untuk mengukuhkan PR?

Isu pil kuda bukan baru.  Di dalam Kongres PKR sebelum ini Ketua AMK sudah bangkitkan.  Sepatutnya isu ini sudah diselesaikan dengan baik di meja perbincangan.  Kita ingatkan sudah selesai kerana isu ini senyap selepas itu, tetapi muncul secara tiba-tiba disaat kita di dalam PR amat mengharapkan PAS merebut Kerusi Dun K.Besut.  Sebab itu aku mahu sebut cara itu adalah cara paling bangsat di dalam politik akibat dendam kesumat, dan tidak mustahil ada agenda di sebalik itu.  

Paling bangsat orang ini buat sidang media menyatakan untuk menyaman Presiden PAS di Kuala Besut, tempat kita sedang bertungkus lumus untuk menentukan kemenangan PAS.  Kononnya menderita akibat dakwaan pil kuda, itu adalah alasan paling bodoh aku dengar.  Selama ini beliau boleh bertahan dengan 'derita' itu, tetapi tidak tertahan menjelang dua hari hari pengundian?  Memang bangsat!!

Aku juga ahli PKR, aku juga tidak setuju jika ada mana-mana dakwaan dari mana-mana pimpinan atau mana-mana ahli parti sesama kita di dalam PR menuduh orang lain sewenang-wenangnya.  Sepatutnya sebagai seorang yang matang berpolitik dan di antara yang diletak sebagai calon walaupun tidak jadi, beliau sepatutnya lebih arif untuk menyelesaikan masalah yang beliau katakan sudah cukup membuat beliau 'derita' itu. 

Pada kempen pilihan raya umum ke-13, Abdul Hadi menyatakan pertindihan kerusi antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.  Tanpa menamakan calon, beliau juga berkata, ada calon PKR yang mengedar 'pil kuda' dan berpegang kepada ideologi komunis.  “Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut," kata Abdul Hadi dipetik. 
 
Kenyataan Tuan Guru Hj Hadi itu kita boleh tidak setuju dan kita boleh buat bantahan secara dalaman.  Tuan Guru Hj Hadi bukan maksum, kita juga tidak maksum.  Apakah jika Tuan Guru Hj Hadi tersilap maka beliau harus disaman?  Bagaimana jika kita pernah buat silap sesama rakan kita, apakah kita juga sanggup menghadapi saman sebagai jalan penyelesaian?  Di mana otak kita?  Di mana sifat timbang rasa dan tolak ansur sesama rakan kita?  Jika sikap itu tiada pada diri kita, kita tidak layak untuk menjadi pemimpin jauh sekali untuk menjadi calon.  Memang patut pun beliau tidak menjadi calon.
 
Aku bukan taksub kepada Presiden PAS, apatah lagi aku orang PKR.  Tetapi bagi aku cara orang PKR seperti ini memalukan.  Aku teringat dulu, sewaktu Zul Kulim berada di dalam PKR beliau juga menyaman YB Khalid Samad di atas isu Kalimah Allah.  Jadi, orang ini sama saja bangsatnya dengan Zul Kulim dan aku rasa beliau tidak harus berada dalam saf perjuangan PR.

Isnin, 22 Julai 2013

BUBAR FAM SEGERA JIKA MAHU LIHAT SKUAD HARIMAU MALAYA DISEGANI DI RANTAU INI

TIADA jalan lain jika ingin melihat Skuad Harimau Malaya berada setaraf dengan kuasa bola sepak khususnya di Asia Tenggara ini kecuali Presiden dan pegawai-pegawai yang terlibat di dalam pengurusan FAM meletakkan jawatan.  Ternyata mereka gagal samasekali walaupun terlalu lama peluang telah diberikan kepada mereka.

Keegoaan FAM juga merupakan salah satu faktor terbesar yang memburukkan imej Bolasepak negara.  FAM juga tidak perlu ada Presiden FAM yang bertakhta sekarang kerana tidak nampak langsung apa kelebihan yang ada pada Presiden FAM selama menerajui FAM.  Apa yang kita nampak, prestasi bolasepak semakin merudum setaraf dengan Bangladesh dan Timor Leste malahan mungkin berada di bawah mereka, kecuali yang meningkat adalah harga tiket bola.

Kekalahan dengan Kelab Liga Perdana Thailand sudah cukup memalukan.  Sepatutnya bila sudah dimalukan oleh sebuah Kelab, Skuad Harimau Malaya patut malu untuk melamar Chelsea pula.  Tetapi soal malu bila kalah tiada pada FAM.  Apa yang ada pada otak masing-masing adalah 'fulus'.  Sebab itu, malam tadi bila bertemu Chelsea sanggup mereka tiadakan siaran LIVE di mana-mana stesyen TV kerana mereka fikir jika buat LIVE, orang ramai tidak akan datang ke stadium dan tiket tidak laku.  

Malam tadi berapa puluh ribu yang hadir ke stadium lantaran tiada LIVE?  Berbaloi kah jualan tiket malam tadi dengan kos kehadiran Chelsea ke sini?  Apakah rugi jika Astro membayar siaran LIVE malam tadi?  Apakah FAM untung malam tadi?  Yang pasti, penonton tidak juga memenuhi stadium dan Skuad Harimau Malaya telah diratah hidup-hidup bila tewas 1-4.  Seperti biasa, Jurulatih Rajagopal tetap dengan komen biasanya, "berpuashati dan ini merupakan ujian".  Meloyakan!!

Jika mahu melihat Skuad Harimau Malaya kembali disegani, FAM patut bubar sekarang.  Pilih mereka yang benar-benar berminat dengan bola bukan berminat main kuda atau bermain golf.

Ahad, 21 Julai 2013

"DUBUR" THE RETURN !!!

"Dubur" si Sepol kembali menjadi tatapan rakyat Malaysia.  Hebatnya dubur anak muda yang baru bernikah ini, duburnya masih releven walaupun dikatakan pernah tidak dicuci selama dua hari.  Dubur itu juga pernah terkandung bermacam jenis DNA, ertinya "mesra" sungguh dubur anak muda ini. 


Esok, DS Anwar Ibrahim akan kembali ke mahkamah ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam Liwat II kes yang mendapat perhatian meluas.  Ertinya, selepas ini dubur budak ini akan menjadi sensasi semula.  Hebatnya dubur beliau mengalahkan kes Altantuya walaupun Altantuya telah dibunuh dengan C4, walaupun si pembunuhnya tiada motif untuk membunuhnya. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.  Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Rakyat sudah jemu dengan kisah jijik ini, tetapi pemimpin kerajaan yang begitu takut dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim di dalam kancah politik negara tidak pernah jemu dengan kisah dubur budak ini.  Benarlah kata orang, hayat parti mereka kini terlalu banyak bergantung kepada dubur si Sepol.  Tanpa lucah dan seks, apa sangatlah hebatnya parti ciptaan British ini.

AKU SEDIKIT SEBANYAK MERASA KECEWA, SKOT !!

SEORANG sahabat bekas tentera yang tidak berpencen dan berhenti awal, bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan dan mempunyai tanggungan anak yang ramai berjumpa aku.  Beliau bertanya aku, bilakah janji untuk memberikan elaun sara hidup buat bekas tentera tidak berpencen akan diberikan?

Aku berkata padanya, aku tidak boleh memberikan jawapan kecuali jika sekarang ini Pakatan Rakyat yang menerajui Kerajaan.  Malangnya, kerajaan sekarang bukan Kerajaan PR tetapi kerajaan 47% maka aku tidak boleh berikan jawapan.  Sahabat aku terdiam dan beliau cuba untuk menyedapkan hatinya lalu berkata bahawa mungkin selepas Hari Raya Idil Fitri kerajaan mungkin tunaikan janjinya.  Aku hanya mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hatiku aku amat kenal kerajaan yang diterajui Umno ini.

Sahabatku bertanya lagi, apakah janji PR sewaktu PRU 13 yang lalu berkaitan kebajikan bekas tentera?  Aku berkata padanya, PR bukan sahaja berjuang untuk bekas tentera/Polis bahkan warga keselamatan yang sedang berkhidmat.  Untuk bekas tentera sahaja, saya mewakili KOBAT (Kor Bekas AngkatanTentera) telah menghantar memorandum terus kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim yang di antara lainnya KOBAT mahu agar setiap bekas tentera yang tidak berpencen diberikan elaun sara hidup sekurang-kurangnya RM 700, jika lebih, Alhamdulillah.  

Sebenarnya terlalu banyak manifesto di dalam PR yang menguntungkan warga tentera dan bekas tentera meskipun tidak disebut secara khusus.  Umpamanya, penurunan harga minyak, penghapusan Tol, pendidikan percuma dan bermacam lagi yang kesemuanya ada kaitan dengan penghidupan bekas tentera dan warga tentera.  Malangnya, kemenangan rakyat telah dirompak oleh spesis bangsat penipu Pilihanraya.

Namun demikian, aku akui memang ramai lagi warga tentera dan bekas tentera yang masih menaruh harapan kepada Umno/Bn untuk menentukan hidup mereka.  Kini, apa yang mereka perolehi?  Ya, mereka perolehi kenaikan harga ayam, kenaikan harga daging, ikan dan beberapa barangan keperluan lain hatta kicap sekalipun.  Tambang pengangkutan awam juga turut naik.  Tambang teksi berkemungkinan besar akan dinaikkan kerana Najib sendiri telah memberikan lampu hijau.  TNB pula mula memujuk kerajaan agar takrif letrik dinaikkan atas alasan kos yang meningkat sedangkan kita masih ingat TNB baru sahaja umumkan keuntungan bersih mereka menvcapai puluhan juta ringit.  Ini lah yang mereka boleh lihat bila mereka terlalu yakin dengan parti yang tidak pernah merasa bersalah menganiayai rakyat marhaen.

Aku merasa kecewa kerana bagi aku di dalam KOBAT, aku tidak mampu membantu mereka walaupun berbagai cara dan kaedah yang telah aku usahakan.  Namun aku bersyukur masih ada teman-teman di dalam tentera dan bekas-bekas tentera yang sentiasa memberikan semangat kepada aku untuk terus bekerja kuat agar nasib mereka dapat diubah.  Sesungguhnya rezeki Allah yang kurniakan, tetapi kita jangan lupa jika kita sendiri tidak berusaha untuk merubah nasib kita jangan pula kita menyesal di kemudian hari. 

Isnin, 15 Julai 2013

AYAM NAIK HARGA HASIL KERAJAAN 'CAP AYAM"

SEMALAM balik kampung bercuti hujung minggu sambil mengambil peluang berbuka puasa bersama keluarga di kampung.  Kecuh di kampong isu harga ayam naik, maka pergi juga ke pasar untuk mengetahui benarkah tentang apa yang dibisingkan di kedai-kedai kopi kat kampung tu.  Kalau harga barang naik aku tak hairan sebab aku sedar siapa yang jadi kerajaan sekarang, memang itulah dasar mereka.

Cuma mahu pastikan sejauh mana kenaikan harga ayam yang akan menjadi keperluan utama rakyat kita khususnya orang-orang Melayu berugama Islam untuk menyambut Ramadhan dan Hari Raya nanti.  Di Pasar, ternyata apa yang mereka hebuhkan itu memang tepat.  Tertera di tulis harga ayam sekilo RM 9.50.  

Peliknya, ada member beritahu di tempat mereka kenaikan harga ayam cuma RM 7.00 ke RM 8.00 sekilo. Rupa-rupanya di kampong aku lebih hebat.  Lupa mahu beritahu aku kampong aku ni terletak di Negeri Sembilan, yang kini masih ditadbir oleh Umno/Bn.  Kawasan Parlimen kampong aku iaitu Parlimen Jelebu tetap mereka memilih Umno/Bn sebagai wakil mereka.  Tentunya ada pencacai Umno akan kata, harga ayam bukan kerajaan negeri yang tentukan tetapi kerajaan Pusat.  Mungkin mereka merasa kerajaan Umno/Bn di Negeri Sembilan tidak bersalah tentang kenaikan harga ayam ini tetapi kerajaan Pusat yang bersalah kerana tidak tegas mengawal harga barang dan keperluan utama ini.  Lupakah mereka kerajaan Pusat itu siapa? 

Kita masih ingat, sempena menyambut Tahun Baru Cina sebelum PRU 13 dulu, diumumkan diskaun untuk pengguna-pengguna lebuhraya.  Beruntungnya kaum Cina menyambut Raya mereka, tetapi kaum ini tidak mudah untuk dijual beli, mereka tetap menolak Umno/Bn di dalam PRU 13 yang lalu.  Kaum Melayu pula majoritinya tidak berani untuk 'menderhaka' kepada parti keris telanjang tanpa sarung atau parti dacing Baghdad ini.  Akibat dari kesetiaan mereka kepada Umno/Bn, maka hadiahnya menjelang Ramadhan dan Syawal ini kita perolehi kenaikan harga ayam.  Bukan ayam sahaja, rata-rata barang telah dinaikkan.  Tetapi pencacai Umno kata, tidak mengapa asalkan negara aman.

Menteri baghal pula kata, rakyat tidak perlu bergantung sangat kepada ayam.  Jika mahu ayam harga murah, boleh beli di pusat ternakan atau di Pejabat Pertanian/Perladangan.  Boleh ke kita beli seekor dua ayam di sana dengan harga yang dikatakan murah itu?  Jika boleh sekalipun, tentunya ayam tersebut kita terpaksa proses sendiri.  Begitulah nasib rakyat bila kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat dinafikan untuk memerintah sebaliknya hasil kerja tangan SPR yang penipu itu, kita terpaksa terima kerajaan yang minoriti, kerajaan 47% peratus memerintah.  Maka, inilah hasilnya.

Berlapang dada lah wahai pencacai Umno.  Kerajaan kata kurangkan makan ayam dibimbangi gejala gemuk melanda rakyat Malaysia.  Patutlah Bik Mama sihat badannya, mungkin kerap makan ayam gamaknya.


Jumaat, 12 Julai 2013

TAZKIRAH LAGI.....TAZKIRAH TV3 SUKU LEBIH AFDHAL?

MASIH lagi aku mahu memperkatakan tentang isu "Tazkirah yang boleh merosakkan Ibadat Solat" sepertimana 'fatwa' oleh seorang makhluk yang tinggi jawatannya di dalam bidang agama.  Benarlah kata orang, ilmu tidak boleh dipandang melalui jawatan atau zahirnya tetapi boleh dilihat daripada amalan dan kata-kata.

Soalnya benarkah Tazkirah itu boleh merosakkan ibadat Solat?  Bukankah kewajipan Solat itu sendiri pun bermula dari ilmu yang dipelajari serta tazkirah juga?  Bila kita dituntut menuntut ilmu tentang Solat semenjak kecil lagi, ibu bapa kita dan guru agama kita selalu mengingatkan kita agar jangan tinggalkan Solat yang telah kita pelajari itu.  Bukankah itu juga satu 'tazkirah'?  Bagaimana mungkin Tazkirah ini boleh merosakkan ibadat Solat melainkan yang lojiknya Tazkirah ini boleh menjahanamkan hasutan-hasutan Syaitan dan ejen-ejen mereka.  Sebab itu, kerja-kerja Syaitan ini akan berterusan sehingga Kiamat melalui ejen-ejen mereka termasuk yang berkopiah dan berjawatan agama.

Aku mahu sebut, seandainya anda benar-benar 'yakin' bahawa Tazkirah itu boleh merosakkan Solat anda, maka anda WAJIB menjauhkan diri dari Tazkirah kerana benda yang "memudharatkan" itu wajib dijauhi.  Anda mungkin boleh pergi ke program Jom Hebuh atau Pertandingan Suara Emas jika pun tidak mahu peri ke Genting Highland untuk bermain daun kerana semua perkara itu tiada yang berani sebut hukumnya.  Tentulah tiada 'mudharat' di situ.

Apa yang aku pelik, belum dengar lagi Jemaah yang terang-terang mengkritik Tazkirah sewaktu Solat Tarawikh walaupun ada seorang dua yang mungkin tidak setuju dengan amalan tersebut.  Malangnya, belum pun terdengar suara Jemaah yang mengeluh tentang Tazkirah ini, Tok Peti pula yang awal-awal lagi bersuara mengkritik dan menentang amalan tersebut.  Mengapa jadi begitu jika tidak untuk menunjukkan sifat 'ampu sana ampu sini"?

Syabas kepada pengurusan-pengurusan Masjid dan Surau yang meneruskan amalan yang baik ini tanpa menghiraukan suara-suara Syaitan yang mahu mencari makan ini.  Sekarang terpulang kepada kita, jika kita mahu diri dan keluarga kita sentiasa diperingatkan oleh orang lain, kita boleh hadir mendengar Tazkirah tetapi jika kita merasakan bahawa kita dan keluarga kita sudah cukup sempurna dan yakin boleh ke Syurga maka eloklah kita duduk di rumah sahaja menanti berita TV3 Suku yang kita rasakan banyak memberi 'tazkirah' berharga buat kita.

Rabu, 10 Julai 2013

TAZKIRAH BOLEH ROSAKKAN SOLAT ? AJARAN SESAT YANG DIPENGARUHI OLEH IBLIS


MAKA, Tok Peti ini pun berkata, "Umat Islam yang akan menyambut Ramadan dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah."  

Solat boleh rosak dengan tazkirah?  Samada tazkirah itu dibuat sebelum atau selepas solat, di mana hujahnya yang mengatakan tazkirah itu boleh merosakkan Solat?   Mengapa takut sangat Tok Peti ini dengan tazkirah?  Setahu kita, makhluk yang paling takut dengan amalan tazkirah (ingat-mengingati sesama Muslim) itu adalah Iblis Laknatullah.  Iblis memang tidak mahu umat Islam saling ingat mengingati.  Masakan seorang berjawatan Tok Peti boleh bercakap bagi pihak Iblis?

Di dalam Solat Tarawikh misalnya, amalan tazkirah biasanya dilakukan selepas 4 Rokaat sekitar 5 minit kemudiannya Solat Tarawikh disambung lagi.  Jika Solat tarawikh dilakukan 8 Rokaat, ertinya tazkirah hanya ada dua kali.  Adakah dengan hanya dua kali tazkirah di sekitar 10 ke 20 minit kesemuanya itu boleh merosakkan keseluruhan Solat Tarawikh?  Bukankah Solat Tarawikh itu adalah Solat di dalam keadaan rehat atau 'santai' tanpa tergesa-gesa?  Oleh itu, setiap kali selesai satu-satu Rokaat itu adalah lebih baik ahli Jemaah diberi sedikit ruang untuk berehat seketika sambil mendengar tazkirah yang tentunya tidak merugikan mereka.

Seandainya ada Jemaah yang merasakan tazkirah itu membebankan mereka, apakah salah mereka pulang ke rumah dan selesaikan Solat Tarawikh yang mereka mahu lakukan?  Mengapa perlu dihalang atau dikecam Jemaah yang sukakan peringatan?  Jika pihak pemerintah mahu pun Tok Peti itu sendiri tidak suka memperingatkan Umat Islam tentang kebaikan, jangan pula cuba menghalang orang lain.  


Berkata lagi Tok Peti ini, " Umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat. "Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya.  Cuba Tok Peti beritahu masa bila wajibnya Tazkirah ini?  Jika dilakukan di luar Solat Tarawikh iaitu di hari-hari lain yang bukan di bulan Ramadhan, adakah Tok Peti ini mahu beri jaminan Tazkirah boleh dilakukan juga?  Tidakkah beliau tahu sudah berapa banyak kes orang-orang yang memberi tazkirah ditahan dan didakwa atas alasan tiada tauliah pula?  

Alasan demi alasan diberi oleh puak yang bencikan amalan tazkirah ini.  Bila bulan Ramadhan, alasannya merosakkan Solat Tarawikh.  Di luar bulan Ramadhan pula, alasannya tiada Tauliah pula.  Mengapa susah sangat mahu menerima amalan Tazkirah ini?  Mengapa tidak dipermudahkan seperti mana mudahnya golongan kaki maksiat menganjurkan program melalaikan seperti Jom Heboh, konsert, Gang Nam dan sebagainya itu?  Sehingga kini, tiada seorang pun yang didakwa memberikan Tazkirah tanpa Tauliah itu telah memberikan Tazkirah yang menyesatkan.  Jadi, apa yang tidak kena dengan Tazkirah ini pada pandangan Tok Peti?  Mungkin Tazkirah yang amat dilarang itu adalah kerana ianya tidak membodek pemimpin kerajaan?

Aku menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia yang menyifatkan langkah tersebut tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik dan Pemuda PAS bersedia beri khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang dikenakan tindakan.  Kita harus berani melanggar arahan yang dihasut oleh Iblis yang sentiasa mahu menjauhkan Umat Islam dari saling ingat-mengingati.  Pedulikan Tok Peti yang mahu mencari makan walaupun terpaksa memakan bara-bara dari api neraka.

Isnin, 8 Julai 2013

BUKAN TUKAR PEMBEKAL, TUKAR PENGERUSI SPR


Henti sandiwara dakwat kekal, pengerusi SPR mesti letak jawatan

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ahli jawatankuasa pemandu, Dr Wong Chin Huat.

“Jangan beralasan. Mahu tukar pembekal jadi sandiwara murahan untuk menutup kelemahan SPR dalam pilihanraya yang lepas.


“Ganti pengerusi lain. Bukan ganti pembekal dakwat kekal,” katanya kepada Suara KeadilanBeliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merancang membeli dakwat kekal dari pembekal baru untuk digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut.

“Dalam keadaan sekarang kepercayaan rakyat terhadap SPR tercalar. Apa yang rakyat mahu dengar ialah pengerusi SPR itu sendiri letak jawatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Chin turut Huat menggesa SPR memanggil parti politk dan pemerhati bebas bagi memantau penggunaan dakwat kekal.

“SPR perlu telus. Badan-badan pemerhati bebas perlu dijemput bagi menilai sendiri penggunaan dakwat kekal ini.

“Kualiti dakwat ini perlu disemak. Proses penggunaannya perlu dipantau pemerhati pilihan raya yang bebas” tergasnya./KD

Sabtu, 6 Julai 2013

SAMBUT RAYA DENGAN WARNA HITAM TAHUN INI

ADA cadangan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini kita semua berpakaian raya terutamanya solat sunat Eidul Fitri dengan berpakaian hitam BLACK OUT.  Kempen mendesak si bangsat yang menipu di dalam PRU yang lalu bukan sahaja perlu kita teruskan dengan hanya memakai pakaian hitam setiap hari Sabtu atau mengadakan "flash mop" sahaja.

Hari Raya tahun ini kita mesti jalankan kempen setidak-tidaknya diri kita sendiri untuk berpakaian hitam jika kita tidak mampu untuk laksanakan ke atas ahli keluarga kita.  

Jadikan solat sunat Hari Raya Eidul Fitri tahun ini diselubungi dengan warna kehitaman tanda solidariti kita yang akan menyambut Aidil Fitri tahun ini dengan perasaan gembira tetapi tidak akan melupakan si bangsat yang khianat itu.