RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 13 Julai 2020

ANWAR MEMANG PELIK....



Peliknya Anwar ni. Bila Mahathir kata nak jadi PM, Anwar tak setuju, tapi Anwar tak kata tak mahu bekerjasama dgn Mahathir. Bila PH sebut nama Anwar sebagai calon PM, Mahathir tak setuju lantas berkata tiada lagi kerjasama dgn Anwar. Bila PH Plus dulu sebut nama Shafie sbg calon PM, Keadilan tidak setuju tapi Anwar tidak kata Warisan tidak lagi boleh bekerjasama dengan PH. Apa tindakan Mahathir? Bila dia cuba untuk jerat Anwar agar putuskan hubungan dgn kumpulan dia dan Warisan gagal, maka Mahathir sendiri umum Blok Bebas. Itu stail Mahathir yg terkenal sejak dulu dan tidak lagi boleh berubah, iaitu "pecah dan perintah".

TAHNIAH ATAS KEWUJUDAN BLOK BEBAS MAHATHIR


Difahamkan Mahathir, mantan PM kerajaan PH yang telah melepaskan jawatan sehingga menyumbang kejatuhan kerajaan PH dan dipecat dari Bersatu telah mengumumkan kumpulannya seramai 6 MP dan parti Warisan Sabah telah menubuhkan blok Bebas dan tidak lagi terikat dengan PH Plus.

Pengumuman Mahathir ini merupakan seribu rahmat buat PH kerana kita tidak lagi di'ganggu' oleh sang saka ini. Tahniah buat Keadilan kerana kekal berprinsip dan masih kukuh menggigit erat mandat rakyat yang dberikan pada PRU14 yang lalu yang menamakan Anwar sebagai PM selepas Mahathir, tiada calon lain yang boleh kita reka-reka lagi. Kita telah tunaikan janji kita iaitu meletakkan Mahathir di posisi PM walaupun partinya merupakan parti tercorot di dalam PH yang hanya mendapat 13 Kerusi Parlimen daripada 52 Kerusi yang diberikan kepada Bersatu ketika itu, manakala Kak Wan kita tempatkan di posisi TPM.

Apabila Mahathir dengan sengaja dan sedar telah meletakkan jawatan PM tanpa berbincang dengan rakan2 di dalam PH atas alasan tidak lagi disokong oleh partinya Bersatu, maka tindakan Mahathir itu memudahkan lagi laluan pengkhianat untuk menebuk atap bagi merampas kerajaan dari PH yang telah mendapat mandat rakyat ini. Ertinya, Mahathir tidak lagi mahu menjadi PM di dalam kerajaan PH. Beliau tidak dipecat tetapi memecat dirinya sendiri.

Apakah langkah beliau selepas itu? Beliau cuba khianati PH dan mandat rakyat apabila mahu menjadi PM semula tetapi bukan atas nama PH, sebaliknya kerajaan perpaduan. Cubaan untuk membunuh PH itu gagal kerana tidak disokong bukan sahaja oleh PH tetapi oleh Umno dan Pas. Akhirnya, tanpa ada rasa malu dan bersalah, Mahathir ingin merujuk semula kepada PH tetapi tetap mahu menjadi PM untuk kali ketiga yang mana cita-cita seperti ini diktator gila pun tidak terfikir mahu berbuat demikian. Rakyat memberi mandat kepada PH dahulu bukan untuk Mahathir menjadi PM dua kali di bawah PH.

Ahamdulillah, Anwar tidak terliur dengan tawaran untuk menjadi TPM walaupun kononnya hanya 6 bulan, selepas itu Anwar akan menjadi PM. Anwar mungkin mengenali Mahathir sepertimana kita mengenali Abdullah bin Ubai. Anwar telah terlalu banyak bersabar dan bertolak ansur dengan orang tua ini sehingga beralah diasak sampai ke dinding. Cuba sebut satu sahaja tolak ansur dan beralah Mahathir kepada Anwar? Ada?

Tindakan Anwar yang kekal berprinsip dan tidak mahu terjerat dengan modal kononnya 'mandat rakyat' mesti dikembalikan dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa mengangkat kembali orang tua yang telah cuba untuk memusnahkan PH, tindakan Anwar ini patut mendapat pujian. Maruah tidak boleh digadaikan degan tawaran jawatan.

Mahathir menyatakan blok Bebas beliau itu tetap akan menentang kerajaan PN. Tidak pelik kerana beliau amat berdendam dengan Muhyidin yang telah memecatnya secara begitu mengaibkan dengan hanya sekeping surat dari SUK parti. Ini amat memalukan Mahathir sebab itu beliau mahu juga menjadi PM walaupun selama 6 bulan iaitu satu tempuh yang menjadi bahan ketawa seluruh dunia. Tempuh itu hanya sesuai untuk latihan rekrut tentera di Port Dickson sahaja bukannya seorang PM, tetapi cukup untuk Mahathir melepaskan dendamnya kepada Muhyidin. Itu sahaja nawaitu beliau, bukan untuk kepentingan rakyat pun.

Di dalam pertarungan Mahathir - Anwar kali ini ternyata Mahathir tewas sehingga terpaksa akui Anwar bukannya seperti sesetengah pemimpin yang kemaruk kepada kuasa dan jawatan. Akhirnya Mahathir sekali lagi tanpa dipecat dan dihalau, terpaksa keluar dari PH Plus. Itulah yang beliau lakukan sewaktu meletakkan jawatannya dahulu.

Sabtu, 11 Julai 2020

BERITA KARUT YANG BERLEGAR

Disebarkan berita kononnya di antara sbb abg mat, salahudin dan khalid samad beriya2 nak sgt kembali mnjadi kjaan hingga tak kisah siapa PM, samada Mahathir atau Shafie, dan sanggup melupakan nama Anwar seperti yg dijanjikan sblm PRU14 dulu, adalah kerana masalah 'budak2' mereka ini. Dikhabarkan, hanya dgn menjadi kjaan sahaja masalah ini boleh diselesaikan.

Aku sedikit pun tidak percaya berita ini. Takkan la sebangsat itu perjuangan mereka. Aku kenal mereka ini adalah pmimpin dan pejuang hebat. Kalau pun mahu digunakan alasan ada 'masalah' atau "kes" terhadap "budak2" mereka, itu tidak masuk akal. Anwar pun tahu beliau masih belum selamat dari bahana fitnah yg 'tertangguh" iaitu kes Yusof Rawther. Jika difikirkan, tentulah Anwar pun mahu cepat jadi kerajaan dan sanggup sujud pada kaki Mahathir. Jadi kerajaan tentu boleh selamat kan?

Tidak. Itu bukan Anwar. Anwar lebih sanggup masuk penjara daripada sujud kpd kaki seorang pendusta dan munafik, lebih2 lagi diktator.

Sebab itulah Anwar sebut, kita wajib usahakan dapatkan kembali mandat rakyat yang telah dirampas ini, tetapi jangan sesekali sampai sanggup jual prinsip dan maruah. *Jangan berpaut di dahan rapuh"*.

Kita berharap agar kesemua mantan pegawai kanan mantan menteri yang ditangkap atau disiasat itu diadili dengan adil. Jika kita menjadi kerajaan semula itulah yang akan kita lakukan.

DULU ANWAR DIBELA, MENGAPA TIDAK KITA BELA MAHATHIR ? INI JAWAPANNYA...

Kompius...

Kita bertanya, mengapa perlu beriya2 nak angkat Mahathir sbg PM ni? Bukankah Mahathir dah takde parti?

Mereka jawab, Alaahh...dulu sewaktu anwar dizalimi dan dipecat dari Umno, Almarhum Ustaz Fadzil Noor datang membela Anwar, waktu itu Anwar pun tiada parti, kan? Sbb itu kita kena sokong Mahathir, katanya.

Aku termenung sambil picit kepala. Mantik apakah ini?

Apa kaitan kisah Anwar dizalimi dengan fitnah ke atasnya pada tahun 1998 dahulu dgn kisah Mahathir sekarang? Siapa fitnah Mahathir sekarang? Kalau dulu Anwar dipecat, siapa yg pecat Mahathir dari PM? Siapa yg menzalimi Mahathir? Bukankah Mahathir telah 'memecat' dirinya sendiri tanpa bertanya khabar dengan kawan2 dlm PH? Bukankah pimpinan PH iaitu Keadilan, Dap dan Amanah telah dizalimi oleh Mahathir apabila beliau bertindak sedemikian sehingga memudahkan kerja para pengkhianat ikut atap masuk dan kerajaan PH tumbang? Kita zalimi Mahathir atau Mahathir menzalimi seluruh rakyat Malaysia yang memberi mandat kepada PH?

Janganlah kerana terlalu gopoh mahu bodek Mahathir maka buat kiasan yang tiada langsung persamaan.. Nampak sgt akal kita pendek

Ahad, 5 Julai 2020

GERAK98 MENYOKONG USAHA MENGANGKAT RAFIZI SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN


1.GERAK98 memandang positif saranan beberapa pimpinan dan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar Sdr Rafizi Ramli diberikan peranan menjadi Timbalan Presiden PKR.

2.Tanpa niat untuk mencampuri urusan parti, GERAK98 hanya ingin membawa perhatian berhubung peranan Sdr Rafizi dari sudutpandang/perspektif perjuangan reformasi.


3.Saat ini perjuangan reformasi diserang hebat dari pelbagai sudut.Tumpuan tentunya kepada PKR sebagai parti yang dibina atas semangat reformasi sejak 1998.Koalisi yang dipimpin PKR, Pakatan Harapan (PH) tentunya juga menjadi sasaran serangan.

4.Kita seharusnya sedar,serangan melalui pengkhiantan dalaman dan luaran memuncak apabila perjuangan Reformasi menghampiri kemuncaknya apabila tokoh reformasi Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

5.Dalam ketika dan saat ini, sosok muda pejuang reformasi wajar diberi peranan penting didalam parti.Rafizi menepati ciri2 ini.Beliau adalah pemimpin muda yang berani,cerdas dan telah membuktikan kesungguhan luarbiasa menghadapi ujian perjuangan.

6.Kami difahamkan juga, dari sudut perlembagaan parti, kedudukan Rafizi sekarang sebagai Naib Presiden membenarkan proses mengangkat beliau menjadi Timbalan Presiden berlaku.

7.Justeru, demi memperkukuh perjuangan reformasi, GERAK98 menyokong sebarang usaha memberikan peranan penting kepada Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR.

Mohamad Ezam Mohd Nor
GERAK98

5 Julai 2020/ 14 Dzulqaidah 1441H.

HATI LEBIH TENANG BILA BERADA BERSAMA GOLONGAN YANG MENEGAKKAN KEADILAN


Inilah kumpulan pintu belakang dan tebuk atap yg jadi kerajaan tanpa melalui restu rakyat. Di kalangan mereka, ada yg pandai baca Al Quran, tafsir quran dan hadis, ada yg pandai baca doa dan bertakbir raya, dan tidak kurang juga ada yang dalam kes mahkamah kerana menyeleweng duit rakyat.

Ibarat dalam satu kawah berkumpulnya daging babi dan kambing, maka ramai juga yang menggemarinya. Allah uji mereka dengan jawatan dan kedudukan di dunia, mereka jadi lupa kepada ayat2 Al Quran yang selalu bermain di bibir mereka selama ini.

Alhamdulillah, masih ramai di kalangan kita yang masih istiqomah dengan kebenaran. Masih takut untuk cenderung kpd kezaliman dan puak2 yang mungkar, kerana kelak dibakar api neraka. Itu yang dulu diajar oleh sebahagian dari lebai2 di atas. Malangnya, mereka sendiri hanyut dengan nafsu keduniaan yang tidak pernah mereka impikan selama ini. Matlamat menghalalkan cara.

Terima kasih Anwar kerana mengajar kami bersabar. Terima kasih Anwar kerana kamu menolak tawaran untuk berada di dalam kerajaan demi kelangsungan perjuangan kamu untuk melaksanakan reformasi dan keadilan. Apalah ertinya kerusi TPM ditawarkan kepada kamu sekiranya PM itu sendiri musuh kepada perjuangan reformasi. Cukuplah sekali dipatuk ular, jangan sampai dua kali dipatuk ular yang sama.

Kunci reformasi itu berada di tangan kamu. Kami bersedia menanti lama walaupun kami dilanda kesukaran. Jika kami mahu senang, sudah lama kami akan bersekongkol dengan puak-puak munafik dan pengkhianat itu.

Pilihlah di antara dua jalan. Kebenaran atau kebathilan. Tiada pilihan ketiga.

Selasa, 30 Jun 2020

LiVE VIDEO !! MAHATHIR HILANG ARAH ?


ANWAR MENYUMBANG IDEA PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DI ERA TUN M



Bank Islam adalah institusi kewangan Perbankan Islam yang terkenal. Ini kerja yang Anwar lakukan apabila berada di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, selain dari Universiti Islam, Takaful Islam, pemakaian Islam di sekolah-sekolah dan banyak lagi dasar penerapan Islam yang dibawa oleh Anwar ketika itu.

Mahathir melihat prestasi beliau. Apatah lagi bila beliau pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia. Defisit negara di bawah menteri kewangan Anwar ini amat terkawal dan ekonomi negara waktu itu dikagumi serantau.

Itu baru menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Mahathir tahu apa yang Anwar akan lakukan jika tokoh reformasi ini ditabalkan menjadi PM. Mahathir tahu, musuh Anwar adalah rasuah, kroni dan nepotisme.

Tidak pelik kalau Mahathir sampai bila pun tidak mahu Anwar jadi PM. Beliau khuatir banyak perkara bukan sahaja terhadap diri dan keluarganya, tetapi beliau bimbang ketokohan Anwar akan menenggelamkan namanya.

KERJASAMA DENGAN MAHATHIR PUN PATUT DIHENTIKAN

Saya ada baca kenyataan media dari Amanah dan Dap yang tidak setuju ada rundingan dengan Muhyidin, Azmin atau Hamzah.

Cuma saya mahu tambah, kerjasama dgn Mahathir pun patut tak boleh dah...sbb dia dah jelaskan tak mahu kjasama dgn Anwar pngerusi PH. Mahathir juga byk mungkir janji dgn PH, Mahathir juga khianat dan sabotaj PH bila letak jawatan. Mahathir juga khianat PH bila cuba usahakan kjaan perpaduan, ertinya mahu lenyapkan PH. Nasib baik gagal. Byk alasan utk buang Mahathir ni...cukup la jadi budak2 Tun ni. Cukuplah sekali diperbodohkan. Ada rezeki nanti jadi la menteri semula, jgn risau.

Isnin, 29 Jun 2020

APA LAGI ALASAN MAHATHIR?

Alasan Mahathir lagi, Anwar tidak boleh jadi PM kerana Anwar pimpin parti berbilang kaum. Dia ingat orang lain nyanyuk macam dia kot.

Kalau Anwar tak boleh jadi PM atas alasan pimpin parti Keadilan yang berbilang kaum, mengapa beliau mahu berjanji Anwar akan jadi PM selepas 6 bulan dia jadi PM kali ketiga? Adakah selepas 6 bulan itu Anwar akan jadi pemimpin parti Melayu?

Kalau alasan itu juga menjadi penyebab dia tidak mahu sokong Anwar, mengapa dia calonkan Shafie Apdal sebagai PM? Shafie Apdal adalah pemimpin parti Warisan, iaitu parti berbilang kaum di Sabah. Cuba lihat pimpinan dari Warisan, semua Melayu kah?

Ini bukti menunjukkan Mahathir kini hilang arah dan kerap terlupa akibat faktor usianya. Tapi masih kemaruk nak jadi PM.

KALAU MAHATHIR TIDAK DAPAT JADI PM, BELIAU AKAN PASTIKAN ANWAR JUGA TIDAK DAPAT JADI PM

Mahathir pernah kata sokong Anwar jadi PM selepasnya. Berkali2 beliau sebut.
Kemudian Mahathir letak jawatan, kemudian bila PH telah tumbang, dengar nama Anwar mahu diangkat, dia nak jadi PM semula. Bila dia tahu ramai yg benci bila dengar nama dia untuk jadi PM kali ketiga, dia pun jual nama Shafie Apdal. Tak nampak lagi perangai Mahathir di dalam memecahbelahkan PH?

Ada pihak yang kata kononnya mereka bertemu Mahathir untuk jadi "orang tengah" bagi meredakan perseteruan di antara Mahathir dan Anwar. Apa "orang tengah" ini buat selepas bertemu Mahathir?

"Orang tengah" ini telah mengangguk kehendak Mahathir untuk menamakan Shafie Apdal sebagai PM. Walhal, mereka tahu di dalam perjanjian PH, nama Shafie Apdal tidak pernah disebut sebagai calon PM atau TPM sekalipun dari PH. Jika hujahnya mahu ambil semula mandat rakyat, mengapa wajib bawa nama Mahathir lagi kemudiannya Shafie Apdal?

Jadilah "orang tengah" yang boleh mendamaikan, bukan mengusutkan lagi keadaan. Jadilah "orang tengah" yang tidak mudah dipengaruhi. Jadilah "orang tengah" yang adil dan paling penting bijaksana agar tidak mudah di"buli" oleh orang tua kemaruk itu.