RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 27 Jun 2009

PEMBORONG IKAN DITUGASKAN UNTUK `TALKIN'KAN UMNO DI MANEK URAI

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS Tidak menunggu masa terlalu lama untuk mengumumkan calon pilihan parti tersebut bagi mewakili PR di dalam PRK Manek Urai pada 14 Julai ini. Meskipun difahamkan terdapat 3 calon yang telah dikemukakan bagi mengisi kekosongan Adun Manek Urai, namun takdir telah menyebelahi Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai pilihan Pas di situ. Fauzi, seorang pemborong ikan agak terkejut apabila namanya dipilih serta diumumkan oleh Mursyidul Am Pas Tuan Guru Hj Nik Aziz di dalam ceramahnya malam tadi di Manek Urai.

Mengapa Fauzi yang juga merupakan anak tempatan Manek Urai ini dipilih? Benar, beliau bukan seorang ternama atau mempunyai pendidikan akademik yang tinggi. Pas telah membuat pilihan untuk mencalonkan seorang rakyat marhaen di Manek Urai dan Pas tidak terikat dengan syarat kelayakan akademik yang tinggi bagi memuat keputusan tersebut. Ini bukan bermakna Pas menolak pemimpin yang bijak pandai dan berkelulusan tinggi, tetapi apa yang lebih penting pada Pas seseorang pemimpin itu mestilah jujur, amanah dan bertanggungjawab serta mempunyai nilai-nilai agama yang tinggi. Ini semua ada pada Fauzi dan beliau juga mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat setempat. Lahir dalam suasana dan kehidupan yang agak susah, Fauzi tentunya dapat merasakan naluri hati rakyat yang susah dan sentiasa perlu dibantu.

Siapakah pula lawannya nanti di Manek Urai. Calon Umno bakal diketahui esok (Ahad) di mana pengumuman calon bakal diumumkan. Difahamkan seorang tokoh tempatan dari Pemuda Umno mungkin dicalonkan mewakili Umno di Manek Urai. Biar siapa pun lawan dari Umno yang diletakkan di Manek Urai, Fauzi calon dari Pas telah diberi amanah untuk `mentalkin'kan Umno di sana. Ini suatu penghormatan buat seorang peniaga ikan seperti beliau kerana bukan calang-calang orang yang berupaya untuk berdepan dengan Umno yang mempunyai segala instrument dan jentera yang mereka kuasai. Sudah tentunya Umno akan merasa lebih tertekan jika tewas di dalam PRK sekali lagi kali ini apatah lagi ditewaskan oleh seorang peniaga ikan anak tempatan.

Di dalam ceramah sempena pengumuman malam tadi, kehadiran Presiden Pas serta pemimpin tertinggi DAP membuktikan bahawa PR kini lebih bersedia menghadapi Umno/Bn dalam suasana yang lebih kuat dan padu. Isu kononnya rakyat di Manek Urai tidak menerima kehadiran pemimpin yang dikatakan mencetuskan idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ternyata meleset. Propaganda media sebelum ini menggambarkan bahawa terdapat perpecahan di dalam Pas akibat idea tersebut terbukti salah. Akhbar mewar-warkan berita kononnya poster Presiden Pas di`haram'kan dipasang di Manek Urai menunjukkan media haprak tersebut kini kehabisan isu.

Di dalam Pas khususnya tidak timbul lagi perpecahan walaupun sebelum ini kelihatan pemimpin Pas mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza. Inilah nikmatnya berada di dalam Pas kerana pemimpin mereka lebih bijak membuat keputusan berdasarkan apa yang diajar oleh Al-Quran. Pas tidak mudah terpedaya dengan momokan dan propaganda media berlidah syaitan ini yang kadangkala menggunakan agama untuk memecah belahkan Pas khususnya berkaitan isu perpaduan. Mereka mengheret semua tokoh yang satu kepala dengan mereka untuk menggambarkan bahawa Pas anti perpaduan termasuk melibatkan Mufti Perak di dalam hal ini. Alhamdulillah, Pas telah dipelihara daripada parasit-parasit seperti ini.

Pengundi-pengundi di Manek Urai bertuah kerana seorang daripada wakil mereka dari golongan bawahan telah dipilih sebagai calon Adun di situ. Fauzi bukan orang senang yang mampu menawarkan apa-apa kepada pengundi-pengundi di Manek Urai melainkan perkhidmatannya yang ikhlas. Beliau tidak pernah diajar mengenali rasuah apatah lagi kerjaya beliau adalah sebagai peniaga ikan. Beliau telah membuktikan istiqamahnya kepada perjuangan di dalam Pas walaupun sebelum ini telah berkali-kali namanya disebut sebagai calon Pas di dalam pilihanraya sebelum ini.

Tiada pilihan lain lagi buat pengundi-pengundi di Manek Urai. Bumi Manek Urai sudah tidak sesuai lagi buat Wakil Rakyat Umno bertapak. Jangan cuba mencipta sejarah yang `songsang' di saat semua tempat kini menolak Umno/Bn, Manek Urai pula membuat pilihan yang akan sentiasa dipandang serong dan diperlekehkan oleh rakyat di tempat lain. Ciptalah sejarah yang akan sentiasa dikenang dan bermain di mulut masyarakat seluruh Malaysia betapa Umno boleh ditumbangkan walaupun berdepan dengan seorang `peniaga ikan'. / wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. PAS PERLU WASPADA & JANGAN 'OVER CONFIDENT'KERANA UMNOI-BN AKAN GUNA (PERBODOH) SEGALA BALA JENTERA DARI SPR,PDRM & LAIN-LAIN ALAT KERAJAAN (BACA RAKYAT),RM YANG BERLAMBAK-LAMBAK AKAN DICURAH UNTUK MENEBUS MALU,TAPI RAKYAT MANIK URAI JANGAN LUPA PENGKHIANATAN UMNOI-BN SELAMA TOK GURU & PAS PERINTAH KELANTAN BERBAGAI KARENAH SERTA SEKATAN DIKENAKAN TERHADAP NEGERI YANG RATA-RATA PENDUDUK MELAYU/ISLAM ,DARI DANA PER KAPITA SAMPAI SEGALA BENTUK BANTUAN YANG HAK DISEKAT, TAPI BILA SAMAKAN KHIANAT MEREKA LEBIH DARI KOMUNIS UMNOI-BN MELOMPAT MACAM BERUK KENA BELACAN SAMPAI REPOT KEBALAI POLIS BN ! PADAMKAN RIWAYAT PARTI PERKAUMAN & PENGKHIANAT BESAR DI MALAYSIA, ALLAHU AKBAR !

    BalasPadam