RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 10 Julai 2009

STRATEGI YANG MENGEJUTKAN UMNO DI MANEK URAI

Nasharuddin jadi buruan media
Jul 10, 09 12:51pm
kemaskini 2.30pm Nasharuddin Mat Isa terus menjadi buruan media di Manek Urai apabila muncul ura-ura timbalan presiden PAS itu telah tiba di Kota Bharu pagi ini untuk berkempen di pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau dijangka hadir di pasar Laloh petang ini bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas dilaporkan mendapat rawatan di Hospital Serdang semalam.

nasharuddin mat isa manek urai by electionSetelah tiba di lapangan terbang Pengkalan Chepa, Nasharuddin dikhabarkan ke markaz gerakan PAS Terengganu di Laloh dan akan menunaikan solat Jumaat di kampung tersebut.

Sementara kedengaran juga ura-ura beliau akan bersolat bersama calon PAS Mohd Fauzi Abdullah di masjid Lata Rek - bagaimanapun beliau tidak hadir.

Mohd Fauzi, yang dijadualkan berada di kawasan tersebut, hadir bersama Nik Aziz yang turut menyampaikan khutbah.

Sebelumnya, dalam sidang media harian PAS, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Abdul Fatah Harun berkata kehadiran Nasharuddin sebagai sebahagian "strategi kejutan" parti untuk mengekalkan kemenangannya di Manek Urai.

Strategi yang sama termasuklah menaikkan poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun sebelum penamaan calon ketiadaan poster ahli parlimen Marang itu menjadi isu.

Abdul Hadi dan Nasharuddin menjadi fokus utama susulan sikap politik mereka yang bertentangan dengan Nik Abdul Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berhubung kerajaan perpaduan.

Ketidakhadiran ahli parlimen Bachok untuk mengiringi Mohd Fauzi pada hari penamaan calon menimbulkan minat besar di kalangan pengamal media dengan masing-masing terus membuat spekulasi dan mendapatkan pengesahan punca "kehilangannya."/Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan