RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 9 September 2009

RUNDINGAN DENGAN UMNO ? CERITA LAMA, KATA NIK AZIZ

Nik Aziz tolak sebarang rundingan dengan UMNO

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan dengan UMNO selagi parti itu masih memperjuangkan dasar kebangsaan dan tidak memperjuangkan Islam.

Nik Abdul Aziz berkata, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini boleh dianggap sebagai 'cerita lama'.

“Ini cerita lama. Nak berunding apa lagi, nak runding apa. Kalau nak runding fasal petroleum Kelantan bolehlah. Kalau nak tentu tarikh bila MB Kelantan pergi Kuala Lumpur yang itu boleh runding,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah lebih baik tiada rundingan di antara kedua-dua parti.

“Berunding apa, kalau dia nak jaga Islam lebih baik dia buat seperti mana yang saya sebut. Tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Barulah benar-benar menampakkan kita ini ikhlas dengan Islam.

“Senang tak ada apa. Kelantan telah hidup lebih kurang 20 tahun dah di bawah dasar Islam. Dasar Islam salah satu yang kami buat ialah kami tukar pemikiran rakyat daripada jadi ‘Pak Turut Eropah’ kepada ‘Pak Turut Nabi Muhamad SAW’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Najib pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai yang mengatakan UMNO sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Ketika diminta mengulas peruntukan sebanyak RM8.9 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terima kasih di atas peruntukan itu.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan pusat yang telah menolong Kelantan di dalam pelbagai bidang kerana itu adalah kewajipan kerajaan pusat," katanya.

Perdana Menteri kelmarin dilaporkan meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manik Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai, 14 Julai lalu./SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan