RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 8 September 2009

`PINANGAN NAJIB' DI TENDANG DEPAN PINTU OLEH PAS?


PAS tidak akan bersama Umno pertahankan perkauman
Harakahdaily
Tue | Sep 08, 09
KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.

Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.

Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".

Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.

"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.

Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.

"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.

Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.

"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.

"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.

Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka.

"Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin._

10 ulasan:

  1. sikap umno yg terdesak. salam dihulur atas nama ukhwah tapi tersembunyi racun berbisa.modal utk prk bagan pinang.mana ada keikhlasan dalam jiwa orang2 munafik.

    BalasPadam
  2. SAUDARA,

    LUPAKAN KISAH NAJIB NAK PINANG PAS NI.

    YG PANAS SKRG NI ADA DESAS DESUS KJAAN SGOR AKAN TUMBANG ANYTIME.

    KATANYA ADA BEBERAPA ADUN DAH LESAP.ANTARANYA ADUN KAJANG.ANWAR HUBUNGI PUN TK DPT.

    SKRIP YG SAMA MCM DI PERAK DULU.

    KATA BLOGGER PARPUKARI BANGSAT TU, THEY HAVE NUMBERS.KHALID AKAN DIGULINGKAN DAN HASAN ALI AKAN DILANTIK JD MB.

    KATANYA HASAN ALAI JUMPA SULTAN 2 JAM LEBIH TU SEBENARNYA DISCUSS POSSIBLE TAKE OVER NI.

    GABUNGAN KJAAN UMNO+MCA+PKR+PAS+DAP.

    TP RONNIE LIU DAN TERESA KOK TK TERMASUK DLM PAKATAN BARU NI.

    TLNG CONFIRM KAN LAH BRADER.

    BLOGGER PARPUKARI VERY2 CONFIDENT DGN DESAS DESUS INI

    BalasPadam
  3. melayu tak kan hilang didunia kecuali melayu umno totok je ...minda melayu umno lasung tak bole pakai ..pemimpin melayu sepatutnye membela bangsa melayu islam ...sia sia je jadi pemimpin tapi tak berkepimpinan bila dah tersepit kepala lembu di jadikan modal isu kuil pun di jadikan modal.. DAP lebih menghormati org melayu daripada melayu umno tidak ade perpecahan antara melayu pas pkr kita tetap berjuang bersama bak kata pepatah berat sama di pikol ringan sama di jinjing ..lu pikir lah sendiri .

    BalasPadam
  4. @Bah Lantok

    kalo penyokong umno yg mengaku beragama islam..yg sygkan islam..sayangkan melayu..join je la PAS..yang tuan guru menentang org melayu yang menetang agama islam..bukan tuan guru menentang melayu..

    kaum melayu xkan hilang kuasa pemerintahan..tapi melayu UMNO yang akan hilang kuasa pemerintahan..rakyat dibawah adalah tuan kepada negara ini..bukan 2-3 kerat org melayu umno yang menjadi tuan..melayu tidak terpinggir..tapi UMNO yang terpinggir..

    Melayu hilang di dunia kalau UMNO xde?UMNO xde..lagi maju orang melayu..

    BalasPadam
  5. UMNO LINGKUP MELAYU/ISLAM SELAMAT !

    BalasPadam
  6. PAS for All. Jangan buat tuduhan PAS menyokong DAP. PAS bekerjasama dengan parti yang menyokong PAS dengan prinsip perjuangan integrasi yang sebenar. Ini bukan perjuangan bila terhantuk baru tergadah.

    BalasPadam
  7. Kapada Bah Lantok.. Dengarlah sini..memang
    UMNO ni parti melayu dan org2nya berugama
    islam. Mengaku islam tapi kenapa UMNO selalu
    menghina dasar2 islam yg diperjuangkan PAS.
    Seharusnya kalau mengaku islam, sepatutnya
    hendaklah menyokong dasar2 yg diperjuangkan
    PAS. Kenapa persoalan ini tidak dibangkitkan.
    Katakanlah kalau DAP menentang, logiknya mereka
    bukanlah dari org2 islam dan tidak tahu tentang
    islam. Tapi UMNO dan ahli2 serta penyokongnya
    berugama islam. Orang Islam menentang dasar2
    islam lebih jahat dan hina daripada org2 bukan
    islam yg taat kpd islam. Soal perbezaan ugama
    , itu perkara lain. Dalam surah Al-kaafirum,
    ayat 6 ada menyebut.."Bagi kamu ugama kamu, dan
    bagi ku ugamaku". Sebenarnya PAS,PKR dan DAP
    dalam satu pakatan hanyalah sama2 berjuang
    demi menegakkan keadilan dan kebenaran dan
    sama2 menentang UMNO yg rasuah dan zalim.
    Apakah BAH LANTOK tidak ingat, siapa yg menghina hukum hudud..siapa yg menghina janggut
    nabi.. pernah satu ketika dulu, mantan PM mengatakan kalau nak makan sup tangan, datanglah ke Kelantan. Kalaulah pemimpin UMNO
    bolih menghina sebegini (Hukum hudup) terhadap
    islam, tidak perlu melayu islam menghampirinya
    lagi sehingga keahkir zaman, biar UMNO terkubor
    diPRU13 nanti..

    BalasPadam
  8. Bah lantok!
    Tak payah pikir panjang2..... pilihlah antara parti yang memperjuangkan Islam atau parti yang memperjuangkan bangsa@nasionalisme?

    BalasPadam
  9. menghairankan Presiden UMno beri salam nak kan perpaduan tetapi penyokong hina pimpim PAS seperti di Sksyen 23 Shah Alam , penyokong sendiri pun x boleh di bawa berbincang ada hati nak berbincang dgn pimpinan PAS . pergi jalan dahhh

    BalasPadam
  10. LANTAK KORANG LAAAA....MELAYU SAMA MELAYU.....BERTEKAK YANG LAIN TEPUK TANGAN....PA BODOH MELAYU NI

    BalasPadam