Tiada semangat kesukanan - Nik Aziz
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan peristiwa yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.
Beliau menganggap penyokong Kelantan yang dikatakan merusuh serta membakar kerusi di stadium berkenaan sebagai tiada semangat kesukanan.
"Sebab itu saya kata jangan sebut main (bermain bola), sebut riadah, dengan riadah baru ada semangat kesukanan," katanya.
Menurutnya, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh menjejaskan nama baik negeri.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kelantan, Yahya Jamada Ali berasa malu dan kesal mengenai insiden liar oleh segelintir penyokong Kelantan selepas pasukan mereka tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan.
Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam kelmarin, segelintir penyokong bertindak liar dan ganas dengan membakar mercun dan tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas ketinggalan 2-0.
Yahya menyifatkan tindak-tanduk penyokong tersebut mencerminkan seolah-olah budaya dan sikap orang yang berasal dari Kelantan hanya cenderung untuk berkelakuan sedemikian./kosmo
Apa yang nak di hairankan? Memang dah dasar dan perangai mereka dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah....berlagak seolah-olah mereka yang kaya...yang ada class...yang pandai...yang kuat..yang mengatasi negeri lain...sebenarnya orang negeri lain lebih dari itu tapi tak tunjuk saja.
BalasPadamKalau dalam Universiti tu..orang dia saja yang banyak masuk...dan pandai kononnya. Tapi tengok CGPA dia tu...out...paras hidung. Kalau tak ada kouta masuk U...boleh bilang dengan jari berapa kerat yang masuk U....
BalasPadammelayu kalau kutuk melayu no 1. laju.ringkas.padat.
BalasPadamnegeri tak mencerminkan keperibadian sedare...
Hi kawan,sy mmg x nafi ada org kelantan mcm tu tp kutukan awk tu dah lebih beremosi hinggakan kuota ke u pun di bangkitkan? negeri lain takde kuota ke ? nak kutuk pun insuran lah dulu mulut tu..
BalasPadamorang lain bodoh tu yang tak dpt masuk u tu..itu pun tak leh nak pikior...depa pandai sebab tu masuk u..
BalasPadamsedara,
BalasPadamjangan bermain api kenegerian plak kat cni....dh la sama Melayu berpecah sbb politik....cuba profesional skit laa...politik2 laa...bola2 laa....kita bersatu bawah Islam jer...bersatu 1Islam....1Malaysia
Salam...
BalasPadambetapa rendahnya mentaliti melayu macam tu....prejudis!Bila agaknya kita nak maju...Bukan setakat dengan cina je yg melayu dengki,sama2 melayu pun nk dengki jugak!
-hanya yg layak dan pandai akan cemerlang dan masuk universiti Dan hanya yg bersalah yg patut dihukum.
-anak kelantan di seberang laut.