APAKAH ini berita yang dimaksudkan oleh blog Pinkturtle2 ? Baca di sini. Nampaknya kerja-kerja syaitan mula dimainkan oleh beberapa puak untuk menghancurkan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Bermula dengan isu PMBK sehingga terpelantingnya Syed Azidi atau Kickdefella dari PMBK sehinggalah kisah MB Kelantan ditaja oleh seseorang yang bermurah hati untuk menunaikan ibadah haji atau umrah. Isu berkaitan PMBK dan Syed Azidi telah saya ulas sedikit di sini.
Sedikit saya tergerak untuk mendahului tulisan sahabat saya Pinkturtle yang dikatakan akan mengulas satu cerita terbaru sedikit jam lagi. Soalnya adalah berkaitan tangan-tangan syaitan yang memainkan peranan untuk menunjukkan Tuan Guru Nik Aziz melakukan umrah atau haji yang ditaja melalui jalan yang tidak betul. Senang cerita, mereka menganggap ibadat yang dilakukan oleh Tuan Guru di Mekah hasil daripada tajaan si pemurah hati itu adalah rasuah. Tuan Guru MB Kelantan juga kaki rasuah, itu sebenar yang ingin disampaikan oleh puak-puak ini. Kali ini operasi mereka agak kasar dan jahat di mana Tuan Guru dan menantu dikaitkan sekaligus.
Soalnya siapakah mereka ini? Pertama kali saya tidak menuduh Umno telibat di dalam hal ini walaupun media mereka tentunya punyai modal terbesar untuk memburukkan imej Tuan Guru. Ironisnya, kebetulan atau tidak, terpelanting pula seorang penulis blog yang bekerja dengan PMBK dan kini mendakwa banyak berlaku penyelewengan di dalam PMBK yang beliau ketahui semenjak beliau bertugas di PMBK. Soalnya semenjak bila beliau ketahui ada penyelewengan dan kenapa setelah dipelanting keluar baru berani bersuara? Itu pun sekadar berani bersuara tanpa apa-apa bukti walaupun amaran demi amaran beliau keluarkan melalui media. Orang ini mengaku bekerja khusus untuk seorang Exco di dalam Kerajaan Negeri dan sebelum ini kita tidak ketahui cerita sebenar beliau di PMBK.
Apa kaitan PMBK dengan isu tajaan Tuan Guru Nik Aziz? Mudah untuk difahami, pertamanya CEO PMBK adalah menantu Tuan Guru selaku MB Kelantan. Keduanya, tajaan dibuat untuk Tuan Guru ke Mekah. Maksud tersirat, PMBK mungkin terlibat di dalam penyelewengan dan kini dalam siasatan dan Tuan Guru juga sama mungkin akan disiasat. Kita saksikan nanti adakah kerja-kerja syaitan ini berjaya atau tidak.
Walau apa pun, niat mereka sedikit sebanyak terhasil. Nama baik PMBK kini terjejas dan imej Tuan Guru dilhat tercemar. Sebagai seorang yang alim dan warak, jalan paling baik bagi menghindari fitnah jahat ini adalah dengan cara Tuan Guru membatalkan pemergiannya ke Mekah. Ini yang saya jangkakan dan mungkin ini juga yang ingin disampaikan oleh rakan saya Pinkturtle. Tuan Guru terpaksa menahan sebak dihati dengan menangguhkan pemergiannya ke Mekah walaupun ada pihak yang berhati mulia sanggup untuk membiayai kos pemergiannya ke Baitullah. Mereka berjaya menggagalkan ibadah ke Mekah Tuan Guru kali ini, tetapi belum tentu mereka berjaya di dalam perancangan jahat mereka.
Hairan bin ajaib, di mana panglima Tuan Guru selama ini? Di mana Husam Musa? Mungkin Husam kini tersepit di antara Tuan Guru atau pun rakan karib. Kita lihat kisah seterusnya dan yang pasti drama merebut jawatan MB Kelantan kini telah bermula./Kembali ke laman asal.

hmm sape plak dah nk berebut2 jwtn mb kelantan nie?jgnla smpai menyebabkn kekeliruan yg blh menyebabkn timbulnye fitnah lak,plzz la bloggers wat la artikel yg melawan sgala fitnah2 umno lak..
BalasPadamsaya dah confuse dah, siapa yang nak jatuhkan siapa ni???
BalasPadamSaya adalah penyokong Husam TETAPI jika musibah ini adalah perancangan Husam untuk menjatukkan Tok Guru & untuk menjadi MB, saya akan bangun menentang habis-habisan.
janganlah kerana jawatan lupa semua tatasusila & adab jemaah, silap-silap tergadai maruah & negeri!!
Jika husam adalah dalangnya, maka the most honorable thing for him to do is TO RESIGN from ALL POST in Kelantan Government & in PAS. lebih baik jatuh dengan bergaya daripada nanti dengan cara ditendang dan diaibkan. Saudara masih muda lagi, ada banyak masa lagi utk buat comeback.
Jika saudara salah, bertaubatlah & mintak ampun kepada Nik Aziz. Tok Guru dah tua dah, tak tau selama mana lagi dia akan bersama dgn kita. jangan nanti menyesal kemudian hari...
aku nak ajak korang pikir jap
BalasPadamnape, seorang penjawat kontrak dalam pmbk, diarahkan hanya untuk melapor kepada exco ni?
kalau pun penting atau betapa istimewa pon kerja dia, bukankah sepatutnya dia melapor terus kepada nik aziz selaku pengerusi pmbk?
seolahnya sekarang ni ada tangan lain yang lebih berkuasa dalam pmbk dan melangkaui nik aziz selaku pengerusi.
mungkin bila kepentingannya tercabar, meeka ni pun mula mnsabotaj nik aziz dengan memukul menantunya?
pada aku, exco tu patut beri penjelsan berkenaan layana istimewa penjawat kontrak tu. pelik kan, bila dah kena tendang baru bising itu ini.
bukan nak tuduh tp ntah nape hati aku kuat ni kerja2 golongan munafik haraki