RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 10 November 2009

PAS SELANGOR TUTUP PINTU KERJASAMA DGN UMNO

Tuesday, November 10, 2009

SHAH ALAM 9 NOV - Tindakan Umno yang kini dilihat mula menawarkan kerjasama dengan Pas bagi menjalankan ‘Pakatan senyap’ dilihat sebagai menangguk di air keruh.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir berkata walau apa pun tawaran dan cadangan yang dibuat Umno, Pas Selangor tetap dengan pendirian menyokong keputusan pucuk pimpinan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan parti berkenaan.

“Umno pun rasanya cuba menangguk di air keruh tetapi saya mengulangi kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat minta kalau Umno betul jujur, minta Umno masuk Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa ‘pakatan senyap’ antara Umno dan Pas amat diperlukan untuk membangunkan Islam dan Melayu di negara ini.

Roslan menambah Pas Selangor tidak nampak sebarang manfaat mengadakan perikatan rahsia bersama Umno. “Kami sekarang ini dari sudut politiknya lonjakan sokongan terhadap kita selepas pilihanraya 2008 ternyata, penolakan rakyat dalam Umno pun ternyata.

Pilihan raya kecil yang lepas kecuali di Bagan Pinang jelas rakyat bersama dengan Pas,” katanya. Isu ‘pakatan senyap’ ini mula diperkatakan apabila pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis satu artikel bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’ dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com.

Artikel tersebut menyeru agar Umno dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoal.

Dalam Seminar Politik Pas yang diadakan 7 November lalu, perwakilan meluluskan resolusi untuk mengunci pintu rundingan bersama Umno dengan ketat.

Sehubungan itu, Pas Selangor akan mengambil langkah merapatkan hubungannya dengan Pakatan rakyat. Roslan berkata, rundingan meja bulat dengan DAP akan diteruskan bagi menjamin masa depan rakyat.

“Kita tidak berminta sebab kita telah sepakat meperkukuhakan kerjasama antara Pakatan Rakyat dan memastikan ianya menjadi gandingan yang dapat memberikan manfaat pada rakyat dan negara.

“Kita akan meneruskan rundingan meja bulat dengan Dap dan mungkin meluaskan dengan PKR sekali untuk pastikan tidak ada ruang perbezaaan antara kita sebab yang pentingnya adalah untuk nasib dan masa depan rakyat di negeri Selangor,” katanya./ Utara Online

9 ulasan:

  1. Sejak bila dia sedar dari tidurnya tu?

    BalasPadam
  2. salam, kalangan PAS mesti sedar siapa pencetus idea UG ini dan siapa pula yang menjadi penyokong kuatnya,UG ini kalau tak ditangani akan meruntuhkan PAS, ingat nak bangun semula bukan perkara mudah, ada pemimpin PAS masih beringus dipilih dikerusi no 2 tertinggi, ada dah bersara baru join PAS, mereka ini tak pernah diuji sebagaimana pemimpin PAS lain, tak perlu disebut nama2 mereka, umum mengetahui sapa2 mereka itu.
    kemelut kepemimpinan PAS ibarat bom jangka kalau isu kepemimpinan di sapu dibawah karpet. oleh itu bertindaklah sekarang sebelum PRU 13. -warga putrajaya

    BalasPadam
  3. tak berminat nak dengar cakapnya ni, kalau berita beliau di gugurkan dari jawatannya sekarang minat lah......

    BalasPadam
  4. orang bodoh dengar berita umno
    maka dia ikut bawa berita bodoh macam umno.
    siapa yg untung ???
    umno yg untung.
    walau siapa pun yg jadi pemimpin ,pemimpin tersebut tatap ada yg tak kena pada rakyat.
    cari lah mana mana pemimpin yg baik mana sekalipun dalam dunia ini.

    aku harap kita mintak takpayah main politik saja lagi senang ( demo keras si )

    BalasPadam
  5. Dalam berpolitik orang melayu kena belajar dari orang cina.Kenapa dalam hal kepentingan Islam dan kaum mereka tidak bolih sefahaman? Pelik..mereka mengaku merekalah yang Islam tapi bila bercakap..bila menulis mereka mencaci,membodoh,mengkafirkan dan macam2hal utk mengaibkan orang...islamkah itu? Betul lah melayu ni mudah lupa. Walaupun sudah pandai dan cerdik tapi sebenarnya mereka bebal,dunggu,benggap dan jumut....kesiann

    BalasPadam
  6. Orang melayu bila bercakap suka ikut sedap mulut jer...tiada fakta dan bukti. Suka dengar khabar angin kemudian pecaya.. lantas terus menyebarkannya... dengan kata2 dan bahasa yang tidak sepatutnya..yang herannya mereka mengaku merekalah Islam..merekalah yang benar...kesiann

    BalasPadam
  7. PAS tidak perlu bekerjasama dengan UMNO.Bagus tu...sebab orang melayu perlukan satu parti yg jadi pemangkin dlm hal2 bagi kepentingan mereka. Tapi dlm hal yg menjejaskan kepentingan Islam dan melayu yg ditimbulkan olih rakan2 segabungan mereka...mereka duduk diam,bisu dan beku. Bersuaralahh...kami harapkan dalam hal2 begini PAS jadi jaguh..janganlah tunduk membisu..kesiann

    BalasPadam
  8. Masa ini dalam berpolitik samada dgn berceramah, menulis atau apacara sekalipun kita perlukan fakta dan bukti..buktikan..itu yg perlu. Tak payahlah mencerca, memaki, membodohkan hatta sampai mengkafirkan orang lain. Kita perlu berfikiran terbuka dan gentleman. Apabila ramai orang datang mendengar ceramah atau membaca tulisan kita..tidak semestinya mereka mengiakan atau menyokong kita..sebab orang sekarang sudah cerdik..mereka bolih membuat pertimbangan baikburuk dan betulsalahnya...janganlah kita berceloteh sampai timbul urat leher tapi sebenarnya kosong...kosong saje

    BalasPadam
  9. Orang Melayu ni selain mempunyai sifat tinggi budi pekerti,berbudi bahasa dan lain sifat yg baik2 saperti yang diwarwarkan tetapi mereka juga sebenarnya mempunyai sifat tinggi panas baran, cemburu, dengki, irihati malah sanggup melingkupkan orang lain dan akan berkata `no` jika mereka tidak mendapat kepentingan atau yang bolih menjejaskan kepentingan mereka. Mereka bolih bersikap hati batu dan beku. Cacian,makihamun,membodoh dan mengaibkan orang lain adalah sudah menjadi kata2 biasa dalam cakap dan tulisan mereka. Malah hingga mengkafirkan islam lain..lihatlah yg berlaku...melayu..melayu...berubahlahh

    BalasPadam