RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 16 Disember 2009

Bung Mokhtar nikahi pelakon seksi Zizie Ezette?

16 Dec 2009

"Saya tidak mahu komen. Biarlah Zizie sendiri yang jelaskan," kata pelakon Khaty Fauziah, ibu kepada Zizie Ezette ini berhubung khabar angin yang mengatakan aktres itu telah dilamar oleh seorang ahli politik dari Sabah.

Menurut Khaty, dia tidak mahu berbicara lanjut tentang perkara itu kerana ia masih dalam perbincangan.

"Saya susah untuk memberikan komen kerana perkara (perkahwinan) ini masih dalam perbincangan dan kami belum memberikan apa-apa keputusan.

“Insya-Allah, apa-apa pun, kami akan beritahu dalam minggu depan,” kata Khaty enggan memberikan komen lanjut.

Sementara itu, Zizie gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. Semua panggilan telefon mahupun SMS mStar kepadanya tidak mendapat sebarang respons.

Zizie sebelum ini pernah putus cinta dengan seorang ahli perniagaan berusia 40-an dari Batu Pahat, Johor setelah hampir tujuh tahun bercinta.

Sementara itu menurut blog Malaysian Instinct ahli parlimen yang dimaksudkan ialah dari Kinabatangan iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin.

Menurut blog tersebut juga majlis resepsi tersebut bakal diadakan esok. / Mstar, KLpos, Malaysia Instinct. Foto: Murai.com.my


Zizie (kanan) gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan

2 ulasan:

  1. Besar juga selera Bung mokthar, sama besar suaranya dalam parlemen

    BalasPadam
  2. bior betolllllll bunggggggggg??? besau nyer nafsu kau tak padan dgn muke. ish ish ish..... hamba UMNO lah katakan.

    zizie zizie...kalau lah benor perkara ini. kenapa enkau sanggup berlaki kan si duggong nie??? dulu aku minta kat kau tak kasi.....

    BalasPadam