RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 12 Disember 2009

TEKSI MACAM TANDAS ? NAZRI SEKALI LAGI BUAT HAL

'Nazri dituntut minta maaf'


AZMI (kiri) menyerahkan memorandum kepada Kamarudin menggesa Mohamed Nazri meletakkan jawatan di Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Letak jawatan portfolio teksi dan pengangkutan awam serta minta mohon maaf secara terbuka kepada pemandu teksi.

Demikian gesaan beberapa persatuan pemandu teksi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ekoran kenyataannya pada Isnin lalu yang melabelkan perkhidmatan teksi di negara ini lebih teruk daripada tandas.

Jurucakap persatuan-persatuan terlibat, Azmi Md. Yatim berkata, kenyataan celupar menteri itu tidak mencerminkan keadaan sebenar pemandu teksi dan ia tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang dianggap sebagai bapa.

"Walaupun beliau kata hanya segelintir pemandu teksi sedemikian tetapi kenyataan itu tetap menghina," katanya pada sidang akhbar pada Perhimpunan Bantahan dan Penyerahan Memorandum di Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras di sini semalam.

Turut bersama dalam majlis itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusoff Lahir dan Pengerusi Persatuan Pemandu-pemandu Kereta Sewa Melaka-KLIA-Melaka, Jefri Ibrahim.

Azmi yang juga Pengerusi Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia menjelaskan, keceluparan Mohamed Nazri itu mencerminkan beliau seorang yang angkuh dan bercakap secara semberono.

"Kenyataan itu juga dibuat secara membuta tuli, tidak telus dan prejudis serta mendiskriminasi para pemandu teksi di negara ini./Kosmo

2 ulasan:

  1. banyak menteri melayu sekarang ini jadi kacau bilau, bercakap pun macam orang gila kadang-kadang macam penagih dadah adakala macam orang mabuk........astaghfirullah apa dah jadi...kena qunut nazilah ke??

    BalasPadam
  2. Itulah yang dinamakan "manusia", lemah segala-galanya. Ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh ALLAH. Ingatlah kita dipilih dikalangan manusia ini bukan untuk melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati manusia lain. Manusia yang sewaktu dengannya tak perlu dipilih lagi. Masalahnya manusia dikawasan itu ... Saya cadang buat tunjuk perasaan seperti di atas tu di kawasan manusia ini.

    BalasPadam