RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 7 Disember 2009

ISTERI ARIFFFAHMI PULA MENJADI MANGSA

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO beserta mereka yang bersekutu dengannya tidak akan hidup aman dan tenteram selagi Tok Guru Nik Aziz masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan. Serangan musuh utama PAS ini semakin menggila sehinggakan mereka tidak boleh duduk diam sehinggalah jenerasi Tok Guru Nik Aziz dapat di`cemar'kan. Jika dahulu bermula dengan Tok Guru sendiri, kemudian menantunya dan kini anak perempuan Tok Guru iaitu isteri kepada Ariffahmi pula menjadi lawan buat golongan sekular ini.

Tulisan Nik Amalina yang merasa terkilan dan sedih di atas apa yang berlaku terhadap suami tercintanya menjadi suatu isu buat musuh PAS ini. Mereka lupa kepada kisah-kisah yang lebih mengaibkan di kalangan pemimpin Umno serta isteri-isteri mereka. Bagi mereka kesemua pemimpin Umno dan isteri serta keluarga masing-masing terlalu mulia dan wajar dicontohi oleh keluarga Tok Guru. Mata dan hati mereka kini telah dibutakan oleh Allah. Apa yang tidak mereka katakan terhadap anak perempuan Tok Guru itu di sini ?

Kita lihat tidak banyak pemimpin PAS yang bersimpati terhadap Nik Amalina walaupun sehingga kini tidak terbukti sebarang kesalahan yang telah dilakukan oleh menantu Tok Guru itu. Kita memahami isunya bukan salah laku oleh Ariffahmi tetapi isunya adalah Ariffahmi adalah menantu Tok Guru iaitu MB Kelantan. Begitu juga isunya bukan kerana menghalang Tok Guru pergi ke Mekah, tetapi isunya adalah Tok Guru telah ditaja. Ini semua lah mungkin yang menyebabkan tidak banyak pemimpin PAS yang berani mempertahankan Tok Guru iaitu Mursyidul Am mereka sendiri.

Tetapi, pelik juga kerana tidak banyak pemimpin PAS yang lantang serta berani mendedahkan mana-mana pemimpin Umno/Bn yang juga melakukan perkara yang sama iaitu mengamalkan kronisme itu. Atau adakah kesemua pemimpin Umno itu bersih ? Kita lebih fokus untuk melayani karenah jahat mereka yang ingin memburukkan imej Tok Guru Nik Aziz dan keluarganya sehinggakan terdengar suara mahukan Ariffahmi segera meletakkan jawatan walaupun beliau telah pun memberikan tarikh untuk berbuat demikian. Begitulah hebatnya kita berjuang. Jika tidak mahu bersimpati sekali pun, kononnya salah teramat besar yang telah dilakukan oleh Tok Guru dan kaum keluarganya, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu bertindak balas ke atas puak-puak ini kerana mereka juga melakukan perkara yang sama malahan lebih teruk dari yang dilakukan oleh Tok Guru dan keluarganya.

Sikap lebih senang bertahan seperti ini amat melegakan Umno. Rakyat melihat seolah-olah pemimpin Umno itu lebih telus daripada pemimpin PAS sendiri. Seharusnya PAS lebih kuat menyerang sekiranya diserang. Saya terharu dengan sokongan besar rakyat Kelantan yang terus memberikan semangat kepada Tok Guru di dalam menghadapi tekanan ini. Tok Guru kini hanya bersandarkan sokongan padu dari rakyat negeri beliau sendiri. Rakyat Kelantan sedar bahawa Tok Guru dan MB mereka kini terpaksa berdepan berseorangan dengan musuh-musuh PAS bukan sahaja dari Kelantan bahkan serangan datangnya dari Pusat. Siapa lagi yang boleh membantu Tok Guru kalau bukan rakyat Kelantan sendiri? Mereka tetap di belakang Tok Guru kerana mereka yakin Tok Guru tidak bersalah.

Saya yakin Tok Guru mampu berhadapan dengan musuh-musuh ini walau pun bersendirian. Tok Guru di dalam keuzurannya tetap menjelajah merata tempat untuk menyerang balas puak-puak penentang Islam ini, walaupun sepatutnya memadai anak-anak buah Tok Guru sahaja sudah cukup untuk berdepan dengan mereka. Mungkin ada yang gembira bila melihat Tok Guru ke sana sini bersendirian untuk mempertahankan parti, diri dan maruah keluarganya. Untuk Ariffahmi, letaklah jawatan SEGERA untuk memuaskan hati mereka ini kerana kamu dilihat lebih busuk dari pemimpin Umno di mata mereka./Kembali ke laman asal di sini.

3 ulasan:

  1. Anda silap. Isunya adalah sikap dan tingkahlaku Ariffahmi. Bukan isunya menantu TG. Amalina masih belum kenal suaminya. Jadi tidak hairan kalau TG pun belum kenal menantunya.
    Nak kenal Ariffahmi, tanya le yang dok UTM sekali dengannya, ataupun yang kerja di Air Kelantan, atau yang kerja di PMBK. Mungkin budak-budak yang buat prktikal di sana pun kenal.

    BalasPadam
  2. Ramai menyokong kuat tindakan TGNA(termasuk saya)menyelesaikan masaalah Ariff Fahmi-PMBK sewaktu krisis hasad dengki yang di mulakan olih penulis blog Kickedeflla.Sokongan kuat ini lebih kepada penghurmatan pada TGNA,melihat kepada realiti kehidupan beliau,bukan kepada mempertahankan Ariff Fahmi di PMBK.Tetapi permainan Ariff Fahmi sejak isue bermula seakan mempermainkan semua orang yang menyokong dan mempetahankan TGNA.Benar seperti kata Mahfuz,untuk apa lagi Ariff melengahkan-menangguhkan tarikh perletakan jawatannya.Setiap minit penangguhan bermakna setiap minit musuh musuh PAS (termasuk musuh TGNA didalam PAS)mempunyai modal untuk memutarbelitkan segala kenyataan TGNA.
    Kita wajar tahu bukan tidak ada pemimpin utama PAS yang bersama TGNA didalam hal ini,tetapi untuk mengelakkan kekalutan ini dimanupulasikan adalah lebih baik mereka mengambil sikap tidak membuat sebarang kenyataan.Semuanya akan berakhir jika Ariff Fahmi sedar bahawa beliau kini telah menjadi "beban" pada TGNA dan wajar berhenti tanpa mengemukakan apa apa alasan lagi sebagai justifikasi penangguhannya.
    *alasan prosuder koperat sebagai punca penangguhan menyebabkan kami yang pernah terlibat dalam GLC melihat sebagai mempebodohkan orang yang bodoh tetapi mengaku cerdik.*

    BalasPadam
  3. "Ayahanda sudah setuju"!

    BalasPadam