RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 25 April 2010

MOGA-MOGA BERITA INI BENAR

Alhamdulillah. Pengundian sudah ditutp kira-kira jam 5 petang tadi. Inilah rangkuman menarik untuk dikongsi bersama. Ada berita yang melegakan hati kita semua dan ada berita yang menggusarkan kita semua. Ini dia :

Berita Baik Yang Menggembirakan kita semua:

1. Sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini, bertambah daripada pilihan raya umum lalu di mana 75.24 peratus atau 46,156 orang keluar mengundi.. Dan dilaporkan bahawa pengundi Melayu dikebanyakan kawasan majoriti Melayu seperti Ulu Yam Barat, Ulu Yam Timur dan Ulu Bernam tidak keluar mengundi dan ini memberikan tamparan hebat buat BN

2. Daripada 1,600 penoroka di Felda Sungai Buaya, hanya 686 sahaja yang keluar mengundi setakat 12 tengahari. Berbanding di Bandar Sungai Buaya di mana lebih 80 peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi.

3. Di Saluran Gedangsa, saluran 2 dan saluran 3 yang menyokong Pakatan Rakyat ada pertambahan berbanding PRU lalu.

4. Di Felda Sungai Tinggi pula, dilaporkan oleh jentera PAS bahawa wujud peningkatan undi sebanyak 10% menyokong Dato Zaid berbanding PRU lalu.

5. Di saluran mengundi Bukit Fraser yang siap dikira tadi, PKR mendapat undi sebanyak 22 undi berbanding BN 15 undi. 1 undi rosak

6. Di Felda Suharto tempat Perdana Menteri II Malaysia, Rosmah Mansor berkempen, wujud pertambahan pengundian buat PKR dan disahkan telah dimenangi oleh PR. Bahkan dilaporkan bahawa peneroka di Felda Soeharto telah membuat anjakan pemikiran yang radikal sekali pada pilihan raya kecil hari ini apabila tanpa segan silu mereka datang untuk membuat semakan daftar pengundi di pondok panas PR. Ini sesuatu yang tidak diduga kerana Felda Soeharto adalah kubu kuat Umno

7. Laporan Kajian daripada Zentrum Centre kelolaan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, bahawa Dato Zaid akan menewaskan calon MIC dalam PRK kali ini

8. Di Felda Sungai Buaya, golongan muda telah memihak kepada PR dan golongan tua masih memihak BN

9. MIC dilaporkan telah hilang semangat dan tidak mengiringi calon MIC, P Kamalantahn. Bahkan tadi saya sendiri melihat beliau hanya diiringi oleh tak kurang 5 orang MIC berbanding Zaid yang mendapat sokongan padu daripada jentera PR. Bahkan dilaporkan tengahari tadi, MIC langsung tidak kelihatan

Berita Buruk Yang Tidak Menyenangkan

1. 32 orang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh PRK Hulu Selangor, termasuk enam orang yang ditahan hari ini.Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi "tukang kecoh" dan cuba menimbulkan kekacauan.

2. Tiga pengundi membuat laporan polis apabila mereka mendapati nama mereka ditanda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sudah mengundi sedangkan mereka belum berbuat demikian. Ini berlaku ketika mereka mahu membuang undi pusat pengundian undi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Serendah

3. Di Ampang Pecah, wujud lima saluran mengundi sedangkan dalam Akta Pilihanraya, hanya 4 saluran sahaja. Dan di sana juga, Pekerja PKR dilaporkan telah menangkap dua orang pegawai SPR yang berligar dan menasihatkan pengundi mengundi MIC.

4. UMNO melakukan jenayah apabila menyerang Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang- Puan Zuraida Kamaruddin di pusat mengundi SMK Bandar Baru Batang Kali.

5. Ada dakwaan mengatakan Orang Asli dari dua buah kampung cuba dihalang dari keluar mengundi oleh PEKIDA

6. Dua hantu ditangkap di Tenggi Selatan.

7. Ada kejadian bergaduh di Sekolah agama dekat Bernam Jaya.

8. Che’ Gu Bad telah dierang parang oleh Gangster Komando UMNO dan kini telah dibebaskan oleh pihak polis.

9. Dilaporkan di Serendah jam 1 petang tadi, belum sampai 30 peratus keluar mengundi . Cina dan India ramai keluar manakala Melayu pula berkurangan.

10. Di Batang Kali berlaku pertengkaran dan pemuda BN roboh barung PKR.

11. Di peti undi Ulu Bernam berlaku perbalahan dan tumbuk menumbuk antara penyokong PKR dan BN sampai berdarah mulut dan bengkak dahi. Kedua-dua Melayu. Penyokong BN dari Gombak

Apapun, jelas tergambar bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi pilihanraya kecil ini. Walaupun dilaporkan bahawa sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini, tetapi ia tetap akan membolehkan Dato’ Zaid menjadi YB di Hulu Selangor nanti..Kerana banyak faktor yang membolehkan beliau menang dalam PRK kali ini. Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan berpihak kepada mereka yang perjuangkan keadilan untuk semua. Dijangkakan bahawa keputusan akan diumumkan pada jam 9.00 malam ini. Semoga kekalahan BN di Hulu Selangor, akan memendekkan hayat mereka dalam PRU akan datang. InsyaALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan