RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 25 April 2010

TERKINI 4.30 PTG - 74 PERATUS KELUAR MENGUNDI, 32 DITAHAN

Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dengan 136 saluran dibuka di 47 sekolah dan dewan masyarakat mulai jam 8 pagi ini.

4.30ptg: Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah keluar mengundi.

4ptg: Tinggal sejam lagi sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang dan awan hitam kelihatan di pekan Kuala Kubu Bahru.

3.39ptg: 32 orang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, termasuk enam orang yang ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi "tukang kecoh" dan cuba menimbulkan kekacauan.

"22 termasuk tiga wanita ditahan sepanjang tempoh dari hari penamaan calon (17 April) hingga tempoh (tamat) berkempen (12 tengah malam tadi) manakala enam lagi ditahan pada hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 22 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

Katanya sementara lima daripada enam lelaki yang ditahan hari ini disiasat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.

Khalid berkata polis akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang disiarkan hari ini yang mendakwa polis menahan pengundi hantu yang membawa senjata ke pusat pengundian.

"Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya," katanya sambil memberi jaminan bahawa keselamatan pengundi adalah terjamin./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan